Nadzhan keluar dari kedai dengan sebotol air jus tropicana twister yang bersaiz kecil.
Nadzhan melihat sejenak Adella yang masih lagi menangis di bangku tidak jauh darinya itu.
Dengan keluhan panjang, Nadzhan pun menapak ke arah Adella lalu melabuh punggung di sebelahnya.
Adella terus berhenti menangis bila menyedari Nadzhan ada di sebelah. Dia mengesat air matanya dengan segera.
Nadzhan menghulurkan jus oren itu kepada Adella.
Adella hanya melihat jus oren itu sekilas. Dia tidak mengambilnya.
"You dengar ke apa I cakap dengan Faiz tadi?" soal Adella.
Nadzhan terlebih dahulu meletakkan jus oren itu di tepi Adella.
Sambil dia memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket jaketnya, Nadzhan menyandar di bangku.
"Tak" jawab Nadzhan ringkas.
Adella sedikit berasa lega. Sekurang-kurangnya, Nadzhan tidak tahu yang dia sedang mengandung.
Barulah Adella menghadapkan badannya untuk melihat Nadzhan.
"Macam mana you boleh ada kat kelab malam tu?" soal Adella lagi.
Apabila Adella bertanya begitu, terus Nadzhan kembali tegak.
"Kau jangan nak fikir yang bukan bukan eh" awal awal lagi Nadzhan memberi amaran kepada Adella.
"What?"
"Kau mesti dah fikir yang bukan bukan pasal aku kan?"
"Excuse me? You ada kat kelab malam kot. You expect I fikir apa lagi? Takkan you ikut I pulak kan? Wait. Ke.. You memang ikut I?"
Nadzhan ketawa sinis. Dia bangun dari tempat duduknya lalu melihat Adella sambil mencekak pinggang.
"Aku baru balik dari kerja. Nak pergi rumah aku memang kena lalu area ni. So, bila aku lalu area ni, aku nampak kau dengan boyfriend kau tu. Tengok muka kau dengan dia pun, aku dah boleh agak korang dua dua tengah angin" Nadzhan menjelaskan perkara yang sebenar.
Adella diam seketika. Dia kembali murung. Wajahnya kembali menunduk. Menangis seja tidak.
Sampai hati Faiz buat aku macam ni. Hancur hati aku.
Apa aku nak buat ni? Aku mengandungkan anak dia.
"Dah malam ni. Kau baliklah" Nadzhan kembali bersuara.
Adella mengangkat wajahnya melihat Nadzhan.
"Tu kereta kau kan" Nadzhan melihat sekilas kereta Porsche Cayenne berwarna putih yang hanya berada lurus di depan mereka.
Adella mengangguk lemah.
"Ok lah kalau macam tu. Aku balik dulu" Nadzhan meminta diri memandangkan kereta Adella juga tidak jauh dari situ.
"Nadz, kejap!"
Nadzhan menghentikan langkahnya lalu dia menoleh semula ke arah Adella.
"Terima kasih sebab dah tolong I tadi" ucap Adella seraya mengukir senyum kecil dengan matanya yang bengkak itu.
Nadzhan terkedu sendiri bila mendengar Adella mengucap terima kasih kepadanya.
Aku tak salah dengar ke ni? Perempuan angkuh ni ucap terima kasih kat aku? Aku rasa, dia tak kena sepak tadi. Kenapa dia boleh berubah jadi baik pula ni? Siap ucap tersenyum-senyum macam tu.
"And.. Sampaikan salam I pada Umi you. Cakap kat dia, terima kasih sebab dah tolong jaga I malam yang I pengsan tu" kata Adella lagi.
Nadzhan tidak berkata apa. Dia hanya menayang muka polosnya saja dan terus beredar dari situ meninggalkan Adella.
Tanpa mereka sedari, Faiz sedang memerhatikan mereka dari dalam kereta.
Faiz merenung tajam ke arah Adella dan Nadzhan silih berganti. Faiz jelas nampak akan senyuman yang ada di bibir Nadzhan ketika membelakangi Adella.
Faiz kemudian beralih pula melihat Adella. Adella juga kelihatan turut tersenyum.
Faiz mengenggam erat stereng keretanya.
Oh. Begini game kau ya, Adella. Kau kata aku curang. Habis tu, apa semua ni?! Kau pun sama juga! Curang! Perempuan gatal!
__________________________
Kereta BMW x5 mamasuki perkarangan rumah. Pintu rumah dibuka perlahan agar tidak membangunkan uminya.
Sebelum naik ke biliknya, Nadzhan terlebih dahulu menyinggah di ruang tamu.
Briefcase miliknya diletakkan di atas meja sebelum dia menyandar di sofa.
"Terima kasih sebab dah tolong I tadi"
Dalam dia memejamkan mata, Nadzhan tergelak sekilas bila teringat Adella yang mengucapkan terima kasih tadi.
Reti juga rupanya dia nak ucap terima kasih. Ingatkan berat sangat mulut tu nak ucap terima kasih kat orang.
"Nadz?" tiba-tiba Puan Zulaikha muncul di situ dengan membawa telefon bimbitnya.
"Umi,.."
"Umi baru je nak call Nadz" kata Puan Zulaikha semasa mendekati Nadzhan di ruang tamu itu.
"Kenapa Umi? Umi ada nak pesan apa-apa ke?" tanya Nadzhan.
"Takdalah. Umi saja call Nadz. Umi risau,.."
"Lahh Umi ni. Nak risau apanya? Nadz ada je ni ha"
"Hmmm.. Yelahh yelahh"
Puan Zulaikha memerhati Nadzhan seketika. Kelihatan anak lelakinya itu bukan seperti biasa.
Selalunya, kalau pulang lewat macam ni, wajah Nadzhan tu bukan main penat lagi. Tapi malam ni, tak nampak sangat penat dia tu. Berseri-seri adalah.
"Setahu Umi,.. Hari ni Nadz on call kan kat hospital?" Puan Zulaikha bersuara semula.
"Ha'ah Umi. Kenapa?" tanya Nadzhan.
"Emm.. Gaya macam tak dari on call je. Gaya baru balik dari dating adalah"
Tercetus ketawa Nadzhan bila Puan Zulaikha berkata begitu.
"Umi ni.. Ke situ pulak" balas Nadzhan dengan sisa tawanya.
"Dating apanya, Umi? Tak ada masa Nadz nak dating dating ni lah. Kerja Nadz kat hospital tu berlambak, tahu tak. Masa untuk diri Nadz sendiri pun tak ada" kata Nadzhan.
"Ada je kan jawapan kamu" geram pula Puan Zulaikha jadinya.
Nadzhan hanya ketawa saja.
"Dahlah. Nadz ada nak minum apa-apa tak? Umi boleh buatkan"
"Eh, tak apalah, Umi. Nadz ingat, lepas mandi, Nadz nak tidur teruslah. Penatlah" jawab Nadzhan sambil dia mengurut-urut bahunya.
"Okeylah kalau macam tu. Pergilah naik sana. Mandi then tidur. Goodnight, sayang Umi"
"Okey. Goodnight, Umi. Umi pun pergilah tidur. Dah lewat dah ni" ujar Nadzhan yang sudah bangun dari tempat duduknya itu.
"Ya, ya. Umi nak pergi dapur jap. Nak minum"
Nadzhan dan Puan Zulaikha pun mengambil haluan masing-masing. Yang sorang hendak naik ke tingkat atas, yang sorang lagi menapak ke dapur.
Seketika, Nadzhan teringat sesuatu.
"Umi" Nadzhan memanggil Puan Zulaikha.
Puan Zulaikha pun berhenti dari langkahnya dan menoleh semula ke arah Nadzhan.
"Ermm.. Umi masih ingat tak perempuan yang Nadz bawa balik ke sini malam hari tu?"
Puan Zulaikha diam sejenak. Cuba mengingatinya.
"Oh. Maksud Nadz, Adella?" soal Puan Zulaikha.
Sambil mengemam bibirnya, Nadzhan mengangguk perlahan.
"Ingat. Kenapa dengan Adella?"
"Ermm.. Dia.. Kirimsalam kat Umi"
"Adella kirimsalam kat Umi? Aik, bila masa pula Nadz jumpa dia?" Puan Zulaikha mula berasa pelik.
Nadzhan tidak menjawab soalan Puan Zulaikha itu.
"Nadz naik dulu" Nadzhan pun beredar dari situ.
Puan Zulaikha terkial-kial. Dia menggaru-garu kepalanya yang dilapisi tudung bawal itu.
Tidak lama kemudian, Puan Zulaikha tersengih-sengih.
Haihh.. Nadzhan.. Nadzhan.. Tu lah. Orang dulu dulu selalu cakap, jangan benci sangat kat orang. Nanti lama lama, perasaan tu akan berubah sebaliknya.
________________________
Orked yang sedang memandu itu sesekali melihat ke arah Mawar yang ada di kerusi sebelah.
Orked menggeleng perlahan apabila melihat raut wajah adiknya yang murung itu.
"Awal pagi macam ni, takkanlah dah murung. Cuba senyum sikit" Orked bersuara.
Mawar mengeluh halus.
"Takda apa nak disenyumkan, kak" jawabnya lemah.
"Mawar, dalam hidup ni, bukan Mawar seorang je tau yang ada masalah. Kat luar sana, ramai lagi yang ada masalah. In fact, masalah diorang lebih berat daripada Mawar" kata Orked. Dia cuba untuk menaikkan semangat Mawar.
"Lagi pun, masalah Mawar tu tak adalah besar mana pun. Ni mesti tak bukan kalau pasal Nadzhan, kan" sambung Orked lagi.
Mawar berdecit.
Mawar sebenarnya masih tidak berpuas hati akan hal perfume yang melekat di cardigan milik Nadzhan.
"Akak, apa perasaan akak kalau akak tiba-tiba terhidu bau perfume perempuan lain kat baju Abang Izzat?"
"Amboi. Tiba-tiba nak kaitkan tunang kita pulak. Dah kenapa?" Orked tersentak.
"Bukannn. Mawar cuma nak tahu pendapat akak je"
"Maksud Mawar?"
"Takdalah.. Semalam, Mawar ada jumpa Nadzhan kat hospital. Dia bawa cardigan. Lepas tu, cardigan tu, bau perfume perempuan" beritahu Mawar.
"Macam mana Mawar tahu itu bau perfume perempuan?"
"Akak, kita ni perempuan. Kita mesti tahukan jenis bau perfume perempuan. Orked tergelak kecil mendengar cerita Mawar itu. Mawar memang jenis yang suka sangat berfikir yang bukan-bukan. Lagi lagi pasal Nadzhan.
"Seriously, Mawar? Sampai macam ni sekali eh Mawar sukakan Nadzhan tu" kata Orked lagi dengan sisa tawanya.
"Akak! Serieslahhh" Mawar merengek.
"Okey okey. Look, Mawar. Mawar tak terfikir ke, mungkin perfume tu, perfume Aunty Zulaikha ke?"
Mawar diam seketika.
Nampaknya, Orked pun berfikiran yang sama macam Nadzhan. Mereka mengatakan yang perfume yang melekat kat cardigan Nadzhan tu mungkin perfume Puan Zulaikha.
Tapi, betul ke bau perfume tu bau perfume milik Aunty Zulaikha. Kalau betul, kenapa Nadzhan pakai perfume Aunty Zulaikha pula? Buang tabiat ke apa dia tu tiba-tiba nak pakai perfume perempuan pula.
_________________________
"Hoi!"
Terus terhenti lamunan Adella bila Rina menyiku lengannya.
Adella yang dari tadi mengelamun sambil menongkat dagu di atas meja terus menegakkan badannya.
Adella melihat sekeliling. Beberapa orang pelajar di situ sudah beransur keluar.
"Hmph! Kau simpanlah muka blur kau tu. Kelas dah habis dah" ujar Rina. Dia sendiri pun sudah siap mengemas barang-barangnya.
"Jom, kita ke library. Aku nak buat research sikitlah" kata Rina kemudiannya.
"Adel,.." terkebil-kebil Rina melihat Adella yang boleh pula terlelap di atas meja itu.
"Hanis Adella!" Rina menepuk tangannya di atas meja.
Adella mendengus.
"Apa dia, Sabrina? Aku sakit kepalalah. Aku nak tidur" kata Adella dengan matanya separuh terbuka.
Rina mencekak pinggang melihat Adella.
"Amboi, amboi..! Nak tidur, balik rumahlah!"
Adella menutup telinganya. Bingit telinganya mendengar suara nyaring Rina itu.
Rina menggoyangkan badan Adella.
"Adelllll.. Janganlah macam ni! Temanlah aku p library. Aku nak buat researchhhhhh"
"Adellaaaaaa. Jomlahhh jomlahhh" makin kuat Rina menggoncang badan Adella yang longlai itu.
"Kau pergilah sendiri, tak boleh ke? Aku nak tidurlahh"
"Kau ni asyik tidur je. Apa yang kau penat sangat ni ha?"
"Dahlahh dahlah. Tak payah membebel, boleh tak? Aku sakit kepala ni"
"Exam dah nak dekat dah ni, Adella. Kau buanglah sifat malas kau tu. Jom, pergi library" Rina menarik pula tangan Adella.
"Ishhh! Iyalaa iyalaahh" rimas diganggu oleh Rina, Adella pun mengalah akhirnya.
_________________________
"Puan Hajah! Puan Hajah! Puan Hajah!"
Makcik Jailah bergegas turun dari tingkat atas ke tingkat bawah sambil memegang sesuatu.
"Puan Hajah! Puan Hajah! Puan Hajah!"
Makcik Jailah melaung nama Hajah Zehra di seluruh pelusuk rumah.
"Puan Hajah!"
Dengan mukanya yang cemas itu, Makcik Jailah ke sana ke sini mencari Hajah Zehra.
"Jailahhh!" mendengar Makcik Jailah duk menjerit-jerit memanggil namanya, Hajah Zehra pun memberi respon.
Rupa-rupanya, Hajah Zehra ada di halaman rumah sedang menyiram pokok bunga.
"Puan Hajah!" Makcik Jailah kelam-kabut memakai selipar dan berlari ke arah Hajah Zehra.
Melihat reaksi Makcik Jailah sebegitu, Hajah Zehra turut berasa gusar.
"Puan Hajah,.."
"Jailah? Kenapa dengan kamu ni? Macam kena kejar hantu je? Ada hantu ke kat rumah ni?"
Makcik Jailah tercungap-cungap bila tiba di depan Hajah Zehra.
"Puan Hajah, tadi.. Saya tengah kemas kemas bilik Cik Adella"
"Okey. Lepas tu?"
"Saya.. Saya.. Saya terjumpa ni kat dalam almari baju Cik Adella"
Makcik Jailah memberikan kotak pregnancy test kepada Hajah Zehra.
Hajah Zehra mengambil kotak tersebut.
Hajah Zehra mula berasa tidak sedap hati.
Setelah itu, perlahan-lahan Hajah Zehra membuka kotak pregnancy test tersebut.
Terus lemah Hajah Zehra bila melihat ada dua garis tertera pada pregnancy test itu.
"Allahuakhbar... Hanis!"
"Puan Hajah!" Makcik Jailah terus menyambut Hajah Zehra yang hendak pitam itu.
"Allahuakhbar.. Hanis.. Hanis.."
"Puan Hajah.. Sabar, Puan Hajah. Sabar"
Hajah Zehra memegang dada serta kepalanya. Dia tidak tahu hendak berkata apa lagi setelah melihat keputusan yang ada pada pregnancy test itu.
"Jailah,.. Betul.. Betul ke? Betul ke kamu jumpa benda ni kat bilik Hanis?" tanya Hajah Zehra. Sungguh dia berharap, semua ini tidak berlaku.
Dengan mukanya yang resah, Makcik Jailah mengangguk perlahan.
"Saya minta maaf, Puan Hajah. Memang saya jumpa ni kat dalam bilik Cik Hanis tadi" beritahu Makcik Jailah.
Hajah Zehra terus terduduk di atas rumput.
"Puan Hajah!"
Hajah Zehra mengusap-usap dadanya yang terasa sesak itu.
"Puan Hajah,.."
"Hanis.. Apa semua ni, Hanis? Apa Hanis dah buat ni?" Hajah Zehra merintih.
"Puan Hajah, sabar ya. Kita masuk dalam"
Makcik Jailah membantu Hajah Zehra untuk berdiri.
Hajah Zehra kecewa tidak terkata. Tahap kecewanya kepada Adella sehingga dia berasa sesak nafas dan sukar hendak berjalan.
Makcik Jailah memapah Hajah Zehra sehingga ke dalam rumah.
"Puan Hajah duduk dulu. Saya ambilkan air ya" ujar Makcik Jailah setelah dia mendudukkan Hajah Zehra di sofa ruang tamu.
Hajah Zehra melihat semula pregnancy test yang masih ada dengannya.
Ya Allah.. Hanis.. Apa Hanis dah buat ni? Kenapa boleh jadi sampai macam ni sekali Hanis?
_________________________
"Adella"
Adella dan Rina serantak berhenti apabila Faiz muncul di depan mereka berdua.
Rina cuba untuk membuat lagak biasanya.
"Apa lagi you nak, Faiz? I tak ada masa ni"
Rina melihat ke arah Adella. Dia hairan bila Adella melayan Faiz dengan dingin.
Diorang gaduh ke?
"We need to talk" ujar Faiz.
"We already talked. Dan, itu keputusan I. I takkan ubah keputusan I" balas Adella.
Rina yang tidak tahu apa-apa itu mula menjadi penasaran.
Apa Adella maksudkan? Dia dah buat keputusan? Keputusan apa?
Rina kemudiannya melihat pula ke arah Faiz.
Cis! Tengoklah dia ni. Kalau dah ada Adella depan mata, dia sikit pun tak pedulikan aku! Tengok aku pun tak!
"Rin. Can you leave us for a moment?"
"Sorry?" Rina agak bengang bila Faiz boleh pula menyuruhnya pergi dari situ.
"No. She will stay" Adella melarang Rina dari pergi.
"Adella,.."
"Kenapa? Malu? You malu kalau Rina tahu yang,.."
"Adella!" suara Faiz naik setahap. Tangannya sudah menggumpal penumbuk.
Rina menjulingkan matanya ke atas. Dia berasa seperti orang bodoh di situ.
"Babe, aku tunggu kau kat library"
Sebelum pergi dari situ, Rina sempat menjeling tajam ke arah Faiz.
Adella mendengus.
Malas hendak berbalah dengan Faiz, dia mengikut langkah Rina dari belakang namun ditahan oleh Faiz.
Lengan Adella direntap kasar oleh Faiz dan dia dibawa pergi dari situ.
"Faiz!"
Faiz membawa Adella ke tempat yang lebih sunyi.
"Faiz! Lepaslah!"
Faiz dan Adella tiba di belakang bangunan fakulti.
Adella menarik tangannya dari genggaman Faiz.
Adella tersandar di dinding manakala Faiz pula berdiri di depannya sambil mencekak pinggang.
"Apa you ni, Faiz?! Gila ke?!" jerkah Adella.
"Adella, I decided to not marry you"
Tawa Adella tercetus bila dengan yakinnya Faiz berkata begitu.
"Look, Faiz. You have no right to make any decisions. I'm the one that will make the decision and as I told you, I nak kita kahwin" ujar Adella. Bebola mata Adella menurun melihat perutnya.
Faiz mengetap bibirnya. Perut Adella dilihat sekilas dengan muka ketat.
"Ke you nak I buat cara kasar? I boleh buat" Adella tersenyum sinis.
"You ingat I tak berani ke nak canang kat satu kolej ni pasal kita? Kita akan seri. I dapat malu, you pun dapat malu" kata Adella lagi.
"Atau, you nak I bagitahu kat family you? Biar diorang tahu yang anak lelaki yang diorang sangkakan taat sangat ni rupa-rupanya buaya tak guna!"
"Eh perempuan!" Faiz menghempas tangannya di dinding. Betul-betul berada di sebelah kepala Adella.
Adella tidak pernah melihat Faiz semarah ini. Namun dia tidak kisah.
Aku peduli apa dia nak marah? Dia fikir dia punya marah je? Habis tu, aku? Marah aku dia tak fikir?!
"Kalau you berani buat macam tu, you tahulah apa nasib you"
"What? You akan buat apa? Eh, Faiz. You ingat I takut ke? You dengar sini eh,.."
"You listen!"
Adella terus terdiam. Suara jantan Faiz dia tidak dapat tandingi.
"I tak kisahlah dalam perut you tu ada baby ke, tak ada baby ke. I tak kisah. But for your information, I will not marry you" kata Faiz. Mukanya merah menahan marah.
"I ada cita-cita. I akan habiskan study I yang hanya tinggal beberapa bulan je ni lagi. You ingat, I senang ke nak sampai ke tahap ni?"
"Kalau you tahu you ada cita-cita, kenapa buat I macam ni?! Masa you tengah sedap dengan I, you boleh pula lupa pasal master you tu!"
"Dahlah! You jangan nak buat banyak bunyilah! I cakap, I takkan kahwin dengan you, I takkan kahwin dengan you. Faham?!"
"Fine! Kalau macam tu, I akan bagitahu.."
"Go ahead! You ingat diorang akan percaya cakap you ke?! You lupa ke I ni siapa? I ni pelajar dekan. Pelajar harapan kat kolej ni"
Adella diam sejenak. Kecil matanya memandang Faiz yang tidak sedar diri itu.
"Apa you cakap tadi? Nak bagitahu family I pasal kita? Pergilah, pergi. Pergi bagitahu. Family I tak kenal you pun lah, Adella. You ingat family I bodoh? You ingat diorang senang-senang je nak percaya cakap you?"
Faiz menunjukkan belangnya yang sebenar.
"You know what? I'm done. We're breaking up!"
"Faiz!"
"You jangan cari I lagi lepas ni. I dah tak nak ada apa-apa kaitan lagi dengan you lepas ni!"
Saat ini, Adella sudah hilang semangatnya. Dia sampaikan terkaku di posisinya. Adella menatap wajah Faiz dengan rasa hiba.
"Sampai hati you buat I macam ni, Faiz,.." suara Adella kedengaran sebak.
Faiz hanya diam dengan menayangkan muka bengisnya. Faiz langsung tidak rasa bersalah dengan apa yang baru dia lakukan. Tanpa berkata apa-apa, Faiz pun berlalu pergi dari situ.
________________________
Ishh!
Rina masih geram dengan apa yang jadi tadi. Buku yang dipegang dihempas di atas keyboard laptopnya.
Wanita memakai blouse hitam lengan pendek dengan seluar skinny jeans berwarna chestnut brown itu bersandar di kerusi sambil memeluk tubuh.
Berkerut-kerut muka Rina menahan rasa amarahnya.
Apa sebenarnya yang dah jadi? Apa maksud Adell yang dia dah buat keputusan? Faiz pula nak bincang. Dia nak bincang apa dengan Adella?
Paling aku bengang, asal aku tak tahu apa-apa?!
Huh! Tak guna betullah diorang dua tu! Langsung tak bagitahu aku apa-apa!
Agaknya diorang sengaja nak bodohkan aku ya. Sengaja je buat aku macam ni. Diorang ingat aku ni apa?!
Tidak lama kemudian, Adella muncul di situ lalu mengambil tempat berhadapan dengan Rina.
Rina terus mengubah raut wajahnya menjadi polos dan naif.
Rina agak terkejut melihat wajah Adella yang pucat itu.
"Adel, kau ok tak? Muka kau pucat weh" beritahu Rina.
"Aku ok,.."
"Betul ke kau ok ni?"
Adella hanya mengangguk seraya menunjukkan signal ok dengan jarinya.
Rina pun berhenti dari terus bertanya Adella.
Hmm.. Agak-agak, kalau aku tanya pasal hal tadi, dia nak bagitahu ke ha?
Rina bangun dari tempat duduknya dan bergerak ke kerusi kosong yang berada di sebelah Adella.
"Babe,.. Apa dah jadi? Kau gaduh eh dengan Faiz? Eee. Seram sejuk aku tengok Faiz tadi. Dia tengok kau macam dia nak telan je" Rina mula hendak mengorek cerita.
Adella yang menongkat kepalanya dengan tangan di atas meja itu menghela nafas panjang.
Melihat reaksi Adella sebegitu, Rina tahu mesti ada sesuatu yang berlaku di antara Adella dan juga Faiz.
Rina tersenyum sinis di sisi berlawanan dengan Adella.
Nampak macam teruk je diorang gaduh kali ni. Baguslah kalau macam tu. Senanglah aku nak tawan Faiz lepas ni.
Tiba-tiba terdengar suara esakan dari Adella.
"Adel,.." Rina merangkul bahu Adella.
"Janganlah nangis, babe. Ramai student kat library ni. Nanti diorang kata apa pula" Rina kononnya memujuk Adella.
"Adel?"
Rina menyedari Adella mula diam.
"Adella" Rina menggerakkan perlahan badan Adella.
"Ya Allah, Adella!" Rina terus kacau-bilau bila Adella rebah tidak sedarkan diri.
________________________
Setelah dipaksa berkali-kali, Nadzhan akhirnya terpaksa juga merelakan dirinya untuk keluar lunch bersama Mawar.
Bukan main ayu lagi Mawar makan bersama Nadzhan. Matanya juga asyik-asyik melihat Nadzhan yang duduk berhadapan dengannya itu.
Sementara itu, Nadzhan pula hanya makan seperti biasa.
"Nadz" Mawar memanggil Nadzhan.
Nadzhan pun mengangkat mukanya melihat Mawar.
"Ya?"
"Nadz, awak tahukan yang bulan depan majlis Kak Orked dengan Abang Izzat?"
"Ha? Bulan depan ke?" Nadzhan menayang muka terkejutnya.
"Lah, awak lupa ke? Awak jangan macam-macam Nadz. Awak pun tahu kan, kita akan jadi pengapit nanti"
Nadzhan diam sebentar.
Kalau pasal jadi pengapit tu, dia tahu. Tapi, majlis tu, bulan depan ke? Kenapa aku rasa macam lama lagi?
"Tu lahhh,.. Asyik fikir benda lain je. Kan dah lupa pasal majlis kahwin Kak Orked dengan Abang Izzat" Mawar sengaja memerli Nadzhan.
Nadzhan tergelak sekilas.
"Perli saya eh?"
"Tak adalah. Awak tu. Sejak dua menjak ni, macam ada yang tak kena je" kata Mawar.
"Tak kena macam mana tu?"
"Yelah. Lately ni, awak pelik tau"
"Pelik? Pelik macam mana tu?" tanya Nadzhan.
"That's great. Bagus juga awak tanya macam ni"
Mawar meletakkan sudu dan garfu di tepi. Kedua-dua tangannya diletakkan di atas meja secara bertindih.
Melihat wanita memakai shawl berwarna merah dengan long dress berwarna putih itu sepertinya hendak bercakap tentang perkara yang series, Nadzhan pun turut melakukan hal yang sama.
"Look, Nadz. Saya kenal awak bukan sehari dua tau. Umi awak dengan Mama saya bff. Diorang rapat sangat so automatically, kita pun jadi rapat. Jadi, saya tahu kalau awak berubah atau sebaliknya"
"Okey,.. So? Awak nak cakap apa?" Nadzhan masih tidak dapat menangkap akan maksud Mawar.
"Nadzhan Aryan, don't you realize? You've changed"
"Saya berubah?" Nadzhan siap menunding jari ke mukanya.
"Yes, you are"
"But I don't think I've changed"
"Nadz, listen. Awak lain tau sejak kebelakangan ni. Awak asyik senyum sorang sorang. Awak asyik mengelamun. Awak asyik,.."
"Saya senyum sorang-sorang?"
Mawar mengangguk. Memang itulah yang dia nampak pada Nadzhan kebelakangan ini.
"Are you sure awak nampak saya senyum sorang-sorang?" soal Nadzhan inginkan kepastian.
"Kalau macam tu, itu bukan berubah namanya. Itu gila tau" kata Nadzhan sambil dia terbahak. Kelakar betul!
Mawar berdecit.
"Tengok tu! Kita series, dia main-main pulak!" geram Mawar jadinya.
Nadzhan ketawa lagi.
"Awak ni kan, Mawar. Suka sangat fikir yang bukan-bukan tau" tambah Nadzhan.
"Saya fikir yang bukan-bukan pasal awak je. Yang lain saya tak kisah" balas Mawar selamba.
Nadzhan terus terdiam. Dia menyambung menjamah makanan tengaharinya.
Mawar pula tergelak kecil melihat reaksi Nadzhan sebegitu. Haa.. Terus diam awak. Malulah tu.
_________________________
Perlahan-lahan Adella membuka kelopak matanya. Penglihatannya agak kabur.
Semasa dia hendak bangun dari baring, kepalanya berdenyut kuat.
Ya Allah, sakitnya kepala aku! Adella memegang kedua-dua sisi kepalanya.
"Adel,.."
Tidak lama kemudian, Rina datang mendekati Adella.
Rina duduk di tepi Adella.
Adella melihat sekeliling. Dia pelik apabila dia berada di bilik tidurnya.
"Rin. Kenapa kita ada kat bilik aku ni? Bukan kita kat library ke tadi?" tanya Adella. Dia dalam keadaan separuh sedar.
"Kau pengsan masa kat library tadi. Muka kau pucat sangat. Sebab tu aku bawa kau balik" Rina menjawab.
"Oh yeke.. Thank, babe" ucap Adella.
Haihh.. Ni mesti sebab pembawaan budak ni. Aku jadi cepat penat. Ni belum lagi mual aku datang.
Urgh! Susah betullah mengandung ni!
"Nenek, Mama dengan Papa aku kat mana?" tanya Adella lagi.
"Nenek, Mama dengan Papa kau ada kat bawah sana. Diorang tengah cakap sikit dengan doktor" beritahu Rina.
"Doktor?"
"Ha'ah. Doktor. Masa kau pengsan tadi, Papa kau terus call doktor untuk cek kau kat sini" jelas Rina.
"Ohhh.."
"Adel, kenapa kau tak bagitahu aku?" soal Rina kemudiannya.
Adella menengok Rina dengan muka bingung.
"Bagitahu apa?" soalnya kembali kepada Rina.
"Yang kau,.."
"Hanis Adella!" suara Tan Sri Hanif kedengaran lantang dari luar.
Masuk masuk saja dia ke dalam bilik anak tunggalnya itu, dengan berang sekali dia terus menuju ke Adella.
"Anak tak guna!"
Satu tamparan kuat hinggap di pipi Adella.
"Abang!" Puan Sri Akma menahan suaminya.
"Papa! Apa Papa ni?! Papa dah gila ke?! Dah hilang akal?! Kenapa Papa sepak Adel?!" bentak Adella sambil dia memegang pipi kanannya yang terasa hangat itu.
"Memang Papa dah gila! Memang Papa dah hilang akal! Disebabkan kamulah!"
"Papa merepek apa ni?!"
"Anak siapa yang kamu kandungkan tu ha?!"
Adella terus terdiam kelu tatkala Tan Sri Hanif mengaju soalan itu.
Aduh! Tak guna! Macam mana rahsia aku boleh bocor pula ni? Mulut siapa yang lahanat sangat bagitahu aku mengandung ni?!
Tan Sri Hanif tidak dapat menahan rasa marahnya. Sekali lagi dia hendak menyerang Adella.
"Abang, sudah!" Puan Sri Akma menahan tangan Tan Sri Hanif yang hendak melempang anak perempuan mereka itu.
Manakala Rina pula cepat-cepat memeluk Adella.
"Sudahlah tu! Kalau awak mengamuk macam ni, macam mana kita nak dengar penjelasan dari Adella?" Puan Sri Akma bersuara.
Tan Sri Hanif mendengus kasar. Tangannya diturunkan kembali.
Adella pula hanya menundukkan pandangannya.
Tan Sri Hanif berpaling ke arah Rina.
"Sabrina. Tell me. Apa dah jadi sebenarnya ni?" Tan Sri Hanif bertanya pula kepada Rina.
"Err.. Saya.. Saya.." Rina tergagap-gagap.
"Jangan nak salahkan kawan dia pula" Hajah Zehra pula masuk ke dalam bilik.
Adella semakin buntu jadinya.
Nenek..
"Kamu boleh balik" ujar Hajah Zehra kepada Rina.
Rina melihat sekilas ke arah Adella.
Adella menggerakkan sedikit kepalanya agar menyuruh saja Rina balik.
Rina pun pergi dari situ.
Tinggallah Adella bersama tiga orang ahli keluarganya yang dahagakan penerangan daripadanya.
Semasa ke kereta, Rina mengambil telefonnya dari dalam sling bag lalu mencari nombor Faiz.
________________________
Dengan penuh rasa marah, Rina menampar Faiz.
Faiz membuat regangan pipi. Pipinya terasa hangat ditampar oleh Rina.
"Now what? Adella dah pregnant. Habis tu, I macam mana?!"
"Rin,.."
"You jangan buat I macam mana you buat Adellah eh, Faiz. You jangan sesekali mainkan I!" jerkah Rina.
"Rina, listen!" Faiz menangkap kedua-dua lengan Rina.
"Dengar dulu apa I nak cakap. Please. Jangan marah marah macam ni" Faiz cuba mengawal emosi Rina yang berkecamuk itu.
Faiz menghela nafas berat. Dia bersiap sedia untuk berterus-terang dengan Rina.
"Okey fine. I mengaku, memang I sayangkan Adella"
Makin mendidih Rina dibuatnya. Dia melepaskan lengannya dari genggaman Faiz.
"Rin, dengarlah dulu. I memang sayangkan Adella tapi.. I pun sayangkan you" sambung Faiz.
Rina menjulingkan matanya ke atas. Dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Panas hatinya melihat wajah Faiz ketika ini.
"Adella memang pregnant tapi I tak nak bertanggungjawab and I takkan bertanggungjawab ke atas budak yang ada dalam perut Adella tu" ujar Faiz.
"And for your information, I dah putus dengan dia" katanya lagi.
Barulah Rina menoleh semula melihat Faiz apabila mendengar perkataan 'putus'.
"Apa you cakap tadi? You dah putus dengan Adella?"
Faiz tahu inilah saat-saat yang Rina nantikan selama ini.
"Sekarang ni, I milik you sepenuhnya" kata Faiz lagi.
Rina yang hatinya panas bak api kini sejuk seperti ais.
Rina tersenyum-senyum.
"Maksudnya, I dah tak perlu share you dengan Adella lagi?" tanya Rina dengan gaya gediknya.
Faiz menggeleng.
"I dah tak perlu tengok you dengan Adella lagi?"
Faiz menggeleng.
"I can call you mine?"
Faiz mengangguk lalu mengenyitkan matanya.
Senyuman Rina semakin lebar.
"And.. Malam ni, I nak kita jadi lebih dari pasangan kekasih" Faiz kembali bersuara.
Faiz kemudiannya mengeluarkan cincin dari poket bajunya.
Rina menekup mulutnya. Matanya besar melihat cincin yang dipegang Faiz itu.
"Will you marry me?"
Rina memegang dadanya. Wajahnya membahang.
OMG OMG OMG!
"YES!" Rina tidak lambat-lambat memberi jawapan.
Faiz pun menyarungkan cincin itu ke jari manis Rina.
"Oh My God! Cantiknyaaa! Thank you, sayang!" Rina lantas memeluk Faiz.
Faiz membalas pelukan Rina itu.
Faiz tersenyum sinis.
Lepas ni, Adella dah tak boleh nak buat apa. Aku akan kahwin dengan Rina as soon as possible. Rina adalah jalan keluar aku dari semua malapetaka ni.
Rina merenung cincin yang elok tersarung di jari manisnya itu.
Yes! Finally!
Huh. Padan muka kau, Adella!
Seketika, Rina tersedar akan sesuatu. Tali pinggang baju tidurnya di belakang terasa seperti ditarik perlahan.
"Baby.. Jom.." suara seksi Faiz menyinggah di cuping telinga Rina.
Rina dan Faiz saling bertatapan.
Rina mengunci leher Faiz.
"Kenapa? Dah tak sabar? Kita kan dah nak kahwin?"
"Okey then. I nak baliklah kalau macam tu" Faiz acah acah hendak pergi dari situ.
"Eph!" Rina menahannya.
Pergelangan tangan Faiz ditarik.
Rina mencuit hidung Faiz dengan manja.
Tangan Faiz mula meleret di paha Rina yang memakai baju tidur terbelah di bahagian paha pada malam itu.
Tidak menunggu lama, Rina mencengkam kolar baju Faiz dan terus menarik Faiz ke arahnya.
Share this novel