BAB 3

Romance Series 6642

Sambil dia membaca buku This Is Going To Hurt karya Adam Kay, sesekali dia menaikkan helaian selendangnya ke paras bahu.

Wanita memakai selendang berwarna cream itu khusyuk membaca di kerusi anjung rumah.

"Pergi ke kedai membeli gula melaka, tak ada apa-apa nak story kat akak ke?" tiba-tiba Orked muncul di situ. Siap berpantun pula tu.

Tawa Mawar tercetus lalu dia berpaling melihat Orked yang duduk di tepinya itu. Meja kaca bulat menjadi pemisah dua beradik itu.

"Apa dia, Kak? Mawar nak cerita apa?" tanya Mawar. Dia tidak faham maksud Orked.

Orked mencebik. Kedua-dua kakinya diangkat ke kerusi dan dia menongkat dagu melihat Mawar.

"Hari tu, Nadzhan hantar balik rumah. Lepas tu, keluar lunch berdua pula. Haihh.. Makin berkembang ye plot cerita Mawar dengan Nadzhan ni nampaknya" Orked mula mengorek cerita.

Mawar menggeleng seraya menjuling matanya ke atas.

Aduhaiii. Kakak aku ni dah mula merepek dah ni.

"Kak Orked, memang malam tu, Mawar tak bawa keretalah. Yang pasal lunch tu pula,.. Dia.. Yang.. Ajak Mawar.." jelas Mawar malu malu. Mulutnya sedang menahan senyum.

"So.. Tak eloklah kalau Mawar tolak pula kan? Kang, Nadzhan kata apa pula" sambung Mawar lagi.

Melihat dari reaksi Mawar itu saja, Orked dapat meneka betapa berbunga-bunganya hati Mawar ketika ini. Dia bukannya tak tahu betapa Mawar begitu sukakan Nadzhan.

_________________________

Adella tidak berpuas hati.

Di hadapan cermin, dia berpusing ke kiri dan kanan sambil memerhatikan perutnya.

Shit.

Asal perut aku nampak lain?

Adella berdecit. Dia kemudian berpusing ke belakang menghadap tilamnya.

Adella mencekak pinggang melihat ada tiga helai jeans yang berada di atas tilamnya itu.

Kenapa semua seluar ni dah tak muat dengan aku? Susah sangat nak butang. Padahal sebelum ni, aku pakai ok je. Sekali masuk je. Adella membebel geram sendiri.

Adella kemudiannya terfikir akan sesuatu.

Dia menapak ke almari. Alat penimbang dia ambil dan dikeluarkan dari almari.

Adella naik ke atas penimbang itu dan melihat lurus ke depan.

Garis di penimbang sudah terhenti. Adella pun menunduk melihat beratnya.

Biji mata Adella bagaikan hendak terkeluar.

55KG?!

"Aaaaaaarrrrrrgggggghhhhhhhhhh!!"

Laju Adella turun dari alat penimbang itu.

"NO!!! TAKKK TAKKKK! 55 KG? NOOO!"

Adella ke hulur ke hilir dengan perasaan cemas dan gelisahnya.

Terdengar jeritan Adella dari tingkat bawah, seluruh orang di rumah terus naik ke bilik Adella.

"Hanis?! Kenapa tu? Hanis ok ke? Kenapa menjerit kat dalam tu?" suara Hajah Zehra kedengaran di luar bilik.

"Adella? Kenapa, sayang? Kenapa dengan Adel? Adel ok tak kat dalam tu?!" Puan Sri Akma juga ada di luar bilik.

Adella menurut kedua-dua cuping telinganya. Dia begitu stress sekali.

Nafas Adella turun naik. Dia mula berasa tidak tenang.

"Hanis? Hanis, bukalah pintu ni. Kenapa dengan kamu? Kamu ok tak kat dalam tu?"

"Bukalah pintu ni, sayang. Janganlah macam ni. Kamu buat Mama risaulah"

Adella tidak mempedulikan Hajah Zehra dengan Puan Sri Akma yang menunggu responnya di luar bilik itu.

Adella meraup mukanya hingga ke hujung rambut. Dia bagai hendak gila.

Kenapa berat aku naik mendadak?! Kenapa berat aku boleh naik sampai 55kg?!

Adella duduk menghempas di sofa. Dia tidak keruan.

Apa semua ni? Tak pernah pernah berat aku naik teruk macam ni.

Masak aku. Dahlah semua seluar aku tak muat. Semua dah sempit. Semua dah susah nak butang!

Habis tu, macam mana aku nak pergi kelas ni? Kelas pukul 10. Sekarang ni dah pukul 8.

Adella buntu.

_________________________

Setelah menurunkan tandatangan, Doktor Raqib pun menyerahkan fail itu kepada Nadzhan semula.

Nadzhan menerimanya dengan senyuman segaris. Maka selesailah satu lagi tugasnya sebagai medical officer.

"Saya ada dengar cerita pasal awak" Doktor Raqib bersuara.

"Cerita pasal saya?" Nadzhan menayang muka penasarannya.

Nadzhan mula cuak.

Aku ada buat salah ke? Ke HO under aku ada buat hal?

"Ya. Dua hari lepas, awak berjaya jalankan pembedahan oftalmologi, kan?"

Nadzhan menghela nafas laju. Pasal hal tu rupanya. Ingatkan pasal apalah tadi.

"Oh.. Pasal tu. Alhamdulillah, Doktor. Itu berkat usaha dan kerja keras team saya juga" kata Nadzhan dengan rasa rendah diri.

"I know. Saya tahu, di hospital ni, lagi lagi masa kat dalam bilik pembedahan, kerjasama tu penting. Tapi di sini, awak yang mengetuai pembedahan tu. So, apa yang saya nak highlightkan di sini adalah, saya boleh nampak yang awak betul-betul dah ready untuk jadi seorang doktor" jelas Doktor Raqib.

Senang hati Nadzhan apabila menerima pujian dari Doktor Raqib sebegitu. Dia berasa sungguh berbesar hati.

"Semua HO kat sini pun, senang bekerja under awak. Jadi, istilah MO selalu buli HO tu, dah tak nampak lagi dah" kata Doktor Raqib lagi.

"Saya pun pernah ada di tempat mereka sebagai housemanship officer. Jadi, saya faham apa yang mereka rasa" jawab Nadzhan sopan.

"As we know, tak mudah untuk sampai ke stage ni. Jadi, tak ada sebab untuk saya sia-siakan struggle diorang selama ni. Sama juga macam saya. Saya pun bukanlah ada kat tempat yang tinggi sekarang ni. Saya masih lagi merangkak untuk jadi doktor yang bertauliah" sambung Nadzhan.

Doktor Raqib hanya mengangguk mendengar jawapan Nadzhan yang begitu positif.

"Well, keep it up. I'll keep my eyes on you" ujar Doktor Raqib.

"Terima kasih, Doktor" ucap Nadzhan.

Doktor Raqib tergelak pendek.

"Nadz.. Nadz.. Kamu ni kan. Sebiji macam arwah Walid kamu. Asyik nak series je. Tak payahlah panggil Doktor bagai kalau kita berdua je macam ni. Banyak kali dah Uncle cakap pasal benda ni" ujar Doktor Raqib.

Nadzhan hanya ketawa kekok. Dia mengusap belakang lehernya. Dia sebenarnya segan.

"So, Umi kamu tahu tak yang kami nak datang rumah hujung minggu ni?" soal Encik Raqib. Karakternya berubah.

"Tahu, Dok.. Er.. Maksud saya, Uncle"

"Oh.. Okeylah kalau macam tu. Bukan apa. Aunty Tini kamu tu, katanya rindu kat Umi kamu" beritahu Encik Raqib.

"Umi pun rindu juga kat Aunty Tini. Yelah, diorang lama dah tak jumpa kan"

"Ha'ah. Mahu tak lama jumpa? Yang sorang pengetua sekolah, yang sorang lagi sibuk dengan kedai bunga dia. Haa... Alamatnya, jaranglah diorang berjumpa"

Nadzhan tersenyum saja menampakkan giginya yang cantik tersusun itu.

"Nadz,.."

"Ya, Uncle?"

"Uncle nak tanya sikit boleh?"

"Ish Uncle ni. Nak minta izin pula. Tanya je lah, Uncle" serba salah Nadzhan dibuatnya.

"Betul ni? Kamu tak kisah kalau Uncle nak tanya?"

"Inshaallah, Uncle. Tanya je. Kalau saya boleh jawab, saya jawab" kata Nadzhan tenang.

"Uncle nak tanya kamu pasal Mawar"

Tatkala nama Mawar disebut, Nadzhan terus diam.

"Nadz. Kamu tahu kan yang Mawar tu suka kat kamu?"

Nadzhan membungkam. Kalau pasal hal ini, dia seringkali mengambil jalan untuk berdiam diri sahaja.

_________________________

Bup!

"Oi mak kau!" terkejut beruk Rina apabila bunyi hentakan buku menyinggah betul-betul di sebelahnya.

Bukan main khusyuk lagi dia duk touch up bulu mata, tiba-tiba 'guruh' pula datang.

Rina melihat sekilas ke arah Adella lalu dia sambung melentikkan bulu matanya.

"Kau ni. Kalau dah marah, semua benda kau nak hempas" perli Rina.

Tajam Adella menjeling Rina. Tapi Rina membiarkannya saja. Bukannya mati pun kena jeling oleh Adella. Muahahaha!

"Kau asal, babe? Gaduh dengan Papa kau lagi ke?" teka Rina. Itulah saja sebab yang paling munasabah.

Adella mendengus.

"Kalau pasal tu, aku tak kisahlah weh. Lagi pun, pernah ke dalam sehari, aku dengan Papa aku tak gaduh?" Adella seperti menyindir dirinya sendiri.

"Ha. Dah tu? Kenapa kau marah marah ni?"

Adella melihat ke arah Rina.

Rina masih lagi sibuk bersolek.

"Rin. Tengok aku jap" suruh Adella. Dia sudah menghadapkan badannya ke Rina.

"Kau tak nampak ke aku buat apa ni?"

"Rinnn! Dahlah tu. Tengoklah aku kejap"

"Apa dia, Hanis Adella binti Tan Sri Hanif?"

"Rinaaaaa!" Adella merengek seperti budak kecil. Geram betul dia bila tidak dilayan oleh kawan baiknya itu.

"What? Aku tengah touch up ni kan. Kau cakaplah apa kau nak cakap. Aku dengar. Telinga aku ni tak pekak lagilah"

"The problem is, aku tak perlukan telinga kau. Aku perlukan mata kau!"

"Jap, jap. 1 minute" Rina masih melihat cermin ajaibnya.

Adella menjulingkan matanya ke atas.

Heyyy minah ni. Aku cucuk juga mata dia dengan maskara tu.

"Ok done"

Setelah itu, barulah Rina memusingkan badannya melihat Adella.

"Ha. Kenapa? Apa yang kau nak tunjukkan sangat kat aku?" tanya Rina.

"Rin. Kau tengok aku. Aku gemuk ke?"

"Soalan apa kau tanya ni?" pelik Rina dengan soalan Adella itu.

"Rin, jawab je lah. Kau tengok aku betul-betul. Aku gemuk ke?"

Rina memeluk tubuh melihat tubuh badan Adella. Dia siap mengusap-usap dagunya.

Rina mengimbas Adella dari hujung rambut sampailah kaki.

Pandangan wanita yang memakai blouse berwarna putih itu kemudiannya terhenti di bahagian perut Adella.

Tangan Rina hendak menyentuh perut Adella namun Adella terus menepisnya.

"Aww! Sakitlah!" Rina menyapu laju tangannya yang ditepis kuat oleh Adella.

"Padan muka! Asal kau nak pegang pegang perut aku?"

"Elehhh! Chillahh. Kenapa aku tak boleh pegang perut kau? Ada baby ke dalam tu?"

"SABRINA!" suara Adella bergema di seluruh dewan kuliah itu.

Semua pasang mata pelajar tertumpu ke arah Adella untuk beberapa minit.

Rina menekup mulutnya. "Upsss sorry"

Adella membuat muka ketatnya. Dia kembali berpaling ke depan.

Rina mendekatkan jaraknya dengan Adella.

"Kenapa ni? Kau sebenarnya nak bagitahu aku apa?" tanya Rina. Kali ini secara berbisik.

"Tak adalah! Malas aku nak layan kau"

"Alaahh! Babe, sorrylah. Aku main main je tadi tuu" jelas Rina.

"Dahlah! Kau memang sengaja kan nak sakitkan hati aku"

"Babe,.. Aku cuma curious je.."

"Kau curious apa?"

"Perut kau,.."

"Kenapa dengan perut aku?"

"Perut kau buncit sikit"

"Bun.. Buncit?" Adella terkial-kial seketika.

Tidak lama kemudian, lecturer masuk ke dalam dewan kuliah mereka. Perbualan dua sekawan itu pun terhenti di situ.

Adella menunduk melihat perutnya.

Dia mula berasa tidak sedap hati.

_________________________

Adella meletakkan buku, fail dan begnya di tepi sinki.

Dia memerhati perutnya di pantulan cermin.

Betul ke aku cuma buncit?

"Hai Adel.." seorang pelajar perempuan menegur Adella.

"Hai" balas Adella.

Adella melihat perempuan memakai blouse berwarna merah dengan seluar jeans yang mencuci tangan selang satu sinki darinya itu.

Adella mula membandingkan perutnya dengan perut pelajar perempuan tersebut.

Perut pelajar itu sangat flat.

Adella memegang perutnya.

Sepatutnya macam tu lah perut aku!

Adella bertambah runsing. Dia mengemas barangnya lalu keluar dari tandas.

Sewaktu di luar, Adella menyembunyikan perutnya dengan buku dan fail.

"Sayang!" kedengaran suara Faiz dari belakang.

"Hai baby" dalam sekelip mata saja, lelaki memakai kemeja garis biru putih itu muncul di tepi Adella.

Faiz perasan raut wajah Adella tidak seperti selalu.

"Baby, are you okey?" tanyanya.

Adella terus menghentikan langkahnya lalu dia menghadap ke arah Faiz.

"I'm not" kata Adella.

"Yes, I can see it on your face" Faiz sudah dapat mengagak.

"Kenapa ni? You gaduh dengan Papa you lagi ke?" Faiz berfikiran sama seperti Rina.

Adella diam seketika. Diperhati Faiz sejenak.

Agak-agak, kalau aku cakap apa yang aku rasa dekat Faiz, apa reaksi dia?

Kalau aku cakap yang aku rasa aku alami simptom-simptom pregnant, apa agaknya respon dia?

"Adella?" Faiz memetik jarinya di depan muka Adella apabila Adella boleh pula duk mengelamun.

"Err.. Ya.."

"I tanya you, baby. Kenapa ni? You okey tak?"

"Faiz,.. I.."

Belum sempat Adella menghabiskan ayatnya, telefon Faiz berdering.

"Jap eh"

Faiz mengangkat panggilan itu.

"........"

"Sekarang ke?"

"........."

"Oh oke, oke. Aku pergi sekarang"

"You nak pergi mana?" tanya Adella sebaik saja Faiz selesai bercakap di talian.

"Baby I ada group discussionlah. I kena pergi library sekarang" beritahu Faiz.

"Ha? Tapi I belum habis cakap lagi,.."

"Takpa, macam ni. Habis discussion, I call you, okey?"

"Faiz,.."

"I love you. Bye!" Faiz mencuit dagu Adella dan terus beredar dari situ.

"Faiz Zikri!"

Adella mencekak pinggang melihat Faiz yang sudah berlari jauh dari situ.

Ish!

Kenapalah aku dapat boyfriend macam Faiz ni? Dia lebih pentingkan study dia tu dari aku?!

"Hoi!"

Terhinjut bahu Adella apabila tiba-tiba pula Rina menyergahnya dari belakang.

Rina tergelak-gelak. Bukan main kecut lagi muka Adella.

"Kau ni kang!" Adella sikit lagi hendak menyiku Rina.

"Hahaha! Rilekslah! Kau ni kan. Asyik nak marah je kebelakangan ni" kata Rina.

Adella memutarkan bebola matanya ke atas. Whatever.

Dua sahabat itu berjalan beriringan.

"Rin"

"Ha?"

"Aku stresslah. Malam ni, jom lepak tempat biasa" ajak Adella.

"Boleh. Tapi dengan syarat, Faiz kena ada sekali"

"Asal pulak? Selalunya ok je kita dua pergi sama sama"

"Yup. Tapi itu, sebelum kejadian kau mabuk teruk macam hari tu"

"Aduh kau ni. Agak-agaklah. Takkan sebab tu je kot"

"Hey. Aku ni separuh mati tau cari kau malam tu. Aku dah pesan kat kau, jangan pergi mana mana. Tapi, disebabkan kau mabuk macam dah tak ingat akhirat, hmm.." Rina malas hendak menyambung ayatnya. Dia tahu mesti Adella pun akan faham sendiri apa maksudnya.

"Hish! Yelah yelah. Nanti kita ajak Faiz sekali. Mentang-mentang dia yang selamatkan aku malam tu. So, lepas ni, tak bolehlah aku pergi kelab berdua dengan kau"

"Haaa! Kat sini, kau silap besar"

"Maksud kau?"

"Malam tu, bukan Faiz yang selamatkan kau tau" beritahu Rina.

Adella berhenti melangkah. Dia memutarkan badannya melihat Rina dengan muka berkerut.

Rina pula melihat Adella sambil tersenyum penuh makna.

__________________________

Bunyi ringtone iPhone 11 pro max kedengaran.

Nadzhan pun segera mengambil telefon dari saku seluarnya.

Puan Zulaikha di talian.

"Assalamualaikum, Umi,.." sapa Nadzhan setelah menyambut talian.

"Waalaikumsalam, Nadz. Nadz, hari ni syif Nadz macam biasa ke? Atau Nadz on call lagi?" tanya Puan Zulaikha.

"Hari ni Nadz balik macam biasa, Umi. Pukul 5. Ada apa?"

"Ohh. Baguslah kalau macam tu. Boleh tak temankan Umi beli barang untuk esok? Umi rasa Umi nak masak mee kari lah. Aunty Tini kan suka makan mee kari"

"Amboi,.. Bukan main semangat eh Umi nak masak. Mentang-mentang bff dia nak datang rumah" sengaja Nadzhan menyakat Puan Zulaikha.

Puan Zulaikha tergelak kecil di corong telefon.

"Alahhh,.. Umi kan dah lama tak jumpa Aunty Tini, tak jumpa Mawar. Jadi, kenalah masak special sikit" kata Puan Zulaikha.

"Ai? Aunty Tini dengan Mawar je? Habis tu, Uncle Raqib? Kak Orked?"

"Ishhhh! Kamu ni kan! Saja je tau nak kenakan Umi"

Tawa Nadzhan tercetus apabila Puan Zulaikha sudah checkmate.

Nadzhan mengerling jam tangannya. Lagi satu jam lagi waktu akan menginjak ke pukul 5.

"Okeylah kalau macam tu. Nadz nak buat kerja sikit ni. Nanti Nadz ambil Umi kat sekolah eh" ujar Nadzhan.

"Eh, it's okey. Tak apa. Umi pergi sana je lah. Kebetulan ada kawan Umi ni memang nak pergi hospital Nadz tu juga so alang-alang kan" beritahu Puan Zulaikha pula.

"Oh.. Okeylah kalau macam tu. Kalau Umi dah sampai hospital, call Nadz terus tau"

"Haa ok ok. Nanti Umi call Nadz"

"Ok Umi. Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam"
____________________________

Kereta Porsche Cayenne berwarna putih memasuki ruangan parking dengan laju.

Adella mengenggam stereng dengan begitu kuat. Rasa marah dan geram di hatinya sudah sampai di kemuncak.

"Kalau kau nak tahu, bukan Faiz yang jumpa kau malam tu. Tapi, mamat yang kau sangkakan waiter masa kat restoran hari tu"

Adella tergelak sendiri.

Asal dalam berjuta lelaki kat KL ni, mamat bajet bagus tu juga yang jumpa aku malam tu? Like seriously, tak ada lelaki lain ke? Ke.. Takdir?

Huh! Takdir? Tengkorak kau, takdir!

Eh, kalau bolehlah kan, aku lebih rela lagilah kena langgar kereta malam tu daripada dijumpa oleh lelaki ntah apa-apa tu.

Seketika, Adella teringat akan sesuatu.

What the,...

Aduhhhh!!!!

Adella menghentak dahinya berkali-kali di stereng.

Patutlah masa aku terserempak dia kat restoran hari tu, dia pandang aku semacam! Baju aku...

Adella mendengus.

Of courselah dia tengok aku semacam je. Baju yang aku pakai masa tu, sama dengan baju aku yang semalam.

"Teruk ke weh aku mabuk malam tu?"

"Teruk gila! Sangat teruk. Selama ni, aku tak pernah tengok kau mabuk sampai macam tu sekali tau, Adel. Aku sendiri pun takut tengok kau mabuk malam tu"

Huaarghhhhh!

Adella menekup wajahnya.

Dah sah sahlah mamat sengkek tu tenung aku macam aku ni perempuan tak bermoral masa kat restoran hari tu. Rina sendiri pun cakap yang aku mabuk teruk gila bab* malam tu.

Dahlah aku mabuk depan dia. Malam tu pula, aku tak pulang ke rumah. Baju tu aku pakai balik je.

Aduhaiiii! Menyesal aku tak ikut cakap Faiz hari tu. Kalaulah aku ikut cakap dia. Dia dahlah siap offer nak belikan aku baju baru. Kalau aku tak nak balik rumah, aku boleh je beli baju lain hari tu.

And now. Ha! Padan muka kau, Adella. Sia sia je kau dapat malu plus kena keji in silent oleh mamat tu.

Adella kemudian melihat sekeliling. Dia berada di kawasan kelab malam.

Rina kata, malam yang aku mabuk tu, mamat tu jumpa aku kat area ni. So maknanya, mesti dia akan lalu area ni nanti. Sekarang pun dah pukul 5. Aku tak tahulah dia tu kerja ke student ke tapi yang pasti, aku rasa, mesti dia akan lalu sini juga.

Adella nekad hendak bersemuka juga dengan Nadzhan pada hari itu.

Aku tak kisah lama mana pun aku tunggu kat sini. Aku memang tak puas hati dengan mamat sombong tu.

Adella menolak kerusinya ke belakang. Dia menanti di dalam kereta.

Sambil dia menunggu kedatangan yang dia sendiri tidak pasti, sambil Adella bermain telefonnya.

Agak lama menanti, sedar tidak sedar, sudah pukul 6:15 petang.

Dia tak lalu sini kot hari ni.

Urgh! Sia-sia je aku terperuk kat sini.

Baru saja Adella membetulkan posisinya hendak pergi dari situ, matanya tertancap ke arah seseorang yang dia kenal.

Ha,.. There he is.

Adella terus mematikan enjin keretanya. Dia keluar dari kereta dan meluru ke arah Nadzhan yang juga kebetulan telah keluar dari kereta itu.

Wanita yang memakai blouse off shoulder berwarna putih dengan ripped jeans itu menapak ke arah Nadzhan dengan muka bengisnya.

"Hey!" awal awal lagi Adella menengking Nadzhan.

Nadzhan agak terkejut apabila Adella tiba-tiba muncul di situ.

"You,.."

Ayat Adella terhenti bila dia melihat seorang wanita turut keluar dari kereta Nadzhan.

"Assalamualaikum,.." wanita berjubah itu lembut memberi salam. Dia siap melemparkan senyuman manis kepada Adella.

Adella menjulingkan matanya ke atas. Dia memeluk tubuh sambil membuat muka menyampahnya.

Sajalah tu nak perli aku tak beri salam.

Puan Zulaikha seakan mengenali akan gadis tinggi lampai ini.

"Eh.. Kalau tak silap.."

"Umi, Umi masuk dulu. Nanti Nadz datang" Nadzhan memotong ayat Puan Zulaikha. Dia tidak mahu Puan Zulaikha berlama di situ dengan Adella.

Adella tercengang seketika.

Apa dia cakap tadi? Umi?

Jadi.. Wanita ni, Umi dia.

And, apa tadi? Nadz? Tu ke nama dia? Nadz. Nadz apa?

Puan Zulaikha pun kemudiannya pergi dari situ.

Nadzhan berpaling melihat Adella.

"We need to talk" ujar Adella.

"Aku tak ada benda nak cakap dengan kau"

"I ada benda nak cakap dengan you"

Nadzhan merengus perlahan. Nak tak nak. Dia mengikut juga kemahuan Adella yang mahu berjumpa dengannya itu. 

___________________________

Di sebuah kafe, Adella dan Nadzhan duduk berhadapan antara satu sama lain.

Adella memeluk tubuh sambil bersilang kaki melihat Nadzhan.

Nadzhan memandang Adella tanpa segaris senyuman. Entah kenapa, tiap kali dia melihat Adella, terus angin satu badan.

"Kalau iya pun kau benci sangat dengan aku ni, sekurang-kurangnya hormatlah Umi aku" Nadzhan bersuara.

Adella tergelak sinis bila Nadzhan berkata demikian.

"Nampak sangatkan you ni jenis hati busuk. Jenis yang tak puas hati" balas Adella pula.

"Eh, ini bukan pasal hati busuk, tak puas hati ke apa ke. Umi aku beri salam dekat kau tadi. Kalau kau ni orang Islam,.."

"Ha!" Adella menepuk tangannya.

Inilah dia. Gaya bajet alim dia dah muncul. Dah datang dah.

"Look, Encik Nadz whatever. I ni, taklah jahil sangat tau. I masih tahu jawab salam. Tadi tu, I jawab salam Umi you dalam hati" kata Adella. Benci betul dia bila Nadzhan asyik merendah-rendahkannya.

Tawa sinis Nadzhan kedengaran. Jawab dalam hati konon.

"Kau nak apa jumpa aku ni?" Nadzhan malas hendak berlama di situ.

Adella terus series. Eloklah juga mamat ni terus straight to the point. Aku pun malas nak hadap muka dia ni lama lama.

Adella menyorong gelas berisi jus oren di hadapannya itu ke tepi agar dia dapat melihat wajah Nadzhan dengan landskap penuh.

"Malam tu,.."

"Malam yang kau mabuk tu?"

Adella mengetap bibirnya melihat Nadzhan. Setepek dia kena.

"Hey. You jangan ingat, you dah selamatkan I malam tu, I akan melutut sujud depan you nak ucap terima kasih. That won't happen!" bentak Adella.

"Kalau you rasa, I datang jumpa you ni sebab nak ucap terima kasih, nak minta maaf kat you pasal apa yang dah jadi, you salah. I takkan buat macam tu" kata Adella lagi.

"I tak kisahlah apa you nak fikir pasal I lepas apa yang you dah nampak malam tu. But satu benda I nak bagitahu you. Don't you ever judge me. You tak kenal I siapa. You tak tahu what I've been through on that day" sambungnya.

Nadzhan hanya diam saja sepanjang Adella berleter.

Entahlah apa tujuan Adella bercakap panjang lebar begini. Dia nak jernihkan keadaan ke, dia nak rungkaikan salah faham yang dah jadi ke atau pun sengaja nak back-up dirinya sendiri.

"Kita manusia. Kita ada hak asasi sebagai seorang manusia. So, you sikit pun tak berhak nak nilai who I am sama ada pakaian I atau pun sikap I" Adella kembali bersuara.

"I will wear what I want to wear. I will be what I want to be. It's up to you whether you want to keep thinking badly about me. I hidup kat dunia ni, bukannya untuk you or even sesiapa pun. I hidup kat dunia ni untuk diri I so I will do whatever I want to do" ujarnya lagi bersungguh-sungguh.

Adella menyandar di kerusi usai dia meluahkan segala apa yang dia mahu luah kepada Nadzhan pada hari itu.

"Dah? Dah habis cakap?"

What the,..

"Sorry?"

"Aku tanya. Kau dah habis cakap ke?" Nadzhan mengulang soalannya dengan muka polos.

Adella tergelak tidak percaya melihat reaksi Nadzhan yang acuh tak acuh itu.

Mamat ni nampaknya betul-betul sengaja mencabar kesabaran aku.

"I'm asking you, Mrs Adella" tanya Nadzhan lagi.

Adella terkedu apabila Nadzhan menyebut namanya.

Macam mana mamat ni boleh tahu nama aku?

"Are you done to cover up your big mistake?" soal Nadzhan ke sekian kalinya. Kali ini soalannya diselit dengan sindiran.

'Cover up your big mistake?'

Sungguh Adella bagai rasa ditikam. Hatinya begitu sakit sekali mendengar ayat Nadzhan itu.

Apabila Adella tidak menjawab apa-apa, Nadzhan pun bangun dari tempat duduknya dan pergi dari situ.

Adella tidak melepaskan Nadzhan. Dia pun turut bangun dari tempat duduknya dan mengejar Nadzhan yang sudah keluar dari kafe itu.

____________________________

"Hey! Stop there!"

Dengan tumit tingginya, Adella mengejar langkah Nadzhan.

Walaupun langkah Nadzhan laju, Adella tidak mengalah.

At last, Adella berhenti di depan Nadzhan.

"Cover up your big mistake?" Adella meminta penjelasan di sebalik maksud ayat Nadzhan itu tadi.

Nadzhan menggaru keningnya. Mukanya jelas rimas dengan gaya Adella itu.

"Excuse me, Mr Nadz. Boleh tak, sekali je. Kalau you cakap something tu, please, fikir sikit pasal perasaan I?"

"Oh. Fikir pasal perasaan kau? Habis tu, kau? Kau boleh pula main sembur je aku macam aku ni tak ada perasaan, tak ada maruah" balas Nadzhan.

"So you nak I hormat you? Eh, I dah lamalah akan hormat you kalau you.."

"Tak payah banyak sembanglah. Perempuan macam kau ni, mana reti nak hormat orang. Mana reti nak jaga adab, nak jaga perasaan orang" Nadzhan mencelah.

Sejujurnya, Nadzhan masih ingat lagi di mana Adella lebih rela menghulurkan duit daripada mengucap kata maaf semasa dia tidak sengaja memuntahkan bajunya pada malam tempoh hari dan juga hal salah faham semasa di restoran hari itu.

"Kau kena ingat eh. Dalam hidup ni, kau takkan selamanya ada di atas. Kau takkan selamanya ada di puncak. Sekali sekala, cuba tengok apa yang ada di bawah kau" ujar Nadzhan.

Mendalam sungguh ayat Nadzhan sehinggakan membuat Adella diam membisu. Namun Adella masih tidak berpuas hati dengannya.

"Aku sikit pun tak kisahlah kau nak jalani hidup kau macam mana sekali pun. Itu hidup kau. Kau nak jadi apa, kau nak pakai apa, kau nak buat apa sekali pun, aku tak kisah langsung" Nadzhan bersuara lagi.

"Satu je aku nak pesan. Kau berdoalah. Berdoa supaya Allah tu, lapangkan dada kau, permudahkan urusan kau dan yang paling penting, kau berdoalah agar satu hari nanti, Allah pertemukan kau dengan seseorang yang boleh bimbing kau untuk berubah menjadi lebih baik" sambung Nadzhan.

Adella memandang Nadzhan sambil mengetap gigi.

Nadzhan tiada apa lagi hendak dikatakan kepada Adella.

Tanpa berkata apa-apa, Nadzhan mengorak langkah dari situ.

"You lupa satu benda"

Bila Adella kembali bersuara, Nadzhan menghentikan langkahnya. Tapi dia tidak menoleh melihat Adella yang ada beberapa tapak di belakangnya itu.

"Tiada yang sempurna di dunia ni. Sama ada you atau I, kita sama sama pernah buat silap. So stop talking as if you never made a mistake" tutur Adella.

"Sekurang-kurangnya aku tak angkuh macam kau. Bila aku buat silap, aku tahu apa perlu dibuat" Nadzhan menjawab.

Setelah itu, lelaki yang memakai kemeja berwarna kelabu itu terus melangkah pergi meninggalkan Adella.

__________________________

Usai menunaikan solat Isyak, Nadzhan pun seperti biasa memanjatkan doa pada Yang Maha Esa.

Tiada apa yang dia minta selain daripada roh walidnya diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman di alam sana, kesihatan yang baik untuk uminya serta segala-gala yang baik untuk dirinya.

Setelah itu, Nadzhan pun memusingkan badannya ke belakang lalu bersalaman dengan Puan Zulaikha.

"So,.. Nadz still tak nak cerita kat Umi juga?"

Nadzhan yang memakai t-shirt polos berwarna hitam dengan berkopiah putih serta memakai kain pelikat itu hanya tergelak kecil.

Sejak bertembung secara tidak sengaja dengan Adella petang tadi, Puan Zulaikha asyik bertanya tentang soalan yang sama.

Nadzhan pula, kalau boleh, dia tidak mahu membuka cerita pasal Adella. Tak ada apa-apa manfaat pun. Rasa buang masa je cerita pasal dia.

"Ceritalah kat Umi, Nadz. Siapa dia tu yang sebenar? Tadi, bukan main marah lagi kat Nadz" kata Puan Zulaikha.

Nadzhan menyandar di katil sambil bersila.

"Takda siapalah, Umi. Dia tu salah faham je" jawab Nadzhan dengan gaya malasnya.

"Apa sebenarnya dah jadi ni, Nadz? Kenapa dia marah sangat kat kamu tadi? Kamu ada buat salah ke kat dia sampai dia marah macam tu sekali?" bertubi-tubi soalan dari Puan Zulaikha yang bertelekung warna merah jambu itu.

Nadzhan tergelak pendek.

"Umi, sepatutnya, Nadz yang marah dia tau. Dia yang banyak buat salah kat Nadz" beritahu Nadzhan.

Nadzhan kedengaran mengeluh kecil.

Bila teringatkan semula segala apa yang telah Adella lakukan terhadapnya, sakit rasa hati.

"Salah apanya, Nadz? Salah pasal yang dia fikir kamu waiter masa kat restoran hari tu? Ke pasal dia tak sengaja muntah kat baju kamu? Ya Allah, Nadzhan Aryan. Takkan pasal tu je Nadz sampai nak bermusuh dengan dia? Tak elok tau. Dah namanya salah faham" Puan Zulaikha seperti biasa, kekal dengan fikiran positifnya.

"Umi, Nadz ni taklah jahat sangat. Kalaulah keluar perkataan minta maaf dari dia, semua benda ni takkan jadilah, Umi" kata Nadzhan.

"Maksud Nadz?" Puan Zulaikha tidak faham akan maksud Nadzhan.

"Umi, she's too much. Nadz,.."

Nadzhan kehilangan ayat. Dia sendiri tidak tahu nak cakap macam mana.

"Entahlah, Umi. Apa yang Nadz boleh cakap, harap-haraplah lepas ni, Nadz tak jumpa dia lagi" ujar Nadzhan.

"Umi tahu tak? Selama Nadz study medic, banyak sangat dugaan Nadz hadap tapi semua Nadz dapat atasinya dengan penuh sabar. Tapi, bila Nadz jumpa perempuan ni, Nadz rasa, kesabaran Nadz sikit sangat" kata Nadzhan lagi.

"Nadz tak kenal dia. Tak pernah jumpa kat mana-mana sebelum ni tapi.. Nadz rasa.. Dia lainlah, Umi" sambungnya.

"Lain macam mana tu?"

Nadzhan melihat Puan Zulaikha.

Puan Zulaikha sedang menggumam bibir menahan senyumnya.

"Umi, come on" Nadzhan mengerti akan maksud tersirat senyuman Puan Zulaikha yang sebegitu.

"What? Umi senyum je,.."

"Umi, Umi jaga Nadz dari umur 7 tahun tau. Nadz dah kenal sangat dah senyuman Umi yang macam tu"

Puan Zulaikha ketawa apabila Nadzhan berkata demikian. Nampak sangat, anak lelakinya itu sudah masak dengan perangainya.

"Tak adalah,.. Dengan Mawar, kamu tak berkenan. Kot kotlah, dengan yang satu ni, kamu berkenan"

"Umi..! Ya Allah. Selisih 44 malaikat. Tak naklah Nadz hidup dengan perempuan macam tu" Nadzhan tidak dapat membayangkan perkara itu.

"Tak elok cakap macam tu, Nadzhan. Jodoh ni rahsia Allah"

"Nadz tahu. Tapi, bukan ke.. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"

"Jangan terlalu bergantung pada frasa tu. Dalam sesebuah perkahwinan, suami dan isteri mesti ada kekurangan dan kelebihan. Anak Umi ni memang lelaki yang baik. Tapi, sekiranya satu hari nanti, Allah takdirkan Nadz berkahwin dengan seorang wanita yang serba kekurangan, itulah masanya untuk Nadz jalankan tanggungjawab Nadz sebagai seorang suami" ujar Puan Zulaikha seraya dia mengukir senyum halus.

Nadzhan agak tersentak dengan kata-kata Puan Zulaikha itu.

"Satu je aku nak pesan. Kau berdoalah. Berdoa supaya Allah tu, lapangkan dada kau, permudahkan urusan kau dan yang paling penting, kau berdoalah agar satu hari nanti, Allah pertemukan kau dengan seseorang yang boleh bimbing kau untuk berubah menjadi lebih baik"

Tiba-tiba Nadzhan teringat pula akan kata-katanya sendiri terhadap Adella petang tadi.

Nadzhan,.. Jangan sampai kau termakan balik ayat kau tu.

Ya Allah,.. Jauhkanlah semua tu dari aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience