Bab 8

Romance Series 4918

Panggil Khairil kolot, tapi dia percaya mungkin caranya mendekati Intan dahulu salah. Jadi di sini dia berdiri, di hadapan bangunan hospital swasta yang kelihatan agak mewah dan besar.

Jam tangan yang melilit pergelangan tangan ditoleh sekilas. 5.00 petang.

Khairil baru sahaja pulang dari pejabat, mesyuarat berjalan dengan lancar seperti biasa membuatkan hatinya sedikit riang. Dia membaca sekali lagi mesej Line yang dihantar ibunya semalam.

‘Dia bertugas di Hospital Central Specialist. Namanya Ayyan Razique.’

“Ayyan Razique,” gumam Khairil perlahan, mendapati nama gadis itu agak unik.

Mesti aneh bukan? Takkan mahu berjumpa di hospital? Berdating di hospital?

Tak, salah sama sekali. Ayyan tidak tahu akan kehadiran Khairil hari ini, selepas puas anak lelaki Puan Zurina itu meminta ibunya merahsiakan.

Rancangan Khairil adalah untuk mengenali perwatakan Ayyan terlebih dahulu sebelum memperkenalkan diri. Jika calon ibunya itu baik, maka dia merancang untuk memperkenalkan diri.

Jika tidak, cadangan ibunya terpaksa dia tolak.

Tapi Khairil masih tidak pasti bagaimana caranya. Dia berjalan perlahan ke ruang lobi hospital di mana banyak sofa terletak.

Ada beberapa pesakit, tua dan muda duduk di situ membaca buku atau majalah. Ada juga kanak-kanak sekitar empat tahun hanya berlegar di kawasan tersebut diikuti beberapa jururawat dari belakang.

Punggung dijatuhkan pada sofa yang agak empuk, hanya memerhati pesakit yang lalu lalang. Ada yang bertongkat, ada yang berkerusi roda. Ada juga yang berjalan dengan iv fluid dan ada juga yang tidak kelihatan seperti pesakit melainkan baju yang dipakai.

Seorang kanak-kanak lelaki duduk di sebelah sambil tersenyum lebar. “Abang, abang tunggu siapa dekat sini?” soalnya. Khairil dapat mengagak usianya dalam lingkungan tiga ke empat tahun.

Baju dan seluar biru pastel yang disarungkan pada tubuh kecil itu menunjukkan dia merupakan salah seorang pesakit. Namun pada Khairil, kanak-kanak itu tidak kelihatan mempunyai sebarang penyakit.

“Abang tunggu kawan abang. Adik nama apa?” soal Khairil tenang. Walaupun dia merupakan anak tunggal, bertahun-tahun membesar bersama Intan membuatkan dia terbiasa dengan gelagat kebudak-budakan. Kini, dia boleh melayan kerenah kanak-kanak dengan mudah.

“Iman,” budak lelaki itu memandang sekeliling sebelum menoleh semula kepada lelaki di hadapannya. “Kawan abang yang mana satu? Lelaki ke perempuan?”

Khairil tersenyum dengan soalan naif itu. “Lelaki, ini.” Khairil mencuit pinggang budak itu, mengusik. Pantas dahi budak itu berkerut. “Iman kawan abang?” jelas wajahnya keliru, mengundang tawa dari bibir Khairil.

“Kalau Iman nak lah. Kalau tak nak, tak apa. Abang menangis saja nanti.” usik Khairil lagi. “Iman nak! Iman tak ramai kawan dekat sini.”

“Kenapa?” Khairil mengerutkan kening. Dia mendapati ianya aneh untuk kanak-kanak seceria Iman tidak mempunyai ramai rakan.

“Amir, Nadia dengan Aqish semua dah pergi jumpa Allah.” ujar Iman sambil tersenyum, kontra dengan konteks percakapannya tadi.

Dada Khairil terasa berat mendengar ayat itu muncul dari seorang insan yang tak berdosa. “Tak apa, sekarang Iman ada Abang Khairil.” perlahan Khairil memberi semangat, mengundang tawa dari budak lelaki itu.

“Betul eh?” soal Iman ceria, Khairil mengangguk laju sebagai respon.

“Iman, ke sini rupanya kamu. Kakak cari kamu dari tadi lagi. Kesian akak Aishah kalau kamu hilang macam ni.” Iman bangun dari sofa, tersengih dengan rasa bersalah mungkin.

Wanita awal 20-an di hadapan hanya mengeluh sebelum tersenyum. “Jom, giliran kamu.” ujar wanita itu.

Jaket putih yang menyarung badannya memberi jawapan kepada persoalan siapa wanita ini. Kulitnya yang bernoda cerah dan rias wajahnya yang sederhana menyerlahkan kecantikannya. Tudung hitam yang dipakai kelihatan kemas sahaja.

“Tapi Iman nak tunggu ibu...” gumam Iman perlahan namun tangkas ditangkap oleh wanita itu. Wanita itu mendekati sebelum merendahkan diri ke paras mata Iman.

“Ibu Iman lambat sikit hari ini. Apa kata Iman dan kakak tunggu dalam bilik kakak?” pujuk wanita itu perlahan, bahu budak lelaki itu digosoknya beberapa kali.

Iman hanya menggeleng, enggan. “Okay, okay. Kita tunggu dekat sini saja. Iman dah makan belum?”

“Belum.” berkerut dahi wanita itu namun serta-merta dia kawal riak wajah. “Kalau macam itu, Iman nak makan apa? Kakak belikan. Tapi makanan dekat kafe saja tahu?”

“Iman nak mee sup ayam!” ujar Iman bersemangat. Khairil yang memerhati hanya tersenyum melihat mereka berdua. Iman akhirnya berpaling ke arah Khairil apabila wanita tadi bangun ke posisi berdiri tegak.

“Abang ikut sekali ya? Akak Ayyan nak ajak Iman makan.” ujar Iman sambil tersenyum lebar.

Khairil hanya tersenyum lalu mengangguk perlahan. Dipandangnya wanita di hadapan. “Jadi, inilah Ayyan Razique.” bisik hatinya.

“Memang padanlah ibu berkenan, tengok saja personalitinya.” sambungnya lagi sambil membontoti mereka ke ruang kafe hospital. Diperhatikannya perlakuan wanita itu lama.

Khairil Ahmad mendapati Ayyan Razique mempunyai persona yang boleh menarik perhatian ramai lelaki. Maka mengapa dia boleh dijodohkan dengan wanita matang ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience