BAB 12

Romance Completed 6676

Syafiqah memeluk tubuh. Sebaik melangkah masuk rumah, beg tangan dan beg plastik barangannya semua dibuang ke lantai. Dia marah dan geram! Adam mungkir janji.

“Ika… apa ni?” Adam menggeleng-gelengkan kepala, semua barangan Syafiqah dikutipnya. Syafiqah didepaninya.

“Tell me…” Adam bersuara, wajah Syafiqah disentuh dengan jemarinya.

“Kata nak jalan-jalan…” Adam melepas nafasnya perlahan.

“Sayang, tengok muka sayang… pucat lesi. Sayang kena banyak rehat. Sayang tak makan apa pun lagi, macam mana nak jalan.” Syafiqah menepis tangan Adam yang memegang dagunya.

“Kan Ika cakap Ika okay. Tak letih pun.” Adam menarik tangan Syafiqah supaya duduk di sofa.

“Sayang jangan paksa diri. Abang tengok pun tahu sayang tak larat, kasihankan baby kita. Boleh?” Mendengarkan perkataan ‘baby’ Syafiqah mula mengalah tapi rajuk hatinya belum dipujuk.

“Tapi esok dah nak balik, bila nak jalan-jalan lagi. Bukan selalu kita boleh datang sini.” Syafiqah bersuara lagi. Dia begitu teringin hendak berjalan-jalan di Sarawak, ini pertama kali dia ke mari.

“Okay macam ni. Habis semester ni kita datang sini, abang janji. Boleh?” Syafiqah terpancing dengan kata-kata Adam.

“Betul? Janji? Masa tu baby dalam empat bulan.” Adam mengangguk dengan senyuman.

“Empat bulan boleh naik flight lagi. Abang janji habis aje semester ni kita datang honeymoon dengan baby dekat sini.” Adam mengangkat tangan kanan seolah-olah mengangkat sumpah. Syafiqah tersenyum gembira.

“Abang, kenapa eh Hanisah cakap dia nak mintak abang kahwin dengan dia, macam Ika jugak. Ika tak faham lah…” Soal Syafiqah sewaktu mereka dalam kapal terbang menuju ke Lapangan Terbang Senai, Johor. Syafiqah kembali mengingati kata-kata Hanisah sewaktu dia ke pejabat tempat kerja Adam tempoh hari. Adam ketawa kecil. Syafiqah memandang pelik.

“Don’t tell me, abang suka dia eh?” Adam membulatkan matanya. Syafiqah menjelir manja. Kepalanya yang dilentokkan ke bahu Adam dibetulkan.

“Sayang ni… tak la, dia cakap macam sebab dia pernah tanya abang kenapa kahwin muda. Jadi abang jawablah, sebab sayang yang mintak abang kahwin dengan sayang.” Syafiqah terlopong.

“Haaa… abang bocorkan rahsia!” Syafiqah bersuara tertahan menahan geram. Adam terkekek ketawa.

“Alah, dia bukan tau pun. Mungkin sebab tu dia cakap macam tu dekat Ika. Jangan risaulah sayang, isteri abang akan kekal satu sampai bila-bila, insyaAllah.” Syafiqah mengangkat tangan seperti berdoa lalu meraup muka.

“Amboi… kuat ameen dia…” Syafiqah ketawa kecil.

“Hanisah tu cantik, tapi kenapa perangai macam tu eh?” Syafiqah bertanya lagi.

“Tepuk dada tanya iman. Waktu abang mula masuk situ, Johan dah bagi warning pasal Hanisah. Dari awal abang dah bagitau semua yang abang dah ada isteri. Alhamdulillah, dengan cara tu kurang sikit gangguan.” Syafiqah mengangguk, dia sendiri sedar. Suaminya bukan calang-calang, waktu di Universiti pun ‘popular’ ini pula ditempat kerja.

“Nasib badan dapat suami handsome…” Suara Syafiqah, namun masih dapat didengari oleh Adam.

“Handsome ke abang?” Soal Adam kembali.

“Nak perasan la tu.” Adam ketawa, Syafiqah menjuih bibir.

“Tak perasaan, dah tau lama dah…”

“Eleh… perasannya…”

“Kalau abang tak handsome, tentu Ika tak mintak abang kahwin dengan Ika dulukan?”

“Haa… macam mana abang tau?” Adam terkejut. Dari ingin mengusik, kini dia terkena sendiri.

“Sayang!” Syafiqah ketawa.

Betullah kata Hanisah, lelaki sebaik Mohd Adam Asyaaf siapa yang akan lepaskan?

Syafiqah mengucap syukur pada Allah, dikurniakan lelaki sebaik Adam untuk dia dan bakal anak-anaknya.

Kiranya pilihan yang dibuat dalam keterpaksaan membuat keputusan dahulu adalah pilihan yang terbaik. Kini, dia hanya mampu untuk terus berdoa, agar hubungan dia dan suaminya akan terus bahagia hingga ke syurga. InsyaAllah.

Betullah kata Ustaz Ismail dahulu, “lelaki yang baik untuk perempuan yang baik tetapi janganlah berkata, dia terlalu baik iaitu tidak sesuai untuk diriku sebaliknya berusahalah untuk menjadi baik agar dikurniakan pasangan yang baik.”

Terima kasih Allah, Syafiqah kurniaanMu yang terbaik yang akan sentiasa disyukuri. Adam terus bersyukur dan berdoa. Syafiqah yang sudah terlena dalam dakapannya, dipeluk erat.

”Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah untuk semua anugerah ini. Buat isteriku sayang, terima kasih kerana menerima abang dan sudi untuk mengandungkan zuriat abang. Abang akan terus menjaga sayang dan anak-anak semampu abang. InsyaAllah...” Bisik Adam perlahan di telinga Syafiqah.

Adam turut memejamkan mata, kurang berapa jam lagi mereka akan tiba ke destinasi, dan meneruskan kehidupan mereka bersama-sama. Apa yang menanti di depan, mereka tidak pasti. Tetapi, mereka sentiasa ingat untuk saling percaya dan saling berkongsi kasih dan sayang. Moga rasa cinta ini akan selalu ada bersama mereka, mengikat segala janji yang sudah terpatri untuk bersama selamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience