13
"Adam!malam ni balik rumah.Ada perkara yang hendak dibincangkan."Ringkas pesanan terima.Nota kecik yang ditinggalkan atas meja di bilik pejabat membuatkan hatinya semakin sakit.Kertas kecik itu dironyok-ronyok semahu hatinya dan dilemparkan tepat ke dalam tong sampah.Jika sebegini mudah masalah dilemparkan,penuh tong sampah itu.
Kepala terasa berat.Padat dengan bebanan.Adam Harris melihat jam ditangannya.Masih ada banyak masa lagi.Dia melepaskan lelah di atas sofa.Mata dipejamkan.Moga segala bebanan lenyap seketika.Otak perlu direhatkan saat ini.
Aku rindukan belaianmu,Aku impikan impian indah bersamamu.Belailah jiwaku agar hilang segala lelah yang menimpa atasku sayang..…Mia.Abang rindukan Mia.Belaian jari jemari yang dirasai membuatkan tenang jiwa yang sedang bergelora.Perlahan-lahan Adam membuka matanya.Pantas Adam bangun,sempat dia menepis tangan yang membelai anak rambutanya.Wajahnya berubah menjadi merah padam.
"Kenapa kau datang sini?".Herdik Adam.Tidak dipedulikan siapa pun didepannya.Dia tidak rela diperlakukan sebegini.Melampau!.
"I call U,tak berjawab.I datang office.Salah ke I nak lepaskan rindu pada tunang kesayangan".Linda cuba mengedik.Jika tadi saat dia membelai manja Adam,terukir senyuman diwajah tunangnya.Alih-alih buka mata,terus bertukar jadi singa.
"Baik kau berambus dari sini!aku tak suka".Adam tidak mahu beri muka lagi.Kali ini biar Linda tahu yang dia benar-benar tidak bersetuju dengan pertunangan mereka.Adam membuka luas pintu biliknya.Lama dia berdiri di situ.
Linda mengeluh keras.Akur dengan arahan tunang.Sabar Linda,kau bertahan dua bulan sahaja.Selepas itu,biar kau aturkan semuanya.Beg galas yang diletakkan disisinya,diambil dan langkah diatur penuh gaya mengoda dia berjalan ke arah pintu.Langkahnya berhenti betul-betul dihadapan Adam Harris.Mata mereka bertemu.
"I balik dulu sayang,"Kata Linda sambil menghadiahkan fresh kiss di pipi kanan Adam.Adam tidak sempat mengelak.Hatinya terbakar!Damn!pintu bilik dilepaskan.Kau dah melampau Linda.Matanya membara api kemàrahan.
******
Linda tersenyum kepuasan meninggalkan Adam.Pasti saat ini dia mengamuk sakan.Ini baru sikit sayang.Aku akan buat hidup kau huru hara selepas ini.Biar kau tahu hanya aku yang mampu membahagiakanmu.
Pintu lif dibuka,Suzie yang baru hendak keluar dari dalam lif terkejut melihat Linda dihadapanya.Aduh!musibat apa lagi ni?.Linda masuk ke dalam lif dengan senyuman manis.
"Hati-hati Suzie,bos awak mengamuk tu",Sempat Linda meninggalkan pesanan untuknya.Mengamuk!matilah aku kali ini.hatinya berdegup kencang.Membayangkan wajah bengis majikan.Terasa lemah lutut namun langkah diatur perlahan.
Perlahan-lahan pintu bilik majikan diketuk.Diam.Suzie menelan air liur sendiri.Tombol pintu dibuka,dia cuba menjenguk kedalam bilik.Tuan Adam Harris sedang bersandar dipenjuru meja sambil membelakangnya.Melihat keluar tingkap.Pasti sedang cuba menenangkan diri sendiri.
"Tuan,saya mohon maaf,saya baru sampai."Suzie menyusun kata agar tidak diherdik oleh Tuan Adam.Lama dia membatukan diri menantikan jawapan balas dari majikan.Hampa.Suzie memalingkan diri melangkah keluar dari bilik Tuan Adam.
Kenapa aku mimpikan Damia?.Aku rindukan dia.Apa dah jadi dengan aku ni?.
******
Share this novel