BAB 7

Romance Series 6642

Sambil dia menggigit hujung sandwich, mata Rina tidak lepas dari terus memerhatikan Faiz.

Faiz sejak dari tadi berjalan ke hulur ke hilir dengan telefonnya yang tidak lekang dari cuping telinganya.

Wajah lelaki memakai singlet adidas itu juga kelihatan berkerut seribu. Sesekali terdengar juga Faiz mendengus.

"Rin. You dapat call Adella tak?" tanya Faiz tanpa melihat ke arah Rina.

Rina menjulingkan matanya ke atas. Dia hanya menikmati saja sandwich itu. Malas dia hendak bercakap pasal Adella.

Apabila Rina tidak menjawabnya, Faiz berhenti dari ke hulur ke hilir.

"Rin, I'm talking to you"

Rina masih lagi diam dengan membuat muka selambanya.

Faiz tambah bengang bila Rina pula membuat perangai.

Faiz memeluk tubuh melihat Rina.

"You dengar tak I tanya apa?"

Rina berdecit. Dia bangun dari kerusinya dengan rasa marah. Bergema satu ruang makan itu dengan bunyi seretan kerusi.

"Rina, I tanya you ni. You ada contact dengan Adella ke? Dah 3 hari I tak dapat call dia ni" kata Faiz dengan muka cuaknya.

Namun Rina langsung tidak mengendahkannya.

"Sabrina!" Faiz mulai hilang sabar.

Rina masih enggan mengalah. Dia terus naik ke tingkat atas tanpa mempedulikan Faiz.

________________________

"Cik Adella,..! Marilah keluar makan breakfast. Dah tiga hari Cik Adella tak keluar dari bilik"

Si orang gaji bersanggul itu mengetuk pintu bilik Adella berkali-kali.

Hajah Zehra datang mendekatinya.

"Bik, Hanis tak keluar bilik lagi?" tanyanya.

"Ya, Puan Hajah. Cik Hanis masih berkurung dalam bilik" jawab orang gaji itu dengan raut wajah risaunya 

Hajah Zehra mengeluh halus.

"Tak apalah. Awak pergilah buat kerja. Biar saya cakap dengan dia" kata Hajah Zehra.

"Baik, Puan Hajah" orang gaji itu pun pergi dari situ.

Hajah Zehra yang memakai kebaya tradisional itu melihat pintu bilik Adella sambil menghela nafas berat.

Pintu bilik diketuk sekali.

"Hanis, Nenek tahu Hanis dengar. Bukalah pintu ni. Kenapa berkurung dalam bilik? Dah tiga hari Hanis kat dalam tu"

Hajah Zehra mendekatkan telinganya di muka pintu.

Adella tidak merespon apa-apa.

"Hanis, Hanis ada masalah ke, sayang? Kalau Hanis ada masalah, kongsilah dengan Nenek. Hanis tak ingat ke masa kat kampung dulu? Masa Hanis kecil kecil dulu, Hanis selalu kongsi kat Nenek kalau Hanis ada masalah" Hajah Zehra berusaha untuk memujuk Adella.

Namun, seperti biasa, keras kepala Adella tiada tandingannya.

Hajah Zehra meletakkan tapak tangannya di pintu Adella.

"Okeylah.. Kalau Hanis tak nak keluar juga, tak apalah. Nenek takkan paksa. Tapi please, sayang. Jangan buat benda yang bukan-bukan ya. Nenek sayang Hanis tau" tutur Hajah Zehra sebelum dia berlalu pergi dari situ.

Sementara itu, di dalam bilik, Adella masih berselindung di bawah selimutnya.

Bila mendengar tiada lagi suara Hajah Zehra di luar sana, Adella pun membuka bungkusan selimutnya.

Adella bangun dari baringnya dan menyandar di kepala katil.

Adella menekup mukanya.

Argggghhhhh! Aku masih tak boleh lupa apa yang aku nampak malam tu!

Tak guna! Sampai hati Faiz curang kat belakang aku! Apa kurangnya aku?! Apa lebihnya perempuan tu?!

Seketika, Adella ternampak akan cardigan warna hitam yang tergantung di almari.

Cardigan itu mengingatkannya kepada lelaki dingin bernama Nadzhan.

Of course aku ingat kat dia. Cardigan tu kan dia yang punya.

_______________________

(Malam tempoh hari)

"Dahlah, Adella. Kau janganlah nangis kat sini. Buat malu je lah" bisik Nadzhan.

"Diamlah! You tahu apa?! You tu mana ada perasaan pun!"

"Aku pulak salah?"

"I cakap diam diamlah!"

Adella semakin kuat menangis.

Nadzhan pula terpaksa menayang muka selambanya bila beberapa orang sudah melihatnya dengan pelbagai reaksi.

Ada yang menjelingnya. Ada yang menggeleng. Ada yang berbisik-bisik antara satu sama lain.

Nadzhan berdecit. Menyesal pula aku kejar dia sampai sini. Tak pasal pasal, ini pula yang aku kena hadap.

"Sampai hati you buat I macam niiii" Adella start meraung pula di situ.

"Adella! Shtttt! Janganlah macam ni!"

"Apa maksud you janganlah macam ni?! You nampak kan apa yang I nampak tadi?! Boyfriend I curang!"

"Yaa.. Yaa.. Aku tahu. Kau ingat mata aku ni dah rosak ke? Aku nampak. Tapi, kau janganlah nangis macam ni kat sini. Orang lalu-lalang kat sini, kau tahu tak? Diorang dah tengok aku lain macam dah ni!" Nadzhan sudah menggelabah di sisi.

Mana tidaknya, dahlah Adella menangis tengah tengah jalan.

Orang kita ni dahlah perangai asyik nak judge orang je.

"Dahlah, dahlah. Kau balik je lah. Family kau mesti dah cari kau kat restoran tu" kata Nadzhan.

Adella menyandar di dinding. Dia menangis tersedu-sedu. Sling bagnya jatuh dari tangan.

"You tak faham apa I rasa.."

Nadzhan mengeluh kecil.

"Kalau iyapun aku tak faham apa kau rasa so kau nak duduk sini sampai esok pagi?"

Nadzhan melihat Adella sejenak.

Betul-betul parah dah dia ni.

Entah kenapa terbit pula rasa marah dalam hati Nadzhan tika ini.

Tak guna punya lelaki. Malam masa Adella mabuk hari tu bukan main caring lagi. Bukan main risau lagi. Ingatkan, cinta sehidup sematilah konon. Tahu tahu, curang dekat belakang.

Nadzhan membongkok untuk mengambil sling bag milik Adella itu lalu dia membersihkannya.

"Dahlah.. Nanti ada masa, kau bincanglah elok-elok dengan boyfriend kau tu. Tak guna pun kau nak nangis macam ni" ujar Nadzhan.

Adella kemudiannya berdiri tegak. Dia mengesat air matanya.

"Tak gunalah nak bincang dengan lelaki tak ada hati perut macam dia tu. Buang masa I je"

Nadzhan terus diam bila Adella berkata begitu.

Adella menapak pergi dari situ. Nadzhan mengikutinya dari belakang.

Nadzhan menggeleng bila melihat bahagian belakang Adella yang terdedah luas itu. Dia terus mengalih pandangannya ke arah lain.

Adella menahan tangis sepanjang kembali ke restoran.

Sampai hati you, Faiz. Sampai hati you! Selama ni, I thought you love me! Selama ni, bukan main lagi, you bagi I kata-kata manis you! Pergi matilah semua tu!

Sedang Adella mengomel dalam hati tentang Faiz, tiba-tiba satu helaian baju singgah membaluti belakangnya.

Adella terhenti dari melangkah. Dia melihat ke arah Nadzhan yang ada di sebelahnya. Cardigan hitam yang tadi terikat di leher Nadzhan sudah tiada.

Cardigan itu sudah ada melapisi badan belakang Adella.

"You buat apa ni?" tanya Adella dengan mukanya yang sembab itu.

"Malam ni sejuk. Kau pakai baju macam ni dah kenapa? Buang tabiat ke apa"

Adella mengetap bibirnya.

"Eh. Kalau I mati beku sekali pun, you kisah apa ha?!" bentak Adella.

Semasa dia hendak membuka cardigan milik Nadzhan itu, Nadzhan menghalangnya.

Nadzhan siap membetulkan cardigan itu di posisi belakang Adella.

"Pakai je" kata Nadzhan dengan suara yang ditekankan.

Adella terkedu seketika. Lain pula rasanya bila Nadzhan tiba-tiba melayannya baik sebegini.

Ke, sebab dia kesian dengan aku?

________________________

Beg tangan Hermes diletakkan di atas meja lalu dia melabuhkan punggung di kerusi.

Bibi Suzy menuangkan air untuk Orked yang baru tiba di meja makan itu.

Orked memerhatikan Mawar yang muncung saja menguis mee di piring.

"Haihh.. Kalaulah mee tu boleh terbang, dah lama dia terbang sendiri masuk dalam mulut awak" Orked bersuara.

Barulah Mawar terhenti dari lamunannya.

Orked menggeleng.

"Apa ni, Mawar? Tak elok tau, awal pagi, muka monyok macam ni. Depan rezeki pula tu" tegur Orked.

Mawar mengeluh berat. Garfu diletakkan di tepi piring.

"Gaduh dengan Nadz eh?" teka Orked.

Mawar berdecit.

"Tak makna nak gaduh dengan dia. Dia bukannya boyfriend Mawar pun" jawab Mawar.

"Aik? Akak tak cakap pun Nadz tu boyfriend Mawar. Akak cuma tanya, Mawar gaduh dengan Nadz ke?"

Mawar membisu.

"To be honest, saya betul-betul anggap awak tak lebih dari seorang kawan. In fact, saya anggap awak dah macam kawan baik saya. Awak satu-satunya kawan perempuan yang saya ada"

Mawar teringat akan kata-kata Nadzhan tempoh hari.

Pap!

"Allahuakhbar! Mawar Qaisara!" terkejut Orked bila Mawar tiba-tiba menghentak tangannya di atas meja.

"Kenapa dengan kamu ni, Mawar? Dua tiga hari ni, asyik moody semacam je"

Mawar bangun dari tempat duduknya. Dia berjalan ke hulur ke hilir sambil memeluk tubuh.

Mata Orked melihat Mawar sambil dia menjamu selera.

"Mawar tak fahamlah dengan Nadzhan tu. Kami berkawan sejak dari kecik kot. Takkan dia sikit pun tak ada perasaan kat Mawar" Mawar mula meluahkan ketidakpuasan hatinya.

"Kami sekolah rendah sama sama, sekolah menengah sama sama, belajar kat London sama sama, praktikal pun sama sama. Dan, kalau nak diikutkan, Nadzhan mana ada kenal mana mana perempuan selain dari Mawar. Mawar hairanlah. Apa kurangnya Mawar ni kat mata Nadzhan"

Orked diam saja mendengar isi hati adiknya itu.

Haihh.. Adik aku ni. Kata tak gaduh dengan Nadzhan. Ingatkan, dia moody pasal hal lain. Rupa-rupanya, pasal Nadzhan juga?

Hidup Mawar ni, tak ada benda lain selain dari Nadzhan, Nadzhan, Nadzhan.

"Mawar, it's not about Nadzhan ada perempuan lain ke, korang kenal dari dulu ke, Mawar ada kekurangan ke. Semua ni pasal perasaan" ujar Orked kemudiannya.

"Maksud akak, Nadzhan tak ada perasaan kat Mawar ke?" tanya Mawar namun nada suaranya itu kedengaran seperti dia memarahi Orked.

"Bukanlah macam tu. Tapi, maksud akak.."

"Habis tu apa, kak? Kenapa susah sangat Nadzhan nak terima Mawar?" bagai hendak menangis Mawar dibuatnya.

Orked menggaru kepalanya yang dilapisi tudung berwarna ungu itu.

Mawar yang memakai blouse dan seluar palazzo berwarna serba merah itu betul-betul berasa sangat tertekan sekali.

"Ke.. Sebenarnya.. Nadzhan tu ada perempuan lain?" Mawar mula membuat spekulasi sendiri.

Orked malas sudah hendak melayan Mawar.

Mawar ni, kalau dah cerita pasal Nadzhan, sampai esok pagi pun tak habis. Baik aku makan dulu.

________________________

"Rina"

"Apa dia, Faiz?" jawab Rina malas.

"Kenapa dengan you ni? I tanya you, you boleh buat bodoh je?"

Rina mengetap bibirnya melihat Faiz.

"Fine! Kalau pasal I, semua bodoh. Kalau pasal Adella?! Semua yang baik-baikkan?!"

Sekarang ni, barulah Faiz faham kenapa sejak tadi Rina angin semacam.

"So, you marah marah sejak pagi tadi, sebab hal ni lah? Sebab Adella?"

Rina mendengus. Dia terus kembali melayan telefonnya.

Faiz mengambil tempat di sebelah Rina.

"Rin, I just risau pasal Adella. Sebelum ni, dia tak pernah macam ni tau" beritahu Faiz. Kali ini dia cuba berlembut dengan Rina.

Rina memutarkan bebola matanya ke atas. Dia semakin menyampah.

"You tahu tak? Sebelum ni, Adella tak pernah macam ni tau. Paling paling pun kalau dia merajuk dengan I, dia just off data je. Tapi kali ni, dia terus off phone" kata Faiz lagi.

"Kisah pula aku" Rina menggumam. Dia masih lagi fokus bermain telefon.

Faiz melihat ke arah Rina. Dia dengar sebenarnya Rina sedang mengata sesuatu.

Faiz tergelak kecil.

Faiz kemudiannya mengambil perlahan telefon milik Rina lalu tangan Rina dia capai dan dikucup.

"Baby.. Janganlah macam ni.."

Rina menjeling Faiz.

"Yang you nak risau sangat pasal si Adella tu kenapa? Eloklah tu dia tak angkat call you. At least, you boleh spent time dengan I" ujar Rina dengan rasa geram.

"I tahu. I cuma.."

"Cuma apa?! You sebenarnya tak sayangkan I kan. You sebenarnya lebih sayangkan Adella kan!"

"Tak.. Bukan macam tu, baby. I cuma pelik, faham tak? Lama kot dia tak angkat call I. I tertanya-tanya juga. I ada buat salah ke?"

"Whateverlah! I malaslah nak dengar pasal Adella tu. Menyampah tahu tak" Rina mendengus.

Dilepaskan tangan Faiz lalu dia pergi dari situ.

Namun, baru selangkah dia bergerak, telefonnya berdering.

Adella di talian.

Rina dan Faiz saling melihat antara satu sama lain.

________________________

Sambil merenung cardigan milik Nadzhan, Adella tersenyum-senyum sendiri. Dia tersenyum sampai ke telinga dan dia sendiri tidak sedar akan hal itu.

Baik juga eh mamat tu. Reti juga nak layan aku baik-baik. Nak cakap baik-baik. Siap bagi aku pakai cardigan dia pulak tu.

"Adella?"

Berderau darah Adella bila suara itu menerpa tiba-tiba. Serentak dengan itu, Adella cepat-cepat menyembunyikan cardigan itu di tepinya. Selit je lah kat tepi kerusi ni.

"Ai.. Gelabah semacam nampak" kata Nadzhan.

Adella hanya diam saja. Agaknya muka aku dah macam patung kot sekarang ni.

"Boleh aku duduk?" Nadzhan memegang kerusi di hadapan Adella.

Adella melihat Nadzhan sekilas.

"Kalau I tak bagi you duduk, you tetap duduk jugakkan?" balas Adella.

Seraya Adella berkata begitu, Nadzhan pun melepaskan kerusi tersebut.

Adella bagaikan tidak percaya.

Seriously? Dah kenapa mamat ni?

"Apa you ni? Duduk je lah" geram pula Adella jadinya.

Setelah itu, Nadzhan pun duduk.

"Sejak bila pula you reti bersopan-santun ni?" perli Adella.

Nadzhan hanya tersenyum kecil.

Adella membuat muka peliknya.

"Kena sampuk eh?"

"Haihh kau ni. Aku cakap kasar, kau kata aku biadab. Bila aku dah bersopan-santun macam ni, kau cakap aku kena sampuk pula" balas Nadzhan.

"Of course. Wait. Ke.. Sebenarnya, you kesiankan I?"

"Adella,.."

"Look, Encik Nadz. I tak perlukan simpati you, ok? I tahulah macam mana I pujuk hati I ni"

"Kau ni memang tak reti nak cakap elok-elok eh? Aku datang sini sebab,.."

"Sebab apa? Oh. Kalau bukan sebab nak kesiankan I, mesti you nak ejek I kan? Mesti you nak mengata I sebab boyfriend I curang belakang I. Kan?!" jerkah Adella.

"Tak, tak. Aku sebenarnya.."

"Eh dahlah! You balik je lah!"

"Memang aku nak baliklah ni. Lagi pun, aku dah siap makan. Jadi.."

"Jadi, dipersilakan keluar. Tu ha, pintu keluar" Adella siap menunjukkan jalan keluar untuk Nadzhan.

Nadzhan menggaru belakang tengkuknya dengan muka berkerut bila Adella asyik-asyik memotong ayatnya.

Adella melihat Nadzhan dengan rasa tidak puas hati.

Eleh! Saja nak duduk lama lama depan aku. Dia ingat aku ni lembik sangat ke?! Dia ingat, aku ni jenis perempuan yang suka bila ada orang duk kesiankan? Huh!

Dia memang saja nak ambil kesempatan ke apa? Hm. Dia dah mula syok kat akulah tu. Eleh!

"Look, Adella. Actually,.. Aku memang nak balik tadi tapi aku singgah sini sebab aku nampak kau,.."

"Hm. I dah agak dah. You nampak I sorang sorang, lepas tu you sengaja ke sini. You sebenarnya nak try I kan?"

"Aku nak try kau?" Nadzhan menahan gelaknya.

"Memang taklah aku nak try kau" sambung Nadzhan dengan sisa tawanya.

Adella mengecilkan matanya melihat Nadzhan.

Eee mamat ni. Kecik besar kecik besar je aku tengok.

"Aku datang sini sebab aku nampak cardigan aku. Kau ada bawakan cardigan aku?"

Adella menelan air liurnya.

What the,..

Dia nampak ke?!

Nadzhan kemudiannya mendepakan tapak tangannya ke arah Adella.

"Aku tahu kau sorokkan cardigan aku tadi. Tak payah nak tenung sangatlah cardigan aku tu. Dia mana ada mulut nak sembang dengan kau" Nadzhan siap menyindir Adella.

Adella makin mendidih. Ikutkan hati, nak saja dia simbah Nadzhan dengan air minumannya di atas meja itu.

Dengan rasa marah, Adella mengeluarkan semula cardigan milik Nadzhan yang dia sembunyikan tadi lalu dia humban cardigan itu tepat ke arah Nadzhan.

"Ambillah! I pun tak hinginlah nak simpan cardigan buruk you ni lama lama! Dahlah busuk!" tengking Adella.

