Bab 9

Romance Series 4918

Khairil sudah terbiasa menghabiskan masa lapangnya di hospital tempat Ayyan bekerja. Kadang-kala gadis itu kelihatan, tapi kebiasaannya tidak. Iman ceria seperti selalu. Permainan figura aksi yang diberi oleh Khairil dibawanya kemana-mana.

Berminggu juga dia berulang-alik dari tempat kerja ke hospital tersebut, hari minggunya sahaja dihabiskan di apartment atau di rumah ibunya.

Semakin hari, semakin akrab hubungannya dengan gadis bernama Ayyan itu. Ayyan sering mengucapkan terima kasih kerana dia selalu Rdatang untuk melawat Iman. Khairil hanya sempat bertemu dengan ibu Iman beberapa kali kerana ibu muda itu sibuk bekerja untuk menanggung kos perubatan anaknya.

Beberapa kali juga Khairil meminta kebenaran untuk membantu, namun ditolak baik oleh wanita itu. Katanya Iman itu anaknya, tanggungjawab dia untuk menjaga anak kecil itu. Namun, Khairil tetap curi-curi membayar sebahagian daripada kos perubatan. Sesuatu yang dia dan Doktor Ayyan bersubahat.

Rupa-rupanya doktor muda itu juga dalam diam menyalurkan sebahagian wang gajinya untuk perubatan Iman.

“Kenapa awak korbankan duit gaji awak untuk bayarkan kos perubatan Iman?” Khairil pernah menyoal doktor pediatrik itu sekali.

Jawapan yang dia terima membuat dia semakin suka pada Ayyan. “Macam awak, sebab saya sayang Iman.”

Sejak hari itu Khairil belajar yang Ayyan Razique bukan calang-calang gadis. Berbeza dengan Intan, doktor muda itu berperwatakan matang dan prihatin. Khairil dapat lihat yang Ayyan Razique seorang yang berhati besar.

Sebab itu, dia tidak yakin jika dia layak untuk gadis itu.

Terlalu banyak kekurangan pada diri Khairil untuk Ayyan yang mempunyai personaliti bagus.

Khairil meraup wajah, penat. Intan yang berada di hadapannya berlagak selamba seakan tidak faham situasi langsung, membuatkan lelaki itu kadang terasa serabut dengan sikapnya.

Entah bagaimana dan mengapa, gadis itu menyergah pejabatnya, memilih untuk duduk di kerusi sambil bermain aplikasi permainan di telefon pintarnya.

“Awak gaduh dengan Ariff ke?” soal Khairil buat sekian kalinya. Dan seperti beberapa kali yang lalu, tiada jawapan diberikan kepadanya. Hanya bunyi daripada gadget itu yang memenuhi ruang pejabatnya.

Khairil mengeluh pasrah. Dikerlingnya jarum jam tangan, sudah 5.30 petang. Sepertinya, Intan tidak faham kata-kata lelaki itu tempoh hari. Sudah jelas dia nyatakan dia tidak mahu terbabit di antara mereka suami isteri.

“Kalau tak ada apa-apa, saya nak balik.” tutur Khairil mengawal nada, masih cuba berlembut dengan gadis yang menghuni hatinya. Masihkah gadis berambut panjang ini menghuni hatinya? Khairil sendiri tidak pasti sekarang.

Yang dia rasakan kebelakangan ini terhadap gadis itu hanyalah tekanan. Dia stres setiap kali gadis itu muncul bersendirian tanpa suaminya di sisi. Mungkin kerana Khairil tahu dia akan dipersalahkan kelak? Entahlah.

Intan yang sedari beberapa jam yang lalu tidak mengalihkan pandangan daripada skrin telefon, memandang tepat ke arahnya. “Jom, kita dinner berdua!” ujar Intan teruja, telefon pintar miliknya dimasukkan ke dalam tas tangan selamba.

Berkedip kelopak mata Khairil beberapa kali, cuba untuk memproses kata-kata yang keluar dari bibir gadis itu. Intan hanya mengangkat alisnya melihatkan lelaki di hadapannya terkebil-kebil.

“Awak dah habis kerja kan? Jom lah! Saya rasa macam nak makan steak. Restoran yang kita selalu pergi dulu masih buka kan...”

Suara Intan ditenggelamkan dengan sengaja. Malas mahu melayan, Khairil mencapai coat hitamnya bersama kunci kereta dan dompet sebelum berjalan keluar dari pejabat.

Khairil tahu, hatinya kini kian berubah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience