BAB 8

Romance Completed 6676

“Alhamdulillah, sepanjang perjalanan takde meragam. Mungkin dia pun teruja nak jumpa Ayah dia, tapi… erm…” Kak Ida mengeluh lemah, ingatkan sudah boleh beralih topik tapi makin ke dalam. Kak Ida menggigit bibir.

“Jangan fikirkan sangat, Adam letih kut, balik karang okay la tu. Sabar ye.” Syafiqah mengangguk perlahan biarpun Kak Ida tidak dapat melihat.

“Okay akak, kirim salam family ye. Eh, Ika dah sampai rumah, nanti kita sambung ye.” Sebaik memberikan salam,

Syafiqah menamatkan talian. Tambang teksi dibayar dan kemudian dia melangkah masuk ke rumah. Kunci rumah yang diberikan Adam dikeluarkan daripada beg tangannya. Hati masih ragu-ragu, perlukah dia berada di sini?

Langkah Syafiqah mati dan kaku di depan pagar rumah sewa Adam. Masuk atau tidak, itu yang bermain difikirannya.

Kalau dia masuk, jadi dia harus berdepan dengan Adam malam ini, mampukah? Kalau dia pulang ke semenanjung, masalah antara dia dan Adam akan terus berlarutan, bilakah akan selesai?

Syafiqah mengeluh sendiri. Perut yang mula berkeroncong mengganggu Syafiqah untuk membuat keputusan yang bernas. Langkah diatur semula, menjauhi rumah sewa Adam.

“Siapa tu Adam?” Belum sempat melabuhkan duduk, Johan lebih cepat meluru dengan soalan.

“His wife la…” Celah Hanisah. Adam hanya menjungkit kening. Hatinya serba salah. Bertindak sebelum berfikir. Terlalu gembira hingga terkejut dan terus sahaja bertindak luar fikiran. Wajahnya diraup beberapa kali.

“Your wife? Comel! Sebaya ke Adam?” Johan memuji, Adam memandang Johan dengan wajah yang serius.

“Hey, aku puji ikhlas, takde makna lain la. Sebaya?” Johan menangkas pandangan Adam yang dari tafsirannya beriak cemburu.

“Nope. Muda setahun. Terima kasih kerana memuji isteri aku ye, dia memang comel.” Ujar Adam dengan senyuman yang melebar. Johan mencebik.

“Eleh, menyampah.” Rungut Hanisah perlahan namun dapat juga didengari oleh Adam dan Johan. Johan menjungkit kening, Adam mengerut dahi.

“Nisah, you jealous ke?” Johan menempelak. Hanisah kalut sendiri.

“Kenapa nak jealous? I lagi cantik dari dia. Am I right Adam?” Hanisah bersuara membangga diri. Johan ketawa besar, Adam cuma tersengih dan menggeleng.

“Nothing can defeat my wife. Walaupun dia sudah berkedut nanti, dia tetap yang paling cantik di sisi I.” Ujar Adam sebelum melangkah ke bilik pengurusnya. Johan bertepuk tangan dan Hanisah hanya mampu melopong.

Hari ini merupakan hari terakhir Adam membuat latihan industrinya di Sarawak. Tempoh selebihnya akan di sambung semula di cawangan syarikat di Johor Bahru.

Itu yang tertulis dalam perakuan perjanjian latihan industrinya dengan syarikat tersebut. Disebabkan dia tidak pernah ponteng kerja, prestasi kerja yang memuaskan dan hubungan baik dengan pengurus, Adam dapat pulang lebih awal pada hari terakhirnya.

“Sepatutnya hari last kena celebrate dengan kawan-kawan ofis tapi dia nak balik awal.” Rungut Hanisah yang sudah terpacak di tepi meja Adam. Adam hanya mengangkat bahu, malas untuk memberi sebarang komen. Hatinya berlagu resah, bersalah dengan apa yang telah dilakukan kepada Syafiqah.

“Adam” Panggil Hanisah. Adam hanya membisu, tangannya ligat mengemas meja kerjanya.

“Adam!” Tempik Hanisah. Mengejutkan Adam, Johan dan beberapa pekerja yang lain.

“What?” Suara Adam keras, rimas dengan sikap Hanisah yang mendesak.

“I panggil you boleh buat pekak aje kan.” Rungut Hanisah.

“Apa yang you nak Nisah?” Soal Adam. Tangannya masih ligat mengemas barangannya. Lagi cepat dia kemas lagi cepat dia dapat pulang ke rumah.

“I belanja you lunch hari ni, jom?” Adam mengerut dahi, tangan berhenti dari mengemas. Pandangan pelik diberikan kepada Hanisah. Hanisah hanya tersengih.

“Nisah, you tak faham eh? I kena balik cepat. Isteri I datang dari jauh sebab nak jumpa I, so I kena balik terus rumah. I habis hari ni bukan bermakna I dah habis praktikal, I kena sambung lagi tau, ada lagi tiga bulan. Jadi kalau you nak celebrate juga my last day, tunggu lagi tiga bulan okay.” Ujar Adam tegas dan jelas. Adam menyambung mengemas barangannya. Hanisah yang mulanya tersengih-sengih kini merengus marah. Langkahnya diatur laju ke mejanya. Johan yang melihat hanya mampu ketawa dan menggelengkan kepala.

“Semua kau nak try Nisah…” bisik Johan perlahan, lalu menyambung kerja-kerjanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience