BAB 2

Romance Series 6642

Malam itu, Nadzhan sukar hendak melelapkan mata. Sejak dari tadi, dia hanya terbaring saja di katil sambil merenung siling.

Sebelah tangannya di dahi, sebelah lagi di atas perut.

"I didn't ask for this,.."

"Aku tak nak jadi macam ni,.. Aku tak nak hidup yang macam ni,.."

"Kenapa aku tak dapat kehidupan macam orang lain?"

Yang sebenarnya, Nadzhan masih teringat akan rintihan hati Adella yang secara tak sengaja dia terdengar semasa di tepi jalan tadi.

Wanita yang baginya menjengkelkan itu rupa-rupanya menghadapi banyak masalah.

Teruk sangat dia mabuk tadi tu. Sampai terdampar kat tengah jalan. Nasib baik dia tak kena langgar. Kalau tak, sia sia je mati katak.

Nadzhan mengeluh panjang.

Manusia ni memang takkan lari dari masalah. Tapi, setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya.

Nadzhan berdecit.

Dia mengalihkan badannya ke kanan.

Yang aku ni duk terfikir pasal dia pula dah kenapa?

Nadzhan bingung dengan dirinya sendiri.

"Adella,.." tiba-tiba nama itu meluncur perlahan dari mulut Nadzhan.

Jadi,.. Itulah nama dia ya. Adella.

______________________

"Good morning, sayang" ucap Puan Zulaikha apabila melihat Nadzhan turun dari biliknya.

"Good morning, Umi" balas Nadzhan juga.

Puan Zulaikha menyiapkan sarapan untuk Nadzhan lalu melabuhkan punggungnya di kerusi.

"Boleh tahan lewat juga Nadz balik semalam. Sampai tertidur Umi kat ruang tamu" kata Puan Zulaikha.

"Err.. Ha'ah.. Sorry, Umi.."

"Umi tak marah. Cuma Umi risaukan Nadz. Kata hantar Mawar balik. Rumah Mawar bukannya jauh mana pun tapi kenapa Nadz sampai rumah lewat semalam?" tanya Puan Zulaikha.

Nadzhan hanya tersenyum saja sebagai menjawab pertanyaan Puan Zulaikha itu. Dia tidak berkata apa.

Takkan aku nak bagitahu tentang kejadian semalam. Nanti entah apa pula Umi fikir.

Sedang mereka menjamu sarapan pada pagi itu, Nadzhan sepertinya hendak bertanyakan sesuatu kepada Puan Zulaikha.

Kot kotlah Umi ada pandangan yang tersendiri untuk hal ni.

"Umi,.."

"Ya?"

"Nadz nak tanya sikit, boleh?"

"Nak tanya apa tu?"

"Ermm.. Apa pandangan Umi terhadap perempuan yang mabuk?"

Puan Zulaikha agak tersentak dengan soalan anak lelakinya itu. Dia tidak menyangka pula, soalan itu akan diajukan oleh Nadzhan.

"Perempuan tu mabuk teruk sangat" kata Nadzhan lagi.

"Kalau pada Nadz, macam mana pula? Apa pandangan Nadz tentang perempuan yang macam tu?" Puan Zulaikha mengembalikan soalan kepada Nadzhan.

"Well,.. Kalau bagi Nadz. Of course, perempuan macam tu bukan perempuan yang baik" laju saja Nadzhan menjawab.

"Keluar lewat malam. Mabuk sampai tengah jalan. Baju entah apa apa dia pakai. Entahlah. Nadz harap je lah, Nadz tak ditakdirkan hidup dengan perempuan yang macam tu" sambung Nadzhan lagi.

"Nadzhan Aryan,.. Tak elok Nadz cakap macam tu" ujar Puan Zulaikh. Dia sepertinya tidak bersependapat dengan Nadzhan.

"Umi, Nadz cuma cakap benda yang betul"

"Umi tahu. Tapi, Nadz tak rasa ke yang Nadz tak adil untuk dia?"

"Maksud Umi?"

"Nadz, listen. Don't judge a book by it's cover. Seteruk mana pun seseorang tu, sejahil mana pun seseorang tu, the fact is, kita tak tahu apa sebenarnya yang dia hadapi selama ni"

Bila Puan Zulaikha berkata demikian, Nadzhan teringat akan luahan Adella malam tadi.

Adella sepertinya kesal dengan kehidupannya sendiri.

"Tapi Umi, bukan ke ada banyak lagi cara lain untuk settlekan masalah?"

"Mungkin dia dah temui jalan buntu?"

"Umi, bukan ke Umi dengan Walid, selalu cakap. Manusia ni tak akan temui jalan buntu selagi jaga solat, jaga iman, jaga hati"

Puan Zulaikha tergelak saja mendengar jawapan Nadzhan itu.

"Tapi kan,.. Cakap cakap pasal ni, sebenarnya Nadz cakap pasal siapa ni? Perempuan mana yang Nadz maksudkan?" tanya Puan Zulaikha.

Nadzhan terus diam menikus. Dia tidak menjawab. Malah dia menjamu nasi goreng dengan lagak biasa.

_________________________

Hoodie, jeans, dress, heels, handbag habis berselerak di bawah lantai.

Denyutan kepala membuatkan Adella terbangun dari tidurnya.

Bunyi berdesip kedengaran dari mulut sambil dia memegang sisi kepala.

"Good morning baby girllll!"

Mendengar suara Faiz, Adella terus membuka matanya.

Terbuntang mata Adella tatkala melihat dia hanya berkemban dengan selimut.

Adella menyelak selimut.

"Oh My God! Faiz! Mana baju I?!" Adella gelabah.

Faiz tergelak-gelak. Dia duduk di sisi Adella.

"Rilekslah, baby. Macam you tak biasa" kata Faiz selamba.

Adella melihat Faiz yang hanya memakai seluar itu.

"Yang you ni tak pakai baju kenapa? Dah gila?"

"Eleehh! Padahal you sukakan tengok I tak pakai baju"

"Jangan nak merepeklah"

"You sukakan" Faiz mendekatkan badannya ke Adella.

Adella terus menolaknya jauh.

"Dahlah, I nak mandi" Adella menarik selimut untuk menutup badannya ketika hendak turun dari katil.

Belum kakinya mencecah lantai, kepala Adella pusing.

"Ha kan. Baby, you rileks dulu. You mabuk teruk semalam" kata Faiz.

"I mabuk?"

"Dah sah sahlah you tak ingat. Satu apa pun you tak sedar semalam"

"Apa dah jadi?" berkerut muka Adella melihat Faiz.

"Dah, dah, dah. You tak payah banyak cakap. Hari ni you tak ada kelas kan? So you rehat je kat sini, okey?"

Adella melihat sekeliling. Dia ternampak bingkai gambar Faiz yang terpapar besar di dinding bilik.

"I kat bilik you ke ni?!" Adella terkejut. Baru sekarang dia sedar di mana keberadaannya.

"Dah you mabuk teruk semalam, takkan I nak hantar you balik rumah you pulak. Sia sia je you kena kerat oleh Papa you nanti" beritahu Faiz.

"Kenapa tak hantar I kat hotel?"

"You jangan risaulah. Parents I tak ada. Dorang outstation. So,.. Cuma ada you dengan I je kat sini"

Faiz sekali lagi mendekatkan dirinya dengan Adella.

Adella tersenyum simpul.

Mode Faiz mula berubah. Geram je dia tengok Adella yang dalam keadaan separuh bogel itu.

Tangan Faiz mula meraba lengan Adella yang gebu itu.

"You ni,.. Takkan tak puas lagi semalam?" Adella sengaja menggunakan suara gediknya.

"Alaaa... Cerita semalam, habis semalamlah, baby"

"Faiz,.. Sekarang ni pagi lah. You nak buat apa kat I pagi pagi macam ni?"

"Pagilah best, baby. Terang. Macam macam kita boleh buat tau" Faiz membuat suara menggodanya.

Perlahan-lahan Faiz menarik selimut yang satu-satunya melapik tubuh badan Adella.

Faiz mengigit bibirnya sambil melihat helaian selimut yang mula jatuh dari badan Adella itu.

Sama seperti Faiz, Adella juga dalam keadaan ghairah.

Tanpa menunggu lama, Adella merangkul laju leher Faiz supaya mendekat dengannya.

________________________

"Baiklah, lepas awak settlekan semua dokumen ni, awak jumpa saya ya"

"Baik, Cik Mawar"

"Okey, awak boleh pergi sekarang"

Jururawat itu pun beredar dari situ setelah diarahkan oleh Mawar.

Mawar melihat Nadzhan yang sedang bersendirian di halaman hospital. Lelaki memakai kemeja berwarna kelabu itu termenung jauh sambil memegang secawan coffee.

Mawar menapak ke arah Nadzhan.

Setelah Mawar mengambil tempat di sisi Nadzhan, dia masih juga termenung.

Mawar memandang Nadzhan seketika.

Jelas, Nadzhan sedang memikirkan sesuatu.

"Ehem!" Mawar berdehem.

"Eh,.. Mawar" barulah Nadzhan tersedar dari lamunannya.

"Amboi,.. Bukan main lagi awak termenung jauh. Kata tak ada kekasih" Mawar memulakan perbualan dengan usikan.

Nadzhan ketawa sekilas.

"Awak ni, tak habis habis cakap pasal tu"

"Yelah. Dah awak tu. Gaya macam ada kekasih je" balas Mawar.

"Tak adalahh,.. Saya cuma tengah hadam balik apa yang kita bincang masa meeting tadi" bohong Nadzhan. Padahal dia sedang memikirkan tentang hal lain.

"Ohh yeke,.." Mawar pula termakan dengan jawapan Nadzhan itu.

"Oh ya. Awak ada bagitahu Umi tak yang weekend ni, saya dengan Mama nak pergi rumah?"

"Astaghfirullahalazim,.." Nadzhan memejam mata.

"Mawar, saya lupalah"

Mawar memeluk tubuh melihat Nadzhan.

"Ok macam ni. Nanti balik ni, saya terus bagitahu Umi, okey?"

Mawar melihat Nadzhan dengan pandangan curiga.

"You know what? Saya tak rasa tau yang awak ni okey" kata Mawar pula.

Yelah, first, termenung bukan main jauh lagi tadi. Lepas tu, boleh pula lupa pasal hal ni. Selalunya, Nadzhan tak macam ni. Apa-apa pasal Puan Zulaikha, dia tak pernah lupa.

"Mawar, saya okeylah. Saya cuma lupa nak bagitahu Umi. Yelah, semalam kan saya balik lewat" ujar Nadzhan dengan reaksi tenangnya.

"Sebab saya ke?"

"Ha?" Nadzhan menayang muka blurnya.

Mawar tunduk sejenak. Dia mengeluh halus.

"Awak balik lewat sebab saya kan?"

"Kenapa pula sebab awak?" tanya Nadzhan. Dia masih tidak dapat menangkap maksud Mawar.

Wanita memakai tudung shawl berwarna baby blue dengan long dress berwarna putih itu memandang Nadzhan dengan muka rasa bersalahnya.

"Kalau bukan sebab saya minta tolong hantar balik semalam, mesti awak tak lewat sampai rumah" kata Mawar dengan nada merundum.

"Ish. Ke situ pulak. Tak adalah. Bukan sebab awak. Memang salah saya. Saya yang lupa nak bagitahu Umi" Nadzhan cuba untuk membuatkan Mawar tidak rasa enak.

"Lagi pun, semalam tu dah lewat. Takkan saya nak biarkan awak balik sorang sorang. Nanti apa-apa jadi kat awak,.."

"Awak risau pasal saya ke?" Mawar mengukir senyum lebar.

"Mestilah saya risaukan awak. Awakkan kawan saya"

Senyuman Mawar yang lebar selebar lebarnya tadi terus pudar.

"Kawan?" Mawar berharap agar dia salah dengar.

Nadzhan melihat Mawar. Wajah Mawar mula berubah suram.

Nadzhan tahu Mawar terkilan tapi memang itu hakikatnya.

Tapi apa-apapun, seperti biasa, Nadzhan tidak akan membiarkan Mawar moody.

"Ermm.. Kalau awak tak kisah, nanti kita lunch sama sama nak?" Nadzhan cuba untuk mengembalikan seri di wajah Mawar.

"Lunch sama sama?" sekejap saja Mawar kembali ceria.

Nadzhan tersenyum lalu dia mengangguk sekali.

"Apa-apa nanti saya call awak. Saya pergi dulu. Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam,.."

Nadzhan pun kemudiannya pergi dari situ.

Mawar bersorak kecil dalam hati. Dia memegang kedua-dua belah pipi.

Hari yang aku nanti-nantikan selama ni akhirnya tiba!

Nadzhan Aryan ajak aku lunch?! Yes!

______________________

Adella memasukkan bajunya ke dalam dryer machine.

Adella masuk ke ruang tamu. Dia hanya memakai baju kemeja berwarna putih polos yang oversized milik Faiz.

Adella melihat sekeliling rumah Faiz itu.

Memang sangat cantik. Kemas. Teratur. Rumah dia ni berkonsepkan modern english.

Mata Adella tertancap ke arah kabinet yang tersusun beberapa bingkai gambar. Ada gambar Faiz dan keluarga dia. Gambar ibu dan bapa dia. Gambar Faiz dan adik-beradik dia.

Adella melihat gambar-gambar itu satu persatu.

Bermula dari gambar kakak sulung Faiz dan juga abang Faiz. Terdapat satu ruang kosong di hujung kabinet. Mungkin itu untuk gambar Faiz kot lepas dia dah graduate nanti.

Gambar kakak dan abang Faiz itu begitu cantik dan segak mengenakan jubah konvokesyen dengan memegang skrol serta jambangan bunga.

"Sebab tu I nak sangat habiskan master I" tiba-tiba Faiz muncul di tepi.

"Mama dengan Papa I dah sediakan satu tempat kosong untuk gambar I. Kalau I berhenti separuh jalan, diorang takkan mengaku I anak diorang" sambung Faiz lagi.

Adella mengukir senyum ketika berpaling ke arah Faiz.

"You bijak, Biy. I know you can do it. Kakak you boleh. Abang you boleh. Takkan you tak boleh, kan" Adella memberi kata-kata semangat untuk Faiz.

"Kakak dengan abang I lagi bijak. Memang sejak dari dulu lagi, parents I bangga dengan diorang. Kakak I sekarang dah jadi pensyarah. Abang I dah jadi pilot. I ni,.." ayat Faiz terhenti. Dia tergelak sekilas. Dia mentertawakan dirinya sendiri.

Adella mencapai tangan Faiz. Digenggam kemas.

"Tapi,.. Mustahil parents you tak sayangkan you kan?" kata Adella.

Faiz,.. Sekurang-kurangnya, parents you masih ambil berat pasal you. Parents you masih sayangkan you.

I ni? 24 jam asyik bertekak je dengan parents I.

"By the way,.. Nanti lunch, kita makan kat luar eh" ujar Faiz.

"Okey. I ikut you je" jawab Adella.

"Okey. Baby I ni nak makan apa?"

"I nak makan,.. Uwerk!"

"Adel?"

Loya Adella datang lagi.

"Adel, kenapa ni?"

Adella terus berlari dari situ.

"Adella!"

Adella berlari ke dapur. Dia muntah di sinki.

Faiz mengejar Adella dari belakang.

"Uwerkk!"

"Adel, kenapa ni?"

Faiz mengusap-usap belakang Adella yang teruk muntah itu.

"Uwerkk!"

Faiz pergi mendapatkan segelas air kosong untuk Adella.

Adella mencuci mulut dan mukanya lalu dia tertunduk seketika di sinki.

"Sayang, you okey ke? Kenapa ni?" risau Faiz dibuatnya.

Adella hanya diam. Kepalanya terasa begitu pening.

Faiz memapah Adella ke kerusi.

Faiz menyuruh Adella untuk meneguk air kosong.

"Tu lah,.. Ni mesti sebab you mabuk teruk semalam" kata Faiz.

Adella masih membisu.

Thanks God kalau aku muntah-muntah ni sebab mabuk teruk. Kalau sebab lain macam mana?

__________________________

"You yakin tak nak pulang ke rumah you dulu?" tanya Faiz untuk ke sekian kalinya.

"Tak nak. Biar je lah I pakai baju semalam ni. Bukannya baju ni tak berbasuh. I basuh kot" jawab Adella.

"Tak nak singgah mana-mana? Kalau you nak beli baju, bagitahu. Kita boleh singgah KLCC ke, Berjaya Time Square ke, BB Plaza ke,.."

"Ishhh! You ni. Macam I ni materialistik pulak"

"Bukan macam tu. I tak kisah punlah kalau you nak beli 100 helai baju sekali pun. You bukannya orang lain. Girlfriend I juga" kata Faiz lalu dia mencuit dagu Adella.

Tergelak Adella mendengar kata pujangga Faiz itu.

"Wahhh, bestnyaaa! Kalau macam tu, I nak rumah, boleh?"

"Ah sudah. Melebih-lebih pula you eh"

Adella ketawa kecil. Haaa. Tahu kecut. Daripada baju, baik aku minta rumah sebiji terus.

"Tapi,.. Kalau kita dah kahwin nanti, I janji. I bagi you rumah. Okey?" ujar Faiz kemudiannya.

"Betul ke, Biy?!" Adella teruja.

"Betullah. Tapi, lepas I habiskan master I" seperti biasa, Faiz masih dengan masternya itu.

Adella berdecit.

"You ni. Tak habis habis dengan master you tu" Adella memuncungkan mulutnya.

"Aik. Baru je kat rumah tadi, you support I. You bagi kata-kata semangat kat I. Sekarang dah ubah fikiran pula?"

"Hmm.. Yelahh yelahhh" Adella malas hendak berbalah lagi.

Kalau dah Faiz cakap pasal master dia tu, jangan haraplah dia nak mengalah.

Adella dan Faiz tiba di hadapan restoran.

Baru saja Adella keluar dari kereta, telefon bimbitnya berdering.

Puan Sri Akma di talian.

Adella berfikir sejenak.

Kalau aku angkat panggilan ni, confirm aku kena bebel. Mesti Mama banyak tanya. Dahlah aku tak balik rumah semalam.

Tak payah angkatlah.

Adella mematikan talian dari Puan Sri Akma itu.

"Siapa tu?" tanya Faiz.

"Mama"

"So, kenapa tak angkat?"

"Biar je lah" jawab Adella dengan muka rimasnya.

"Tak eloklah macam tu. Kesian kat Mama you. Mesti dia risaukan pasal you" kata Faiz.

"Faiz, you tak kenallah Mama I tu. Takdanya dia nak risau pasal I. Lagi lagi Papa tu" Adella merengus.

Faiz tidak berkata apa lagi.

Faiz mencapai tangan Adella lalu terus membawanya masuk ke dalam restoran.

Faiz membukakan pintu untuk Adella.

Sebaik saja dia masuk ke dalam restoran, perkara pertama yang dia nampak adalah Nadzhan.

What the,..

Seriously?! Sekali lagi?! Why! Kenapa?! Kenapa aku mesti terjumpa lagi dengan mamat bajet bagus ni?!

Tidak lama kemudian, mata Nadzhan juga menangkap kelibat Adella.

Dari wajahnya yang duk gelak gelak tadi, terus berubah apabila dia ternampak Adella.

Nadzhan melihat baju yang dipakai Adella.

Dahi Nadzhan berkerut sedikit.

Kalau tak silap, itu baju dia yang semalam. Eh. Dah teruk mabuk semalam tu, takkan dia tak balik rumah? Dia tidur mana semalam?

Tidak lama selepas itu, Nadzhan ternampak pula akan Faiz.

Baju Faiz pula tidak sama dengan baju yang dia pakai semalam.

"Sayang?"

"Ya?" Adella terus mengalihkan pandangannya dari Nadzhan.

"Jom, ambil tempat"

"Ok, jom"

Adella dan Faiz mengambil tempat sambil berpegangan tangan.

Semasa dia duduk, Adella menjeling geram ke arah Nadzhan dan juga seorang wanita bertudung yang ada bersamanya di situ.

Tak guna!

Mentang-mentang awek dia bertudung, pakai baju panjang sampai kaki, pakai handsock, pakai stoking, dia boleh tengok aku dengan pandangan yang macam tu.

Aku cucuk mata kau pakai garfu ni kang!

Berani dia tengok aku macam tu. Eeee! Saktinya hati aku! Macamlah aku ni perempuan hina sangat!

Lelaki macam dia tu, memang padan dengan gelaran bajet bagus, sombong, berlagak!

Ish!

Faiz pun satu! Kenapalah nak makan kat restoran ni! Aku dah tak mood nak makan!

_________________________

Sambil mereka menjamah makanan masing-masing, bebola mata Adella dan Nadzhan asyik-asyik bertembung.

Adella mengetap bibirnya. Hujung sudu dan garfu digenggam sehingga ternampak urat.

Mamat ni memang nak kena dengan aku.

Dia ingat aku tak tahu maksud di sebalik cara dia tengok aku tu. Duk tengok aku macamlah aku ni ada hutang dengan dia.

Hutang apa? Hutang pasal kes salah faham kat restoran hari tu? Hutang pasal kes aku termuntah kat baju dia yang murah malam tu?

Excuse me. Aku bukannya buat-buat tak tahu tau pasal benda tu. Aku offer dia RM200 kot! Ingat senang ke nak dapat RM200 free free sekarang ni?

Eeeee sakitnya hati aku! Aku tak ada seleralah nak makan kalau macam ni! Bencilah!

"Are you okey, baby?" soal Faiz. Dia sudah habis separuh pinggan.

Adella mendengus. Mukanya berubah bengis.

"Kenapa you bawa I makan sini?"

"Sorry?"

"I tanya. Kenapa you bawa I makan kat restoran ni?! Dalam banyak banyak restoran kat KL ni, kenapa you bawa I makan kat sini jugak?!" bentak Adella.

Semasa dia memarahi Faiz yang tidak tahu apa-apa itu, dia mengerling ke arah Nadzhan yang duduk selang satu meja di hadapan. Kebetulan pula, mereka berdua saling menghadap antara satu sama lain.

"You ni kenapa? Tiba-tiba je naik angin. Tadi ok je" hairan Faiz dibuatnya.

"I tak sukalah makan kat sini!"

"Ai? Tiba-tiba pula you nak bising pasal restoran ni. Sebelum ni, you tak bising pun" jawab Faiz.

"I cakap, I tak suka tempat ni, I tak sukalah!"

"Kenapa ni, sayang? Janganlah marah marah macam ni. Bagitahu I. Kenapa? Makanan dia tak sedap ke? Minuman dia tak sedap?"

Adella tidak mempedulikan Faiz.

Adella memeluk tubuh dengan muka marahnya melihat Nadzhan.

Aku tak bolehlah tengok muka mamat tu. Dia betul-betul buat aku rasa hina sangat.

Apa dia ingat, dapat awek pakai tudung, dia tu lelaki paling baiklah kat dunia ni?!

_________________________

Nadzhan berseorangan di depan restoran. Faiz juga masih di kat tandas.

Apa lagi. Adella yang sejak dari tadi menahan rasa bengang terus meluru ke arah Nadzhan.

"Kenapa you pandang I macam tu tadi?" tiada salam tiada apa, Adella menyerang Nadzhan.

Nadzhan yang bermain telefon itu hanya berbuat der. Tidak dia endahkan Adella di tepinya itu.

Kemarahan Adella semakin meruncing.

"Excuse me, Sir. I'm talking to you!" Adella meninggikan sedikit nada suaranya.

Barulah Nadzhan menoleh ke arah Adella.

"Kau nak apa?" Nadzhan bersuara.

Adella tergelak sinis.

"You boleh tanya I, I nak apa? Hello. Adab you mana eh? Ke you ni memang tak ada adab?"

"Are you talking about me or you talking about yourself?" selamba saja Nadzhan menjawab.

"Even I ni tak sempurna menurut aurat, baju I terdedah sini terdedah sana, I tak pakai handsock, tak pakai stoking macam awek you tu, tapi I ni tahu juga tau jaga adab. I tahu nak hormat orang. Tapi you? Eh, you ingat I tak perasan ke? Masa kat dalam restoran tadi, you bukan main lagi duk perhati I macam I ni ada hutang nasi dengan you!" Adella siap menunding jari tepat ke muka Nadzhan.

Nadzhan tidak nafikan yang tahap kesabarannya semakin nipis.

Nadzhan melihat dress yang dipakai Adella.

Kini dia yakin. Sah. Baju ni memang baju semalam yang dia pakai.

Kenapa dia tak tukar baju? Dia tak balik rumah ke? Perempuan jenis apa ni? Dah mabuk teruk tapi tak balik rumah.

"You dengar sini eh. Kalau pasal hal salah faham kat restoran hari tu dengan kes baju you yang I tak sengaja muntahkan tu punca you treat I macam ni, you know what, you dah silap besar. You tak kenal lagi tau I ni siapa. So you jangan nak tunjuk sangatlah yang I ni kononnya orang yang teruk" Adella menyambung lagi memarahi Nadzhan.

"Well for your information, aku sikit pun tak berkenan nak kenal kau" ringkas dari Nadzhan namun cukup menambah rasa sakit di hati Adella.

"Sikit pun aku tak ingin nak kenal kau. Aku pun tak fahamlah. Kenapalah dua tiga hari ni, aku asyik terjumpa je dengan kau" tambah Nadzhan lagi dengan muka yang menjengkelkan.

"You ingat I ni nak sangat ke terjumpa dengan you?! Lelaki bajet bagus! Kerek! Berlagak!" kaw kaw Adella mengutuk Nadzhan.

Nadzhan tergelak saja melihat Adella yang mengamuk tak tentu pasal itu.

"Kau malas nak tengok muka aku ni? Eh kau sedar tak siapa yang datang pergi tempat siapa sekarang ni? Ada aku kacau kau? Ada aku ganggu kau? Ada aku serang kau?" kata Nadzhan. Dia cuba untuk menyedarkan perbuatan Adella itu.

Adella mengecilkan matanya melihat Nadzhan.

Sumpah, mamat ni dah masuk senarai orang-orang yang aku benci!

"Memanglah you tak kacau I. Memanglah you tak ganggu I. Memanglah you tak serang I. Tapi, sikap you masa kat dalam restoran tadi, buat I rasa kerdil, tahu tak! You pandang I ni, macam I perempuan tak ada maruah!" jerkah Adella.

"Mentang-mentanglah awek you kat dalam tu, pakai tudung, tutup sana tutup sini. You jangan ingat you boleh pandang serong kat I eh" kata Adella lagi.

"Apa masalah kau ni sebenarnya? Apa yang kau tak puas hati sangat dekat aku? Sepatutnya, aku yang serang kau macam ni, kau tahu tak" Nadzhan masih membalas.

"Kau dah tengking aku masa kat restoran hari tu, kau dah muntah kat baju aku. Lepas tu, kau langsung tak minta maaf. Siapa yang tak ada adab sekarang ni?!" sambung Nadzhan.

"Oh jadi betullah, you sebenarnya masih tak puas hati kat I pasal hal tu?"

"Kau dengar sini,.."

"Hmph! I ingatkan, dapat awek ustazah macam tu, you ni adalah ciri-ciri ustaz. Tapi rupanya I silap. Hati you ni boleh tahan busuk juga rupanya eh" Adella nampaknya sengaja hendak menambahkan lagi minyak dalam kemarahan Nadzhan yang sudah membara itu.

Nadzhan mengetap gigi sehingga ternampak rahangnya.

Adella tergelak-gelak di hadapan Nadzhan. Dia kemudiannya mengambil dompet dari sling bagnya.

"Macam ni lah ye, Encik Ustaz yang tak seberapa nak ustaz sangat. Apa kata, you ambil je lah RM 200 ni,.."

Ayat Adella terhenti tatkala tekaknya mula terasa loya lagi.

"Uweerkkk,.!"

Adella menekup mulutnya.

Melihat Adella sebegitu, Nadzhan tergamam seketika.

"Cik,.."

"Uwerkk!"

Adella terus beredar dari situ dengan segera.

Timbul rasa risau dalam diri Nadzhan melihat Adella tiba-tiba muntah.

Nadzhan melangkah hendak mendapatkan Adella.

"Nadz!" tapi dalam masa yang sama, Mawar muncul.

"Sorry lambat. Jom kita balik hospital. Lepas ni, saya ada discussion sikit dengan HO" ujar Mawar.

"Oh.. Ok.. Jom" Nadzhan mengikut. Namun matanya masih meliar mencari kelibat Adella.

Wajahnya begitu cuak sekali.

"Nadz?" Mawar pelik apabila Nadzhan masih tidak berganjak.

Nadzhan sendiri tidak sedar dia masih tidak berganjak dari situ.

"Nadzhan!"

"Ya?" barulah Nadzhan tersedar apabila Mawar mebakkkan suara setingkat.

"Awak tunggu apa lagi? Jom, kita balik hospital" desak Mawar.

"Err.. Iyaa.. Jom kita balik hospital" jawab Nadzhan.

Nadzhan pun akhirnya mengorak langkah dari situ.

Cis! Dia dah kutuk aku macam macam tadi, kenapa pula aku nak risau pasal dia? Tak ada manfaat langsung untuk aku rasa risau.

__________________________

Adella melangkah lemah masuk ke dalam rumah. Dia memicit-micit kepalanya yang berdenyut itu.

"Hanis Adella!"

Baru selangkah dia masuk ke dalam rumah, suara penuh marah Tan Sri Hanif sudah kedengaran.

Tan Sri Hanif mendekati Adella.

"Pa, please. Not now. Adel penat ni" awal awal lagi Adella surrender.

Tapi Tan Sri Hanif tidak mempedulikannya.

"Kamu dari mana je ni? Dah tak reti jalan balik rumah ke?!"

"Pa! Adel dah ada kat rumah kan? Dahlah!"

"Semalam kamu tidur mana? Kenapa tak balik rumah?"

Adella menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Sebab ni tau Adel malas nak balik rumah. Papa asyik cari kesalahan Adel. Tak pernah sehari pun hidup Adel aman bila ada kat rumah ni. Kadang-kadang Adel pun peliklah. Ni rumah ke neraka ha?!"

Peperangan di antara Adella dan Tan Sri Hanif bermula lagi pada hari itu.

"Kamu ni dah melampau betullah, Adella. Eh, kalau kamu ikut cakap Papa, ikut cakap Mama, hidup kamu tenang je lah!"

'Tenang?" Adella tergelak sinis lalu dia memeluk tubuh.

"Papa tahu ke apa maksud tenang?"

"Kamu jangan nak kurang ajar, Adella"

"Papa sendiri pun tak tahu apa erti tenang kan? Dahlah Papa. Kalau Papa nak tengok Adel hidup tenang, buat Atok Adel hidup balik!" tengking Adella sekuat hatinya.

Tan Sri Hanif lantas terdiam kelu.

Adella tercungap-cungap menahan kemarahannya ketika ini.

"Kenapa Papa diam? Sebab Papa tak boleh buatkan? Papa tak boleh bagi balik Atok kan? Papa tak boleh hidupkan balik Atok Adel kan?!"

"Jangan bercakap seolah-olah tak ada agamalah, Adella. Kamu ingat, dengan gaya kamu yang macam ni, Atok boleh hidup balik ke?!"

"Sekurang-kurangnya, Atok sayangkan Adel! Atok tak pernah sakitkan hati Adel! Atok tak pernah naikkan tangan kat Adel! Atok jauh lebih baiklah dari Papa! Kenapa Papa perlu ambil Adel dari Atok ha?!"

Tan Sri Hanif sekali terdiam kelu di posisinya.

Mata Adella mula kelihatan berair. Dia terlalu marah dan kecewa terhadap Tan Sri Hanif sampaikan dia hendak menangis.

"Hanis,." tiba-tiba satu suara menjengah.

Adella terkedu.

'Hanis'?

Hanya ada dua insan saja yang memanggilnya dengan nama itu.

Adella berpaling ke arah suara tersebut.

"Nenek.." air mata Adella terus tumpah.

"Hanis,.." wanita memakai turban dengan jubah berwarna pink itu tersenyum nipis. Dia mendepakan kedua-dua belah tangannya.

"Nenek!"

Adella berlari mendapatkan Hajah Zehra yang berada di anak tangga itu.

"Nenek,.. Hanis rindukan Nenek.." tutur Adella dalam dakapan Hajah Zehra.

Hajah Zehra mengucup pipi cucu tunggalnya itu.

"Nenek lagi rindukan Hanis" jawab Hajah Zehra.

_________________________

Adella bersendirian di anjung rumah. Wanita memakai long dress berwarna hitam dengan long cardigan berwarna putih itu kelihatan agak kesal.

Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam namun Adella masih tidak dapat tidur. Mungkin kerana rasa sakit hati yang amat terhadap lelaki bernama Nadzhan.

Aku tak kenal pun mamat tu siapa. Aku tak pernah jumpa pun mamat tu kat mana mana sebelum ni. Tapi, dia dah pijak pijak maruah aku.

Eh aku tak kisahlah dia tu pekerja restoran ke, ustaz ke, tabligh ke, budak pondok ke, tapi dia dah buat aku benci dekat dia.

Dia nak benci aku? Go ahead. Sikit pun aku tak kisahlah.

Yang pasti sekarang ni, aku nakkan permohonan maaf dari mamat tu.

Aku takkan lupa apa yang dah jadi hari ni.

Cara dia pandang aku masa kat restoran tadi, teruk betul! Oh. Mentang-mentang awek dia elok pakai tudung, pakai baju yang sempurna tutup aurat, so dia nak pandang sengkeklah kat aku? Huh!

"Hanis?"

Bebelan Adella terhenti tatkala seseorang menyentuh lembut bahunya.

"Nenek,.. Nenek tak tidur lagi? Dah lewat malam dah ni, Nek. Nanti Nenek sakit"

Adella memang risau kalau Hajah Zehra tidur lewat. Yelah, biasalah. Orang tua tua kan.

Hajah Zehra mengambil tempat di tepi Adella.

"Cakap kita. Dia pun tak tidur lagi" balas Hajah Zehra.

Adella tergelak kecil.

Dengan manjanya, Adella melentokkan kepalanya di bahu Hajah Zehra. Lengan Hajah Zehra dirangkul erat.

Ya Allah.. Nikmatnya perasaan ni. Hati aku tenang je bila dapat baring dekat bahu Nenek ni.

"Hanis.. Nenek nak tanya sikit, boleh?"

Dengan matanya yang sudah tertutup, Adella hanya mengangguk saja.

"Kenapa Nenek tengok Hanis dah tak macam dulu?"

Adella tersentak apabila soalan itu diajukan olehnya.

Adella mengangkat kepalanya semula untuk bertentang mata dengan Hajah Zehra.

Hajah Zehra mengukir senyum halus.

"Dulu,.. Hanis tak macam ni" kata Hajah Zehra sambil dia menutup dada Adella yang terdedah itu dengan cardigan.

Adella membungkam.

Hajah Zehra kemudiannya bermain helaian rambut Adella yang berwarna rose gold itu.

"Cuaca kat KL ni tak sama ke dengan cuaca kat kampung, sayang? Kat sini panas sangat eh sampai Hanis dah tak pakai tudung?" tanya Hajah Zehra lagi.

Tika ini, dada Adella bagai rasa disiat-siat.

"Hanis,.. Hanis tahukan yang Nenek sayang sangat kat Hanis?"

Adella tertunduk. Dia mulai hendak menangis.

Adella menganggukkan kepalanya. Dia tahu, Hajah Zehra begitu sayang akannya. Manakan tidak, sejak dari umur 5 tahun lagi, dia tinggal sebumbung dengan Hajah Zehra di kampung.

"Hanis tahukan yang arwah Atok sayang sangat kat Hanis?"

Adella mengangguk lagi. Redup matanya memandang Hajah Zehra.

"Hanis tahukan yang Papa dengan Mama,.."

"They don't love me" Adella terus memotong ayat Hajah Zehra.

"Hanis,.."

"Nek, Papa dengan Mama tak sayangkan Hanis. Hanis tak nak tinggal kat sini. Hanis nak tinggal dengan Nenek dengan Atok. Kenapa diorang perlu ambil Hanis dari Nenek dengan Atok?" Adella teresak-esak menangis.

"Dari kecil diorang tinggalkan Hanis kat kampung dengan Nenek dengan Atok. Lepas tu, bila Hanis dah besar panjang macam ni, diorang ambil pula Hanis dari Nenek dengan Atok. Nek,.. Hanis tak nak semua ni. Hanis nak kehidupan yang macam dulu" kata Adella lagi.

"Look at me. Hanis dah jadi macam ni. Tudung Hanis entah ke mana. Baju kurung Hanis dah hilang. Hidup Hanis berubah sejak Hanis kat sini, Nek. Semua ni Papa dengan Mama yang paksa Hanis. Bila Hanis berubah, bila Hanis ikut apa yang diorang nak, tengoklah. Semua serba tak kena. Hari-hari, Nek. Hari-hari Hanis bertekak dengan diorang. Lagi lagi Papa" sambung Adella dengan air mata yang mencurah-curah membasahi pipinya.

Pilu hati Hajah Zehra melihat cucunya itu merintih hiba seperti itu di depannya.

Hajah Zehra turut mengalirkan air mata.

Hajah Zehra terus memeluk Adella. Dikucup dahinya. Diusap lengannya.

Adella menangis di dakapan Hajah Zehra.

Ya, inilah yang dia mahukan selama ini. Pelukan dari insan yang paling dia sayang.

Happy reading, guys ><

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience