21
Seminggu berlalu..
Kepulangan Datin Suri dan Dato Ridhwan amat dinantikan oleh Adam Harris.Kali ini dia nekad ingin memutuskan tali pertunangan dengan Linda.Dia akan berterus terang tentang dia dan Damia.Damia isterinya yang sah.Walaupun dia mampu meneruskan pernikahan dengan Linda tetapi dia tidak mampu menyakiti hati perempuan yang telah mula mencuri hatinya.
Hari sabtu pagi,selepas bersarapan Adam bersiap-siap untuk ke rumah orang tuanya.Semalam dia hanya sempat berbual seketika dengan papa.Bila ditanyakan hal ehwal mama,papa hanya memberitahu mama telah berehat kerana kepenatan.
"Mia,abang nak keluar kejap.Tengahari ini abang tidak makan dirumah ok."Jelas Adam.
"Baiklah abang,hati-hati masa memandu ye."Seperti kebiasaan Damia sentiasa menghiburkan hati lelakinya.Damia mengambil tangan kanan Adam,dikucup seperti selalu.Tidak pernah walau sekalipun dia lupa.Dari hari pertama dia berada di rumah ini.Doakan abang Mia,semoga segalanya berjalan dengan lancar diantara kita.Adam Harris mengucup dahi isterinya.Damia tergamam.Tidak pernah sebelum ini Adam melakukan seperti ini.Buang tabiat suamiku!.Mulutnya terlopong.
******
Adam berhenti di lampu isyarat sementara menanti lampu bertukar warna,persimpangan yang semakin menghampiri rumah orang tuanya.Hatinya semakin berdebar.Semoga semuanya berjalan lancar.Moga mama dan papa memahami kehendaknya sekali ini.Dia melemparkan pandangan di luar tingkap.Dari jauh kedengaran bunyi siren ambulans,tumpuan Adam beralih melihat kenderaan itu meluncur laju dari arah bertentangan dengannya.Sebuah kenderaan yang amat dikenali mengikuti rapat ambulans tersebut membuatkan Adam terkejut.Tanpa membuang masa,pedal minyak ditekan,Adam membuat pusingan U-turn dan terus meluncur laju mengekori kenderaan itu.
Siapakah yang berada di dalam àmbulans,persoalan demi persoalan berlegar-legar diruangan kotak pemikirannya.Ambulans memasuki perkarangan Sunway Medical Centre.Mujur saat ini kotak parking masih ada yang kosong.Setelah matikan enjin keretanya,Adam Harris segera melangkah ke ruangan kecemasan.Matanya melilau mencari kelibatan seseorang.
"Kenapa papa.Apa yang sudah terjadi?"Adam mula bersuara.Hatinya menjadi tidak keruan.Hajat hati ingin berterus terang dengan kedua orang tuanya tetapi melihatkan keadaan sekarang seperti tidak mengizinkan.Air muka Dato Ridhwan berubah.Sungguh dia terkejut melihat Adam berada disebelahnya.Seingatnya dia tidak sempat menghubungi Adam.Dia membawa Adam ke sudut tepi ruangan menunggu.Mereka duduk dikerusi yang tersedia.
"Mama Adam."Jawab Dato Ridhwan pendek.Dia cuba mengumpul segala tenaga untuk menceritakan detik cemas yang berlaku pagi tadi.
"Kenapa dengan mama,papa?"Adam semakin diasak dengan pelbagai persoalan yang menerjah ke akal fikirannya.Dia cuba meneliti setiap kemungkinan yang tertimpa keatas mama.
"Semalam memang mama nampak letih sejak sampai ke rumah.Masa Adam call,mama sudah pun tidur.Cuma..."
"Cuma apa papa?"Adam Harris semakin tidak sabar ingin mendengar penjelasan papa.
"Cuma pagi tadi,mama jatuh pengsan disisi katil,wajah mama pucat sangat.Papa takut Adam.Cepat-cepat papa call ambulans."Jelas papa serba ringkas.Dia masih dihantui perasaan takut itu.Sukar dibayangkan perasaannya sewaktu melihat Datin Suri rebah.Ibarat terhenti dengupan jantunganya.Tidak pernah sekalipun isterinya begini.Adam kelu tidak terkata.Perbualan dua beranak itu terhenti apabila melihat seorang doktor menghampiri mereka.
"Doktok,bagaimana keadaan isteri saya?."Soal Dato Ridhwan cemas.Hatinya berdebar-debar menantikan jawapan.Pelbagai kemungkinan bakal terjadi.Wajah tenang Doktor Ranjit diamati sedalamnya.
"Duduk dulu dato.Syukur Datin Suri seorang yang sangat kuat.BP dia agak tinggi.210 bacaan yang baru kami ambil tadi.Saya nak pastikan,adakah datin sentiasa ambil ubat yang dibekalkan atau ada tertinggal."
"No doktor.Isteri saya makan ubat seperti yang disarankan oleh doktor."
"Baguslah begitu,cuma apa yang saya ingin jelaskan disini,saya harap dato dan Tuan Adam tabah dalam menghadapinya."Doktor Ranjit menarik nafas panjang.Bukan mudah untuk dia memberitahu keadaan sebenarnya pesakit kepada ahli keluarga.Namun itu semua sebahagian daripada tuntutan kerjanya.
"Maksud doktor?"Adam semakin hilang sabar.
"Begini Tuan Adam,Datin Suri strok.Kedua kakinya tidak dapat berfungsi,sebab itu datin hilang imbangan badan sewaktu turun dari katil."Bagaikan bunyi halilintar memecahkan langit,Adam dan Dato Ridhwan terkedu tidak mampu berkata apa-apa.Ujian apakah yang bakal tertimpa ke atas keluarga ini.Doktor Ranjit berasa simpati melihat mereka.
"Dato,pihak kami akan lakukan yang terbaik bagi menjamin kesihatan Datin Suri.Selebihnya saya mohon dato dan Tuan Adam terus berikan semangat untuk Datin.Kebiasaannya waktu begini,sokongan dari ahli keluarga dapat menaikkan semangat pesakit."Jelas Doktor Ranjit.Sebagai seorang doktor yang telah hampir dua puluh tahun berada disitu.Situasi sebegini memang kebiasaan yang perlu dihadapi.Cuma ketahanan emosi yang perlu diutamakan,jika dia gagal menyakinkan ahli keluarga pesakit,mana mungkin dia mampu meneruskan rawatan untuk pesakitnya.
"Baiklah doktor,kami akan terus berikan semangat buat mama.Doktor tolong lakukan segala yang terbaik untuk mama saya."Rayu Adam.Sungguh saat ini separuh jiwanya lumpuh.Terasa saluran darahnya semakin sempit.Tertimpa ujian demi ujian ke atasnya.
******
p/s-Jutaan terima kasih Qaseh ucapkan kepada para pembaca yang sentiasa sabar menanti setiap bab yang Qaseh bakal update.Qaseh sentiasa berusaha untuk menyiapkan secepat mungkin novel ini.Mungkin kengkangan masa yang menyebabkan Qaseh terlewat update.Mohon maaf utk semua para pembaca yang budiman.Teruskan membaca DTK?.
Share this novel