BAB 1O

Romance Completed 6676

Adam duduk di birai katil, duduk merenung isterinya yang sedang khusyuk berdoa. Rindu. Rindu yang sentiasa bertapak dihati kini kembali mekar menampakkan wajah. Mujur sahaja dia berwuduk kalau tidak, mahu sahaja dia memeluk isterinya itu sekarang.

“Abang nak solat?” Suara Syafiqah sebaik menanggalkan telekungnya.

“Abang nak solat pulak. Ika hidangkan makanan ye. Abang dah siap masak semua.” Syafiqah terpempan.

“La… abang dah siap masak? Kenapa tak tunggu Ika aje?” Kain telekung diletakkan di atas katil.

“Tak susah pun, untuk isteri abang jugak. Sayang tolong hidang ye, kejapa lagi kita makan sama-sama.” Syafiqah mengangguk perlahan. Marahnya pada Adam seolah sudah terbang menghilang. Adam pandai mengambil hati.

Doa Adam seusai solat Maghrib berjemaah dengan isterinya malam itu, lebih panjang daripada biasa. Banyak yang dipohonnya daripada Allah, termasuklah kesejahteraan hubungan mereka berdua.

“Maafkan salah silap Ika sepanjang jadi isteri abang…” Ujar Syafiqah sewaktu menyalami tangan Adam.

“Abang maafkan. Abang pun minta maaf atas salah silap abang. Maafkan abang untuk sikap kasar abang di pejabat siang tadi.” Ujar Adam, lalu ubun-ubun isterinya dikucup penuh kasih. Dalam tangan yang masih berpaut antara satu sama lain, mereka saling berpandangan sehingga termalu sesama sendiri.

“Abang akan jelaskan tindakan kasar abang siang tadi, abang harap sangat sayang dapat maafkan abang.” Adam bersuara lagi setelah beberapa ketika mereka berdiam diri.

“Ika maafkan dan Ika memang nak abang jelaskan, sebab Ika terasa hati dengan apa yang abang buat.” Ujar Syafiqah dengan nada merajuk. Adam menarik Syafiqah yang masih bertelekung mendekatinya.

“Hari ni, daripada awal pagi abang bangun. Hati abang rasa berbunga-bunga. Abang tak tahu kenapa. Lepas tu asyik teringat yang sayang kata nak datang sini. Abang cari baju baru nak pakai hari ni. Happy sangat. Abang sendiri tak tahu kenapa.” Syafiqah mengerut dahi. Wajah Adam yang kelihatan bahagia bercerita itu dipandang.

“Kalau happy kenapa marah-marah waktu jumpa ika?” Adam mencuit hidung Syafiqah, Syafiqah mencebik, jari Adam yang mencuit hidungnya digenggam.

“Abang happy sampai semua kawan-kawan pun perasan. In the middle of that, tiba-tiba nampak muka sayang ni, terpacul depan mata abang. Abang terkejut sangat-sangat. Dalam fikiran abang yang tengah terkejut tu, satu aje yang muncul. Bukan dah kata jangan datang ke?” Adam terus menjelaskan. Syafiqah hanya mencebik. Tubuh yang tadi disandarkan ditubuh Adam dijauhinya.

“Ika rindu. Abang asyik busy, kadang mesej tak balas. Lately, macam-macam mesej dan call yang Ika dapat. Jadi, abang fikir Ika nak dudukk diam dekat Johor and buat tak tahu. Hati Ika ni meronta-ronta nak cari jawapan. Ika ikut hati Ika, sebab tu Ika sampai sini. Ika ingat abang happy tapi lain pula jadi.” Syafiqah merungut dalam rajuknya.

“Abang minta maaf ye. Abang ada alasan kenapa tak bagi ika datang sini… abang dah..” belum sempat menghabiskan kata, Syafiqah mencelah.

“Sebab abang dah suka dekat Hanisah tu?” Adam terpempan.

“Aik? Apa kaitan Hanisah pula?” Adam menyoal dengan kerutan di dahi.

“Kaitan la, dia suka dekat abang. Abang pun siap pakai lagi baju yang dia bagi.” Syafiqah bersuara lagi. Adam hanya ketawa kecil dengan rungutan Syafiqah.

“Sayang… kalaulah semudah itu Abang dapat Syafiqah ni, mungkin semudah tu abang nak terima orang lain dalam hidup abang. Sayang lupa payahnya abang nak kenal sayang, payah nak dapat. Mujurlah sayang sendiri yang merayu abang kahwin dengan abang, kalau tak takde la kita sekarang ni.” Adam menggenggam erat jemari isterinya.

“Ye la tu…Siap pakai baju dia bagi lagi” Syafiqah mencebik lagi.

“Ala… dah orang bagi abang ambil la, rezeki jangan ditolakkan.” Adam cuba bergurau tetapi tiada respon.

“Sayang tak percaya abang?” Adam menyoal penuh gusar.

“Percaya, tapi satu syarat untuk bagi Ika percaya untuk selama-lamanya.” Syafiqah memandang Adam dengan matanya dikecilkan.

“Apa dia sayang?”

“Jangan marah Ika macam siang tadi. Bila-bila pun Ika buat surprise abang jangan marah macam tu, boleh?” Adam ketawa kecil.

“Sayang ni… abang marah sebab abang dah cakapkan jangan datang, tapi Ika degil, datang juga. Tak bagitau langsung dekat abang pula tu.”

“Kan dah cakap, Ika rindu and nak buat surprise.” Syafiqah membela diri.

“Tahu kenapa abang tak bagi datang?”

“Sebab Hanisah” Syafiqah menjawab ringkas. Adam menggeleng, hidung Syafiqah dipicit.

“Bukan. Sebab lusa abang dah balik semenanjung. Abang sambung praktikal dekat Johor.” Syafiqah menggigit bibir. Hidung yang dipicit Adam disapu perlahan. Bila Adam buat begitu tandanya dia dihukum.

“Kenapa abang tak cakap dekat Ika? Sorry…”

“Dah… abang pun buat salah. Kosong kosong ye. Sayang pun dah kena picit hidung. Dah, meh sini…” Adam menarik Syafiqah supaya kembali ke dalam dakapannya. Syafiqah hanya menurut.

“Jadikan ini ujian perkahwinan kita. Moga di masa akan datang, kita akan terus kuat walau apa pun yang mendatang.” Ujar Adam.

“Kalau ada yang menggoda, abang janji untuk tak tergoda?” Adam ketawa dengan soalan Syafiqah. Isterinya cemburu, Adam begitu pasti.

“Kalaupun ada Syafiqah nombor dua, tak dapat dia nak tandingi Syafiqah yang telah curi hati abang ni.” Syafiqah tersenyum.

“Abang… hati abang dekat mana?” Adam ketawa lagi. Syafiqah kini terlalu manja.

“La… kan sayang simpan, sayang dah buang ke?” Syafiqah ketawa, jawapan yang ditunggu dulu, kini dia dengari lagi. Syafiqah bersyukur, doanya dimakbulkan. Walaupun mulanya dia menangis, kini dia tidak henti-henti tersenyum gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience