27
"Banyaknya lauk Mak Wan masak hari ini."Adam melihat pelbagai jenis lauk diatas meja sudah siap terhidang.Sebaik sahaja tiba di villa Dato Ridhwan,Adam terus menjenguk mama di kamarnya.Berseri-seri wajah mama mungkin dia gembira setelah beberapa hari berada di hospital.Setelah berbual seketika dengan mama,Adam turun ke dapur.
"Hari ini kita ada tetamu istimewa,mama suruh Mak Wan masak lauk ini semua".Jelas Mak Wan selaku tukang masak yang iktiraf di villa Dato Ridhwan sejak Adam kecil lagi.Adam Harris mengecilkan matanya,ligat otaknya berhubung.Masa berbual dengan mama tadi,tak ada pulak mama bagitau ada tetamu hendak datang.Siapalah tetamu yang istimewa tu agaknya!.Dia berteka-teki sendirian.
"Termenung jauh nampak,rindukan seseorang ke?".Terkejut beruk Adam disergah Dato Ridhwan dari arah belakang.Jika betul dia sedang merindu,orang itu adalah SITI DAMIA.Adam!!!!Apa sudah jadi dengan kau ini???.Angau tahap dewa.
"Isk!!! papa ni.Sengaja nak menyakat Adam.Siapa yang nak datang sebenarnya?"Tanya Adam cuba risik maklumat dari papa.Papa hanya mengangkat bahu dan terus berlalu pergi.Jawapan yang paling Adam Harris tidak suka.Ini kalau staf di pejabat buat,sah dah kene pecat.Adam mengetap bibir.Dia melangkah di kamarnya.Baik aku lepak dekat bilik sendiri.
Setelah hampir setengah jam menunggu 'tetamu istimewa '.Kedengaran suara Mak Wan memanggilnya untuk turun ke ruang tamu.Jika diikutkan rasa malasnya,dia rela memerap di dalam kamar itu,namun mengenangkan 'tetamu istimewa' bermakna dia perlu ikut protokal yang telah ditetapkan oleh permaisuri villa itu.Wajib hadir bersama dan bermesra dengan tetamu hingga tetamu pulang.Dari kecil mama telah terapkan dalam dirinya.Adam mengemaskan dirinya dihadapan cermin,sempat lagi memuji ketampanan yang dimiliki sebelum keluar menemui tetamu.
Langkah Adam terhenti sewaktu menuruni anak tangga,susuk tubuh dihadapannya mengingatkan diri kepada seseorang.Walaupun tuan badan membelakanginya,namun dia sangat kenal akan susuk tubuh itu.Tak mungkin!!!!.Adam terjerat kali ini.Terasa peluh mulai keluar dari liang-liang kulit di dahi licinnya.Keramahan papa menyambut dua wanita itu menyakinkan dirinya akan 'tetamu istimewa 'itu.
"Eh,Adam.Tak kan tercegat dekat situ.Marilah sini."Aduh!!!.Adam tidak mampu mengelak lagi kali ini.Susuk tubuh yang dikenalinya itu segera berpaling memandangnya.Senyuman terukir dari bibir wanita itu.
"Adam,How are you?."Linda segera mendapatkan tunangnya yang dirindui.Dia cuba memegang tangan kanan Adam namun sempat Adam mengelak dan berlalu tanpa menjawab soalannya.Linda menahan rasa marah.Adam segera membawa Datin Qaira ke kamar mama.Pasti dua sahabat ini ada banyak cerita untuk dikongsi.
"Yanti,mari ikut saya."Arah Adam sebelum meninggalkan mama dengan Datin Qaira.Linda masih berbual bersama papanya.Lima minit kemudian,Linda meminta izin untuk melawat Datin Suri.
"Yanti,bawa air ini ke kamar Datin,".Pinta Mak Wan.Adam masih duduk diam di dapur.Mukanya masam menahan rasa.Jika dia tahu Linda yang datang,dia rela duduk di bilik sahaja.Mak Wan hanya memerhatikan Adam,dia tahu Adam Harris tidak menyukai Linda,namun apakah pilihan yang ada,mereka telah pun tunang dan bakal berkahwin tidak lama lagi.
******
"Mama,rindunya Linda,maaf ye mama,tak sempat ziarah mama di hospital.Kami pun baru sampai tengahari tadi."Kata Linda sebaik sahaja memasuki kamar bakal mentuanya.Sisi baiknya perlu dilakonkan dengan sebaiknya.
"Mama faham Linda,jangan risau ye.So macam mana dengan barang-barang.Dah beli semuanya."Datin Suri teruja bertemu dengan sahabat dan bakal menantunya.Senyum sentiasa terukir dibibirnya.Bunyi ketukan menghentikan perbualan mereka.Yanti tiba dengan dulang minuman.
"Jemput minum Datin."pelawa Yanti.Disedarinya ada sepasang mata yang merenungnya dengan tajam sekali.Hatinya mulai takut.Segera dia mahu meninggalkan kamar itu.
"Berhenti!!!".Langkah Yanti terhenti.Debarannya semakin memuncak.
"Iya,ada apa Cik."Bicara Yanti.Nafasnya cuba diatur agar tidak kelihatan gugup berhadapan wanita dihadapannya.Wajahnya seperti hendak menerkamnya.
"Boleh bawa saya ke tandas?"Pinta Linda.Pandangan matanya tajam memandang gadis Indonesia dihadapannya.Yanti akur dan berlalu walau dihati mulai rasa tidak enak dengan gadis muda bergaya dibelakangnya.Setibanya di tangga.Linda segera merentap tangan Yanti.
"Sakit cik.Napa ini.Apa saya ada buat salah.Tolong maafin ya.Saya lagi kerja disini Cik."Rayu Yanti.Nyata gadis muda ini bukan calang-calang orang.
"Hey!!!aku tak suka kau disini.aku bagi amaran keras dekat engkau,jika kau hendak kerja lama dekat sini.Pasak dalam kepala hotak kau yang AKU INI BAKAL MENANTU DI DALAM VILLA INI!faham!!."Perlahan namun keras amaran Linda.Yanti kecut perut.Segera mengangguk kepala tanda faham dengan amaran Linda.
Adam hanya memerhati sahaja tindakan Linda dari pintu biliknya.Hajat hati hendak ke dapur terhenti apabila melihat Linda dan Yanti.Dia tidak terkejut melihat apa yang Linda buat.Dia tahu siapa Linda,seorang yang akan terus berusaha untuk dapatkan apa yang dia inginkan.Nekad.
Tangan Yanti dilepaskan.Segera Yanti menuruni anak tangga meninggalkan Linda,tangannya terasa amat sakit.Linda tersenyum puas.Ini Linda ok.Jangan hendak bermain dengan aku.Ibarat kau bermain dengan api.Pasti kau akan terbakar.Monolog Linda tanpa menyedari kelakuannya diperhatikan Adam Harris.
******
Damia melihat jam didinding yang menunjukkan jam lapan malam.Pastinya Adam tidak balik untuk makan malam.Dia menjamu makan malam sendirian,namun hatinya lega.Terasa tiada gangguan.Jika Adam ada,pasti saat ini,dia bakal bertukar menjadi hang jebat.
Setelah memastikan dapur kemas dan bersih,lampu di ruang dapur dipadamkan.Damia terus ke kamar 'kita'.Hari ini dia hajat hatinya hendak tidur awal.Sementara menanti solat isyak,Damia sempat menelefon Mak Nani.Pastinya banyan cerita hendak didengar dan dikongsi dengan emak angkatnya.
******
Dimeja makan,Adam cuba menahan rasa.Seleranya mati.Linda disebelahnya dari tadi cuba sedaya upaya menarik perhatiannya.Jika Damia yang lakukan,pastinya saat ini dia akan menyakat hingga wajah Damia kemerahan menahan amarah.Comel sekali.Abang sudah rindukan baby girl abang.
"Adam,ini sambal ayam untuk U."
"Thanks sayang,"Linda tergamam.'Sayang'.Perkataan keramat itu akhirnya keluar dari mulut tunangnya.Jika saat ini hanya dia dan Adam sahaja,pastinya tubuh tegap Adam Harris terus dipeluk seeratnya.Gembira bukan kepalang hatinya.
Adam hanya tersengih,sengaja dia berkata demikian.Sekurang -kurangnya dia memjaga airmuka orang tuanya.Hakikatnya sayang yang dimaksudkan hanya untuk Ayu Safira-suatu masa dahulu dan Siti Damia -kini dan selamanya.Papa dan Datin Qaira tersenyum melihat pasangan darah manis itu.Pastinya penyatuan dua keluarga ini bakal mencipta keuntungan yang berlipat ganda.Datin Suri hanya memerhatikan dari tingkat atas.Seronok melihat Adam dan Linda.Sama cantik sama padan.Seketika kemudian,Datin Suri meminta Yanti membawanya ke kamar.
Adam segera pulang sebaik sahaja Linda dan Datin Qaira pulang.Hatinya membara.Sakit hati dengan Linda.Bungkusan yang diberikan Linda ditenung tajam.Sewaktu memberikan bungkusan hadiah untuk Adam,tanpa sempat Adam mengelak,Linda menghadiahkan satu ciuman dipipinya.Berubah kemerahan wajah Adam Harris menahan marah.Mata Linda direnung lama.Jika papa dan Datin Qaira tiada berhampiran dengannya,pastinya ciuman Linda dibalas dengan tamparan darinya.
******
p/s=Jutaan terima kasih Qaseh ucapkan buat semua pembaca yang sudi membaca DTK?.Qaseh baca semua komen dan akan cuba update lagi dan lagi.Mohon sabar ye.Adam memang tengah panas hati dengan Linda.Apa lagi yang bakal terjadi....?????.Nantikan qaseh update next episode ok.
Share this novel
saya nntkan next episod ya....siam mia ank yatim piatu harap Adam xsia siakan nya