23
"Abang,tolong Suri,"Lemah suara Datin Suri.Sebaik sahaja dia membuka mata,sekeliling dirasakan terlalu asing,dimanakah aku berada ini? .Dia mengingati apa yang telah terjadi,sebaik sahaja bangun dari tidur dan dia ingin ke tandas.Dia turun dari katil,kepalanya terasa berat,imbangan badan dan pandangannya menjadi kelam.
"Mama,ini Adam."Adam berkata lembut.Dia mengukir senyuman melihat mama telah sedar.Syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Allah swt.Segera butang disisi katil ditekan.Datin Suri cuba untuk bangun namun dihalang oleh Adam Harris.
"Jangan bangun dulu mama,sekarang mama berada di hospital.Mama pengsan semalam.Kejap lagi doktor datang".Jelas Adam serba ringkas.Terkejut Datin Suri mendengar.Dari semalam dia tidak sedarkan diri.Doktor yang bertugas shif pagi tiba,Adam diminta ketepi,tirai langsir mulai menutupi sekeliling katil Datin Suri.Adam berdiri kaku.Diam tidak berganjak.Hatinya berdebar-debar.
Di sebalik tirai kedengaran esakan mama.Hati Adam menjadi tidak keruan.Sungguh aku tidak kuat Ya Allah.Pasti doktor telah menerangkan keadaan sebenar mama.Dia meraup wajahnya berkali-kali.Penat,sedih,mengantuk bercampur baur dalam dirinya.Esakan mama sudah tidak kedengaran.Hanya suara doktor berikan penerangan.Mungkin juga kata-kata semangat buat mama.Suara doktor tidak terlalu jelas,Adam masih menanti disebalik tirai.
******
"Adam,mama tidak boleh jalan,"Adu Datin Suri,tangisannya masih berbaki.Adam hilang kata-kata.Otaknya cuba untuk berfikir dengan tenang.Namun disaat berhadapan dengan situasi begini akal yang waras pun kadang-kadang dikuasai emosi.Dia cuba menahan sebak.
"Jangan begini mama,Doktor Ranjit ada bagitahu Adam,kaki mama akan pulih seperti biasa dengan syarat mama kene ikut apa yang disarankan doktor."Lembut Adam berbicara.Dia cuba mengawal sebak dihati.Datin Suri masih bersedih.Bukan dia tidak menerima kenyataan keadaan dirinya,cuma dia ralat.Mengenangkan majlis Adam tidak lama lagi.Masih banyak persiapan yang perlu dia selesaikan.
"Mama jangan runsing,apa yang penting sekarang ini adalah mama kene pulih seperti dulu.OK."Pujuk Adam lagi,dia seakan dapat membaca isi hati Datin Suri.Perlahan-lahan mama mengangguk kepala,bersetuju dengan kata-kata Adam.Jika dia sudah pulih seperti sediakala mudahlah dia menguruskan majlis anak tunggalnya.Adam membersihkan wajah mama,seketika kemudian dua orang jururawat datang untuk menguruskan Datin Suri.Adam keluar dari wad.Kesempatan ini dia gunakan untuk hubungi Damia.Terasa rindu pula dengan isteri dekat tapi jauh.Dekat dimata tetapi jauh dari hati.Eh!dah tak jauh sangatlah.Terasa makin dia mendekat.Adam menanti panggilannya disambut.Terdengar suara lembut Damia.
"Mia dah makan?,"Tanya Adam selepas menjawab salam isterinya.
"Sudah.Abang sudah makan?.Mama abang macam mana?".Tanya Damia.
"Mama alhamdulillah sudah sedar."Balas Adam.Terdengar suara Damia memanjatkan rasa syukur.Adam berasa lapang dadanya.Mendamaikan.Hilang segala rasa gusar,yang berbaki hanyalah rasa rindu yang mulai mencengkam jiwanya.Rindukan Siti Damia!Gila dah aku ni.Sambil berbual dengan isterinya,Adam sempat membayangkan Damia dihadapannya.Jika itulah yang benar-benar berlaku,dia akan mendakap erat tubuh isterinya.Tidak akan dilepaskan walau seminit.Adam apa yang sudah terjadi dengan kau ni?.Dia bermonolog sambil melihat sekeliling.Suasana pagi di hospital.Setelah menghantar mesej kepada papa,Adam menemai mama di wad.
"Mama buat apa tu?"Tegur Adam sebaik sahaja masuk ke dalam bilik.Melihat Datin Suri asyik menaip sesuatu ditelefon.Datin Suri tersenyum kelat memandang anaknya.Walaupun senyumannya hambar namun Adam tetap bersyukur.
"Mama mesej Datin Qaira,Linda kirim salam dekat kamu.Dia kata kamu langsung tidak balas mesej dia,betul ke?.Tanya mama bersahaja,namun bagi Adam itulah soalan yang cuba dielakkan.Kali ini dia terjerat.
"Nantilah Adam balas,sekarang Adam nak fokus pada mama je."Balas Adam dengan harapan mama tidak bercerita lagi tentang Linda.Dia naik rimas.
"Jika sekarang mama dah ada menantu,pasti boleh minta tolong menantu bantu uruskan mama ini."Aduh!Adam terkene lagi.Mama,sebenarnya mama memang sudah ada menantu pun,tapi menantu mama itu bukan orang yang mama hajatkan.Dia orang kampung yang penuh dengan kasih sayang,rasa hormat dan sentiasa menyenangkan hati anak mama ini.Lama Adam berkata-kata.Namun setiap kata-katanya hanya di dalam hati,tidak diluahkan.
"Biarlah Adam jaga atau nanti Adam upahkan orang ok."Usik Adam lagi.Datin Suri tersenyum lagi.Mukanya sembab disebabkan banyak menangis dari tadi,nampak semakin berseri dengan senyumannya.
"Sekarang biar Adam mekapkan mama,kejap lagi kekasih hati mama itu nak datang.Rindu katanya."Semakin galak Adam Harris mengusik mamanya hingga menyebabkan mama ketawa.
"Mestilah rindu,tidak pernah berjauhan tau."Mama pun tidak mahu kalah.Anak beranak ini berbual,bergurau sementara menanti Dato Ridhwan.
******
Share this novel