BAB 5

Romance Completed 6676

Bab 5

Adam merenung telefonnya berkali-kali. Hatinya resah seketika. Hari ini masuk hari kedua Syafiqah langsung tidak menghubunginya, mesej pun tidak.

Sebelum ini, ada sahaja panggilan daripada Syafiqah, ada yang diangkat, ada yang tidak sempat dijawab akibat terlalu sibuk dengan kerja-kerja ditempat latihannya. Ke mana Syafiqah hari ini?

“Renung telefon lama je. Tunggu panggilan siapa?” Hanisah menegur Adam yang dilihatnya beberapa kali merenung telefon bimbit yang berada di atas meja kerja. Kadang kala dia melihat Adam menekan-nekan punat telefonnya.

“Panggilan dari yang tersayang.” Jawab Adam bersahaja. Bukan tidak mahu melayan Hanisah, namun semenjak Syafiqah menghantar gambar Hanisah dan dirinya, Adam merasakan sesuatu yang aneh. Tidak mahu perkara yang pernah berlaku dahulu yang melibatkan Elina berlaku lagi dengan Hanisah, sudah hendak kawal!

“Oh… isteri you ye. Adam, I tanya sikit boleh?” Hanisah mendekati meja Adam, dengan lenggok jalan yang seolah-olah mahu menggoda.

“Boleh aje selagi I ada jawapannya.” Ujar Adam dengan menjungkitkan sedikit keningnya.

“Kenapa ye you kahwin awal? You baru 23 tahun kan?” Adam tersenyum dengan soalan Hanisah.

“Isteri I yang mintak I kahwin dengan dia, so I kahwin lah.” Hanisah mengerut dahinya dengan jawapan ringkas Adam.

“Mudahnya?” Adam ketawa kecil. Kisahnya dengan Syafiqah memang lucu, namun itulah jodoh mereka, Adam menerimanya dengan hatinya terbuka. Syafiqah, gadis yang mencuri hati remajanya, akan dia jaga hingga ke syurga.

“Assalamualaikum…” Adam bersuara sebaik panggilannya dijawab.

“Erm… Waalaikummussalam…” Syafiqah menjawab dengan payah. Adam yang mendengar resah.

“Sayang… okay tak ni?” Soal Adam penuh bimbang.

“Boleh la… pening sikit….” Syafiqah membetulkan pembaringannya. Beberapa hari ini, selera makannya hilang terus. Kalaupun dia mengambil makanan hanya sebagai lapik perut untuk mengambil ubat, tapi selepas itu semuanya akan keluar semula seolah-olah badannya tidak dapat menerima apa-apa makanan.

“Abang dengar macam teruk sangat aje. Dah pergi klinik?” Adam diburu resah. Syafiqah kedengaran amat tidak bermaya.

“Dah, Ika okay aje. Jangan risau ye.”

“Doktor cakap apa?” Syafiqah mengeluh lemah. Belum masa untuk memberitahu Adam berita bahagia dibalik kesakitannya.

“Nothing, demam biasa aje… abang jangan risau ye.” Bohong Syafiqah.

“Macam mana tak risau, dua hari sayang senyap aje. Kenapa tak bagitau kat abang?” Syafiqah tersenyum sendiri dengan kata-kata Adam, yang amat senang didengarinya.

“Tak nak abang risau. Abang jauh Ika jauh, demam biasa aje.” Ujar Syafiqah, Adam mengeluh perlahan.

“Abang, Ika nak pergi sana jumpa abang boleh?” Soal Syafiqah sebelum menamatkan perbualan mereka.

“Kenapa? Jauhkan sayang, kos pun tinggi. Tunggu nantilah, kita jumpa dekat Pahang aje eh?” giliran Syafiqah untuk mengeluh. Adam menyepi, tahu Syafiqah terasa hati.

“Sayang fahamkan?” Soal Adam lagi.

“Kalau Ika pergi juga macam mana?” Syafiqah menyoal lagi. Adam sudah terlalu biasa dengan kedegilan isterinya itu.

“Sayang datang jugak sini, abang tak nak kawan. Okay?” Ujar Adam, tegas dalam gurau.

“Okay, tak kawan sudah… Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam.” Adam menamatkan perbualan. Tidak mahu melayan degil isterinya dalam keadaan isterinya itu tidak sihat. Adam resah, kejauhan membuatkan dia sukar untuk menjaga isteri kesayangannya itu. Kejauhan ini juga banyak menduga mereka berdua.

Syafiqah merenung telefonnya. Sakit kepala dan lemah badannya seolah-olah hilang dek terasa hati dengan Adam. “No matter what will happen, Ika akan pergi sana!” bentak Syafiqah penuh geram!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience