BAB 1

Romance Completed 6676

Langkahnya dihayun lesu, tiada yang indah dan menggembirakan di matanya. Dikuaknya daun pintu bilik lalu Syafiqah menghempas tubuh ke atas katil.

Tudung yang masih membaluti kepalanya, dicabut dengan kasar lalu dicampak ke lantai. Kak Farina yang sedari tadi di meja belajar hanya memerhati dan menggeleng kepala.

Syafiqah mengambil telefon yang berdering untuk kesekian kalinya. Tidak diangkat panggilan itu tetapi dipadamkan terus dan kemudian mencampakkannya ke atas meja yang berada dibelakang kepala katil.

“E’eh gempa bumi sampai tangga rumah bergoyang lagi ke?” Sindir Kak Farina yang sudah melangkah ke katilnya. Syafiqah mengiring badan mengarah ke arah Kak Farina yang sudah duduk dikatil sambil tangan ligat dengan telefon bimbitnya.

“Nak roboh dah.”

“Choi! Mintak simpang la, kenapa cakap macam tu?” Sergah Kak Ida yang baru melangkah masuk.

“Akak mesej Kak Ida eh…” Syafiqah menunding jari ke arah Kak Farina sambil mengecilkan mata. Kak Farina hanya menjelir lidah.

“Kenapa? Dah tak pandai nak share masalah dengan akak ke?” Kak Ida mengambil tempat di sisi Syafiqah. Syafiqah bangun daripada pembaringan.

“Ika pening la akak, serabut rasa kepala ni.” Kak Ida menggeleng kepala, Kak Farina macam biasa, menjuih bibir sahaja. Syafiqah yang suka membesar masalah yang kecil, itulah yang dikatakan daripada awal Syafiqah merungut dengan masalah yang dihadapinya.

“Dah discuss dengan Adam?” Sayfiqah menggeleng dengan soalan yang dikemukakan Kak Ida.

“Jangan kepala angin sangat….” Ujar Kak Farina sebelum melangkah keluar, Syafiqah sekadar menjeling.

“Mana ada kepala angin….” Syafiqah bersuara perlahan.

“Kepala angin tu bukan asyik marah tak tentu pasal aje dik, merajuk tak tentu pasal pun boleh jadik jugak. Kenapa tak discuss? Akak rasa tak masalah apa-apa pun. Adam busy dengan praktikal dia, mana boleh datang selalu.” Kak Ida cuba menasihat panjang lebar.

“Tapi akak, janji tetap janji. Ini tahun pertama tau nak sambut birthday Ika dengan dia, tapi tengoklah… dah lepas dua minggu, wish pun tak.” Kak Ida hanya tersengih.

“Ika ni… ingatkanlah dia… korang baru 6 bulan kahwin dik oi… kenal tak habis lagi.” Syafiqah menjuih bibir.

“Waktu birthday dia bulan lepas Ika dah ingatkan… nak ingatkan selalu, macam takde feel la kak.” Kak Ida menepuk perlahan bahu Syafiqah yang erat memeluk bantal.

“Jadi isteri kena sabar. Ini baru masalah kecik dah merajuk panjang. Tak elok tau dik, sabar banyak-banyak. Adam sibuk tu, mungkin dia ingat tapi tak berkesempatan. Dia call adik tak angkat, jangan buat suami awak tu susah hati. Ingat, dia jauh awak pun jauh…” Syafiqah mengeluh perlahan, kata-kata Kak Ida sedikit sebanyak memberi kesan kepadanya. Syafiqah mengangguk perlahan.

“Jangan lupa impian Ika tu… menjadi muslimah solehah kan?” Syafiqah mengangkat muka memandang wajah Kak Ida yang berada dihadapannya.

“Hamba Allah yang solehah, umat Muhammad yang solehah, anak yang solehah, isteri solehah… ibu solehah… barulah jadi muslimah solehah…”

“Thanks akak…. Ika terlalu ikut perasaan…” Syafiqah menarik lembut tangan Kak Ida dan menggenggamnya. Tak dia nafi, kebelakangan ini dia sering sahaja marah-marah. Hendak kata bulan mengambang, tidak pula. Dia sendiri tidak faham dengan sikapnya.

“Kejap lagi, solat, doa banyak-banyak and then call Adam mintak maaf. Syurga awak dengan dia Ika…” Syafiqah mengangguk perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience