Bab 5

Romance Series 4771

Fokus pada dokumen yang sedang ditaip terhenti apabila telefon pintarnya bergetar di atas permukaan meja. Dia mengeluh berat sebelum mengalihkan pandangan dari skrin desktop komputer kepada telefon pintar miliknya.

'Incoming Call : Ariff'

“Dah ini kenapa tiba-tiba telefon aku?” fikir Khairil sejenak sebelum meletakkan semula peranti itu dan memandang kertas dokumen yang berterabur di atas meja. Baru sahaja dia mahu mula menaip semula, telefonnya bergetar lagi.

Dia mengeluh sekali lagi. “Hari ini hari bekerja, dah kenapa call?” rungut Khairil dalam diam sebelum menerima panggilan tersebut.

“Hello.”

Dia mendatarkan pandangan. “Tak ada pun.” Dahinya kini berkerut. “Buat apa aku nak tipu engkau, dia isteri kau kut?”

Dia mengeluh berat dan memicit pangkal hidung. Stres dibuatnya kalau begini. “Ariff, aku ada dekat rumah. The only thing I'm seeing right now is mg work.”

Dia gigit bibir bawah geram. “Kalau dia contact aku, I'll contact you.”

Lama dia diam sebelum dia meletakkan panggilan. Masa lalu yang tidak mahu melepaskan lelaki itu kini mengejar Khairil tanpa dia sendiri mahu. Seakan hidup telah merampas apa yang dia punya dulu, dan ingin merobek lagi hatinya dengan cara menampakkan apa yang tidak lagi kepunyaannya menjadi kepunyaan orang lain.

Khairil tetap dengan perangainya: memendam dan berlagak biasa. Dia terasa namun dia simpan di hatinya dalam-dalam.

Entah bagaimana dan mengapa, merpati sejoli yang baru sahaja disatukan semalam sudah bertengkar hari ini. Dan kini, Ariff si suami, mencari si isteri yang menghilang sedari pagi tadi.

Dan entah mengapa, Khairil orang pertama yang dia cari untuk bertanya. “Macam-macam lah.”

Khairil menyentuh skrin telefon pintarnya beberapa kali, menekan nombor yang sudah dia hafal bertahun dulu.

Menanti di hujung deringan membuat dia tak selesa. Jarang dia yang memanggil orang lain, walau untuk kerjanya sekalipun.

Tiada jawapan dari sisi yang sana. Empunya telefon mungkin tidak mahu diganggu. Dia mengeluh dan mengalihkan pandangan ke arah komputer.

“Nanti dia call balik la kut.” ujar Khairil menyedapkan hati. Fokus kembali semula pada fail dan paparan komputer.

Getaran dari telefon pintar kembali mengganggu fokus Khairil pada kerjanya. Dia menoleh ke arah skrin telefon, terpapar 'Ibu'.

Dengan tangkas dia menerima panggilan. “Ya, Ibu?”

“Tak pergi kut, Khai ada banyak kerja lagi.” tenang dia menjawab. “Hm, kat apartment je la.”

“Ibu nak datang ke? Boleh je.” Khairil menjeling singkat ke arah jam digital di atas permukaan meja.

3.30 petang.

“Begitu lama aku menghadap kerja ni.” desis hatinya. “Nanti ibu sampai, ibu masuk je la. Khai nak siapkan sikit je lagi.”

Khai menoleh ke arah kerja yang sudah siap, hanya perlu diperiksa sekali lagi. Perbentangan untuk esok sudah siap lengkap, hanya beberapa handouts perlu dikemas kini supaya senang dibaca.

“Hm, okay. Hati-hati, ibu.” Khairil menamatkan panggilan, membenarkan ibunya memandu menuju ke rumahnya dengan selamat. Dalam fikiran, lelaki itu berkira-kira bahan masakan apa yang menghuni peti sejuknya.

Selesai dia mengemas kini, dokumen-dokumen disimpan dan dimasukkan ke dalam salah satu pendrive terbaring di dalam kotak bersebelahan dengan desktop.

Kedengaran bunyi pin pintu dimasukkan, menghasilkan bunyi ‘beep’ beberapa kali sebelum bunyi ‘beep’ yang agak panjang, menandakan pintu berjaya dibuka.

Khairil berdiri menghampiri pintu ruang kerjanya dan berjalan keluar dari ruang tersebut. Bagai mahu luruh jantung lelaki berusia 20-an itu apabila pandangannya tertancap pada susuk tubuh gadis yang amat dia kenali.

“Oh, Khai! Ni saya bawa goreng pisang.” ujar gadis itu riang. Berderau darah Khairil, otaknya ligat memikirkan kemungkinan masalah yang bakal timbul. “Intan,”

Gadis itu tampak bersahaja dan melangkah masuk ke ruang dapur. Khairil akhirnya kuat untuk melangkah, membesarkan langkahnya ke pintu hadapan. Disekatnya pintu hadapan itu dengan penghadang pintu agar dibiar terbuka.

“Kenapa buka pintu?” soal Intan seakan tidak faham langsung–atau memang dia tak tahu?

Tanpa menghiraukan gadis itu, Khairil berlari semula ke ruang kerjanya, mendapatkan telefon pintar. Pesanan ringkas kepada Ariff dihantar sebelum dia berjalan keluar ke pintu hadapan.

Khairil tidak mahu ditangkap berduaan dengan isteri orang. Meskipun dia aneh mengapa Intan berlagak seperti dia tak tahu langsung.

“Bila ibu nak sampai ni?” Khairil menyoal di dalam hati. Sungguh, dia tidak mahu menjadi konflik kepada perkahwinan orang.

“Kenapa awak datang sini?” soal Khairil singkat, dia masih berdiri di pintu hadapan, tidak berniat mahu bergerak dari situ.

“Tak boleh ke?” keluhan terbit di bibir lelaki itu, berat. “Tak eloklah, Intan. Awak isteri orang, isteri Ariff.”

Gadis itu memeluk tubuh, mencebik bibir. “Ariff tu menyebalkan.” Khairil hanya menggelengkan kepala lemah. “Suami awak juga...”

“Kenapalah saya tak kahwin dengan awak je? Tahu tak semalam ex dia call? Lama mereka berbual.” Khairil mengukir senyum sinis sedikit, sesuatu yang dia jarang buat kebelakangan ini. Dia tidak menghiraukan soalan pertama dari gadis itu, berlagak dia tidak mendengarnya.

“Cemburu?”

Intan mencebik, gadis itu duduk di meja kopi, menglahap pisang goreng yang dibelinya tadi seorang diri. Khairil tidak mahu berganjak langsung walau diajak beberapa kali untuk makan.

“Awak tak pernah pun buat macam tu dulu?” Intan bersuara. Khairil ketawa sedas. “Yeah, sebab saya tiada ex.”

Intan tampak mengukir senyuman yang entah apa maksudnya. “Kalaulah saya tunggu awak, kita akan bersama ke?”

Khairil mengalih pandangan ke luar pintu, tidak lagi memandang ke arah Intan dan senyuman yang entah kenapa membuatnya tidak selesa. “Soalan semacam apa? Masa mana boleh diundur.”

“We're talking about what ifs.” Intan seakan tidak mahu mengalah, bernada datar.

“No, we won't,”. “Kenapa?”

Khairil mengambil nafas dalam-dalam. “Sebab even before I left, you're not mine anymore.”

Intan seakan terkedu. “Apa maksud awak?”

Khairil berpaling ke arah wanita itu. Lama dia meneliti sepasang mata coklat itu, cuba mentafsir apa yang difikirkan oleh wanita dari masa lampaunya.

“Awak jodoh Ariff.” Khairil akhirnya bersuara sebelum memandang semula keluar. “Ibu cakap nak datang, I'll wait for her dekat bawah.”

Khairil dengan itu, memakai selipar dan keluar daripada apartmen miliknya. Telefon dalam pegangan digenggam kasar. Emosi yang datang dulu merasuk jiwa, meninggalkan seorang Khairil Ahmad dengan titisan air mata yang mengalir turun.

Mungkin hari itu menyedarkan Khairil Ahmad bahawa rasa yang dia pendam jauh-jauh di dalam sudut hatinya tidak pernah pudar; ia tidak pernah hilang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience