Sebelah tangannya menjinjing briefcase manakala sebelah lagi tangannya membawa secawan coffee.
Nadzhan melangkah tanpa melihat kiri dan kanan. Fikirannya melayang memikirkan tentang seseorang.
Nadzhan sampaikan tidak sedar ada sebuah kereta sedang menuju ke arahnya.
*pottttt!
"Nadzhan!"
Nyawa Nadzhan diselamatkan oleh Mawar.
"Allahuakhbar,..!" barulah Nadzhan tersedar dari lamunannya.
Nadzhan dan Mawar sama-sama terkejut dengan apa yang baru berlaku tadi.
Mawar melihat ke arah Nadzhan.
"Nadz, kenapa dengan awak ni? Kat sini bahagian car parklah. Hati-hatilah sikit. Kalau awak kena langgar tadi, macam mana?" Mawar tak pasal pasal naik marah kerana kecuaian Nadzhan itu.
"Tahulah kat sini hospital. Takkan nak ambil lewa pasal keselamatan diri tu, Nadz?" Mawar menyambung omelannya.
Nadzhan sendiri tidak menyangka dia akan secuai dan seleka tadi.
Nadzhan berdecit.
Kenapa dengan aku ni? Takkan fikir pasal Adella, sampai aku tak perasan ada kereta menuju ke arah aku tadi?
"Awak fikir apa, Nadz?" Mawar bertanya.
"Awak okey?" Nadzhan mengubah topik.
Mawar mengeluh halus.
"Saya okey. Awak tu. Okey tak?" soal Mawar semula.
"Saya okey. Terima kasih, Mawar. Saya minta maaf pasal tadi" ujar Nadzhan.
"Nadz,.. Saya.."
"Saya masuk dulu. Assalamualaikum" Nadzhan terus meminta diri dari situ.
Nadzhan berlalu pergi tanpa berpaling lagi melihat Mawar.
"Waalaikumsalam.."
Mawar menghela nafas berat. Jelas Mawar begitu kecewa dengan respon Nadzhan tadi itu. Terasa seolah-olah Nadzhan bersungguh-sungguh betul mengelak darinya.
_________________________
"Mama nak risau apa, Ma? Kalau ada jodoh Mawar dengan Nadzhan tu, diorang akan bersatu juga nanti" kata Orked sambil dia membuat hand bouquet.
Puan Kartini yang sedang duduk di meja kerja Orked itu hanya memuncungkan mulutnya.
"Kamu pun tahu kan, Orked? Bukan setakat Mama dengan Aunty Zulaikha je yang nak sangat tengok Mawar dengan Nadzhan tu bersatu. The problem is, adik kamu, Mawar tu" ujar Puan Kartini pula.
"Kenapa dengan Mawar?" tanya Orked.
"Orked, Mawar tu, dari dulu lagi suka kat Nadzhan. Naknya tiba-tiba si Nadzhan tu ada perempuan lain, macam mana? Hancur hati Mawar tau"
Tawa Orked tercetus. Dia menapak ke Puan Kartini dengan membawa hand bouquet tadi.
"Kenapa kamu gelak, Orked? Mama series niii" geram pula Puan Kartini dengan anak sulungnya itu.
Inilah perangai anaknya sorang ni. Tak pernah nak series.
"Ma, kalaulah Nadzhan tu ada perempuan lain, Aunty Zulaikha dah lama akan bagitahulah kat kita. Lagi lagi kat Mama. Mama kan bestfriend dia" kata Orked dengan selambanya.
"Lagi pun, Orked rasa, Nadz tu confirm tak ada girlfriend" tambah Orked lagi dengan muka yakinnya.
"Are you sure?"
"Yup. Mama nak tahu kenapa Orked cakap macam ni?"
"Kenapa?" memang Puan Kartini hendak tahu pun.
Orked yang memakai serba merah jambu itu berjalan ke hulur ke hilir di depan Puan Kartini.
"Mama tengok eh. Sejak Aunty Zulaikha dengan Uncle Naseer ambil Nadzhan di rumah anak yatim dulu, Nadzhan mana ada kawan perempuan selain dari Mawar" Orked memulakan cerita pendahuluan untuk kisah Nadzhan dan Mawar.
"Dari sekolah rendah, sekolah menengah, then diorang sama-sama study kat London, sampailah diorang ke tahap yang sekarang ni, Mawarlah satu-satunya kawan perempuan yang Nadzhan ada" sambung Orked.
"So, tak ada sebab Nadzhan ada perempuan lain. Ma, Mawar tu dah cukup sempurna dah, Ma" kata Orked lagi.
Mendengar Orked berkata demikian, hati Puan Kartini yang resah gelisah tadi terus berubah tenang sikit. Sekurang-kurangnya, dapat juga dia dengar ayat yang memberi hint tentang hubungan Nadzhan dan Mawar.
Puan Kartini tersenyum sendiri. Senang hatinya mendengar kata-kata Orked itu.
"Ehem!" Orked berdehem bila Puan Kartini mula termenung sambil tersengih-sengih.
"Amboiiiii.... Tadi, datang kedai orang, masam je muka. Sekarang, senyum bukan main. Terus hilang cantik bunga-bunga kat kedai Orked ni"
Puan Kartini tergelak.
"Kamu ni kan! Dahlah. Mama nak gerak ni. Mana hand bouquet yang Mama nak tadi?"
Orked pun menyerahkan hand bouquet berwarna gabungan hitam dengan peach itu kepada Puan Kartini.
"50 ringgit kan?"
"Maaaa!"
Puan Kartini ketawa lagi. Sengaja hendak mengusik Orked. Dia tahu, Orked tak suka bila dia berkelakuan menjadi pelanggan di situ.
"Yelahhh yelahhh. Mama ambil eh. Halal tau. Jangan kang nanti tiba-tiba nak minta payment pula kat rumah" kata Puan Kartini lagi.
Orked hanya menggeleng sambil menjulingkan matanya ke atas.
Ada-ada je Mama aku ni.
_________________________
Habis kelas, Adella dan Rina pun mengemas barang mereka masing-masing.
"Babe, lepas ni, kita pergi kafe nak? Laparlahh" kata Rina sambil dia mengusap-usap lehernya.
"Boleh. Tapi, kau belanja"
"Emm! Kau ni! Yelahh yelahh. Aku belanja" Rina mengalah saja.
Adella ketawa puas. Siapa je tak suka kalau makan free? Muahahaha!
Baru saja Adella bangun dari tempat duduknya, tekaknya berasa loya.
Adella memegang dadanya.
"Adel? Kenapa ni?"
Adella menekup mulutnya.
"Uwerkkk!"
"Adel?"
Adella cepat-cepat mengambil barangnya di atas meja dan terus berlari pergi dari situ.
"Adella!"
Rina pun kelam-kabut mengambil barangnya dan mengejar Adella.
Dah kenapa pula perempuan ni? Muntah bukan main lagi.
"Adella!"
"Uwerk..! Uwerkk!"
Rina meletak bukunya di tepi sinki lalu menepuk-nepuk belakang Adella.
"Babe! Kau ok tak ni? Kau sakit ke?"
Adella hanya diam saja. Bukan takat muntah, kepalanya juga sudah terasa pening.
Adella mengangkat badannya tegak usai dia habis muntah di sinki.
Rina mengusap-usap bahu Adella.
"Kau asal ni? Sakit ke?" tanya Rina.
Adella diam.
"Adel, lately ni, kau asyik muntah je. Kau ni kenapa sebenarnya?" tanya Rina lagi apabila Adella hanya mendiam.
Adella tidak mengendahkan Rina. Dia berkumur-kumur lalu membasuh mulutnya.
"Aku okeylah" ringkas dari Adella.
"Yelah tu, okey. Asyik muntah je. Dah macam.." Rina mengetap bibir.
Aduhh..! Sikit lagi aku terlepas cakap.
Adella memandang Rina.
Rina tersengih menayang giginya.
"Sorry.. Aku tak.."
"Rin. Aku ada beli" Adella mencelah.
"Beli? Kau beli apa?"
"Beli,.."
"Handbag baru? Baju baru? Makeup baru?"
Adella memutar bebola matanya apabila Rina sudah out of the topic. Ke situ pulak, minah ni.
"Rin.."
"Ke kau ada beli perfume baru? Lipstick baru? Ke.. Kau ada boyfriend baru?"
"Rina!" laju Adella mengenakan cubitan ketamnya di lengan Rina.
"Kalau aku ada boyfriend baru, habis tu, Faiz aku nak letak mana?"
"Bagi kat aku" Rina siap menaikkan keningnya berkali-kali.
Adella mencebik bibirnya.
"Mengada-ngada betul kau ni eh. Ada hati nak boyfriend kawan sendiri" Adella memeluk tubuh melihat Rina.
"Dahlah! Kau kata nak pergi kafe kan? Kau kata kau laparkan? Ha. Jom" Adella mengambil buku-buku dan bagnya di tepi sinki dan terus pergi dari situ.
Semasa Adella membelakanginya, Rina membuat muka menyampah.
________________________
Nadzhan menapak ke arah kaunter.
Dia menundukkan sedikit mukanya untuk bercakap dengan jururawat yang bertugas di situ melalui satu lubang kecil.
"Bagi saya chlorpeniramine 4mg, diclofenac sodium 50mg, metoclopramide HCI 10mg dengan buscopan 10mg" beritahu Nadzhan lalu dia menyerahkan sehelai kertas putih kepada jururawat itu.
"Baik. Sebentar ya"
"Okey"
Jururawat itu pun memulakan pencariannya.
Nadzhan menanti di tempatnya berdiri. Sesekali dia melemparkan senyuman kepada para pesakit yang lalu di situ.
"Nadz" tiba-tiba seseorang memanggilnya dari arah belakang.
"Doktor Raqib,.."
"Nadz, kamu okey?" tanya Encik Raqib sambil dia memegang bahu Nadzhan.
"Saya okey, Doktor. Kenapa Doktor tanya saya macam tu?" pelik pulak Nadzhan dengan pertanyaan Encik Raqib itu.
"Betul ke ni kamu okey?" tanya Encik Raqib lagi. Dia seperti tidak yakin dengan jawapan Nadzhan itu.
"Betul, Doktor. Saya.." Nadzhan diam sejenak.
Tika ini, dia teringat akan sesuatu.
Ya. Pasal kejadian masa kat car park tadi. Mesti Mawar dah cerita kat Uncle Raqib pasal kejadian tu.
"Doktor,.. Pasal kejadian kat car park tadi, itu cuma.. Ermm.." Nadzhan tidak tahu hendak jelaskan bagaimana.
"Jauh sangat termenung. Tu yang sampai tak sedar ada kereta tu" Mawar pula muncul dan menyertai perbualan mereka di situ.
"Entah apa yang dia fikirkan sangat entah" kata Mawar lagi.
Nadzhan hanya tersengih kekok sambil mengusap belakang tengkuknya.
"Heihh.. Lain kali hati-hati, Nadz. Tahulah kamu tu bakal doktor. Tapi, doktor ni bukannya kebal walaupun ada kemampuan untuk selamatkan nyawa manusia" ujar Encik Raqib.
"I'm sorry, Uncle. I promise, that will never be happen again" jawab Nadzhan.
Nadzhan menerima teguran Encik Raqib itu dengan hati yang terbuka. Lagi pula, Encik Raqib sudah dia anggap seperti ayah kandungnya sendiri, sama seperti arwah Encik Naseer.
"I'm okay with it. That kind of thing can happen to anyone. Uncle cuma tak nak apa-apa jadi kat kamu" kata Encik Raqib.
"So, you don't need to say sorry to me. Uncle memang risaukan kamu tapi ada orang tu lebih risaukan pasal kamu. Jadi,.. I think, you need to apologize to her" sambung Encik Raqib lalu dia melirik ke arah Mawar sekilas.
Mawar mengerutkan dahi dengan membuat muka geramnya melihat Encik Raqib.
Papa ni!
Nadzhan pula hanya tersenyum saja. Dia tahu apa yang dimaksudkan oleh Encik Raqib itu.
"Okey, then. I'm glad that you're in the good condition, Nadzhan. I've to go" Encik Raqib meminta diri untuk pergi.
"Mawar Qaisara.." Encik Raqib menekan nama Mawar semasa berselisih dengan anak perempuannya itu.
"Papa.. Stop it" gumam Mawar. Dia tahu, Encik Raqib sengaja hendak mengenakannya di depan Nadzhan.
Encik Raqib tergelak-gelak. Dia pun beredar dari situ.
Tinggallah Nadzhan bersama dengan Mawar.
"Awak jangan dengar sangatlah cakap Papa tu. Awak pun tahukan. Papa tu, suka sangat nak menyakat kita" Mawar bersuara.
Nadzhan tidak menjawab apa-apa. Hanya mempamerkan segaris senyuman nipis saja kepada Mawar.
Mawar agak sedih bila Nadzhan tidak mmeberi sebarang respon terhadapnya.
"Ermm.. Okeylah. Saya pergi dulu" Mawar pun kemudiannya berlalu pergi dari situ.
__________________________
Tangan kanan Faiz memegang stereng manakala tangan kirinya mengenggam erat tangan Adella. Sesekali Faiz mengucup lembut tangan Adella itu.
Adella hanya tersenyum saja.
"I sayang you tau" tutur Faiz.
"I know. I pun sayangkan you" jawab Adella dengan manja sekali.
Faiz mengukir senyum kecil.
"B, I nak tanya you sikit, boleh?"
"Apa dia?"
"Selama kita bercinta ni, I tak pernah nampak you solat"
Terus pudar senyuman Faiz dari bibirnya. Dia melihat Adella sekilas.
"Kenapa you tiba-tiba cakap pasal solat pula ni?" soal Faiz sentap.
"Takdalah,.. I tanya je. Lagi pun, tak salahkan I tanya?" balas Adella.
"Memanglah tak salah. Dah namanya solat kan. Tapi, I peliklah. Tiba-tiba je tanya pasal solat. Sebelum ni, you tak pernah pun tanya I pasal solat" kata Faiz.
Faiz sepertinya tidak berpuas hati. Rasa tercabar ada juga.
Adella diam seketika. Sebenarnya, dia teringatkan tentang Nadzhan.
Walaupun mamat tu, mulut macam longkang, gaya dia dingin macam ais, setiap apa yang dia cakap kat aku semuanya buat aku sakit hati tapi.. Sekurang-kurangnya, mamat tu solat.
Eh wait. Asal aku teringat kat dia pulak ni?
"Adella!" suara Faiz nak setahap.
"Ya?
"You ni,.. I tanya you ni"
"You tanya I? You tanya apa?" Adella menayang muka blurnya.
"Ha tu lahh. Mengelamun lagi. Kan dah tak dengar I tanya apa"
What? Aku mengelamun ke tadi? Sumpah weh. Aku tak dengar langsung apa Faiz tanya aku tadi.
"You tanya apa?" Adella menyuruh Faiz mengulang soalannya.
"I tanya. Kenapa you tiba-tiba tanya pasal solat? I pelik, tahu tak? Seram pun ada" kata Faiz.
"Apa you ni? I cakap pasal solat kot. Cakap pasal benda baik, kenapa you nak seram pula?"
Faiz mengeluh perlahan. Rimas dia jadinya.
"Faiz, you boleh mengeluh macam ni bila I cakap pasal solat?"
Faiz berdecit. Makin rimas dia jadinya.
"Yang you nak sound I macam ni dah kenapa? Macamlah you tu solat 5 waktu" Faiz memerli Adella pula.
Adella mengecilkan matanya melihat Faiz.
"Sekurang-kurangnya, I ingatkan you pasal solat. Tu pun dah cukup baik apa" Adella mempertahankan dirinya.
"Eh lantaklah I solat ke tak solat. You ingat, orang yang solat 5 waktu tu, sah sah ke masuk syurga? Entah entah, cium bau syurga pun tak tentu lagi"
"You ni kan. Boleh tak, fikir dulu sebelum nak cakap sesuatu benda? At least, dorang solat. Subuh, zohor, asar, maghrib, isyak dorang terjaga. You tu?" balas Adella pula.
"Tak payah sembang sangatlah pasal solat. I tahulah I tak solat. Subuh, zohor, asar, maghrib, isyak I tak terjaga. Tapi you jangan risaulah. I masih lagi hafal surah Al-Fatihah" kata Faiz selamba.
"You ingat I main-main eh?"
"Eh apa pula?"
"Faiz, pleaselah. Setakat surah Al-Fatihah tu, budak umur 5 tahun pun hafallah" Adella menggeleng kepalanya.
Surah Al-Fatihah? Cis! Faiz ni. Cara cakap bukan main lagi mendabik dada. Setakat surah Al-Fatihah je dia nak banggakan.
Tapi.. Hmm.. Baguslah kalau dia masih ingat lagi Surah Al-Fatihah. Kalau itu pun dia dah lupa, habislahh. Tak lepaslah nak kahwin ni.
________________________
"Mawar!"
Nadzhan memanggil Mawar dari belakang.
Mawar pun menghentikan langkahnya.
Tidak sampai beberapa saat, Nadzhan pun tiba di depan Mawar.
Nadzhan melihat Mawar sejenak. Jelas, raut wajah Mawar tidak begitu senang. Nadzhan sedar, dia salah.
"Saya minta maaf" tutur Nadzhan.
"Awak nak minta maaf kenapa?"
Nadzhan mengeluh halus. Dia sebenarnya tak pandai sangat nak pujuk memujuk ni.
"Ermm.. Mawar, listen. Saya tahu, family awak dan family saya nak sangat tengok kita berdua bersatu. Tapi,.."
"Nadz, saya tahu apa awak nak cakap" Mawar memintas ayat Nadzhan.
"Dan saya tahu keputusan awak tak akan berubah. Sampai bila-bila pun, awak takkan terima saya kan?"
Nadzhan mendiamkan diri. Walaupun itu hakikatnya namun Nadzhan tidak sampai hati hendak mengiyakan.
Mawar bertambah kecewa. Dia tidak faham. Apa kekurangannya sehingga Nadzhan tidak dapat membalas akan perasaannya.
"Look, Nadz. I really really love you. Saya suka awak sejak kita dari sekolah menengah lagi. And sampai sekarang, saya masih sukakan awak" Mawar sudah menebalkan mukanya.
"Saya tahu mungkin apa yang saya buat ni agak melampau dan ia akan memalukan diri saya sendiri tapi.. Nadz. Saya ikhlas. Saya ikhlas sukakan awak. Saya ikhlas cintakan awak" ujar Mawar lagi. Dia seolah merayu akan cinta Nadzhan.
"Mawar,.. Saya.."
"Nadz, kalau awak tak ready lagi nak kahwin, it's okey. We can start from the beginning" kata Mawar bersungguh-sungguh.
"Nadz.. Takkan awak tak ada perasaan langsung dekat saya? Kita kawan lama kot"
Sungguh Nadzhan berasa sangat serba salah ketika ini. Terasa dia seperti lelaki yang sangat tidak bertimbang rasa.
Apatah lagi, Mawar seorang wanita yang sangat baik luar dan dalam.
Nadzhan melihat sekeliling. Tidak ramai kakitangan hospital yang ada di sekitar itu sekarang ini.
Nadzhan menarik nafasnya beberapa saat lalu menghembus laju.
"Mawar. Macam ni lah. To be honest, saya betul-betul anggap awak tak lebih dari seorang kawan. In fact, saya anggap awak dah macam kawan baik saya. Awak satu-satunya kawan perempuan yang saya ada" ujar Nadzhan.
"Tapi saya tak nak jadi sekadar kawan awak, Nadz. Saya nak kita jadi lebih dari kawan"
"Mawar, saya tak ada perasaan langsung kat awak"
"Awak tak akan ada perasaan kat saya selagi awak tak cuba untuk ada perasaan kat saya. Nadz, kita tak cuba lagi. Mana tahu, bila awak cuba bagi peluang untuk kita.."
"Mawar, hubungan kita dah cukup baik dah sekarang ni. Ok, bayangkan. Saya cuba untuk cintakan awak tapi still saya tak dapat perasaan tu. What will happen to us?"
Mawar terus diam. Dipandangnya Nadzhan dengan pandangan redup.
"Hubungan kita dah tak akan sama macam sekarang ni. Kita akan jadi kekok. Kita akan jadi stranger. Awak nak macam tu?" Nadzhan bersuara lagi.
Bagai hendak menangis Mawar ketika ini namun dia tahan saja. Apa yang pasti, dia tidak akan mengalah begitu saja untuk menambat hati Nadzhan.
Aku simpan perasaan ni bukan sehari dua. Bukan setahun dua. Aku suka Nadzhan dari sekolah menegah lagi. Aku takkan lepaskan Nadzhan.
"Saya harap awak faham. Saya pergi dulu" Nadzhan pun berlalu pergi.
Mawar melihat Nadzhan yang sudah menapak dari situ.
Nadzhan, please. Toleh. Menolehlah. Saya masih ada kat sini. Jangan pergi macam tu je.
Namun Nadzhan tidak menoleh langsung ke arah Mawar. Nadzhan tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia akan berpaling semula.
_________________________
Hanis Adella :
I tak dapat join malam ni. I ada dinner dengan family kat luar.
Faiz Zikri :
Okay sayang.
"Mesej dengan siapa tu?"
Adella terus menyorokkan telefonnya bila Hajah Zehra tiba-tiba muncul di situ.
"Takda siapa, Nek" jawab Adella sambil dia tersengih.
Hajah Zehra mengambil tempat di sebelah Adella.
"Yeke takda siapa? Habis tu, kenapa sorok telefon?" tanya Hajah Zehra lagi.
"Takda siapalah, Nek. Tu kawan kolej Hanis" lembut Adella menjawab.
"Kenapa? Hanis ada plan apa-apa ke dengan kawan Hanis malam ni? Kalau Hanis ada janji dengan kawan, tak apalah. Nenek boleh keluar dinner dengan Mama dengan Papa je" kata Hajah Zehra.
"Ishh Nenek ni. Mana adalah. Hanis memang nak ikut sekali dinner malam ni. Lagi pun,.. Dah lama kita tak dinner sekali kan" balas Adella pula.
Hajah Zehra hanya tersenyum saja.
"Hanis,.. Hanis ada sembunyikan apa-apa ke dari Nenek?"
Adella merenung sejenak wajah Hajah Zehra.
Walaupun bibirnya menguntum senyum tapi Adella tahu, mesti ada sebab mengapa Hajah Zehra bertanya demikian.
Secara spontan, Adella mengambil bantal sofa yang ada di tepinya lalu di letak di atas perut.
"Ke.. Kenapa Nenek tanya Hanis macam tu?" tanya Adella.
"Ermm.. Mana tahu. Hanis ada sorok apa-apa dari Nenek?"
Muka Adella sudah berkerut. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Aduhh! Rasa macam nak gugur jantung aku. Kenapa pula Nenek tiba-tiba tanya aku soalan ni?
"Hanis sayang. Kalau Hanis nak sorok apa-apa dari Mama dengan Papa, it's okey. Nenek faham. Tapi please. Bukan dengan Nenek" ujar Hajah Zehra.
Adella sudah menunduk.
"Hanis, Nenek yang jaga Hanis dari kecil sampailah Hanis dah besar panjang macam ni. Nenek tahu bila masa Hanis cakap jujur dengan Nenek, bila masa Hanis tipu dengan Nenek" kata Hajah Zehra lagi.
"Nek.. Hanis tak tipu Nenek..." Adella berasa sedih bila mendengar Hajah Zehra berkata begitu.
"Nenek tak cakap pun yang Hanis tipu Nenek. Nenek cuma tanya kalau kalau, ada benda yang Hanis sembunyikan dari Nenek" jelas Hajah Zehra.
"Hanis, listen. Nenek sayangkan Hanis tau. Apapun yang jadi kat Hanis, Nenek nak Hanis tahu yang Nenek tetap akan ada untuk Hanis" sambungnya lagi.
Adella mendiamkan diri. Tika ini, dia betul-betul berasa seperti ada batu besar menghimpitnya di kepala.
Hajah Zehra kemudian mencapai tangan cucu perempuannya itu. Digenggam erat sambil dia tersenyum kecil menatap wajah Adella.
"Nenek sayangkan Hanis tau. Hanis tahu kan?"
Air jernih mula timbul di kelopak mata Adella.
Adella mengangguk perlahan.
"Hanis.. Hanis pun.. Sayangkan Nenek. Sayang sangat" tutur Adella. Suaranya kedengaran sebak.
Hajah Zehra membelai lembut pipi Adella.
Adella terus memeluk Hajah Zehra.
"Hanis pun sayangkan Nenek.." ujar Adella di dakapan Hajah Zehra.
"Nenek tahu.. Nenek tahu, sayang" balas Hajah Zehra sambil mengusap-usap belakang Adella.
__________________________
*kcak!
*kcak!
*kcak!
Sejak dari tadi, Nadzhan yang sedang memandu itu hanya tergelak saja melihat Puan Zulaikha bukan main lagi khusyuk berselfie.
"Amboi Umi,.. Bukan main lagi duk selfie dari tadi"
"Eh. Siapa kata Umi selfie? Tengok ni. Ada Nadz sekali" Puan Zulaikha menunjukkan skrin telefonnya ke arah Nadzhan.
Wajah Nadzhan dari sisi turut ada di gambar itu.
"Handsome betullah anak Umi ni" Puan Zulaikha memuji Nadzhan.
"Ishh Umi ni. Ke situ pulak"
Puan Zulaikha ketawa melihat Nadzhan yang tersipu-sipu itu.
Puan Zulaikha memasukkan telefonnya ke dalam handbag.
"So, ada apa-apa nak bagitahu Umi ke?" tanya Puan Zulaikha selepas itu.
"Hm? Nak bagitahu apa?" Nadzhan bertanya semula.
"Yelah. Tiba-tiba je ajak Umi makan kat luar malam ni. Ni mesti ada sesuatu Nadz nak bagitahu Umi kan?" Puan Zulaikha 'memancing' anak lelakinya itu.
"Umi,.. Umi ni suka sangat fikir yang out of the box tau"
"Habis tu?"
"Salah ke kalau Nadz nak bawa Umi keluar makan?"
"Hmm.. Memang salah. Patutnya, umur umur macam Nadz ni, kena bawa girlfriend keluar makan. Bukannya bawa Umi ni"
"Alaahhh Umi,.. Kalau Nadz dah ada girlfriend pun nanti, even kalau Nadz dah kahwin pun, Nadz akan tetap utamakan Umi jugak" ujar Nadzhan.
Sejuk hati Puan Zulaikha mendengar Nadzhan berkata begitu.
Puan Zulaikha mengusap-usap lengan Nadzhan.
"Umi tahu anak Umi sayangkan Umi" katanya.
"Mestilaahhh. Umi kan Umi Nadz" balas Nadzhan.
Tidak lama selepas itu, Nadzhan dan Puan Zulaikha pun tiba di restoran.
Mereka disambut oleh seorang waiter lalu ditunjukkan ke arah meja mereka yang telah ditempah oleh Nadzhan.
Seketika, mata Nadzhan tertancap ke arah sebuah meja yang tidak jauh dari tempat mereka.
Wanita memakai dress berwarna turquoise blue itu sudah terlebih dahulu melihat Nadzhan.
Adella membuat muka garangnya melihat ke arah Nadzhan.
Nadzhan menjulingkan matanya ke atas. Dia terus memandang ke arah lain. Dia tidak mempedulikan Adella.
Adella berdecit. Asal mamat ni ada kat sini pula?!
Eloklah. Memang. Memang kat KL ni, restoran ni je yang ada agaknya. Banyak-banyak restoran kat KL ni, kat sini juga dia singgah.
"Adel?"
"Ya?"
Adella terus melarikan pandangannya dari Nadzhan bila Puan Sri Akma memanggil.
"Kenapa sayang? Adel tengok apa?" tanya Puan Sri Akma. Dia turut melihat ke arah yang ditenung oleh anak perempuannya tadi.
"Tak ada apa-apa, Ma. Adel.. Just.. Tengok tengok je.. Restoran ni.. Cantikkan.." bohong Adella. Sempat dia melirik ke arah Nadzhan yang sedang memesan makanan itu.
"Heihh.. Mestilah cantik. Tengoklah siapa yang pilih. Mama kan" Puan Sri Akma bukan main memuji dirinya sendiri.
Adella hanya tergelak-gelak saja.
________________________
Sedang mereka menjamu selera, telefon milik Nadzhan berdering.
"Siapa, Nadz?" tanya Puan Zulaikha yang duduk berhadapan dengan Nadzhan.
"Panggilan dari hospital"
"Oh yeke,.. Nadz nak pergi hospital ke?"
"I'm not sure. Tapi tak apa. Umi makan dulu. Nadz keluar jap, nak angkat call. Boleh?"
"Okey.."
Setelah itu, Nadzhan pun bangun dari kerusi dan keluar dari restoran dengan segera.
Adella menyedari akan Nadzhan yang kelam-kabut keluar dari restoran.
Bebola matanya asyik mengikut Nadzhan sampailah ke liar restoran.
Adella mencebikkan bibirnya.
Tengoklah tu. Cakap kat phone, bukan main lagi gaya dia. Siap cekak pinggang bagai. Entah bisnes apa je yang dia tengah discuss tu. Kerek je lebih.
Adella mencemuh Nadzhan habis-habisan dalam hati.
Heihhh.. Aku ni sebenarnya tak puas hati lagi tau dengan kau, mamat bajet bagus!
"Adel?"
"Ya?" Adella menoleh ke Tan Sri Hanif.
"Tengok apa kat luar tu?" tanya Tan Sri Hanif. Rupa-rupanya dia sedang memerhatikan Adella dari tadi.
"Ohh.. Tak.. Tak ada apa, Pa.." jawab Adella.
Adella tidak senang duduk. Dia tetap juga mahu bersemuka dengan Nadzhan.
"Dahlah. Aku tunggu kat sini sampai malam pun, kau bukannya nak ucap terima kasih"
Adella teringat akan ayat sindiran Nadzhan pagi tadi semasa menghantarnya ke kereta.
Agaknya dia ingat, aku ni biadab sangat kot. Aku tak reti nak minta maaf. Aku tak reti nak ucap terima kasih.
"Ermm.. Papa, Mama, Nenek. Adel nak keluar kejap. Nak call someone. Nak bincang pasa hal kolej" Adella mula bangun dari kerusi.
"Okey.. Hati-hati sayang"
"Okey Ma.."
Sling bag jenama Dior berwarna putih dia capai lalu disangkut di bahagian bahu.
Adella pun pergi dari situ.
Adella melangkah keluar dari restoran. Dia berjalan mendekati Nadzhan. Dia membiarkan dulu Nadzhan menghabiskan perbualannya di talian.
Adella memeluk tubuh memerhatikan Nadzhan.
Nadzhan memakai t-shirt berwarna putih dengan cardigan berwarna hitam terikat dari belakang lehernya. Seluar slack berwarna biru gelap dengan kasut jenis loafers. Jam tangan terletak elok di pergelangan tangan kirinya.
Cis! Asal mamat ni nampak elok pula malam ni? Selalunya, sengkek nak mampu...
"Ehem!"
"Mampus!"
"Excuse me?"
Adella terus menekup mulutnya. Membulat matanya melihat Nadzhan tiba-tiba ada di depannya.
Nadzhan tergelak sinis. Dia memeluk tubuh melihat Adella.
"Mampus?" Nadzhan seolah-olah meminta penjelasan.
"Apa yang mampus?" tanya Nadzhan.
Adella mendengus.
Eleh lelaki ni! Dia yang datang sergah aku. Padan muka! Dah kena 'mampus' dengan aku.
"You buat apa kat sini?" Adella mula bersuara.
"Aku buat apa kat sini? Kau tak nampak ke kita kat mana sekarang ni? Restoran kan? Takkan aku datang sini nak cuci baju pula?" balas Nadzhan.
Adella mengecilkan matanya melihat Nadzhan.
Tengoklah ni! Aku tanya sikit je kot. Dia boleh sembur aku pulak!
"You ikut I eh? Asal dalam banyak-banyak restoran kat KL ni, you pergi sini juga?"
Nadzhan terus terbahak bila Adella menyangka dia kononnya sengaja mengikut Adella makan di restoran yang sama.
"Aku ikut kau? Eh cantik sikit. Kau ingat, aku nak datang sini ke kalau aku tahu kau pun ada kat sini?"
"Hmph! Manalah tahu, kot kot, you nak tagih ucapan terima kasih daripada I sebab dah tolong I pagi tadi" kata Adella.
"Tak ada kerja aku nak tagih semua tu kat kau. Budak kecik pun tahulah semua tu. Kau je yang tak ada manners" sekali lagi Nadzhan melemparkan kata-kata pedas terhadap Adella.
"Apa you cakap? I tak ada manners?!" Adella mula naik angin.
"Tak reti nak cakap elok-elok, tak reti nak minta maaf, tak reti nak ucap terima kasih.."
"Hey,.."
"Tak reti nak kemas katil orang, tak reti nak bagitahu bila keluar dari rumah orang, tak reti nak.."
"Stop!" Adella menengking Nadzhan. Turun naik nafasnya menahan kemarahan.
Nadzhan menggeleng kesal.
"Dahlah. Jangan ganggu aku lagi" ujar Nadzhan lalu dia mengorak langkah dari situ.
"Thank you!" jerit Adella dari belakang.
Nadzhan terus menghentikan langkahnya.
Adella merengus. Dia menapak ke arah Nadzhan dengan muka tidak puas hatinya.
"And, I'm sorry" sambung Adella.
Nadzhan kembali menghadap Adella. Dia agak terkejut bila tiba-tiba Adella meminta maaf dan mengucap terima kasih.
Adella tidak suka cara Nadzhan melihatnya.
Dah kenapa mamat ni tengok aku semacam? Mesti dia tengah kutuk kutuk aku dalam hati sekarang ni.
"Thank you sebab tolong I hari ni. Thank you sebab tumpangkan I kat rumah you, kat bilik you, kat katil you. And I'm really sorry sebab selama ni, I tak hormat you. Puas?" kata Adella lagi. Manalah tahu kan, Nadzhan pekek sekejap tadi.
Semasa memandang Adella, Nadzhan cuba mencari sesuatu.
Ya, dia mencari keihklasan. Tapi, sekarang, Adella seperti tidak ikhlas mengungkapkan semua itu.
"You know what? Aku tak perlukan kata maaf atau ucapan terima kasih dari kau" ujar Nadzhan.
"Apa you ni?! You kata I tak ada manners sebab I tak reti nak minta maaf, I tak reti nak ucap terima kasih. And now. I dah minta maaf kat you, I dah ucap terima kasih kat you. You nak apa lagi?!" makin marah Adella jadinya.
"Ke you nak I melutut? You nak I sembah sujud kat kaki you? Sorry sikit eh. I takkan buat benda yang menjatuhkan air muka I" tambahnya dengan muka bengis.
"Kau rasa, dengan pakaian kau yang macam ni, kau boleh ke melutut depan aku? Kau boleh nak sembah sujud depan aku?" jawab Nadzhan.
Adella mengetap bibirnya. Sempat lagi Nadzhan memperlekehkannya.
"Dahlah. Lepas ni, anggap je lah aku tak pernah tolong kau apa-apa. Anggap je lah yang kau tak pernah buat apa-apa salah dekat aku" sabar Nadzhan sudah sampai had yang paling limit.
Nadzhan pun kemudian berlalu pergi dari situ.
Baru saja dia hendak masuk semula ke dalam restoran, Nadzhan terdengar akan bunyi tumit berdetak-detuk kuat.
Nadzhan menoleh semula ke arah Adella.
Kelihatan Adella berlari dari situ seolah-olah dia dalam masalah.
Ke mana pula dia nak pergi tu?
Nadzhan menjengah ke arah meja yang diduduki Adella tadi.
Family dia semua ada kat sana masih. Kenapa dia lari pula?
Ah! Nadzhan! Yang kau sibuk sangat nak tahu pasal perempuan tu, kenapa? Biarlah dia nak pergi mana pun. Bukan urusan kau.
__________________________
Adella bersembunyi di sebalik dedaun pokok.
Sebelah matanya dikeluarkan.
Adella memerhatikan sebuah kereta BMW m3 berwarna kelabu.
Hati Adella mula terasa panas. Bila-bila masa saja boleh meledak.
Bila melihat Faiz keluar dari kereta dengan seorang perempuan yang memakai topi, Adella terdiam tidak terkata apa.
Faiz begitu mesra dengan perempuan itu. Cara Faiz melihat, tersenyum, menyentuh, memegang wanita itu sebiji dengan apa yang Faiz lakukan terhadapnya selama ini.
Tak.. Tak.. Tak mungkin.. Tak mungkin Faiz buat aku macam ni.. Tak mungkin Faiz curang dengan aku..
Adella beriya-iya menafikan apa yang sedang dia saksikan saat ini.
Namun, hakikatnya, dia melihat perkara yang realiti. Faiz betul-betul curang di belakangnya.
Wajah wanita itu tersembunyi. Adella langsung tidak dapat melihat siapa wanita itu dan perkara itu membuatkan dia tambah bengang dan kecewa.
Faiz siap menarikkan kerusi untuk wanita memakai jaket denim dengan mini skirt itu.
Sebelum Faiz mengambil tempat duduknya pula, Adella ternampak akan tangan Faiz bermain di pinggang wanita itu.
Seluruh badan Adella terasa lemah dan bergetar. Begnya sampaikan terlepas dari tangan.
Adella mengenggam kedua-dua tangannya. Dia sudah dalam keadaan bersiap sedia hendak menyerang Faiz dengan wanita itu.
Tak guna punya lelaki! Kau ingat aku ni perempuan yang senang senang nak kau bodohkan ke?!
Baru Adella hendak meluru ke arah Faiz dengan perempuan itu, tiba-tiba tangannya ditarik seseorang dari belakang.
Adella dibawa pergi dari situ.
"Lepaslah! Apa you ni?!"
"Kau nak buat apa?"
"Eh, yang you nak sibuk ni apahal?!" Adella menjerkah Nadzhan.
Nadzhan diam. Dia melihat sekilas ke arah tempat tadi lalu melihat semula ke arah Adella.
Boyfriend dia curang rupanya.
"Tak guna kau nak serang boyfriend kau kat tempat public macam ni. Buat malu je lah" kata Nadzhan.
Adella memeluk tubuh melihat Nadzhan.
"Siapa kata I nak serang boyfriend I? And plus. You kenal ke boyfriend I?"
Nadzhan tergelak pendek.
"Tu. Lelaki dengan perempuan yang pakai topi itu. Tu boyfriend kau kan"
Adella terus membisu.
Macam mana pula mamat ni boleh kenal Faiz?
"In case, kalau kau tertanya-tanya macam mana aku boleh kenal boyfriend kau tu. First, aku ada jumpa dia masa kau mabuk teruk malam hari tu. Second, bila keesokannya.."
"Eh dahlah! You jangan kacau I lah! I tengah serabut sekarang ni, tahu tak?!" bentak Adella.
Nadzhan mengeluh kecil. Susah betul hendak tenangkan Adella kalau dia sudah mengamuk macam ni.
Tiba-tiba, terdengar esakan dari Adella.
Tambah panjang Nadzhan mengeluh bila Adella mula menangis.
Nadzhan melihat sekeliling. Agak ramai orang lalu-lalang di kawasan situ.
"Dahlah, Adella. Kau janganlah nangis kat sini. Buat malu je lah" bisik Nadzhan.
"Diamlah! You tahu apa?! You tu mana ada perasaan pun!"
"Aku pulak salah?"
"I cakap diam, diamlah!"
Adella semakin kuat menangis.
Nadzhan pula terpaksa menayang muka selambanya bila beberapa orang sudah melihatnya dengan pelbagai reaksi.
Ada yang menjelingnya. Ada yang menggeleng. Ada yang berbisik-bisik antara satu sama lain.
Nadzhan berdecit. Menyesal pula aku kejar dia sampai sini. Tak pasal pasal, ini pula yang aku kena hadap.
Share this novel