Bab 20

Romance Series 16038

20

Setelah selesai membantu Mak Ani mengemas dapur,Damia mohon diri masuk ke kamar.Peperangan bakal berlangsung sebentar lagi.Kali ini pastinya lebih bahaya.Jika dia tersilap percaturan,pasti dia tewas.Perangkap perlu disiapkan terlebih dahulu.

Seperti jangkaan Damia,tidak sampai dua puluh minit dia masuk ke bilik,pintu bilik dibuka oleh Adam.Kali ini wajah suaminya amat berlainan.Bersedia menyerang.Pintu kamar dikunci dari dalam.Damia cuba mengawal diri,berdiri kaku disisi katil.Dia perlu kelihatan tenang didepan musuh.Jangan beri peluang musuh nampak kelemahannya.

Langkah Adam diatur kemas,dengan penuh keyakinan dia merapati Damia.Semakin lama semakin dekat.Sangat dekat hingga dia boleh menghidu bau harum rambut isterinya.Damia menutup mata,mengumpul segala kekuatan.Perlahan tangan Adam mula memainkan permainan.Tadi kakimu menjalarkan sayang.Sekarang biar tangan abang pulak yang merayap.

Dari bahu tangan Adam mula turun ke tangan.Damia mula merasa resah.Apakah aku mampu melawan?.Adam tersenyum nakal.Kali ini pasti Mia akan menyesal.Jangan berani kejutkan harimau yang sedang lena sayang.Bisik hati Adam.

Bunyi ketukan di luar kamar mereka membantutkan pengerakan Adam.Damia menarik nafas lega.Nasib baik ada penyelamat.Adam membuka pintu bilik.

"Adam dah siap?".Tanya Baba Bakar.Adam binggung sekejap.Nak pergi mana pula malam-malam ini.
"Siap ke mana baba?"Tanya Adam kembali.Kali ini Baba Bakar pula yang berkerut dahi.Sah anak aku ini makin angau.
"Aik!dah lupa ke.Tadi masa kat surau,awak yang beria nak join program 'imarahkan malam bersama ustaz'.Balik rumah terus lupa ye."Puk!setepek kene tepat ke muka Adam.Kata-kata yang menjerat dirinya sendiri.Macam manalah aku boleh lupa ini.Adam mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Abang,ni pakaian dan keperluan abang untuk malam ni,"Damia mencelah.Yes!perangkap sudah terkena.Kemenangan dipihaknya.Adam mengetap bibir.Geram dengan isteri yang seorang ini,yang bisa menguji naluri lelakinya.Damia mengenyit mata memandang suaminya.Puas hatinya.

"Oh,iye baba,memang saya tengah bersiap ini.Kejap lagi saya keluar."Adam berkata ringkas sebelum menolak Damia ke dalam dan menutup pintu kembali.Damia kaget.

"Mia,tunggu abang balik esok.Kita ada perhitungan yang belum selesai."Bisik Adam ke telinga isterinya.Sempat juga Adam menghadiahkan ciuman dipipi kanan isterinya.Tak perlu istihar menang sayangku.Abang akan datang menganggumu lagi dan lagi.Hidupmu akan abang jadikan seperti roller coaster.Ini Adam Harris tau,jangan berani cari pasal.

******

Mereka tiba di surau tepat jam sepuluh malam.Kelihatan beberapa orang kampung yang ingin bersama-sama mengikuti program ilmiah telah pun tiba.Kebiasaan aktiviti begini Baba Bakar akan hadir.Selain dapat menggunjungi rumah Allah,dia juga berkesempatan solat tahajud di masjid dan melakukan pelbagai aktiviti bersama ahli jemaah yang lain.

Adam dan Baba Bakar bersalaman dengan mereka yang lain.Malam itu Adam lena bermimpikan Damia.Senyuman,renungan manja isterinya membuatkan hati lelaki itu tergugat.

Jam menghampiri tiga pagi,Baba Bakar telah pun bersiap sedia untuk bermunajat,bercinta dengan PenciptaNya.Sebelum itu,dia sempat mengejutkan Adam Harris.Mereka bersama ahli jemaah yang lain bersama-sama melakukan solat sunat tahajud,solat taubat dan solat tasbih.

Bagi diri Adam,kesempatan begini digunakan sepenuhnya untuk dia mencari jawapan disetiap kemelut masalah yang membelenggu dirinya.Mengharap simpati dari Pencipta.
Menjelang setengah jam sebelum azan subuh,kebanyakkan ahli jemaah yang lain membaca Quran,ada juga yang sibuk berzikir.Adam keluar masjid.Dia ingin menghirup udara awal pagi,Baba Bakar turut mengikutinya.

"Adam ok."Bicara Baba Bakar.Adam disebelahnya kedengaran mengeluh.
"Adam tak tahu bagaimana hendak mulakan baba."
"Cuba ceritakan dari mula,baba sedia mendengar,jika perlu baba akan bagi buah fikiran baba."Lembut Baba Bakar berkata.Inilah yang Adam suka sangat dengan ayah angkatnya.Sentiasa prihatin tentang dirinya.Adam luahkan segala isihati dan segala yang telah berlaku.Baba Bakar kelihatan tenang mendengar setiap luahan anak angkatnya.

"Adam,baba harap Adam bersabar diatas setiap ujian yang tertimpa keatasmu.Itulah tanda Allah begitu sayangkan kamu.Baba tahu kamu sudah bertunang dengan Linda.Papa sendiri yang bagitahu baba.Baba tidak salahkan papa dan mama kamu.Cuma baba tertanya-tanya kenapa Adam masih sembunyikan Damia dari mereka.Mama dan papa berhak tahu kewujudan Damia dalam hidup Adam.Jangan takut untuk hadapi kenyataan.Kalian bukan buat salah.Adam dan Damia bersatu kerana takdir hidup kalian.Baba yakin orang tuamu pasti akan menerima Damia.Dia anak yang baik.Adam kene berani hadapi kenyataan ini.Jika Adam terus membisu,pastinya satu hari nanti,nasib Damia tidak terbela.Itu satu penganiayaan anakku."Panjang Baba Bakar menzahirkan pendapatnya.Adam mendengar dengan teliti.Benar,dia akui silap dirinya sendiri tidak berterus terang tentang statusnya kini.Jika dari awal dia berterus terang pastinya mama tidak akan meneruskan pertunangannya dengan Linda.Kedengaran suara muazin melaungkan azan subuh.Perbualan mereka terhenti disitu.Mereka berdua masuk kembali ke dalam surau untuk bersama solat berjemaah.

******

Pagi ini Damia dan Mak Ani bersama menyediakan sarapan.Damia menggoreng mee basah sementara Mak Ani menyiapkan seteko air kopi pekat.Sementara menunggu kepulangan suami masing-masing sempat juga mereka bersembang.

"Mia,boleh Mak Ani tanya".Mak Ani mula berbicara.
"Boleh Mak Ani.Apa yang nak tanya tu,"Seloroh Damia sambil tangannya picit manja tangan Mak Ani.
"Mia dan Adam ok?."Tanya Mak Ani.Damia cuba berlagak biasa.Dia masih ingat setiap peraturan yang Adam telah tetapkan untuk dia.
"Mak ,Alhamdulillah kami bahagia.Mia masih baru dalam alam rumahtangga ini.Masih banyak yang perlu kami pelajari.Mak Ani dan baba doakan kami ye."Fuh!lega .Damia bijak menyusun kata-kata untuk menyakinkan Mak Ani.Tersenyum Mak Ani melihat anak menantu seorang ini.Matang dan manja.Terhibur hatinya.

Seketika kemudian Adam Harris dan Baba Bakar tiba,mereka berempat sarapan bersama sambil berbual biasa.Riuh juga Damia bercerita.Sesekali Baba Bakar dan Mak Ani ketawa mendengar celoteh Damia.Adam seperti diselubungi rasa bersalah terhadap isterinya yang sangat polos.

Selepas makan,Adam dan Damia bersiap-siap untuk pulang ke Kuala Lumpur.Mereka bersalaman dan meninggalkan kedua orang tua angkat.Sepanjang perjalanan menyusuri kawasan kampung,Damia begitu asyik melihat keindahan kampung tanpa menyedari Adam disebelah.

"Mia suka duduk kampung."Adam mula berbicara memecah kesunyian yang ada.
"Suka.Mia memang sukakan suasana kampung.Tenang dan best."Jujur jawapan Damia.Adam ketawa mendengar jawapan telus isterinya.
"Kenapa abang tanya?"
"Saje nak ajak Mia borak.Dari tadi asyik tengok luar tak pedulikan pun abang kat sebelah ni."Balas Adam dengan nada sedikit merajuk.Mengharap perhatian isteri.Damia tersenyum ,bahagia pula dirasakan.Adakah ini yang dinamakan CINTA.Adakah hatiku telah terisi?Layakkah aku menawan hati lelaki disebelahku ini?Mampukah aku?Persoalan yang masih tiada jawapan.Namun Damia akui dia mulai menyukai apa yang dirasakan saat ini.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience