Bab 4

Romance Series 4771

Hari-hari Khairil yang seterusnya berlalu dengan lancar dan tenang. Atau, selancar dan setenang yang ia mampu. Kalau tidak panggilan daripada rakan sekerja atau pelanggan, dia bergelumang dengan kertas-kertas yang penuh dengan segala jenis perkataan dan angka yang perlu disusun dan dimasukkan ke dalam fail untuk dikemaskini sebelum mesyuarat diadakan.

Tenang dan lancar, bukan?

Pintu ruangan pejabat lelaki itu diketuk perlahan dari luar, serentak menghentikan pergerakan cepat dua tangan serta mulut yang terkumat-kamit membaca beberapa perkataan pada helaian kertas. Khairil mengangkat kepala sebelum bibirnya melontarkan suara.

“Masuk,” seraya arahan itu dilontarkan, pintu kayu itu dibuka perlahan sebelum satu kepala menjengah masuk ke dalam ruangan itu.

“Khai, lunch jom?” lelaki yang di pintu mengajak.

Khairil mengeluh perlahan. Kertas-kertas di dalam pegangan disusun dan dimasukkan semula ke dalam fail. “What time is it?”

“Two.” mendengar jawapan itu, Khairil seakan mahu menepuk dahinya. “Hm... Aku tak join kau rasanya. Kena pergi kilang.”

Khairil mencapai buku dan beberapa fail dari rak yang penuh terisi fail.

“Bukan minggu depan ke?” rakan sekerjanya menyoal hairan. Khairil akhirnya mengangkat kepala memandang lelaki itu, itupun setelah fail dan buku tadi dimasukkan dalam beg bimbit miliknya.

“Clash, ada meeting lain.” Khairil menjawab sebelum dia menepuk bahu lelaki itu dan berjalan keluar meninggalkan yang satu lagi terpinga-pinga.

“Nasib lah bila ada rakan sekerja workaholic,” gumam Aiman perlahan.

Khairil hanya membiarkan kata tadi. Dia juga turut membiarkan staf yang lain memerhati pergerakan keluarnya dalam keadaan terpinga-pinga. Lelaki itu cuba untuk tidak menyulitkan hidupnya dengan kata-kata orang, sebaliknya dia tenggelam dengan kerja-kerja.

Workaholic? Khairil ingin ketawa sarkastik. Lebih kepada dia tidak mahu berfikir tentang masalah yang sama. Masalah hati, masalah rasa.

Namun memori yang lama dia sumbat ke dalam peti berkunci hari ini keluar tanpa kebenaran. Memori yang menyergah mindanya pada saat tangan dia jatuh pada stereng kereta.

“Awak, nak makan pizza tak?” soal Intan manis, mendaratkan lengannya pada leher Khairil, tangan yang sebelah lagi menunjukkan resepi pizza pada skrin telefon.

“Bahan ada ke?” soal Khairil kembali, mencubit hidung Intan apabila gadis itu memuncungkan bibir. Tahu benar peti sejuk rumah itu hampir kosong jika tidak kerana sayur, buah, ayam dan ikan.

Keluarga Intan jenis yang sederhana, tidak banyak berbelanja untuk barangan dapur. Cukup kontra dengan watak Intan yang suka mencuba resepi baharu.

“Jom, keluar. Kita pergi beli. I want the most delicious pizza, okay?” ujar Khairil seraya bangun dan mencapai kunci kereta.

Intan menjerit riang dan melompat di ruang tamu. “Mama, Intan keluar pergi pasaraya dengan Khai kejap tau!” teriak Intan sebelum berlari keluar.

Khairil hanya menggelengkan kepala senang.

“Awak berangan apa tu? Jomlah!” ujar Intan sambil menarik-narik lengan Khairil agak mempercepatkan langkah.

Mereka kenal sudah bertahun lamanya. Khairil hanya sedar akan cintanya terhadap Intan setelah mereka menjejaki kehidupan sebagai pelajar universiti. Berpisah tempat tinggal, jarang bertemu, membuat Khairil sedar pentingnya gadis itu dalam hidupnya.

Bunyinya klise, tapi hidup lelaki itu bagai hilang warna tanpa Intan. Kehidupannya di universiti bagaikan mesin belajar, jika tidak di kelas, dia di bilik. Menelaah buku yang ada, dengan niat dia tidak mahu mengulang semester.

Lebih bersungguh-sungguh dia belajar, lebih cepat dia tamat pengajian–itu niatnya sedari awal.

“Bila awak masuk balik?” gadis itu bertanya, langkah mereka disamakan. “Hm, minggu depan. Awak?”

“Sama.” Intan memuncungkan bibir. Khairil hanya tersengih lucu.

Tapi jika ditanya pun, dia bersetuju yang cuti pertengahan sem kali ini pendek benar.

“Nanti hujung minggu, lawatlah saya kalau free. Boleh keluar tengok wayang?” Intan memberi idea. Mereka memasuki perut kereta, Khairil menghidupkan enjin kereta tanpa tunggu lama.

“Tapi Khairil tak janji lagi tau?” Khairil memberitahu, membuahkan senyuman manis di bibir gadis itu. “Betul ni?” Khairil hanya mengangguk.

“I'll be here for you, always.” merupakan janji yang Khairil pegang lebih sedekad.

Mungkin seorang workaholic bernama Khairil Ahmad masih dibelenggu pelbagai emosi masa lalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience