BAB 7

Romance Completed 6676

Syafiqah mengambil telefon bimbitnya di dalam beg tangan. Nombor Kak Ida dicari dan didail. Lama ditunggu sebelum panggilannya disambungkan.

“Assalamualaikum… so how? Happy dapat jumpa suami tersayang awak tu?” Kak Ida terus sahaja bersuara sebaik menyambung talian. Syafiqah hanya tersenyum dalam sebak.

“Waalaikummussalam… erm, mulanya happy la dah sampai tapi…” Syafiqah tak dapat menahan tangisnya. Air mata yang ditahan-tahan akhir melimpah keluar dari tubir mata. Esakan yang mulanya perlahan, kini kian menjadi-jadi.

“Alahai, kenapa pula ni Ika?” Kak Ida terus sahaja menyoal sebaik mendengar esakan Syafiqah yang kian deras.

“Ika sendiri tak faham kak, ingat dia happy bila Ika ada depan mata dia. Tapi tak, dia marah-marah.” Kak Ida hanya mampu beristigfar perlahan.

“Sekarang Ika nak ke mana? Sarawak bukan tempat Ika kan…” Syafiqah mengawal tangisnya.

“Adam suruh ke rumah sewa dia. Ika dalam perjalanan ke sana… Akak…” Syafiqah yang masih dalam sedu, cuba untuk terus meluahkan rasa hatinya.

“Hati-hati kalau macam tu… kenapa Ika?”

“Ika dah jumpa perempuan tu.” Syafiqah menarik nafasnya dalam-dalam. Lalu dilepaskan perlahan. Pandangan dilepaskan keluar tingkap teksi.

“Perempuan tu? Perempuan mana?” Syafiqah melepaskan lagi lelahnya.

“Perempuan yang hantar gambar dia dengan Adam, perempuan yang nakkan Adam.” Kak Ida terkedu.

“Apa yang jadi? Dia ada buat apa-apa?” Syafiqah tersenyum tawar dengan gelagat Kak Ida yang mula kelam kabut.

“Jangan risau. Dia cakap benda yang sama macam yang dia mesej dulu. Cuma, dia kata dia akan minta Adam kahwin dengan dia sebagaimana Ika minta Adam kahwin dengan Ika. Ika tak berapa faham yang tu, entahlah tak faham Ika. Ada juga perempuan macam tu dalam dunia ni.” Syafiqah mula merungut.

“Ika, kamu sedar ke tak ni?” Kak Ida bersuara tegas. Syafiqah mengerut dahi, sisa air mata di sapu dengan belakang tangan.

“Kenapa?”

“Hei, perempuan tu nakkan suami kamu. Kenapa kamu macam relax aje? Tak takut?” Nyaring suara Kak Ida menyoal.

“Isteri mana tak risau kak. Nama dia Hanisah. Cantik, anggun dan sangat elegen. Mana-mana lelaki pun akan suka dengan dia. Ika takut, memang takut, lagi takut bila nampak yang Adam dan dia sangat mesra dan rapat. Tapi apa yang Ika boleh buat kalau mereka berdua memang saling suka satu sama lain?” Air mata yang sudah berhenti sebentar tadi kini kembali. Terlalu banyak perkara yang bermain difikiran Syafiqah. Sikap Adam, Hanisah dan bayi yang dikandungnya. Emosi Syafiqah bercampur aduk.

“Ika… jangan nangis ye dik. Sabar, akak minta maaf sebab cakap macam tu. Ika jangan lemah, jangan putus asa. InsyaAllah, Adam hanya untuk Ika.” Syafiqah tersenyum dalam tangis.

“Ameen… Akak doakan ye, Ika takut Ika tak kuat dengan ujian ni. Terasa berat kak.” Syafiqah mengesat air mata yang mengalir perlahan dipipinya.

“InsyaAllah. Ika kuatkan semangat ye dik. Erm… baby macam mana? Tak meragam?” Kak Ida cuba mengalih topik, tidak mahu lagi membuat Syafiqah terus menangis.

Jika terus menerus menangis, dia akan mudah menjadi lemah. Sudahlah kandungannya masih baru. Tubuh Syafiqah masih belum biasa dengan perubahan yang berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience