PROLOG

Romance Series 6642

Bunyi alarm yang tidak berhenti-henti berdering membuatkan Adella akhirnya terjaga dari tidur.

Adella mendengus. Dicapainya telefonnya itu dengan mata yang masih tertutup lalu ditekan perkataan 'off' yang tertera di skrin.

Kacau betullah! Aku nak tidur pun susah!

Adella menyambung tidurnya.

Seketika, dia menyedari akan sesuatu. Terasa di sisinya kosong.

Adella menoleh.

Aik? Aku sorang je?

Wanita yang hanya memakai singlet satin berwarna merah itu bangun dari baringnya.

Rambut rose gold paras bahu dia ikat sanggul dengan mukanya yang masih berkerut-kerut itu.

Adella kembali mengambil telefon bimbitnya.

Mesti ada pesanan dari dia. Takkan dia tinggalkan aku sorang sorang macam ni. Tak pernah pernah dia buat kat aku macam ni.

Faiz Zikri :
Good morning, babe. I lupa, pagi ni I ada kelas. So, i leave first. Thank you for the wonderful last night, my hot baby!

Adella menjulingkan matanya ke atas.

Entahlah sama ada nak rasa beruntung atau tak dapat jadi girlfriend lelaki bernama Faiz Zikri ni. Lelaki yang sosial dan dalam masa yang sama, mementingkan pendidikan dan ada cita-cita.

_________________________

"Budak ni memang nak kena dengan sayalah. Makin lama, makin menjadi-jadi perangai dia!"

Puan Sri Akma hanya membungkam apabila suaminya itu awal pagi lagi sudah mengamuk.

Tan Sri Hanif mencekak pinggang di muka pintu rumah.

"Menyesal betul saya ambil dia dari mak dengan abah. Kalau tidak, mesti dia tak akan jadi liar macam ni!" marah betul Tan Sri Hanif nampaknya.

"Abang,.. Janganlah cakap kasar macam tu kat anak kita. Liar liar pun, dia tetap anak kita. Satu-satunya anak kita" seperti biasa, Puan Sri Akma akan sentiasa menjadi penyejuk di kala Tan Sri Hanif sedang marah.

"Disebabkan dia anak kitalah, saya cakap macam tu, Akma. Saya geram, tahu tak. Puas dah kita tegur dia tapi perangai dia tak berubah-ubah. Makin teruk adalah!" Tan Sri Hanif merengus kasar.

Puan Sri Akma bangun dari tempat duduknya lalu menapak mendekati Tan Sri Hanif.

"Abang, nanti.."

Belum sempat Puan Sri Akma meneruskan ayatnya, kereta Porsche Cayenne berwarna putih memasuki pekarangan rumah agam itu.

"Ha. Sampai pun budak bertuah ni"

Tan Sri Hanif tidak menunggu lama. Dia terus mendapatkan anak tunggalnya itu.

"Abang!" Puan Sri Akma membontoti Tan Sri Hanif dari belakang.

"Hanis Adella!" suara lantang Tan Sri Hanif kedengaran sebelum dia keluar dari kereta lagi.

Adella menempelkan dahinya di stereng kereta.

Hishh! Aku tak keluar kereta pun lagi. Orang tua ni dah bising-bising!

Puan Sri Akma semakin runsing. Dia tahu, kejap lagi, berlakulah peperangan di antara dua beranak itu.

"Hanis Adella! Kamu keluar dari kereta tu sekarang!" jerit Tan Sri Hanif apabila Adella masih lagi sengaja berada lama-lama di dalam kereta.

Adella berdecit. Dijelingnya sekilas Tan Sri Hanif di luar itu.

Handbag dan beberapa buku diambil di kerusi sebelah lalu dia pun keluar dari kereta dengan muka malasnya.

"Kamu pergi mana?! Semalaman tak balik?!"

"Adel tidur rumah kawanlah, pa.."

"Adel tidur rumah kawan? Siapa, sayang? Mama kenal ke kawan Adel tu?" lembut Puan Sri Akma bertanya.

"Dia,.."

"Jangan nak tipulah! Kamu ingat papa dengan mama ni budak kecik ke?!!" Tan Sri Hanif mencelah.

Adella mengetap bibirnya. Sakit betul hatinya ketika ini.

"Habis tu, papa ingat Adel ni pun budak kecik ke?! Hari-hari nak kena marah macam ni! Kalau macam ni papa layan Adel, baik tak payah ambil Adel kat kampung dulu! Buat semak hidup je lah tinggal dengan papa ni!"

Usai Adella berbalah dengan Tan Sri Hanif dia terus beredar dari situ.

Tan Sri Hanif dan Puan Sri Akma masing-masing mengeluh kecil. Perangai anak tunggal mereka yang semakin menjadi-jadi itu membuat mereka berdua menjadi kacau bilau.

__________________________

Sampai sampai saja dia di ruang tamu, punggungnya bagaikan ada tarikan magnet di kerusi sofa yang empuk itu.

Nadzhan terus mendaratkan badannya di sofa. Mata juga tidak menunggu lama. Laju saja tertutup.

"Nadz?"

Mendengar suara itu, Nadzhan kembali membuka matanya.

"Eh, umi. Umi tak pergi sekolah ke hari ni?" tanya Nadzhan apabila melihat Puan Zulaikha ada di situ.

"Tak. Hari ni, Umi ingat, Umi nak rehatlah kat rumah" jawab Puan Zulaikha.

"Ohh yeke,.."

Puan Zulaikha tersenyum halus melihat anak lelakinya itu. Di sebalik senyumannya itu, dia juga berasa kasihan terhadap Nadzhan.

"Nadz oncall lagi ke semalam?" soal Puan Zulaikha.

"Ha'ah" jawab Nadzhan dengan suaranya yang mula kedengaran perlahan.

"Kesian anak umi ni,.. Mesti penat kan?" Puan Zulaikha mengurut-urut tangan Nadzhan.

Nadzhan hanya tergelak.

"Umi,.. Dah ini tanggungjawab seorang medical officer. So,.. Nak tak nak, Nadz kena juga buat" ujar Nadzhan.

"Lagi pun,.. Ini kan memang impian arwah walid. Arwah walid nak sangat Nadz jadi doktor. Umi doakan Nadz tau. Beberapa langkah je lagi Nadz akan dapat untuk tunaikan impian arwah Walid" kata Nadzhan lagi.

"Setiap hari doakan untuk Nadz tau. Tak pernah dalam sehari pun, umi tak doakan anak kesayangan umi ni,.." balas Puan Zulaikha.

"Terima kasih, umi" tutur lelaki memakai kemeja putih itu.

Puan Zulaikha hanya mengukir senyum.

"Dahlah,.. Mesti Nadz penat kan? Nadz naik bilik. Mandi, bersihkan diri. Lepas tu, turun makan. Hari ni umi masak tau"

"Ye? Wahhh! Kalau macam ni, kejap je penat Nadz hilang"

Puan Zulaikha mencebik.

"Sengajalah tu kan nak perli umi. Hmm.. Tahulah, umi jarang masak"

"Ke situ pulak. Tak adalahh. Nadz cakap benda betul. Macam mana penat sekali pun Nadz kerja, sekali dah makan sesuap masakan umi, confirm, semua rasa penat Nadz hilang macam tu je" Nadzhan siap memetik jarinya.

"Ye lahhh tu. Waktu macam ni, bolehlah cakap macam tu. Kalau dah kahwin nanti, ha. Mesti Nadz dah tak pandangkan masakan umi"

"Alahai umi Nadz ni,.. Kuat sangat merajuk. Tak adalah, umi. Kalau Nadz dah kahwin pun nanti, umi tetap nombor satu dalam hati Nadz" ada saja cara Nadzhan hendak mengambil hati uminya itu.

Puan Zulaikha ketawa pendek. Kelakar bila Nadzhan tidak berputus-asa untuk memujuknya.

"Dah. Cukup dengan kata-kata pujangga kamu untuk umi. Simpan sikit untuk bakal isteri kamu"

Nadzhan hanya tersengih.

Setelah itu, Nadzhan pun mengangkat punggungnya lalu naik ke atas bilik untuk menyegarkan dirinya setelah hampir 15 jam bekerja di hospital.

________________________

Adella memakai dress off shoulder berwarna maroon paras lutut.

Dia menilik wajahnya di pantulan cermin untuk kali terakhir. Tulang pipinya yang timbul itu diletakkan beberapa dot berwarna pink lalu dia dap menggunakan beberapa jari.

Bibirnya pula dicalit dengan lip matte berwarna bleached.

Adella menggerakkan badannya ke kiri dan kanan. Terkibar-kibarlah hujung di bawah kain dressnya itu.

Oh My God! Look at this girl! Baddasss!

Adella kagum dengan penampilan dirinya. Dia mencapai sling bagnya lalu keluar dari bilik.

Telefon di dalam sling begnya dia capai semasa menuruni anak tangga.

Satu chat whatsapp dari Rina masuk.

Sabrina :
Babe, aku dah nak sampai rumah kau ni.

Hanis Adella :
On time sangat. Aku pun dah siap ni.

"Ha, nak pergi mana lagi tu?" tiba-tiba suara Tan Sri Hanif kedengaran.

Adella sengaja mengaru cuping telinganya. Dia siap membuat muka rimas.

"Adel nak keluar" kata Adella.

"Nak keluar pergi mana, sayang? Kalau iya pun, marilah kita lunch dulu" Puan Sri Akma pula menambah.

"Ma,.. Adel.."

"Kamu ni, Adella. Tak boleh ke kalau tak duduk rumah sehari?! Asyik nak keluar je! Anak dara jenis apa kamu ni ha?!"

Adella memutarkan bebola matanya ke atas. Sabar saja dia dengan gaya Tan Sri Hanif yang asyik menengkingnya itu.

Tan Sri Hanif melihat pemakaian anak perempuannya itu. Dia mengucap panjang. Makin lama makin pendek!

"Ni baju kamu ni. Baju jenis apa kamu pakai ni?"

"Seriously, papa?" Adella memeluk tubuh melihat Tan Sri Hanif.

"Papa ni kan. Semua pasal Adel, semua tak kena. Ini tak kena, itu tak kena. Apa papa ni?!" bentak Adella.

Tan Sri Hanif kemudian berpaling ke isterinya.

"Tengok anak awak ni. Biadab! Macam ni awak nak suruh saya bersabar? Eh, kalau macam ni lah, boleh mati saya dibuatnya!" kata Tan Sri Hanif kepada Puan Sri Akma.

"Abang, Adel. Dahlah tu. Janganlah macam ni. Tak penat ke hari-hari gaduh?" Puan Sri Akma menjadi orang tengah.

"Mama, Adel tak buat apa punlah. Papa ni je! Suka cari kesalahan Adel!" Adella menjawab.

"Papa suka cari kesalahan Adel? Look at you, young girl. Asyik keluar rumah. Balik tengah malam. Sekarang, dah pandai tak balik rumah pulak! Dah tu, tengok baju kamu. Hey, kamu tu perempuan. Pakailah baju yang elok sikit!" Tan Sri Hanif masih dengan perasaan marahnya. Dia tidak akan berlembut dengan Adella seperti Puan Sri Akma.

"Pa, papa perlu beruntung tau sebab Adel ni pakai macam ni. This is fashion! Semua orang cakap Adel cantik. Semua orang cakap Adel lawa. Papa tu je yang problem!" balas Adella pula.

Puan Sri Akma sudah lali dengan kedegilan Adella dan Tan Sri Hanif itu. Suaminya dan anak perempuannya masing-masing tidak mahu mengalah.

"Dah dah sudah. Korang berdua ni kan, asyik nak bertekak je. Tak malu ke kat jiran-jiran? Dengar sampai ke luar tau suara korang ni" ujar Puan Sri Akma.

"Biar! Biar semua jiran jiran kita ni tahu yang papa ni bencikan Adel. Biar semua jiran jiran kita ni tahu yang papa tak sayangkan Adel! Biar papa malu kat jiran jiran kita semua!" Adella meninggikan suaranya.

Terus terdiam Tan Sri Hanif tatkala Adella berkata begitu kepadanya.

Puan Sri Akma juga turut tergamam.

Adella betul-betul sudah keterlaluan.

Pottt! Potttt!

Bunyi hon kereta mula 'memanggil' dari luar.

Yes! Thanks God. Bolehlah aku berambus dari rumah ni.

Adella terus pergi dari situ tanpa mempedulikan kedua ibu bapanya.

__________________________

"Hai babe,.."

Bup!

Terkejut Rina apabila tiba-tiba saja Adella menutup pintu dengan kuat.

Rina melihat sejenak raut muka Adella yang bengis itu.

"Hm. Kalau dah muka kau macam ni, dia tak lain kalau dua sebab je. Kalau tak gaduh dengan Faiz, mesti kau gaduh dengan papa kau" ujar Rina. Dia sudah masak dengan Adella ni.

Adella hanya diam membisu. Namun mukanya begitu bengang sekali.

"Adel, ceritalah. Kenapa ni?" Rina menyenggol siku Adella.

Adella merengus.

"Dahlah! Jangan sibuk, boleh tak?! Jalanlah cepat!" jerit Adella.

"Ishh! Aku tanya je kan. Tak payahlah nak marah marah"

"Aku tak nak jawab. So?"

Rina menjuihkan bibirnya. Baru je ingat nak membawang.

"Yelahhh yelahhh" Rina pun mengambil posisinya untuk pergi dari situ.

"Ha, nak ke mana ni?" tanya Rina kemudiannya.

"Nak ke mana lagi? Kolej lah. Kita kan ada kelas kejap lagi" jawab Adella.

"Kelas tengkorak kau. Sekarang pukul baru pukul 2. Kelas kita pukul 4 nanti" beritahu Rina.

"Oh yeke,.."

"Tu lah kau. Asyik tahu nak marah je"

"Alaahh sorrylahhhh" barulah Adella berlembut dengan Rina.

"Dah salah baru reti nak berlembut dengan aku"

"Alahhh babe. Sorrylahhhh.. Janganlah merajuk. Alolooooo" dimainnya dagu Rina yang sedang memandu itu.

Rina menepis tangan Adella.

"Tak ada sorry sorry. Sorry naik lori lahhh" nampaknya Rina merajuk sangat ni.

"Euw, babe! Kau masih guna ke ayat tu? Sorry naik lori. Come on laahhh. Sekarang dah 2023 kot" kata Adella dengan nada mengejek.

"Biarlah! Suka hati akulah. Mulut aku. Dalam kereta aku. Biarlah aku nak cakap apa pun"

"Amboi kau. Marah betul kau kat aku"

"Memang! Dah. Sekarang ni, kau jangan banyak cakap. Aku lapar. Kau belanja aku makan"

Adella tergelak.

"Lah! Pasal ni ke kau marah sangat ni? Em. Okeylah, okeylah. Jom pergi makan. Aku belanja, okey?"

"Yessss! Makan freeeeeee" Rina bersorak. Dah macam menang pertandingan.

Seketika, Rina teringat sesuatu.

"Oh ya. Semalam, kau dengan Faiz pergi mana?"

Adella terkedu apabila Rina bertanya tentang hal semalam.

"Kat car park, kereta Faiz je ada. Kereta kau tak ada. Korang pergi mana?" tanya Rina lagi.

Adella menggigit bibir.

Aduh! Masak aku. Kenapalah pulak si Rina ni tanya pasal hal semalam?

"Hanis Adella!"

"Ya?"

"Kau ni! Aku tanya, kau pergi mana semalam dengan Faiz? Kenapa tiba-tiba menghilang?" untuk ke sekian kalinya, Rina mengulang soalannya.

Adella menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Errr.. Kitaorang keluar awal.." Adella cuba berlagak biasa.

"Keluar awal? Keluar pergi mana?"

Ish dia ni! Banyak pulak soal.

Takkan aku nak bagitahu perkara sebenar pulak? Takkan aku nak jawab "kitaorang check in kat hotel semalam". Hm, agaknya kena turun kat tepi jalan aku ni.

"Keluar.. Pergi cari barang" Adella masih lagi hendak meneruskan penipuannya.

"Cari barang? Korang cari barang apa malam malam macam tu?" Rina bertanya lagi.

"Adalah. Barang Faiz"

"Barang Faiz? Barang apa?"

"Eh, kau ni asal banyak tanya ha?" kusut Adella jadinya.

"Dahlah. Kau bawa je lah kereta ni. Kau kata kau laparkan? Ha, cari restoran cepat sebelum aku ubah fikiran" Adella terpaksa menggunakan teknik mengugut.

"Ehhh jangan jangan. Okey, okey. Aku tak tanya dah. Jom, kita cari tempat makan" barulah Rina fokus dengan pemanduannya.

Di sebelah, Adella menghembus nafas lega. Dia memegang dadanya.

Nasib baik tak kantoi!

_________________________

Nadzhan selesai menunaikan solat Zohor. Sejadah dia lipat kemas lalu diletakkan di sisi katil. Kopiah yang dipakainya dicabut dari kepala lalu diletakkan di atas dressing table.

Kemudian, mata Nadzhan tertancap ke arah bingkai gambar yang berada di meja.

Sambil tersenyum nipis, dia mengambil bingkai gambar itu dan diangkat separa dada.

"Walid, lagi 3 tahun, inshaallah, Nadz akan jadi doktor. Nadz harap sangat walid masih ada kat sini tengok Nadz" tutur Nadzhan sambil dia mengusap gambar itu.

Setelah meletakkan frame gambar itu di tempatnya semula, Nadzhan keluar dari bilik.

Nadzhan hairan apabila melihat ruang dapur tidak berasap lagi. Dia menapak ke dapur.

Kelihatan Puan Zulaikha sedang membuat sesuatu di atas meja. First aid kit pun ada bersamanya.

Nadzhan melajukan langkahnya ke arah Puan Zulaikha.

"Ya Allah, umi! Kenapa ni?"

Nadzhan terus duduk di kerusi dan mencapai jari Puan Zulaikha yang tercedera itu.

"Umi, kenapa tak panggil Nadz?"

"Tak ada apalahh. Sikit je ni. Tak teruk pun. Umi boleh buat" kata Puan Zulaikha dengan tenang sekali.

Alaahhh, terhiris pisau kat jari masa di dapur, bukanlah perkara asing lagi.

"Tak teruk ke, teruk ke, umi kenalah panggil Nadz juga" ujar Nadzhan. Dia begitu risau.

"Amboi, mentang-mentanglah dia tu MO, kita ni cikgu je. Ingat kita tak reti ke rawat luka?"

"Umi, ni bukan masalah MO atau cikgu. Ni pasal, Nadz ni anak umi. Nadz kenalah jaga umi" balas Nadzhan.

"Hmm.. Yelahh yelahhh" Puan Zulaikha enggan melawan lagi.

"Nadz tengok, jari umi ni tak basah pun. Umi ada cuci tak jari umi yang luka ni?" tanya Nadzhan yang sedang memakai sarung tangan itu.

Puan Zulaikha menggeleng.

"See? Umi, luka ni kena cuci dulu supaya tak kena infection" kata Nadzhan.

Nadzhan pun bangun dari kerusi dan mengambil air di dalam bekas. Dia kemudian merawat luka Puan Zulaikha itu.

Puan Zulaikha memerhatikan saja anak terunanya itu merawat jarinya yang luka itu. Nadzhan kelihatan begitu fokus.

"Sekarang ni, Nadz akan letak antibiotik kat jari umi ni to keep your skin moist and free of scars. Tahan sikit tau"

Nadzhan selesai merawat luka di jari Puan Zulaikha.

"Thank you, sayang umi. Sekarang ni, bolehlah umi sambung masak"

"No" Nadzhan menghalang Puan Zulaikha.

"Umi, jari umi kan luka tu. Tak payahlah masak" kata Nadzhan.

"Habis tu? Kalau umi tak masak, kita nak makan apa?"

"Kita makan kat luar je lah"

"Tapi, umi baru je nak masak untuk Nadz"

"It's okay. Lain hari kan ada? Umi boleh masak lain hari. But not today. Umi cedera tu. Kita makan luar ya?" pujuk Nadzhan lembut.

Puan Zulaikha mengeluh halus. Dia mencapai pergelangan tangan Nadzhan.

"I'm sorry" tutur Puan Zulaikha dengan rasa bersalah.

Tawa Nadzhan tercetus.

"Apalah umi ni. Tak payahlah nak minta maaf bagai. Nadz okay je lah. Umi lagi penting tau. Dah. Sekarang ni, umi naik atas, pergi bersiap. Kita makan kat luar je hari ni" ujar Nadzhan.

Dengan rasa berat hati, Puan Zulaikha pun mengikut saja cakap Nadzhan.

_________________________

"Nak makan apa ni?" tanya Rina sebaik saja mereka mengambil tempat duduk.

"Hmm. Kat sini apa yang sedap?" tanya Adella pula.

Restoran ni, Rina yang suggest. Bukan main sembang lagi dia masa kat dalam kereta tadi. Restoran ni itulah, inilah. Semualah! Kalau makanan kat sini tak sedap, siaplah dia.

"Ok, kalau macam tu, biar aku yang order untuk kita. Ok?" cadang Rina.

"O,.." tiba-tiba Adella berasa mual.

"Adel? Kenapa ni?"

Adella cuba menenangkan dirinya. Tekaknya terasa lain semacam.

"Babe, kenapa ni? Kau okey tak?" tanya Rina.

"Toilet mana?"

"Kat belakang. Kau belok kiri"

Adella terus bangun.

Adella berlari pecut ke tandas sambil menekup mulutnya.

Rina menggeleng. Kenapa pula dengan Adel tu? Terlalu lapar Rina membiarkan Adella. Dia mencari waiter yang free untuk dipanggil.

Waiter.. Waiter.. Ohh waiter..

Restoran ni laku sangat. Pelanggan pun ramai sampai tak boleh nak cam dah, mana satu yang dah ambil order, mana satu yang belum lagi ambil order.

Cakap pasal customer, Rina terpandang ke arah pintu utama.

Uwahhh!

Mak bapak. Handsome siak mamat tu!

Awww so sweet! Datang dengan mak dia pula tu. Dia siap tarikkan mak dia kerusi. Oh My God. Material husband sangat! Dahlah handsome, segak, anak yang baik, gentlemen pulak tu.

Sedang dia mengelamun, lelaki itu kebetulan terpandang ke arah Rina. Sambil dia tersenyum, tangan Rina automatik melambai ke arah lelaki itu. Namun lelaki idamannya itu hanya mengukir senyum segaris.

Rina menelan air liurnya. Tangannya diturunkan dengan segera. Perlahan-lahan Rina memusingkan badannya ke arah depan. Wajahnya juga disorokkan dari lelaki itu.

Cis! Buat malu je lah kau ni, Sabrina!

__________________________

Adella berkumur-kumur beberapa kali lalu membuangnya semula di sinki. Adella tercungap-cungap setelah muntah teruk.

Dia melihat cermin.

No, this is not me. Aku tak pernah muntah-muntah teruk macam ni sebelum ni. Tapi, kenapa kebelakangan ni, aku asyik muntah je? Bukan cuma tu, lately ni juga, aku selalu pening. Aku juga cepat penat.

Adella mengurungkan dirinya seketika di dalam tandas. Dia sedang memikirkan apa sebenarnya yang terjadi pada dirinya ketika ini.

Kenapa dengan aku ni? Pelik semacam je. Aku tak pernah macam ni sebelum ni. Ahh! Sudahlah! Malaslah nak fikir.

Adella pun kemudiannya keluar dari bilik air.

Tiba dia di meja, Rina sedang bermain telefon.

"Rin, makanan tak sampai lagi ke?" tanyanya lalu duduk di kerusi berhadapan dengan Rina.

"Belum. Order pun tak lagi" jawab Rina dengan muka monyoknya.

"Tak order lagi dari tadi?"

"Ha'ah. Adel, aku lapar dah niiii" adu Rina kepada Adella.

Kekadang, Rina ni manja kat Adella. Yelah, Adella ni ada sifat kakak kakak sikit.

Adella berdecit. Berani dorang buat bff aku tertunggu-tunggu lama kat sini!

Adella melihat beberapa orang lelaki yang memakai uniform t-shirt berwarna hitam ke hulur ke hilir membawa dulang. Ada juga yang membawa notepad. Dan, ada juga yang ke sana ke sini dengan tangan kosong. Contohnya, yang lalu sebelah meja mereka sekarang ini.

"Waiter" Adella memanggilnya.

Lelaki memakai baju t-shirt berwarna hitam itu menoleh ke arah Adella.

"Ha. Tercegat apa lagi kat situ? Ambillah order kitaorang ni. Lama kitaorang tunggu dari tadi tau" Adella memarahi pelayan lelaki itu.

Saat Rina melihat ke arah pelayan tersebut, biji matanya bagai hendak terkeluar.

Lelaki ni,..

Rina memanjangkan lehernya melihat ke meja yang membuatkan dia terasa terbang di awang-awangan tadi.

Masak! Kat meja tu, cuma ada si ibu je. Sah, lelaki ni memang lelaki tadi!

"Excuse me?" lelaki itu terkial-kial.

Sah sahlah dia terkial-kial macam tu. Dia bukannya waiter kat restoran ni.

"'Excuse me?' Hello? What do you mean 'excuse me?'. Saya dengan kawan saya ni dah lama tau kat sini. Awak nak kitaorang makan apa? Makan sudu dengan garfu ni?" Adella siap menujal lagi bekas sudu dan garfu yang ada di atas meja itu.

"Babe,.." Rina cuba untuk menenangkan Adella.

"Maaf, cik. Tapi saya.."

"Dah, dah, dah. Tak payah nak minta maaf bagai. Kami lapar. Cepat, ambil order" kata Adella dengan lagak sombongnya.

"Adel,.." Rina berasa malu yang amat.

"Tapi.."

"Tapi apa lagi? Eh, awak ni nak kerja ke tak nak kerja? Banyak betul alasan awak ya. Mana bos awak? Kenapalah dia boleh ambil pekerja slow macam awak ni?"

Rina menepuk dahinya. Habis. Dah. Inilah dia. Inilah dia, kali terakhir aku bawa Adella ke restoran ni.

"Hello. Maafkan saya. Ada apa ya?" seorang wanita mendekati mereka.

"Cik, ambil order mereka ni. Katanya dah lama tunggu. Lapar sangat kot" lelaki itu siap memerli mereka sebelum beredar dari situ.

Adella tercengang.

What the,..

Tercengang bukan sebab apa.

Mamat tu, duk jeling aku weh sebelum pergi.

'Lapar sangat kot?'

Hey! Dia ingat aku ni kebulur sangat ke ha?!

"Maaf cik sebab membuat cik berdua menunggu lama. Nak order apa ya?" pelayan wanita itu sudah bersedia dengan notepadnya. Menu pun diberikan kepada Adella dan juga Rina.

Adella dan Rina pun membuat pesanan mereka.

Namun Adella masih berasa tidak puas hati dengan lelaki tadi.

Dahlah siap perli. Dia jeling aku pula tu. Cis! Tak ada adab langsung!

"Nadz,.."

"Ya, umi?"

"Kenapa tadi tu?" tanya Puan Zulaikha.

Nadzhan melihat sekilas ke arah dua selang meja dari tempat mereka.

Tapi sebenarnya, Nadzhan melihat ke arah Adella.

"Tak ada apalah, umi" Nadzhan malas hendak mengungkit hal tadi.

"Kenapa Nadz stop kat meja dua orang perempuan tu? Siap bercakap dengan yang baju colour maroon tu lagi. Tu kawan Nadz ke?" Puan Zulaikha terus bertanya.

"Nadz tak kenal pun. Tak kenal dan tak nak kenal" jawab Nadzhan.

Lagi lagi perempuan yang pakai dress colour maroon tu. Nadzhan menyambung ayatnya dalam hati.

"Cantik je dia tu kan" Puan Zulaikha bersuara kembali.

Nadzhan melihat ke mana Puan Zulaikha sedang memandang.

Puan Zulaikha rupa-rupanya sedang memuji perempuan yang memakai dress maroon itu.

Laju Nadzhan mengalihkan pandangannya semula.

"Cantik apanya. Pakai baju tak cukup kain macam tu" ujar Nadzhan.

Puan Zulaikha tergelak kecil. Tiba-tiba pula Nadzhan angin semacam.

"Lahhh. Janganlah marah. Umi cakap je. Lagi pun, dia memang cantik apa" kata Puan Zulaikha lagi.

"Ramai lagi perempuan yang ada kat dalam restoran ni. Scanlah betul-betul. Takkan dia yang paling cantik kat mata umi?" Nadzhan tidak berpuas hati apabila Puan Zulaikha begitu berkenan sekali dengan Adella.

"Hmm, yelah. Kalau perempuan lain, semua tak cantik bagi Nadz. Tapi kalau Mawar,.."

"Umi,.." Nadzhan terus memotong ayat Puan Zulaikha apabila uminya itu menyebut nama Mawar.

Puan Zulaikha ketawa terkekeh-kekeh. Sengaja dia hendak mengusik anak lelakinya itu.

___________________________

Usai dia menunaikan solat isyak, wanita memakai telekung berwarna putih itu tidak berganjak dari posisinya.

Telefonnya yang berada di atas tilam, dia capai. Gallery dibuka. Gambar seorang lelaki memakai long coat berwarna coklat dengan snow cap di kepala itu dia renung sambil tersenyum-senyum sendiri.

Kerana terlalu leka menatap gambar lelaki yang bertakhta di hatinya sejak beberapa tahun yang lalu, dia sampaikan tidak perasan, ada seseorang masuk ke ruangan biliknya.

"Hmphh! Patutlah lama terperuk kat dalam bilik" suara Orked kedengaran.

Mawar terus menutup skrin telefonnya.

"Rupanya,.. Duk tenung gambar kekasih hati" sambung Orked yang manis memakai shawl berwarna ungu itu.

Wajah Mawar membahang. Mawar perlahan-lahan memusingkan badannya melihat ke arah Orked.

"Kak Orked ni,.." Mawar tersipu-sipu.

Orked tergelak kecil melihat riak adiknya yang mula malu malu kucing itu.

"Dah sama-sama sambung belajar kat London, sama-sama praktikal sebagai housemanship officer, sekarang masing-masing dah jadi medical officer. Tak lama lagi nak jadi doktor. But,.. Sampai sekarang, adik akak yang cantik manis ni, masih tak confess lagi dengan Nadzhan" ujar Orked sambil dia mencubit pipi Mawar.

Mawar berdecit.

"Kak Orked.. Mawar ni perempuan. Takkanlah Mawar pula yang nak confess" kata Mawar dengan muncungnya.

"Mawar, zaman sekarang ni, pepatah perigi mencari timba tu dah tak pakai dah. Kalau lambat, ha, nayalah. Melepaslah jawabnya" kata Orked lagi.

Orked memang macam ni. Dialah yang sentiasa memotivasikan Mawar kalau dalam bab-bab yang macam ni.

Mawar diam sejenak. Memanglah pepatah perigi mencari timba tu dah tak pakai tapi.. Still, aku masih malu juga nak luahkan perasaan aku ni kat Nadzhan. Yelah. Nadzhan tu bukannya macam lelaki lelaki lain yang aku kenal. Entahlah. Aku sendiri pun tak tahu nak cakap apa. Aku sendiri tak tahu macam mana nak jelaskan betapa specialnya Nadzhan ni.

"Tapi kan, rasanya, Mawar tak perlu kot nak confess kat Nadzhan tu" Orked bersuara semula.

"Maksud akak?" Mawar bertanya.

Orked tergelak pendek. Kelakar dengan soalan Mawar itu.

"Mawar, siapa je yang tak tahu yang Mawar sukakan Nadzhan tu? Abah tahu. Mama tahu. Akak tahu. In fact, Aunty Zulaikha dengan arwah Uncle Naseer pun tahu. Nadzhan jangan cakaplah. Confirm dia tahu yang Mawar suka kat dia" ujar Orked.

Mawar tersengih-sengih apabila Orked berkata demikian.

Ya Allah, sampai macam tu sekali ke? Ketara sangat ke yang aku ni suka kat Nadzhan tu?

__________________________

Pukul 9:30 malam.

Adella tercegat di hadapan sebuah farmasi dengan memakai hoodie berwarna merah jambu dengan seluar skinny jeans. Seluruh kepalanya disembunyikan dengan topi.

Adella melihat sekeliling.

Kalau ada orang yang kenal aku nampak aku masuk farmasi ni, masak aku! Nak nak lagi kalau member papa. Jangan kata esok, agaknya malam ni juga papa dapat tahu yang aku ada pergi farmasi.

Adella sebenarnya berasa was-was dengan keputusannya itu.

Gilalah! Apa aku buat ni? Tak. Aku sepatutnya tanya, apa sebenarnya yang aku fikirkan ni? Muntah. Mual. Cepat penat. Pening. Kadang-kadang tu, aku hilang selera makan. Itu bukan ke tanda-tanda orang pregnant?

Adella menunduk melihat perutnya.

Takkanlah aku mengandung kot?

Tapi, kalau aku betul-betul mengandung, macam mana?

Adella meraup mukanya.

Aduhh! Bodohlah kau ni, Adel! Kalau iya pun bercinta, takkanlah sampai sanggup nak... Ergh! Faiz pun satu! Asyik paksa aku je! Kalau betul aku mengandung, Faiz kena bertanggungjawab. Aku tenyeh muka dia kalau dia tinggalkan aku.

Adella menguatkan dirinya untuk masuk ke farmasi.

Namun, belum sempat dia melangkah masuk, tiba-tiba dia berasa loya. Adella terpinga-pinga mencari tempat untuk muntah. Adella menekup mulutnya dan berlari dari situ.

Tak guna! Masa ni pulaklah aku nak muntah!

Ya Allah! Aku dah tak tahan! Nak terkeluar dah ni.

Ha! Kat situ. Kat situ tak ada orang.

Wueerrkkkk!

Adella tidak sempat berlari ke tempat yang hendak ditujunya.

"Erghhh! Apa ni?!"

Adella tersentak mendengar suara seseorang yang terasa dekat sangat dengannya.

Oh My God!

Kedua-dua tangannya menutup wajah apabila melihat baju seorang lelaki terkena muntahnya.

Dan yang paling parah, lelaki itu..

Adella dalam keadaan tidak baik.

Aduhai! Dalam banyak banyak lelaki kat KL ni, kenapalah mesti dia ni juga yang terkena muntah aku?!

"Ma.. Maaf.. Saya tak sengaja" Adella meminta maaf sambil cuba menyorokkan wajahnya.

"Kau?"

Nadzhan tergelak tidak percaya.

"Tak cukup kau buat hal kat restoran tadi. Sekarang, kau.."

"Hey! Ni tak ada kena mengenalah dengan hal di restoran tadi!" Adella melawan.

"Sorry? Kau sedar tak yang kau di pihak yang salah sekarang ni?"

Adella mendengus.

Bla.. Blaa.. Blaa. Whatever. Poyolah mamat ni! Eee bencinya!

"In fact, kau dah buat dua kesalahan kat aku hari ni" kata Nadzhan lagi.

"Habis tu, awak nak buat apa? Awak nak sumbat saya masuk penjara?" Adella nampaknya masih tidak mahu mengalah.

Adella kemudian melihat baju yang dipakai Nadzhan.

Cis! Setakat baju sweatshirt kosong.

"Awak ingat saya tak ada duit ke nak ganti balik baju awak ni? Tengok je pun, dah tahu beli kat pasar malam" Adella menyindir Nadzhan.

Adella mengeluarkan dompetnya dari sling beg. Sekeping duit RM100 dihulurkan ke arah Nadzhan. Rasa marah Nadzhan terhadap Adella semakin membuak.

"Oh.. I got it" Adella kemudiannya mengeluarkan lagi sekeping RM 100.

RM 200 dihulurkan kepada Nadzhan.

"100 untuk baju awak ni. 100 lagi untuk hal kat restoran tengahari tadi" ujar Adella.

Jangan kata ambil, Nadzhan langsung tidak memandang pun duit Adella itu. Malah Nadzhan hanya memandang tajam ke arah Adella. Dia tidak sangka, wujud perempuan seperti Adella ini.

Tanpa berkata apa, Nadzhan terus beredar dari situ. Adella menjulingkan matanya ke atas. Dia melihat Nadzhan yang sudah melangkah jauh itu.

Huh!

Lelaki bajet bagus. Aku bagi duit, tak nak. Berlagak. Sombong. Eee! Aku harap aku tak jumpa kau lagi lepas ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience