Usai solat Subuh, seperti biasa, Nadzhan akan memutarkan badannya ke belakang dan bersalaman dengan Puan Zulaikha.
Puan Zulaikha hairan bila Nadzhan menyalamnya lebih lama dari seperti biasa.
Bila Nadzhan mengangkat mukanya, dia tersenyum kelat. Senyumannya juga tidak seperti biasa.
Tambah yakin Puan Zulaikha ada sesuatu yang tidak kena pada Nadzhan.
Bukan hari ini saja malah dalam seminggu dua ini, anak lelakinya itu berkelakuan pelik.
"Nadz ada sembunyikan apa-apa dari Umi ke?" tanya Puan Zulaikha dengan lembut.
"Lately ni, Nadz macam ada masalah je. Makan pun jarang. Bercakap dengan Umi pun macam tak ada mood. Pastu, Nadz banyak mengelamun. Kenapa ni?" tanya Puan Zulaikha lagi.
Nadzhan membungkam.
"Janganlah diam je, Nadz. Umi risaulah tengok Nadz macam ni" tambah Puan Zulaikha.
Nadzhan masih lagi membisu. Kedengaran dia mengeluh halus.
"Umi,.. Umi sedar tak, hari ni hari apa?" Nadzhan pula menyoal.
"Em.. Hari ni.. Hari Selasa" jawab Puan Zulaikha.
"Kenapa?" tanya Puan Zulaikha kemudiannya.
"Tarikh hari ni, 1 hari bulan 9. Dah genap 19 tahun Nadz jadi anak Umi" ujar Nadzhan.
Puan Zulaikha terus terdiam bila Nadzhan berkata demikian.
"Nadz masih ingat lagi, ibu kandung Nadz sendiri yang buang Nadz tepi bangunan lama kat lorong gelap tu. Dia tinggalkan Nadz macam tu je. Nadz.."
"Nadzhan" Puan Zulaikha terus memintas ayat Nadzhan itu.
Puan Zulaikha mencapai tangan Nadzhan.
"Nadz janganlah ungkit pasal hal ni. Nadz kan dah janji? Nadz dah janji dengan Umi, dengan Walid, yang Nadz tak akan bahas lagi pasal hal ni" ujar Puan Zulaikha. Suaranya bergetar.
"Umi, hati Nadz sakit sangat, Umi.." Nadzhan tidak dapat menyembunyikan lagi rasa sedihnya yang bertahun-tahun dipendam.
"Apa salah Nadz? Apa salah Nadz sampai ibu kandung Nadz buang Nadz macam tu je. Nadz ni bukan manusia ke?"
"Nadzhan,.." Puan Zulaikha menguatkan genggaman tangannya. Tidak sanggup dia mendengar Nadzhan berkata begitu.
Sayu hati Puan Zulaikha melihat Nadzhan yang menangis itu.
"Nadz kan ada Umi? Umi ni, Umi Nadz. Nadz anak Umi. Nadz satu-satunya anak Umi. Anak Umi dunia dan akhirat" tutur Puan Zulaikha yang turut mengalir air matanya.
"Selama ni, Umi tak pernah pun anggap Nadz ni orang luar. Nadz tahu tak? Kehadiran Nadz memberi kebahagiaan yang luar biasa pada Umi dan Walid. Sejak Nadz datang dalam hidup Umi dan Walid, semuanya terasa sempurna" kata Puan Zulaikha lagi.
Mendengar kata-kata Puan Zulaikha itu, hati Nadzhan yang sakit terpujuk.
Puan Zulaikha mengesat perlahan air mata Nadzhan.
"Jangan fikir pasal hal ni lagi ya, sayang. Umi tak nak tengok Nadz sedih macam ni" ujar Puan Zulaikha.
Dalam dia menangis, Nadzhan mengangguk perlahan.
"Nadz minta maaf sebab buat Umi risau" tutur Nadzhan. Barulah nampak dia mengukir senyum. Inilah senyuman yang selama ini Puan Zulaikha rindukan.
_______________________
Huwerrkkk!
Huwerkkk!
Huwerkkk!
Bunyi tangisan si kecil memenuhi ruang seluruh pelusuk rumah banglo 2 tingkat itu.
Adella yang sedang menonton televisyen itu hanya membiarkan saja bayi perempuan itu menangis di atas lantai.
Sesekali Adella mengerling sekilas ke arah itu. Dia mendengus.
"Apa masalah kau ni ha?! Bisinglah! Asyik nak melalak je kerja kau!" jerkah Adella.
"Hanis!" Hajah Zehra muncul dari tingkat atas.
"Astaghfirullahalazim, Hanis. Kenapa dengan kamu ni? Kenapa jerkah jerkah baby ni?"
"Bisinglah, Nek! Budak ni dari tadi memekak je!"
Hajah Zehra terus mendukung bayi tersebut. Dia mengayunkan-ayunkan badannya sambil memujuk bayi itu.
Adella menjuihkan bibirnya. Meluat betul dia tengok bayi berbalutkan tuala berwarna pink itu.
"Mengada je lebih. Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba menangis. Ada yang kena hempuk kang dengan aku" omel Adella. Remote TV yang dia pegang sudah berada di udara. Ikutkan hati, nak saja dia baling ke arah bayi itu.
"Stop it, Hanis Adella!"
Hajah Zehra menggeleng melihat sikap cucunya itu. Langsung tak ada perasaan bersalah cakap begitu kepada anaknya sendiri.
"Kamu ni kan. Cakap main lepas je. Ni anak kamu tau!"
"Nenek!"
"Apa? Nak melawan lagi? Kamu nak kata yang dia ni bukan anak kamu?" Hajah Zehra sudah sedia maklum dengan apa yang mahu dibalas oleh Adella.
"Jaga sikit mulut kamu tu, Hanis. Kenapa biadab sangat ni?"
"Nek, Hanis rimas, tahu tak?! Siang menangis. Malam menangis. Bisinglah! Bingit telinga Hanis! Entah apa yang dia nangiskan ntah" dijeling tajam bayi itu oleh Adella.
"Dah namanya bayi kan? Bukannya dia faham apa pun"
"Pedulilah! Eh dahlah! Hanis benci budak ni!"
Setelah itu, Hanis menghempas remote TV di atas sofa dan terus pergi dari situ.
Kuat kakinya dihentak semasa berjalan melalui Hajah Zehra.
_______________________
Puan Fira menghentikan orang gajinya yang hendak menuangkan air ke cawan Faiz itu.
Faiz dan orang gaji itu serentak melihat ke arah Puan Fira.
"Dia ada isteri. Bukan tugas maid lagi nak tuangkan air untuk Faiz" kata Puan Fira.
Rina yang baru saja hendak memasukkan sesudu nasi goreng ke dalam mulutnya terus terhenti.
Rina melihat ke arah mereka.
"Tengok apa? Tuanglah air untuk Faiz. Tu kan benda basic dalam sebuah perkahwinan" sempat lagi Puan Fira menyelit sindiran kepada Rina.
Rina mengenggam penumbuk di bawah meja.
Eee, orang tua ni. Saja nak naikkan darah aku.
Rina pun menunjukkan muka polosnya dengan senyuman palsu.
Rina bangun dari tempat duduknya lalu menuang air ke dalam cawan Faiz seperti yang disuruh oleh Puan Fira.
"Benda simple macam ni pun Mama nak kena bagitahu. Apa ni, Rina? Macam mana nak jaga Faiz kat London nanti? Ish. Mama tak yakinlah" Puan Fira bersuara lagi.
Tidak lari bebola mata Puan Fira memerhati Rina sampailah Rina kembali duduk di kerusi.
"Iya iya je nak kahwin awal tapi satu apa pun kamu tak boleh buat. Baik tak payah jadi perempuanlah, Rina" sambung Puan Fira sinis.
Rina mengetap gigi dalam mulut. Kesabarannya sudah tipis.
"Ma,.. Dahlah tu. Dah nak dekat setahun dah pun kitorang kahwin. Faiz ok je ni" seperti biasa, Faiz membela isterinya itu.
"Faiz memang ok. Keadaan rumah nanti macam mana? Dapur nanti, entah berasap ke tak"
"Alahhh.. Apa susah? Makan je lah kat luar"
"Eloklah. Manjakan sangat bini kamu. Dahlah kerja pun tak ada, tak reti kemas rumah, tak reti masak. Satu benda pun dia tak boleh buat"
Bila Puan Fira membebel tentangnya, Rina hanya mendiamkan diri. Tapi, dalam hatinya, habis Puan Fira dicaci cerca.
Ikutkan hati aku, nak je aku tenyeh muka dia atas piring ni. Dahlah make-up macam nak pergi kelab malam!
Seketika, telefon bimbit Rina berdering.
Huh! Thanks God! Ngam sangatlah Adella call aku time ni.
Tanpa berkata apa-apa, Rina pun bangun dari tempat duduknya lalu beredar dari situ.
Puan Fira begitu kesal sekali dengan sikap Rina itu.
"Tengoklah bini kamu tu. Mama tegur punyalah panjang lebar, dia boleh pergi macam tu je" jelas Puan Fira tidak puas hati dengan Rina.
Faiz pula malas hendak berbalah dengan Puan Fira. Dia meneruskan saja menjamu selera.
_______________________
Bukan main panjang lagi bebelan Adella di talian tentang kemarahan dan kekusutan yang dialaminya di rumah itu kepada Rina dalam talian.
"Kau tahu tak, babe? Dari pagi sampai malam, budak tu asyik memekak je. Naik darah aku tau!" kata Adella yang ke hulur ke hilir di balkoni biliknya.
"Lepas tu, sekarang ni, aku dah tak boleh tidur malam. Budak tu asyik merengek je, nak susulah nak itulah nak inilah. Macam macam! Geram akulah!" katanya lagi.
"Ikutkan hati aku ni, aku nak je ambil bantal aku tu lepas tu aku letak kat muka dia, biar dia diam. Bosan betullah aku asyik dengar dia menangis je!" tambah Adella lagi.
"Adella, kau boleh rileks tak? Dah namanya baby kan. Budak. Kau marah bagai nak rak sekali pun, dia bukannya faham apa" barulah ada peluang Rina bersuara.
"Sebab tu aku geram. Sebab budak tu! Kalau dia dah besar, aku piat piat telinga dia tu!"
"Amboi kau ni. Cara kau bercakap ni macam budak tu orang lain kan. Eh, kau kena ingat tau. Budak tu,.."
"Ha. Ni lagi satu. Kenapa semua orang asyik nak mention pasal benda yang sama eh?"
Tahap rimas Adella makin naik melambung. Tak habis habis semua orang cakap pasal hal yang sama.
Budak tu anak akulah. ANAK ANAK ANAK! PERGI MATILAH SEMUA TU!
"Sekarang ni, aku tak nak dengar apa-apa. Aku ada plan ni dan aku nak kau tolong aku" malas membahas lagi pasal bayinya, Adella mengubah topik.
"Plan? Plan apa?" tanya Rina.
Adella terkedek-kedek mendekati pintu biliknya. Dia melihat kiri kanan.
Kemudian, Adella mengunci pintu biliknya lalu kembali semula ke balkoni.
Adella duduk di kerusi yang tersedia di balkoni itu.
Setelah memastikan keadaan sekeliling di situ menyebelahinya, Adella pun memberitahu Rina tentang rancangannya.
"What?! Weh Adella! Kau dah gila ke?!" itu reaksi Rina selepas Adella memberitahu tentang rancangannya.
Adella menjulingkan matanya ke atas. Dia sudah agak mesti ini reaksi Rina.
"Kau ni sah dah gila kot, Adella" kata Rina lagi. Dia sudah gelabah di sebelah sana.
"Aku tak gila. Rancangan ni yang gila" jawab Adella selamba.
"Rin, tolonglah aku. Kau ambil aku eh kat rumah malam nanti" rayu Adella.
"Wait, wait. Asal aku kena ambil kau? Kereta kau mana?"
"Hm. Apa lagi? Papa aku dah sita" jawab Adella dengan nada geram.
"Jangan kata kereta. Kad kredit aku pun, dia block tau! Handphone aku ni je yang aku ada sekarang" beritahu Adella.
Rina terbahak di corong telefon. Kuat dia ketawakan Adella.
"Aduhaii! Dah sengkek kau eh sekarang. Hahahaaha! Kesian kawan aku ni. Yelah yelahh. Nanti aku ambil kau"
"Yelahh. Eh, by the way, kau kat mana sekarang? Asal aku nak video call, kau tak nak?"
"Er..." Rina menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Mestilah aku tak nak vc dengan dia! Adella tu dah hafal kot rupa rumah aku macam mana. Nak nak lagi sekarang aku kat rumah Faiz. Sah sah Adella cepat detect rumah Faiz ni.
"Mama kau ada kat rumah tak? Rindulahhhhh. Bagi aku cakap dekat Mama kau, boleh?"
Pulak dah. Apa aku nak jawab ni?
Aduhh! Banyak tanya betullah perempuan ni!
Rina menepuk-nepuk dahinya dengan telefon. Dia makin tersepit.
"Ermm.. Mama aku.. Dia tak ada kat rumahlah, babe. Dia keluar"
Rina mengigit bibirnya. Tolonglah percaya! Tolonglah percaya!
"Ohh yeke.. Okeylah kalau macam tu. Nanti sampaikan salam aku kat Mama kau ya"
Rina menghela nafas laju. Fuhh! Nasib baik!
"Okey babe. Nanti aku sampaikan salam kau kat Mama aku"
"Okey,.."
________________________
Sambil menuruni anak tangga, Adella begitu tajam sekali memandang Hajah Zehra dan Puan Sri Akma yang sedang bermain dengan bayi di tengah-tengah ruang tamu itu.
Di tangga terakhir, Adella berhenti. Dia memeluk tubuh melihat mereka.
Adella melihat mereka bertiga satu-persatu. Hajah Zehra dan Puan Sri Akma melayan bayi perempuan itu bak seorang puteri.
Hajah Zehra siap menepuk-nepuk tangan sambil menyanyi lagu budak-budak. Puan Sri Akma pula bermain loceng entah apa apa tu.
"Adel?"
Bila Puan Sri Akma memanggil, barulah terhenti lamunan Adella.
"Kenapa tercegat kat situ? Sinilah. Tengok cucu Mama ni. Bukan main happy lagi dia" kata Puan Sri Akma lalu dia memainkan hidungnya di hidung bayi itu.
Adella menaikkan hujung bibirnya lalu memutarkan matanya ke atas.
Dengan gaya malas, Adella pun menapak ke ruang tamu dan duduk menghempas di sofa.
Adella melihat bayi itu sambil menongkat dagu dengan muka tanpa perasaan.
Bayi itu ketawa menampakkan gusinya yang kosong. Tangan dan kakinya yang memakai sarung itu aktif bergerak.
"Hm. Tahu pulak budak ni berhenti nangis. Ingatkan tahu nangis je" gumam Adella.
"Sukalah kau kan. Sekarang ni, Nenek, Papa dengan Mama semua dah cakap kasar kasar kat aku. Tapi, bila kat kau. Diorang semua layan kau elok elok. Tak guna. Melampau kau eh" terkumat-kamit bibir Adella mengata bayi itu.
Adella terus mengalihkan mukanya ke TV. Meluat tengok bayi itu lama lama.
"Eh. Dia tengok Hanis lah" Hajah Zehra bersuara.
Adella melihat semula ke arah mereka. Ya, bayi itu sedang menatap tepat ke wajahnya. Siap tersenyum pulak tu. Adella agak terkejut.
"Dia kenal muka ibu dia. Aloloo.. Kecik kecik lagi, dah pandai cam muka orang ya cucu Nenek ni,.. Bijaknyeeee" bukan main seronok lagi Puan Sri Akma.
Adella membuat muka jeliknya. Geli pula dia mendengar ayat Puan Sri Akma itu.
"Hanis, Hanis dah ada nama ke untuk baby Hanis ni?" Hajah Zehra menyoal.
"Nanti-nantilah Hanis fikirkan" Adella menjawab acuh tak acuh.
"Jangan lama-lama sangat fikir tu. Kang terlepas tempoh. Kalau dah ada nama, bagitahu. Kita boleh terus daftar kat JPN" kata Hajah Zehra.
"Em" sepatah saja Adella menjawab.
Adella berdecit. Berkerut dahinya menonton televisyen.
Eleh! Nak bagi nama konon. Memang taklah. Buang masa aku je nak fikir nama untuk kau.
_________________________
Puan Kartini hanya memerhatikan saja Puan Zulaikha yang murung itu. Jus oren di depannya hanya dikacau dengan straw sambil dia termenung lama.
"Jauhnya termenung. Fikir pasal apa?" Puan Kartini menghentikan lamunan Puan Zulaikha.
Puan Zulaikha mengeluh panjang tanpa menjawab persoalan Puan Kartini itu.
"Kenapa ni, Zu? Awak ada masalah ke?" tanya Puan Kartini lagi. Dia pelik. Selalunya, Puan Zulaikha tak macam ni.
"Nadzhan,.." nama anak lelakinya terpacul keluar dari mulut.
"Nadzhan? Kenapa dengan Nadzhan?"
"Awak tahu tak? Subuh tadi, tiba-tiba je Nadzhan cakap pasal masa lalu dia" ujar Puan Zulaikha.
"Masa lalu? Maksud awak?"
"Alaahh,.. Yang pasal ibu kandung dia tulahh. Pasal apa lagi"
"Lahh. Pulak. Kenapa? Saya ingatkan, Nadz dah tak ingat dah pasal hal tu"
Puan Zulaikha tergelak sekilas. Dia juga sebenarnya berfikiran sebegitu.
Tapi, dalam masa yang sama, dia yakin, jauh di sudut hati Nadzhan, masih tersimpan rasa amarah dan sedih terhadap ibu kandungnya yang telah meninggalkannya begitu saja.
"But.. Zu. To be honest, kalau saya ada kat tempat Nadzhan pun, saya tentu akan marah juga. Saya tentu akan sedih juga" Puan Kartini bersuara semula.
"Yelahh. Bayangkan. Ibu kandung awak sendiri, tinggalkan awak kat tempat apa-apa ntah tanpa alasan yang awak sendiri tak tahu" kata Puan Kartini lagi.
"Dahlah waktu tu, Nadzhan masih kecik. Ya Allah,.. Apalah yang mak dia fikirkan masa tu? Sampai hati dia tinggalkan Nadzhan kat lorong gelap tu" sambung Puan Kartini dengan rasa kesal sekali.
Bila teringatkan tentang kejadian itu, Puan Zulaikha terus dilanda rasa sebak.
Air jernih mula berkumpul di kelopak mata. Cepat cepat Puan Zulaikha mencapai tisu lalu mengesatnya.
Tak pasal pasal pulak menangis kat restoran ni.
Puan Kartini mengusap-usap lengan kawan baiknya itu.
"Awak ni lembut hati betullah. Janganlah nangis. Mana perginya Zulaikha yang positif tu ha?" Puan Kartini cuba memujuk Puan Zulaikha.
"Zu, look. Cuba awak fikir balik. Kalau mak kandung Nadzhan tak buang Nadzhan dulu, awak takkan dapat dia tau. Awak pun tahu kan? Betapa susahnya awak nak dapat anak dulu" ujar Puan Kartini dengan nada lembut agar Puan Zulaikha tidak terkilan dengan ayatnya itu.
"Hidup kita ni, Allah dah tentukan. Allah tu sebaik-baik perancang. Kita kena percaya qada dan qadar Allah and I am sure that Nadzhan know all of this" katanya lagi.
Mendengar Puan Kartini berkata demikian, barulah Puan Zulaikha tidak lagi dibebani rasa pilu tadi.
Puan Zulaikha menghela nafas laju lalu dia mengukir senyum nipis.
Melihat Puan Zulaikha mulai tersenyum, Puan Kartini berasa lega.
"Zu. Cakap pasal perancangan kan. Awak tak ada fikir apa-apa pasal perancangan Nadzhan dengan Mawar?" Puan Kartini mengubah tajuk topik mereka.
"Perancangan Nadzhan dengan Mawar?"
"Ha'ah. Alahhh.. Awak bukan tak tahu. Diorang tu, dari kecil lagi berkawan. Sekarang ni, dua dua dah besar. Tak lama lagi nak jadi doktor. Zu, saya ni sebenarnya, berkenan sangat dengan Nadzhan tu. Mawar tu jangan cakaplah. Memang dah lama dia ada hati kat Nadzhan" jelas Puan Kartini panjang lebar.
Puan Zulaikha diam sejenak. Dia hanya tersenyum menampakkan giginya yang cantik tersusun itu.
Kalau pasal hal ni, dia tak berani nak buka mulut.
"Tini, pasal hal ni, biarlah diorang yang bincang sendiri, ya?" kata Puan Zulaikha.
"Hmm.. Ye tak iya jugakkan. Diorang pun dah besar. Takpalah. Serah kat diorang je lah pasal hal ni" balas Puan Kartini.
Puan Zulaikha mengangguk setuju.
Puan Zulaikha memerhatikan Puan Kartini. Tengok dari riak muka saja, dah tahu Puan Kartini begitu berharap sangat agar Nadzhan dan Mawar bersatu.
"Umi,.. Nadz bukannya jual mahal tapi Nadz betul-betul tak ada perasaan kat Mawar tu. Nadz cuma anggap Mawar tu tak lebih dari seorang sahabat"
Puan Zulaikha teringat akan kata-kata Nadzhan.
Haihh.. Nadzhan nampaknya betul-betul tak ada perasaan kat Mawar.
Puan Zulaikha sendiri sudah buntu dengan semua ini. Dia sendiri tidak tahu siapa yang sebenarnya ada di hati Nadzhan sehinggakan anak lelakinya itu langsung tidak memberi peluang kepada Mawar.
___________________________
Guruh dah kilat saling sabung-menyabung pada malam itu. Hujan juga turun dengan begitu lebat sekali.
Bum!
"Allahuakhbar!" Hajah Zehra memegang dadanya. Terkejut dia dengan bunyi dentuman guruh itu.
Hajah Zehra meletakkan buku yang dibacanya di tepi lalu dia bangun dari sofa.
Hajah Zehra menapak ke jendela. Dia menjengah ke arah luar.
Ya Allah,.. Lebatnya hujan malam ni. Angin pun bertiup kencang.
Seketika, terdengar bunyi tapak kaki sedang turun dari anak tangga.
"Hanis?"
Laju Hajah Zehra melangkah mendekati Adella.
Adella memakai serba hitam. Hajah Zehra melihatnya dari atas ke bawah. Itu tak apa lagi. Yang lebih menghairankan, Adella ada bersama bayinya.
"Nak ke mana dengan baby ni?" tanya Hajah Zehra.
"Errr.. Hanis nak keluar"
"Dengan baby?"
"Alahh Nek. Rina ada sekalilah. Rina dah ada kat luar tu"
"Tak payah nak mengada, Hanis Adella" tiba-tiba Tan Sri Hanif pula muncul dari tingkat atas.
Dia dengan Puan Sri Akma datang bersama.
Adella merengus.
Aduhh! Apasal pula semua orang kerumun aku ni?!
"Kamu tak nampak ke kat luar tu hujan lebat? Kenapa nak bawa baby ni keluar? Dah hilang akal ke apa?!" bentak Tan Sri Hanif.
"Pa, Rina nak bawa Adel dengan baby ni jumpa family dialah. Mama dia nak jumpa"
"Eh kamu ingat, kita ni hidup kat zaman batu ke? Mama dia boleh je video call kan?"
"Kenapa dengan Papa ni? Bisinglah! Inikan anak Adel. Biarlah Adel nak buat apa pun!" Adella sudah mula naik bengang dengan Tan Sri Hanif.
"Adel, tak eloklah bawa baby keluar waktu waktu macam ni. Bawa esok je lah ya" Puan Sri Akma pula bersuara.
Adella makin rimas.
Adella melihat mereka satu-persatu dengan muka singanya. Dia sungguh berasa tidak puas hati ketika ini.
"Apasal semua bising bising ni ha?! Ni anak Adel. Biarlah Adel nak buat apa pun!" jerkah Adella kepada mereka.
"Jangan nak larang larang Adel macamlah Adel nak buat benda tak elok kat baby ni!" tambah Adella lagi.
"Kenapa? Kamu ada terfikir nak buat benda tak elok ke kat baby ni?"
Adella terus terdiam sejenak. Dia terus tidak berani menatap mata Tan Sri Hanif.
Adella berdecit.
Bodohnyalah kau ni, Adella! Asal kau pergi cakap macam tu pulak?!
"Ishh! Dahlah dahlah! Rina dah tunggu Adel kat luar tu. Kang lambat pulak nak pergi rumah dia" Adella yang ketandusan alasan itu pun beredar dari situ.
"Adella! Hujan lebat kat luar tu! Tak payahlah keluar!" sampai timbul urat Tan Sri Hanif menjerit dari belakang.
Namun dia tidak diendahkan oleh anak perempuannya itu.
________________________
Hujan lebat berganti dengan bunyi guruh berdentum membuatkan bayi yang didukungnya itu asyik menangis tanpa henti.
"Ihhh! Bisinglah budak ni! Aku hempuk kang!" tangan Adella sudah hendak memukul bayi itu.
"Adel!" Rina memukul lengan Adella.
"Kau agak-agaklah! Tak cukup kau nak buang budak ni, kau nak hempuk dia pula?" kata Rina geram.
"Ni anak kau tau!" sambungnya lagi. Nampaknya, Adella lupa kot. Kot la.
Adella lantas menekup mulut Rina.
"Diamlah! Kau dah gila ke?!"
Rina menepis tangan Adella dari mulutnya.
"Aku ke kau yang gila?!" balas Rina. Dijegilkan matanya melihat Adella.
Adella menjulingkan matanya ke atas. Tidak dia endahkan Rina.
Adella meletakkan bayi perempuan yang hanya dibungkus dengan sehelai tuala putih itu di bawah pokok berdekatan dengan surau.
"Weh, Adel! Kau letak budak tu macam tu je?" Rina mengomel lagi.
Adella berdecit.
Adella yang duduk mencangkung itu mendongak melihat Rina.
"Habis tu, kau nak aku buat apa? Kau nak aku bina rumah kat bawah pokok ni?"
"Sekurang-kurangnya, letaklah alas! Kotak ke, daun ke. Nanti budak tu kena hurung semut, mana tahu area ni ada haiwan berbisa, mana tahu,.."
"Shttt! Bisinglah kau ni! Bernanah telinga aku! Kau diam je lah! Aku tahulah apa aku buat!" degil Adella memang tiada tandingannya.
Adella mengelap wajahnya yang basah kuyup itu.
"Ishh! Menyusahkan betullah budak ni!" Adella membebel geram.
"Tak pasal pasal, aku yang kena. Semua orang salahkan aku gara-gara budak ni!" katanya lagi.
Rina hanya menggeleng kepala mendengar Adella mengata tentang budak tidak bersalah itu.
Setelah selesai 'menyembunyikan' bayi yang masih kuat tangisannya itu, Adella terkial-kial mencari tempat untuk membersihkan telapak tangannya yang terkena tanah itu.
Adella membuka cincinnya agar dia senang untuk membersihkan tangannya.
"Pegang jap ni" Adella memberikan cincinnya kepada Rina.
Kemudian Adella mengelap tangannya di dedaun yang ada di situ.
Pottttt! Pottttt!
"Adel! Ada orang!"
Mendengar bunyi hon kereta, kedua-dua kawan baik itu menggelabah.
Adella dan Rina terus lari lintang pukang dari situ.
Semasa pergi, Adella sempat menoleh ke belakang.
Sebuah kereta berwarna hitam betul-betul berhenti tepat di depan pokok tempat dia tinggalkan bayinya.
Adella terpaksa mengecilkan matanya agar dapat melihat kereta itu dengan lebih jelas dek kerana titisan air hujan membasahi mukanya.
Kereta tu.. Aku macam kenal je.
Rina tersedar, Adella tiada di sisi ketika berlari.
Rina berpaling ke belakang. Kelihatan Adella tercegat beberapa langkah di belakangnya.
"Hoi Adella!" Rina menjeritkan Adella dari belakang.
Adella menoleh ke arahnya.
"Kau buat apa kat situ lagi?! Jomlah! Kang tak pasal pasal, kantoi pulak!"
Setelah itu, Adella pun bergegas pergi.
Kedua-dua mereka berlari dalam hujan.
Adella dan Rina masuk ke dalam kereta lalu bersembunyi.
Masing-masing tercungap-cungap kepenatan.
Adella kemudiannya mendepakan tangannya ke arah Rina.
"Apa?" tanya Rina yang sudah hilang nafas itu.
"Cincin akulah, siot"
"ALAMAKKKK! ADELLAAAAA! CINCIN KAUUU"
Adella tidak menyukai reaksi Rina sebegitu.
"Cincin kau tertinggal kat pokok tu,.."
Adella menepuk dahinya.
Aduhai,..! Rina,.. Rina..!
________________________
Nadzhan dan bayi perempuan itu dipisahkan oleh dinding kaca.
Sambil merenung wajah bayi yang berada di dalam bilik itu, dalam poket seluarnya, Nadzhan menggumpal penumbuk.
Rahangnya jelas kelihatan kerana mengetap gigi.
Seluruh badannya yang basah kuyup itu terasa panas. Lagi lagi hatinya.
Nadzhan mengeluarkan cincin dari poket seluarnya.
"Ya.. Bayi ni, memang bayi patient VIP hari tu. Saya masih ingat lagi bayi ni. Nama patient VIP tu pun saya ingat. Nama dia Hanis Adella Binti Tan Sri Hanif"
Penjelasan jururawat tadi membuatkan darah Nadzhan semakin naik mendadak.
Ketika ini juga, Nadzhan teringat akan kejadian di bawah pokok tadi.
Dua orang wanita sedang melakukan sesuatu di bawah pokok. Bila lampu keretanya semakin menerangi mereka, dua wanita itu pun berlari pecut dari situ seperti tidak cukup tanah.
Kini Nadzhan tahu, Adella adalah salah seorang dari wanita itu. Apa yang lebih teruk, Adella merupakan orang yang membuang bayi ini.
Perempuan tak guna tu.. Apa yang ada dalam kepala otak dia?! Dia tak sedar ke apa dia buat ni, satu benda yang sangat bodoh?!
Seseorang memegang bahu Nadzhan.
"Nadz" Encik Raqib mengambil tempat di sebelah Nadzhan.
Nadzhan masih tegak menghadap bayi itu. Dia sedikit pun tidak bergerak melihat ke arah Encik Raqib.
"Pihak hospital masih ada simpan alamat Cik Hanis Adella. Esok, bayi ni akan dihantar semula kepada dia" beritahu Encik Raqib.
Nadzhan hanya membisu.
Encik Raqib kemudiannya turut memandang ke arah bayi perempuan yang sedang tidur itu.
Encik Raqib menghela nafas berat. Dalam masa yang sama, dia berasa lega dan bersyukur.
"Kamu datang tepat pada masanya, Nadz. Alhamdulillah, kita sempat selamatkan bayi yang comel ni" ujar Encik Raqib sambil tersenyum melihat Nadzhan.
Nadzhan masih dengan muka tanpa reaksinya.
Encik Raqib menepuk-nepuk bahu Nadzhan.
"Esok,.."
"Saya akan jaga budak ni" lama membisu, Nadzhan bersuara.
"Apa maksud kamu, Nadz?"
Nadzhan mengalihkan badannya menghadap Encik Raqib.
"Uncle, saya akan jaga budak ni. Mulai dari hari ni, dia anak saya" tutur Nadzhan.
Encik Raqib terkedu dengan kenyataan Nadzhan itu.
"Nadz, apa kamu cakap ni?" bukan tidak faham dengan kenyataan Nadzhan itu namun Encik Raqib seakan tidak percaya dengan apa yang baru dia dengar.
"Kamu jangan main-main, Nadz. Kamu sedar tak apa kamu cakap ni?"
"Sejam yang lalu, saya nampak dengan mata saya sendiri apa yang dah jadi dengan budak ni. Sejam yang lalu, tangan saya sendiri yang mengangkat budak ni dari bawah pokok tu. Uncle, budak ni dibuang oleh ibu kandung dia sendiri. Takkan kita nak bagi budak ni pada ibu dia balik?"
Encik Raqib diam seketika. Dia tahu, Nadzhan begitu beremosi ketika ini dan dia tahu apa sebabnya.
Nadzhan kembali melihat bayi itu. Dadanya terasa sesak kerana menahan satu perasaan yang amat perit sekali.
________________________
Pintu bilik dikuak perlahan oleh Puan Zulaikha.
Kelihatan Nadzhan masih lagi merenung wajah si kecil yang sedang lena tidur itu.
Puan Zulaikha masuk ke bilik lalu melabuh punggung di kerusi yang ada di sisi katil.
Laju Nadzhan menggosok matanya bila menyedari kemunculan Puan Zulaikha itu.
"Nadz yakin ke dengan keputusan Nadz ni?" tanya Puan Zulaikha untuk ke sekian kalinya.
Nadzhan mengangguk tanpa berfikir walau sesaat.
Nadzhan mengangkat wajahnya untuk melihat Puan Zulaikha.
"Umi ok ke?" tanya Nadzhan pula.
Puan Zulaikha mengukir senyum halus.
"Umi ok je. Tapi,.. Adella.."
"Umi" Nadzhan memotong ayat Puan Zulaikha.
"Umi, Nadz nak minta tolong satu benda dengan Umi, boleh?"
"Nak minta tolong apa tu?"
"Nadz harap sangat, lepas ni, Umi jangan sesekali sebut lagi nama perempuan tu"
"Nadz,.. Janganlah macam ni. Apa pun yang jadi, bayi ni tetap anak Adella. Adella tu ibu kandung bayi ni" kata Puan Zulaikha.
"Kalau dia sedar yang bayi ni anak dia, bayi ni takkan ada kat sinilah, Umi. Kalau perempuan kejam tu sedar yang bayi ni anak kandung dia, Nadz tak akan jumpa bayi ni kat bawah pokoklah, Umi"
Puan Zulaikha terus mendiamkan diri bila Nadzhan mula berkata demikian.
"Umi tahu tak? Nadz jumpa bayi ni bawah pokok dengan hanya berlapis sehelai tuala. Bayi yang tak berdosa ni sepatutnya ada kat rumah, ada kat atas tilam yang empuk, ada kat.." ayat Nadzhan tergantung.
"Nadz,.." Puan Zulaikha turut sebak bila melihat Nadzhan mula mengalirkan air mata.
Bergetar bibir Nadzhan menahan tangis. Lama menahan sejak dari tadi, tangisannya pecah jua.
"Bayi ni sepatutnya ada dalam pelukan ibu dia, Umi.." Nadzhan menyambung ayatnya dengan suara terketar-ketar.
"Bayi ni kecil lagi, Umi. Jangan kata dosa dan pahala, jangan kata gembira dan sedih, bayi ni even tak kenal lagi wajah ibu dia" tambah Nadzhan.
"Tergamak.. Tergamak dia buat semua ni.."
Puan Zulaikha mengelap air matanya dengan hujung kain tudungnya.
Puan Zulaikha melihat Nadzhan dan bayi perempuan itu silih berganti. Pandangannya agak kabur kerana air matanya yang berkumpul.
Ya Allah.. Kau kuatkanlah hati dua hamba-Mu ini, Ya Allah.. Tingkatkan iman untuk Nadzhan. Kau siramilah insan kecil yang baru lahir di dunia ini dengan redha-Mu.
"Nadz,.. Ingat pesan Umi ni, sayang. Hidayah Allah ni boleh datang sekelip mata je tau. Kalaulah satu hari nanti, ibu kandung bayi ni datang tuntut dia balik, Nadz tahu kan apa Nadz perlu buat?" Puan Zulaikha bersuara semula.
Nadzhan diam seketika. Seolah dia cuba untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh Puan Zulaikha.
Namun Nadzhan sudah bertekad. Dia ada keputusannya tersendiri dan keputusan itu tidak akan berubah sampai dia mati sekali pun.
"Nadz minta maaf, Umi. Tapi bagi Nadz, ibu kandung bayi ni dah mati"
"Nadzhan Aryan" nada suara Puan Zulaikha naik setahap.
"Nadz dah buat keputusan. Nadz akan jaga bayi ni. Bayi ni hanya milik Nadz seorang. Sampai Nadz mati sekali pun, Nadz takkan benarkan perempuan tu jumpa bayi ni" ujar Nadzhan.
"Sampailah bayi ni dah besar nanti, Nadz akan pastikan dia tak akan tahu siapa ibu kandung dia yang sebenar" kata Nadzhan lagi.
"Nadz yakin. Bila bayi ni dah besar nanti, dia sendiri pun akan benci perempuan tu lepas tahu apa perempuan tu dah buat kat dia malam ni" sambungnya.
"Astaghfirullahalazim, Nadzhan. Kamu cakap apa ni? Bawa mengucap! Kamu dah melampau, tahu tak?!"
"Perempuan tu lagi melampaulah, Umi" Nadzhan menjawab. Walaupun tidak meninggikan suara namun masih agak kedengaran keras di situ suaranya.
"Apa yang berlaku malam ni, Nadz tak akan lupakan sampai bila-bila" tutur Nadzhan sinis.
"Semuanya berlaku depan mata Nadz sendiri. Hati Nadz sakit, Umi. Lebih sakit bila.." sekali lagi ayat Nadzhan tergantung.
"Bila.. Pelakunya adalah wanita pertama yang buat Nadz jatuh cinta" sambungnya.
Puan Zulaikha tergamam.
Jadi.. Maknanya, selama ini, Nadzhan cintakan Adella?
Share this novel