Bab 28

Romance Series 16038

28

Sebelum masuk ke dalam lif,sempat Adam Harris melemparkan bungkusan pemberian Linda ke dalam tong besar dipenjuru kanan bangunan kondo.Hatinya masih panas.Macam mana dia hendak berhadapan dengan semua ini.Hidup bersama Linda tidak pernah terbayang walau sesaat dalam kamus hidupnya.

Adam melihat ruang dalam rumah gelap.Dipetik suis lampu,Damia pasti telah lena dibuai mimpi.Adam merehatkan diri sebentar di sofa.Badannya terasa amat letih.Tanpa disangka,Adam terus terlena.

******

"I am miss you so much babe."Kata Joe sebaik sahaja melihat kelibat wanita idamannya.Seminggu tidak ketemu membuatkan hatinya tidak keruan.Satu ciuman hangat dihadiahkan buat wanita itu.

"Aku juga rindukan kau,Joe."Balas Linda membalas ciuman hangat Joe.Hari ini dia beroleh kegembiran berganda.Dapat bertemu dengan Adam dan Joe.Dua lelaki yang amat penting dalam hidupnya.Namun setelah berkahwin kelak,Joe bakal tersingkir dari kamus hidupnya.Cuma buat masa ini,khidmat Joe amat diperlukan.Malam indah buat keduanya melayari kehangatan cinta berlandas noda tanpa mempedulikan natijah perbuatan.Siapa yang bakal merana?Siapa yang mendominasi hubungan itu?.Yang pasti mereka bakal beroleh kepuasan yang sama.

******

Bunyi alarm mengejutkan Damia dari tidurnya.Sempat dia menoleh disebelah.Kosong.Adam tidak pulang rupanya.Dia bangkit mencapai tuala dan terus ke kamar mandi.

Adam membuka matanya perlahan,melihat jam tangannya.Sudah hampir subuh.Dia bingkas bangun menuju ke kamarnya.Sebaik sahaja pintu dibuka,didapati Damia tiada di atas katil.Cuma kedengaran bunyi air pancuran dari bilik air.Adam melabuhkan punggungnya menanti Damia.Seketika bunyi air tidak kedengaran.Pintu bilik air dibuka,Damia yang hanya bertuala sambil sehelai tuala lagi mengelap rambutnya yang basah keluar dari bilik air tanpa menyedari Adam Harris sedang memerhatikan tanpa berkelip mata.

Pandangan mereka bertemu.Damia kaku seketika.Sungguh dia tidak sangka,Adam sedang merenung tajam kearahnya.Kakinya kaku,tidak mampu bergerak ke mana-mana.Malu dengan keadaan dirinya yang sudah mengugat jiwa panas Adam Harris.Damia hampir menangis.

Adam merenung tanpa berkelip,langkah diatur.Setapak demi setapak menuju ke susuk tubuh yang sedang menguji naluri kelelakiannya.Melihatkan Damia sebegini,amat seksi dirasakan.Susuk tubuh mengiurkan.Dengan rambutnya yang basah melepasi bahu,bibir mungil yang masih basah seperti memanggil-manggilnya untuk dikucup hangat.Tubuhnya sudah tidak mampu Adam menafsirkan keindahan seorang wanita dihadapannya.Pandangan mata lelakinya seolah telah menafsir setiap inci tubuh badan isterinya.

Damia menggigil kesejukkan.Bukan kerana penyaman udara yang masih terpasang,tetapi kerana ketakutan melihat Adam dihadapannya.Kenapalah aku tak bawa baju terus.Dia mula mengutuk dirinya sendiri.Adam telah berada rapat didepannya.Bunyi nafas suami dapat didengari dengan jelas,namun dia tidak mampu memandang.Pandangan matanya ditundukkan.Airmata mulai berkenang.Tubuhnya seram sejuk.

Adam memegang kedua bahu isterinya.Mengigil dan sejuk.Dia terus memeluk tubuh Damia seeratnya.Memberikan kehangatan buat Damia.Menerima kenikmatan yang telah lama tidak dirasakan.Hilang bayangan semalam yang menyakitkan hatinya.Nikmat memeluk isteri lebih dirasakan nikmat.Dirasakan Damia semakin lesu.

"Mia!!!".Mujur Adam sempat menyambung tubuh isterinya yang rebah tidak sedarkan diri.Cemas Adam seketika.Segera diangkat tubuh Damia dan dibaringkan ke atas katil.Dia menyelimutkan tubuh Damia agar beroleh kehangatan.

******

Matanya dibuka perlahan,seingatnya dia rebah saat didakap oleh suami.Damia melihat sekeliling kamar,mujur kelibat Adam Harris tidak dijumpai.Baik aku bangun sarung baju sekarang.Dia menyelak selimut tebal.Dia tergamam!

Siapa yang pakaikan baju untuk aku.Adakah Adam?Tidakkkkkk!!!!!!!!.Airmata laju membasahi pipinya.Rasa marah dan malu bercampur terhadap Adam Harris.Dia membungkam disisi katil seketika.Cuba menenangkan diri.

Malunya aku!!!Damia yang kau pengsan tadi buat apa?Sekarang suami kau sendiri yang dan tengok semuanya.Aarghhh!!!!!!.Bendera perang dengan sendirinya berkibar saat ini.Jika Adam muncul pastinya dihadiahkan penumbuk plus penampar plus penyepak khas buat suami kaki buli.

Tapi salah aku jugak.Memgada-ngada pakai tuala bagai.Kan dah tergoda abang Adam.Padanlah muka kau Mia.Free je Adam jamu selera tadi.Kutuk Damia sendirian.Andai boleh diundurkan waktu,pasti dialah orang pertama yang ingin lakukan,dia akan undurkan masa hingga saat bawa tuala dan baju ke dalam kamar mandi.Matanya melirik jam.Allah dan lewat subuh aku...Pantas langkah diatur ke bilik air.

Setelah selesai solat,Damia masih duduk memandang kosong sejadah dihadapannya.Masih berkira-kira hendak keluar atau duduk sahaja di dalam bilik.Dia malas hendak bertentang mata dengan suami saat ini.Malu beb!!!.Pintu kamar dibuka dari luar.Damia tunduk membatu.Hati berdebar-debar,kepala ditundukkan.Takut hendak memandang apatah lagi bertentang mata.

"Mia sudah sedar."Lembut Adam berbicara.Damia hanya membalas dengan anggukkan kepala.Terasa di dalam mulut ada emas berketul-ketul.Adam Harris tersenyum memandang isterinya.Hah,malu lah tu.Jangan risau sayang,Abang masih mampu menahan keinginan.

Namun pengalaman yang baru dilalui sebentar tadi,tidak mungkin dilupakan.Bukan mudah hendak memakaikan pakaian di tubuh isterinya tadi.Mujur gelodak nafsunya masih mampu dikawal.

"Dah jom kita sarapan,abang sudah beli nasi lemak sambal paru."Ajak Adam sebelum keluar dari bilik.Tak kan aku nak makan sekali,malu lah !!!!!!.

******

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-03-23 17:33:48 

update ya...xsabar rasa next episod..adakah mia d madukan...hati lelaki ni mudah rapuh...huhuhu


NovelPlus Premium

The best ads free experience