BAB 9

Romance Completed 6676

Setelah selesai mengemas mejanya. Adam bersalaman dengan pekerja-pekerja yang ada. Setelah itu dia terus melangkah keluar daripada pejabat. Tugasnya di Sarawak sudah selesai, selebihnya akan disambung di Johor Bahru.

Lusa dia bercadang untuk terus terbang ke Johor, tetapi kehadiran Syafiqah mungkin akan mengubah rancangannya. Mungkin Sarawak boleh jadi destinasi bulan madu mereka, fikir Adam sehingga membuahkan senyuman dibibirnya.

“Nakal kau Adam” Bisik hati Adam. Motosikalnya dihidupkan, topi keledar dipakai kemas. Gear dimasukkan, lalu terus bergerak laju ke rumahnya. Syafiqah sentiasa bermain difikirannya.

Brek ditekan. Topi keledar ditanggalkan. Rumahnya sunyi, tiada nampak seperti ada orang di rumah. Hati Adam dipagut resah, mana Syafiqah? Kasut juga tiada. Pintu pagar dibuka dengan kunci pendua, dengan berhati-hati Adam menolak masuk motornya.

“Awal kau balik hari ni Adam?” Sapa jiran Adam.

“Pak Selamat, a’ah hari ni last kerja dekat situ, lagi pun isteri saya datang harini.” Jawab Adam penuh sopan. Pak Selamat merupakan seorang pesara askar. Orangnya berasal dari Perak, oleh kerana bertemu jodoh di Sarawak jadi dia terus sahaja menetap di sini.

“Oh… budak perempuan yang berdiri depan rumah kamu tu isteri kamu la?” Soal Pak Selamat lagi.

“Pak Selamat ada nampak dia? Ni macam takde kat rumah aje ni.” Soal Adam dengan riak bimbang.
“Tu la, pak cik tak sempat nak bertanya apa-apa, dia berdiri aje, lepas tu dia tahan teksi yang kebetulan lalu kat sini. Tak tau la ke mana dia pergi.” Adam menggigit bibir. Takkan Syafiqah pulang ke semenanjung?

“Takpe la Pak Selamat. Terima kasih ye.”

“Ha... yelah, kamu telefonlah dia nanti ye, adalah ke mana dia pergi tu.” Ujar Pak Selamat lagi. Adam hanya mengangguk.

Sudah beberapa kali dia cuba menghubungi telefon bimbit Syafiqah namun tidak dapat dihubungi. Telefon Syafiqah seperti dimatikan. Adam menggaru kepalanya yang tidak gatal. Semua salah aku, bentak hati Adam. Tubuhnya dihempas ke atas sofa, telefon bimbitnya dibelek lagi. Entah bagaimana untuk menghubungi isterinya.

“Sayang… janganlah merajuk.” Bisik Adam perlahan, matanya dipejam erat.

“Bila pulak Ika merajuk.” Suara itu mengejutkan Adam sehingga membuatkan dia terus berdiri tegak.

“Sayang?” Soal Adam dengan wajah penuh persoalan dan hairan.

“Kenapa tengok Ika macam tu? Kenapa? Tak suka Ika datang sini?” Sinis sahaja soalan Syafiqah. Adam memandang Syafiqah atas bawah, kedua-dua belah tangan isterinya penuh dengan beg plastik. Syafiqah ke pasaraya? Adam terus meluru ke arah Syafiqah yang melangkah perlahan menghampirinya. Tubuh Syafiqah terus dipeluknya erat. Syafiqah terkejut besar, dek kerana terkejut dan letih yang teramat, semua beg plastik yang dipegang terlepas daripada genggaman.

“Abang ni… pecah dah telur Ika beli. Eii… apa abang ni.” Syafiqah cuba meronta untuk melepaskan diri.

“Sayang… Abang minta maaf. Abang minta maaf sangat-sangat. Maafkan Abang.” Suara Adam yang mula kendur dan berselang dengan esakan, mematikan rontaan Syafiqah. Pelukan Adam dibalas.

“Kenapa ni?” Soal Syafiqah. Adam melepaskan pelukan. Wajah isterinya dipandang. Ciuman diberikan di dahi Syafiqah. Tangan Adam yang memegang wajahnya dicapai dan digenggam lalu disalaminya.

“Abang….” Belum sempat menghabiskan kata, Adam memandang wajah Syafiqah yang dilihatnya pucat lesi.

“Sayang sakit ke? Kenapa pucat sangat ni?” Syafiqah cuma tersenyum.

“Ika letih aje, belum sempat rehat lagi sejak dari sampai.” Ujar Syafiqah bersahaja. Beg-beg plastik yang terjatuh dari tangan tadi di ambil semula, dan terus sahaja mahu melangkah ke dapur.

“Kalau dah letih, masuk bilik kat atas, mandi, solat dan tidur.” Ujar Adam. Semua beg plastik bertukar tangan.

“Semua ni abang bawak ke dapur. Okay?” Syafiqah tersenyum lagi.

“Eh, sayang…. Mana beg baju?” Soal Adam, Syafiqah yang baru beberapa langkah ke bilik ditingkat atas terhenti di tangga.

“A’ah, beg Ika kat luar, lupa nak ambil.” Ujar Syafiqah dengan sengihan panjang.

“Takpe kejap lagi abang bawak ke atas ye.” Adam bersuara lagi, Syafiqah hanya tersenyum. Sudah tahu sikap Adam yang ini, kalau buat salah sikap baik dan romantik seperti ini akan muncul. Tahu pun salah! Desir hati kecil Syafiqah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience