BAB 6

Romance Completed 6676

Bab 6

Syafiqah menarik nafas dalam-dalam. Angin bumi Sarawak mendinginkan tubuhnya. Cuaca agak mendung di sini, berbeza dengan cuaca di Johor sewaktu dia berlepas sebentar tadi.

Syafiqah menekup tangannya di dada, degupan jantung yang berdetak laju membuatkan dia resah seketika. Kenapa perasaan diulit bimbang? Adakah salah keputusan yang dibuat untuk berjumpa Adam di Sarawak? Marahkah Adam? Persoalan itu kerap kali berlegar dimindanya.

Langkah diatur ke arah teksi yang sedia menanti penumpang. Alamat tempat kerja Adam diserahkan kepada pemandu teksi yang dinaikinya.

Dalam hati, Syafiqah terus berdoa, agar Adam dapat menyambut kedatangannya yang tiba-tiba ini dengan pelukan dan senyuman.

“Dari mana ya dik?” Pemandu teksi itu menyoal, masih ada dialek Sarawaknya.

“Johor.” Jawab Syafiqah ringkas dengan senyuman.

“Mau jumpa siapa di sini?” Syafiqah yang sedang menghantar mesej kepada Kak Ida untuk memaklumi ketibaannya di Sarawak mengalih wajahnya ke arah cermin pandang belakang teksi yang menampakkan wajah pemandu teksi tersebut.

“Suami saya, sudah lama tak jumpa.” Jawab Syafiqah mesra.

“Oh… belajar ka kerja di sini?”

“Dia buat praktikal di sini.”

“Oh… selamat berjumpa ya.” Ujar pemandu teksi sebelum Syafiqah turun daripada teksinya.

“Terima kasih pak cik.” Pintu teksi ditutup sebelum ia meluncur laju. Basmallah dibisik perlahan, supaya mengiringi pertemuannya dengan Adam. Debaran kian terasa, kenapa? Luar daripada kebiasaannya.

“Luar biasa? Ala harini kan last I praktikal dekat sini, so nak la hensem-hensem sikit.” Adam bersuara sambil menggayakan baju kemejanya. Jarang-jarang dia nak ‘melawa’ datang ke pejabat, kerana hampir keseluruhan waktunya dia akan turun ke tapak kerja syarikatnya. Jadi tidak perlu hendak terlalu bergaya.

“Patutlah… nak try market sebelum chow kan?” Usik Johan rakan sekerja Adam. Adam hanya ketawa diusik rakannya itu. Entah kenapa hatinya terlalu gembira hari ini, jauh berbeza dengan hari-hari sebelumnya.

“Wah…hensemnya, sesuaikan warna merah dengan kulit you Adam.” Entah dari mana munculnya Hanisah. Dengan lenggok gayanya dia melangkah menghampiri Adam.

“Wait, you yang bagi Adam baju ni Nisah?” Johan meneka. Adam hanya tersengih sambil menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Hanisah tersenyum penuh makna.

“Oh… Nisah, I punya mana?” Usik Johan.

“You beli sendiri la… eh Adam, lupa pula I, tadi ada orang nak jumpa you, I think…” Hanisah mematikan bicaranya bila Syafiqah sudah pun menampakkan dirinya.

“Assalammualaikum…” Adam yang masih dalam sisa tawa berpaling apabila mendengar suara yang amat dikenalinya. Ketawa yang tersisa terus sahaja mati apabila terpandangkan wajah Syafiqah.

“What are you doing here?” Salam tidak dijawab, malah persoalan dilontarkan. Johan hanya memerhati keadaan yang agak tegang dirasakan itu. Tanpa menunggu soalannya dijawab, Adam melangkah laju ke arah Syafiqah lalu menarik tangannya supaya melangkah keluar daripada pejabatnya. Syafiqah yang masih terkaku hanya menuruti langkah suaminya itu.

“Kenapa ke sini?” Soal Adam tegas. Syafiqah terkedu. Bukan ini yang diharapkannya daripada Adam.

“Ika… saya datang…” tergagap Syafiqah untuk menjawab. kata-katanya lantas dipintas oleh Adam.

“Enough, sekarang ambil teksi dan pergi alamat rumah ni.” Adam mengeluarkan kad nama daripada dompetnya. Syafiqah tanpa kata mengambil kad nama tersebut.

“Tapi… Ika…” Syafiqah berusaha mencari peluang untuk bersuara. Sedari tadi kata-katanya terhalang oleh Adam.

“Cukup Ika, balik tunggu saya dekat rumah, kita discuss dekat rumah.” Ujar Adam tegas, dan menolak badan Syafiqah supaya melangkah pergi. Kerna terpaksa Syafiqah hanya menurut tanpa kata. Sebak di hati hanya dia yang rasa. Ini jauh daripada yang diharapkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience