9
Damia masih mengurungkan diri di kamar.Dia tidak sanggup berdepan dengan Adam Harris setelah dirinya hampir-hampir tertewas.Telefon disisinya berbunyi tanda mesej diterima.Pasti bukan orang lain.Aduh!kenapalah nak aku keluar jugak ni.Keluh Damia.Dengan langkah malas,dia gagahkan diri keluar dari lubuk persembunyian.Dalam hati hanya than sahaja yang tahu.Pelbagai rasa yang ada.
Matanya tertumpu pada tubuh badan gadis sunti yang dinikahi.Jika diberi peluang kedua,sungguh dia tidak akan meletakkan dirinya dalam keadaan yang memalukan begini.Sunyi tanpa sebarang bunyi,Damia kaku berdiri di hadapan pintu biliknya.Adam masih merenungnya dengan satu renungan yang sukar ditafsir Damia.
"Mari sini."Suara serak Adam memecahkan kesunyian saat itu.Suaranya dilantunkan ke dinding hingga bergema di dengari Damia.Pantas sahaja kakinya akur dengan arahan.Dia berdiri betul-betul di hadapan suaminya.Pandangan mata masih ditundukkan.Lagi rela melihat keindahan karpet itu dari memandang wajah di depannya.
"Aku lapar,buatkan aku bubur."
"Baik encik."Balas Damia segera mengatur langkah namun langkahnya terhenti kerana tangan disambar Adam.Genggaman erat itu membuatkan dadanya bagai nak pecan menahan rasa.Dengupan jantung berdetik lebih rancak dari biasa,nafas dirasakan semakin sukar untuk dihembus dan ditarik.Kenapa ni?.
"Aku minta maaf,"Adam akhirnya meruntuhkan buat kesekian kalinya dinding utuh egonya.Entah kenapa dengan gadis kampung di depannya dengan mudah dia tertewas.Aura Siti Damia ini amat luar biasa dirasakan.Semakin mengenali gadis ini membuatkan dia semakin tertanya-tanya.Dingin sejuk jari jemari Damia dirasakan.Takut sungguh Damia dengan aku.Detik hatinya.Adam Harris tersenyum manis.Bangga pun ada kerana berjaya membuatkan Damia resah gelisah begini.Perlahan dilepaskan gengaman tangannya.Macam lipas kudung,Damia pantas menghilang ke dapur.Lagi lama dia duduk di with,entah apa lagi encik suami hati batu akan lakukan.Nafasnya kembali normal.Tangan yang dingin sebentar tadi telah dirasakan hangat kembali.
******
Adam merenung telefon ditangan,otaknya bergeliga berfikir.Pantas dia mendail nombor Suzie.
"Tuan Adam!what happen to you?.I call banyak kali."Suzie tidak beri peluang Adam memulakan bicara.Pantas dihantar peluru soalan yang dari tadi menyeksa jiwanya.Hampir dia jam,jarinya jenuh mendail nombor majikan muda hot itu.Kedengaran ada suara yang sedang ketawa kecil dicorong telefon.Suzie mengetap bibir geram menahan rasa.Aku hampir kehilangan kerja hari ini gara-gara gagal menjejaki Bos.Dia sedap-sedap gelakkan aku.Damn!.
"Sorry Suzie,saya demam panas ni.Saya tak sempat nak bagitau U."Adam menjelaskan keadaan dirinya.Pasti Suzie kelam kabut pagi tadi kerana dia perlu hadiri meeting.Rasa simpati pada setiausaha yang selalu memudahkan kerjanya.
"Oh,Tuan sakit.Sorry Tuan Adam.Its ok.Meeting Dato handle.Cuma Dato ada pesan.Minta Tuan hubungi Dato segera".Lembut nada suara Suzie.Rasa kesian pula dengan majikan hot.Patutlah tidak hadir ke pejàbat.Demam rupanya.Hai,kenapalah aku tak khusnuzon je dengan Tuan Adam.Bisik hati Suzie.Rasa bersalah dengan segala keluhan dan berbakul-bakul bebelan yang ditujukan khas untuk Tuan Adam tadi.Setelah menamatkan perbualan dengan Suzie.Telah terhidang bubur nasi kosong bersama sup ayam.Bergelora ombak didalam perut.Adam meletakkan telefon.Lepas makan nanti barulah call papa.Tanpa melihat Damia disisi,Adam menjamu selera.Memang dia lapar.Lapar nak makan.Lapar kasih sayang.Lapar simpati.Lapar.Damia hanya jadi pemerhati yang tetap setia disisi Encik Adam Harris bin Ridhwan.Sesekali dia senyum melihat gelagat suami.Macam tiga hari tak jumpa makanan.
******
"Suri,I gembira sangat dengan berita ini."Datin Qaira mulakan bicara setelah mereka selesai menjamu selera.Perbincangan baru bermula.Pastinya pelbagai agenda perlu dihalusi dan diambil kira dalam menjayakan majlis Adam dan Linda.
"Samalah dengan I,Qaira.Tak sangka dari kawan baik kita bakal berbesan."Kegembiran jelas terpancar di wajah kedua ibu ini.Datin Qaira sangat bersyukur dengan kesudian sahabatnya menerima Linda sebagai menantu.
Manakala Datin Suri pulak,dia kagum dengan kesungguhan dan kesabaran Linda menagih secebis cinta dari anaknya.Jika wanita semoden Linda yang lain,pasti telah lama angkat kaki tinggalkan Adam Harris yang dingin itu.
"Suri,lepas ni makin banyak kerja kita.Semuanya nak kene uruskan."
"Betul kata U Qaira,I rasa nak guna wedding planner.Senang sikit kerja.Kita bagitau konsep apa.Biar mereka buat kerja."Cadang Datin Suri.Sahabatnya turut bersetuju dengan cadangan itu.Jika diikutkan memang banyan perkara perlu diuruskan.Majlis pertunangan,nikah bersanding lagi.Urus makan dan minuman,para tetamu vvip,vip,ahli keluarga,sahabat,kawan-kawan,cenderahati.Fuh!bila membayangkan semua itu,sakit kepala jadinya.
******
p/s=Adakah majlis bakal berlangsung?Apakah nasib Damia? DTK?
Qaseh rungkai satu persatu nanti ye.Pada pembaca yang budiman,teruskan membaca.Qaseh akan update lagi dari masa ke semasa.
Share this novel
setakat ini episod makin menarik ayat pun xbanyak yg silap...terbaik n good luck more succes to u ...penulis budiman..