Setelah itu, Adella pun terus beredar keluar dari restoran.

Eee! Geramnyaaa! Berani dia mengata aku! Depan aku pula tu!

"Adel?" tiba-tiba Rina muncul di situ.

"Eh, kau pun baru sampai ke?" tanya Rina apabila terserempak dengan Adella di luar restoran.

"Baru sampai apanya? Aku dah lama kat dalam. Dah order minuman dah pun" kata Adella dengan muka ketatnya.

"Dah tu? Kenapa kau ada kat luar pulak ni?" tanya Rina lagi.

"Dahlahh dahlahh! Aku tak nak lepak kat sini. Kita lepak tempat lainlah" Adella mengajak Rina pergi dari situ.

Adella menarik tangan Rina.

Ketika dia diheret oleh Adella pergi dari situ, mata Rina tertancap akan seseorang yang berada di dalam restoran itu.

Ehhh jap. Tu bukan ke lelaki yang dah selamatkan Adella masa malam yang Adella mabuk teruk tu? And, dialah juga lelaki yang Adella sangkakan waiter masa kat restoran ni dulu. Now, mamat tu ada kat sini pula?

Amboi restoran ni, bukan main eh. Ni tempat makan ke tempat cari jodoh?

_______________________

"What?! Fa.. Faiz cu.. Curang?!" hampir terkeluar biji mata Rina melihat Adella.

Rina auto cuak.

Jadi maknanya, Adella tak angkat call Faiz 3 hari ni, sebab Faiz kantoi curanglah? Tapi, kalau Faiz kantoi curang, kenapa dia masih baik dengan aku? Ke,.. Faiz ada perempuan lain lagi selain aku?

"Emm.. Babe.. Kau ni biar betul? Takkanlah Faiz curang kat kau pula"

"Rin. Aku nampak dengan mata aku sendiri! Aku tak buta lagilah!"

"Err.. Kau.. Nampak tak siapa perempuan tu?" tanya Rina dengan tujuan hendak mengumpan Adella.

"Tu lah masalahnya! Aku tak nampak muka perempuan tu. Tapi, apa yang aku ingat, perempuan tu pakai topi, pakai jaket denim pastu pakai skirt pendek"

Rina tergamam sejenak bila Adella menjelaskan penampilan perempuan yang dia nampak dengan Faiz malam itu.

Weh, itu aku!

Rina memandang Adella sambil dia menghirup coffee di cup yang tertera ada lambang starbucks itu. Hatinya berdegup laju.

"Ikutkan hati aku, aku nak je pergi tempat diorang. Aku nak hempuk kepala diorang!" Adella siap membuat gaya hendak memukul orang.

"Dah tu, kenapa kau tak serang je Faiz dengan perempuan tu?" Rina cuba untuk berlagak biasa.

"Babe, Faiz tu dah melampau, tahu tak! Berani dia mainkan kau? Kalau aku, aku dah tenyeh tenyeh muka dia dengan perempuan tu, kat situ juga!" Rina sengaja lagi kononnya menyokong Adella.

Rina lega bila Adella tidak tahu yang dialah perempuan yang ada dengan Faiz pada malam itu.

Patutlah Adella still layan aku macam biasa.

Adella mengeluh panjang. Dia yang bersilang kaki menyandar di kerusi sambil menongkat kepalanya.

Rina memerhatikan Adella. Wanita memakai blouse off shoulder berwarna hitam dengan seluar jeans berwarna putih itu kelihatan sangat kesal dan kecewa.

"Aku tak fahamlah. Apa kurangnya aku? Apa kurangnya aku ni sampai Faiz nak cari perempuan lain?"

Rina hanya diam saja.

"Lelaki ni memang tak cukup satu kan. Susah betul nak setia. Tu belum kahwin lagi" Adella menyambung bebelannya.

"Perempuan tu pun satu. Gedik sangat nak keluar dengan boyfriend orang dah kenapa. Dasar perempuan miang!" tambah Adella lagi.

Rina menggumpal tangannya di bawah kerusi. Terus naik darahnya bila Adella berkata demikian.

"Aku tak kira. Siapa pun perempuan tu, aku takkan lepaskan Faiz macam tu je. Dia ingat aku ni apa ha? Dia ingat aku ni tempat dia melepas nafsu dia je? Hey, aku ni girlfriend dialah!"

"Okey, okey. Rileks, babe. So, now, kau nak buat apa?" soal Rina.

"Well, I'll make sure he doesn't leave me" jawab Adella dengan muka yakinnya.

"How are you going to do that?" tanya Rina pula.

Rina mula tidak senang duduk. Dia tahu, Adella jenis orang yang tak akan berdiam diri.

"Babe, kau nak buat apa?" tanya Rina sekali lagi bila Adella tidak menjawab soalannya.

Tapi Adella tidak menjawab pertanyaan Rina itu. Dia hanya diam sambil menayang muka bengisnya.

_______________________

Nadzhan ternampak akan Mawar yang turut lalu di lorong yang sama.

Nadzhan melemparkan senyuman manis bila berselisih dengan Mawar namun Mawar memberi respon yang sebaliknya.

Nadzhan agak terkedu. Namun dia tahu, dia tak sepatutnya tertanya-tanya kenapa Mawar bersikap sebegitu kepadanya.

Mawar menghentikan langkahnya. Hidungnya terhidu sesuatu ketika berselisihan dengan Nadzhan tadi.

Mawar menoleh ke belakang.

"Nadz, wait"

Nadzhan yang tidak jauh dari situ terus berhenti berjalan.

Mawar menapak ke arah Nadzhan.

Mawar melirik ke arah cardigan yang tergantung di pergelangan tangan kanan Nadzhan.

"Cardigan ni awak punya ke?" tanya Mawar.

"Ya. Kenapa, Mawar?"

"But it doesn't smell like you" kata Mawar dengan muka seriesnya.

Nadzhan tergelak pendek.

"Cardigan ni tak macam bau saya? Awak ni biar betul" kata Nadzhan selamba.

"Nadz, saya kenal sangatlah bau perfume yang awak pakai. Lagi pun, bau cardigan ni macam bau perfume perempuan je" kata Mawar lagi.

Nadzhan hanya ketawa saja. Baginya, Mawar hanya bercakap yang tidak tidak.

"Dahlah tu, Mawar. Awak ni overthinking tau" ujar Nadzhan.

"Okey, let's say kalau saya cakap, perfume yang melekat kat cardigan saya ni, memang perfume perempuan. So, awak nak buat apa?" Nadzhan cuba menguji Mawar.

"Jadi betullah perfume yang melekat kat cardigan awak ni memang perfume perempuan?" Mawar sudah hendak meradang namun dia cuba untuk menahannya.

Nadzhan tergelak lagi.

"Awak tak terfikir ke,.. Mungkin itu perfume Umi saya?"

"Nadzhan, awak fikir otak saya ni sempit ke? Buat apa Aunty Zulaikha nak pakai cardigan awak ni pula?"

"Saya kata mungkin kan" Nadzhan menekan perkataan 'mungkin'.

"Kalau iya pun nak mengelat, boleh tak guna alasan yang masuk akal sikit?"

"Mawar, saya rasa awak ni stress kerja kot. Tu lah, moody semacam hari ni"

Mawar menjulingkan matanya ke atas. Dijelingnya Nadzhan dengan rasa geram.

"Orang series, dia boleh main main pula" bebel Mawar secara berbisik.

Nadzhan tidak henti-henti ketawa dari tadi. Kelakar betul melihat Mawar yang terlalu bersikap paranoid itu.

"Dahlah,.. Take your rest. Saya nak pergi CCU ni" Nadzhan meminta diri dari situ sebelum Mawar akan bertambah bercakap dan berfikiran yang bukan bukan.

"CCU?"

"Ha, CCU. Ai? Gara-gara perfume, awak dah tak ingat apa CCU?" Nadzhan sengaja lagi menyakat Mawar.

"CCU, Coronary Care Unit atau pun dalam bahasa Melayunya, Unit Penjagaan Jantung" jelas Nadzhan lagi walaupun dia tahu sebenarnya dia tak perlu pun menjelaskannya kepada Mawar.

"Dah ingat dah CCU tu apa? Ke awak nak saya explain dengan lebih mendalam lagi pasal CCU ni?" Nadzhan tersenyum meleret.

Mawar memeluk tubuh melihat Nadzhan. Dia memandang lelaki memakai kemeja berwarna biru itu dengan muka ketatnya.

Sebenarnya Mawar mahu bertanya, Nadzhan nak buat apa ke CCU. Bukannya dia tanya Nadzhan, CCU tu apa.

"Awak nak saya masukkan awak ke CCU as a patient?" Mawar mengeluarkan sisi savagenya.

Makin galak Nadzhan ketawa disebabkan Mawar.

"You know what, Mawar? Awak ni kelakarlah" kata Nadzhan yang tidak lagi berhenti ketawa itu.

Mawar menggeleng kepala. Dah makin menjadi-jadi pula perangai Nadzhan ni.

"Okeylah, okeylah. Terpulanglah awak nak fikir apa pun pasal perfume yang melekat kat cardigan saya ni. Saya pergi dulu eh. Assalamualaikum"

"Em. Waalaikumsalam"

Nadzhan pun melangkah pergi dari situ dengan senyuman lebarnya.

Di belakang, Mawar masih tercegat di tempatnya memerhatikan Nadzhan.

Mawar menghela nafas berat.

Tak pernah pernah Nadzhan macam ni sebelum ni. Happy dia tu, lain macam sangat. Senyuman dia tak pernah selebar ini. Hari ni, Nadzhan nampak ceria sangat.

Kenapa agaknya?

Sementara Nadzhan begitu ceria pada hari itu, lain pula jadinya kepada Mawar. Mawar diserang seribu satu persoalan. Rasa cemburu tu tak payah cakaplah. Memang ada. Malah, rasa cemburu tu lebih banyak daripada rasa penasaran.

Agaknya, firasat aku betul ke? Nadzhan dah ada seseorang yang istimewa ke? Tapi.. Kalau betul Nadzhan dah ada seseorang yang istimewa, Aunty Zulaikha mesti tahu.

Atau.. Aunty Zulaikha sebenarnya tahu cuma dia saja tak nak buka mulut.

Mawar menghentak-hentak kakinya di lantai sambil mengetap gigi. Geram betullah! Nadzhan ni suka sangat berahsia! Sakitnya hati aku!

__________________________

Adella terduduk lemah di tepi katil bila dia melihat result pregnancy testnya positif.

Nafas bagaikan tersekat. Jantung berdetak kencang. Tangan dan kakinya menggigil dan terasa sejuk.

Tidak percaya dengan apa yang baru dia lihat, Adella terus membuang pregnancy test itu ke katil.

Adella bangun dari katil dan dia mula berjalan ke sana ke sini dengan rasa takut.

Adella memegang kedua-dua sisi kepalanya dengan muka gemuruh.

No.. No.. Tak mungkin. Tak mungkin! Tak mungkin aku pregnant! Macam mana pula boleh.. Tak.. Takk.. Takkkk!

Adella memegang perutnya. Bergegar tangannya ketika hendak menyentuh perutnya itu.

Aku.. Tak.. Aku tak.. Aku tak mungkin mengandung..

Adella buntu. Terasa segala-galanya gelap.

Lantas Adella mencapai telefonnya. Dia mencari nombor Rina.

Tutt.. Tutt..

Tutt.. Tutt..

Tutt.. Tutt..

Rinaaaa! Mana pula perginya kau ni?

Adella cuba untuk menghubungi Rina namun tidak berjawab.

Tutt.. Tutt..

Tutt.. Tutt.

Tutt.. Tutt..

Erghhhh! Bodohlah!

Adella bertambah stress bila Rina pula tidak mengangkat panggilannya walhal ketika ini dia amat memerlukan Rina ada di sampingnya.

Ketika ini, Adella teringat akan ayat Faiz.

"Selagi you tak pregnant, selagi perut you tak membesar, selagi dalam perut you tu tak ada baby, semuanya ok je lah"

Adella tidak menunggu lama.

Kau jangan nak larikan diri, Faiz Zikri. Aku tak nak tanggung semua ni sorant sorang!

Aku beranikan diri buat pregnancy test ni malam ni pun sebab kau, tahu tak!

Adella mencari pula nama Faiz di contact telefonnya.

Tidak seperti Rina, sekejap saja Faiz mengangkat panggilan Adella. Mungkin kerana itulah yang dia nanti-nantikan selama ini.

"Baby! Finally! I miss you so much! What's wrong, sayang? Kenapa menghilang ni? You tahu tak I risaukan you?" suara Faiz muncul di corong telefon.

Adella menjulingkan matanya ke atas. Menyampah!

"You kat mana?" soal Adella tanpa mempedulikan kata-kata pujangga Faiz tadi.

"I ada kat rumah ni, sayang. Malam ni, family I.."

"Kita perlu jumpa. Ada benda penting I nak cakap dengan you" Adella memintas ayat Faiz.

Pedulilah family dia ada plan besar malam ni, aku tak kisah. Apa aku tahu, malam ni, Faiz kena datang jumpa aku jugak!

"Tapi sayang,.. Malam ni, anniversary parents I.."

"Do I care? Listen here. I nak jumpa you sekarang ni jugak"

"Sayang, janganlah macam ni. You pun tahukan parents I macam mana? Esok I jumpa you kat kolej. Okey?"

"No" Adella kali ini tidak mahu lagi berlembut dengan Faiz.

"Sayang, please.."

"Datang ke tempat biasa dalam masa 1 jam. Kalau tak, you takkan jumpa I lagi lepas ni" Adella mula mengugut Faiz pula.

"Adella, apa ni? Kenapa sampai nak cakap macam ni pula? You tahukan I sayangkan you?" Faiz gelabah di talian.

"Sayang? Then, proof it to me"

"Adella,.."

"I tak kisah. I nak jumpa you malam ni juga"

"Okey fine. I akan datang jumpa you malam ni. Tapi lepas dinner family I habis nanti. Boleh?"

"No. I nak jumpa you sekarang jugak!"

Tut.

Adella langsung tidak memberi muka pada Faiz lagi. Talian diputuskan begitu saja olehnya.

___________________________

"WHAT?!"

Faiz duduk menghempas di sebelah Adella.

"You cakap apa tadi?!" jelas Faiz terkejut beruk.

Wanita berambut rose gold itu mendengus kasar. Dijeling rimas Faiz olehnya.

"You jangan pura-pura terkejut, boleh tak?! I cakap I pregnant, Faiz" beritahu Adella untuk ke sekian kalinya.

"Gugurkan" dengan selambanya Faiz berkata.

"You dah gila ke?!"

"Fine. Kalau you tak nak gugurkan budak tu, you bagilah kat siapa siapapun"

Adella berdiri dari sofa.

Faiz melihat Adella yang disinari lampu kelab malam yang berwarna-warni itu dengan muka gelisah.

Adella memeluk tubuh memandang Faiz.

"You dah dapat apa you nak. Lepas tu you nak biarkan I hadap semua ni sorang sorang?"

"Sebab tu I suruh you buang budak tu. Adel, kita ni masih studylah! I nak habiskan master I! I ada cita-cita!"

"Habis tu I tak ada cita-cita?! Hey! Ni semua salah you, tahu tak! You melampau!"

"I pula salah? Habis tu you? Eh, kalau you halang I, kalau you tak senang-senang bagi badan you kat I, budak dalam perut tu takkan wujudlah!"

Adella dan Faiz masing-masing menyalahkan sesama mereka setelah apa yang terjadi.

Makin menyirap darah Adella bila mendengar jawapan daripada Faiz itu.

"I tak kisahlah kalau you ada 100 orang perempuan lain kat belakang I pun. Apa yang penting, I nak you bertanggungjawab dengan apa you dah buat" Adella kembali bersuara.

Faiz terdiam. Dia turut bangun dari tempat duduknya lalu mendekati Adella.

"You cakap apa tadi?" tanya Faiz.

Adella hanya diam. Dia membuat muka tegangnya di depan Faiz.

Faiz memegang kedua-dua lengan Adella lalu dihadapkan melihatnya.

"Adella, I tanya you. You cakap apa tadi? I ada perempuan lain?"

Adella meleraikan tangan Faiz dari lengannya dengan kasar.

"You jangan ingat I ni bodoh eh. I tahu you ada perempuan lain belakang I" ujar Adella dengan nada sinis.

"You merepek apa ni? Sejak bila pula I ada perempuan lain selain dari you, sayang?" Faiz masih lagi cuba untuk berselindung.

"Dahlah, Faiz Zikri. I tak nak cakap pasal hal ni. Okey fine. Even you tak nak mengaku sekali pun, I tetap akan maafkan you and I akan lupakan pasal hal ni. Yang penting, I nak you bertanggungjawab ke atas baby ni. Faham?!" bentak Adella sambil dia menunjuk ke arah perutnya.

Faiz mendengus. Dia mengusap wajahnya berkali-kali. Jelas kelihatan Faiz seperti hendak gila.

"Kita kahwin" kata Adella lagi.

"What?! Kahwin?! Eh you dah gila ke?!"

"I ke you yang gila?!"

"Adel, boleh tak, you fikir cara yang lebih elok sikit daripada kahwin? You ni terdesak ke apa?! Asyik nak kahwin je!"

"You ingat, kalau I tak pregnant, I nak ke kahwin dengan lelaki tak guna macam you ni! Dahlah main kayu tiga di belakang I! Gatal!"

"You cakap elok sikit eh, Adella. Jangan sampai I.."

"Jangan sampai you apa? Ha, apa?! Cakaplah!"

Faiz mengetap giginya memandang Adella.

Faiz dan Adella masing-masing sudah tiba di kemuncak kesabaran.

"You know what, Adella? I tak nak. This is nonsense!" Faiz sepertinya mahu melepas tangan dengan apa yang jadi.

"I kena habiskan master I, Adel. You,.."

"Pergi mampuslah dengan master you tu! Eh, Faiz. Kalau you ni taat sangat dengan family you, you takkan buat I macam ni lah. Student bijak konon tapi otak kat lutut!"

"Eh perempuan! Kau jaga mulut kau! Kau jangan nak melampau!"

"You yang melampau! Listen here. Kalau you tak nak bertanggungjawab, jangan kata kat kolej, tapi I akan bagitahu family you tentang kita! Biar semua orang tahu siapa you yang sebenar!"

Panas dengan ugutan Adella, Faiz sampaikan hendak menampar Adella. Tangannya sudah naik ke udara.

Adella cuba untuk mengalihkan mukanya. Matanya dipejam erat.

"Siapa pula kau ni?!"

Adella hairan bila Faiz bertanya begitu. Matanya tadi kembali dibuka.

Adella tercengang seketika.

Tangan Faiz ditahan oleh Nadzhan. Tangan Faiz tidak tergerak sama sekali.

ada yg masi follow story ni ke? :'(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience