BAB 2

Romance Completed 6676

Syafiqah menarik kerusi meja belajar lalu melabuhkan duduk dikerusi itu. Dikemaskan rambutnya yang makin panjang hingga ke pinggang.

Adam suka dia berambut panjang, jika dulu setiap bulan pasti dipotongnya rambut agar tidak panjang biar hanya separas bahu, kini tidak lagi. Sikat yang ada digunakan untuk merapikan rambut.

Usai solat asar tadi, hatinya terus sahaja kuat merindui suaminya, Adam. Telefon yang tercampak di tepi laptop di ambil dan dihidupkan semula.

“10 misscall….” Tutur Syafiqah perlahan. Ada nada sayu, Syafiqah dipagut rasa bersalah. Lantas Adam dihubunginya. Lama sebelum talian dijawab oleh Adam di sana.

“Sayang…”

“Abang…”

“Sayang marahkan abang lagi?”

“Tak marahlah, merajuk sikit aje…” Adam ketawa dihujung talian. Syafiqah selalu sahaja menyenangi hatinya, cuma kebelakangan ini dirasakan Syafiqah berubah sikap, kadang terlebih manja dan kadang kala terlalu pemarah, ada sahaja yang tidak kena dimatanya.

“Abang mintak maaf ye…” Syafiqah mengetap bibir.

“Ika yang salah bang… maaf jugak ye…” Adam tersenyum di sana.

“Maaf diterima… sayang…”

“Ye?” Syafiqah menyambut panggilan Adam.

“Happy belated birthday my wife, moga terus menjadi sayap kiri abang sehingga ke syurga, insyaAllah.” Syafiqah memejam matanya rapat. Hatinya terus sahaja dipagut rasa bersalah. Kenapa harus dia memarahi suaminya atas perkara kecil?

“Sayap kiri abang ni, banyak sangat lemah dan kurangnya. Ika mintak maaf ye abang. Ika terlalu ikut perasaan.” Adam dihujung talian hanya tersenyum, dalam hatinya dia mengucap syukur.

“Abang faham sayang. Kita sama-sama muda, kadang kala ada perkara yang kita belum begitu matang dalam berfikir. Salah satunya, berjanji. Abang tak tepati janji abang”

“Dan Ika tidak fikir habis, abang belum kerja tapi sudah suruh abang ke sana ke mari. Maaf ye abang.” Adam ketawa kecil mendengarkan bicara isterinya itu.

“InsyaAllah, abang sentiasa maafkan isteri abang ni.” Syafiqah tersenyum lebar. Alhamdulillah, hatinya kembali tenang. Tidak seperti sebelum ini, yang sentiasa berombak tsunami!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience