BAB 9

Romance Series 6642

(9 bulan kemudian)

Adella hanya memerhatikan saja seorang bayi perempuan didukung oleh Tan Sri Hanif.

Puan Sri Akma dan Hajah Zehra pula kelihatan begitu tersentuh sekali melihat bayi yang baru lahir itu.

Di dalam bilik wad VIP itu, Adella saja yang tidak gembira dengan kehadiran bayi tersebut.

Setelah itu, bayi perempuan itu diambil oleh seorang nurse dan dibawa keluar dari wad.

Entahlah nak dibawa ke mana. Adella tidak ingin mengambil tahu.

"Orang dah habis belajar ni, dapat kerja. Tapi lain pula jadinya kat kamu. Dah habis belajar, dapat anak" pedas betul ayat Tan Sri Hanif.

Adella menjulingkan matanya ke atas. Selama 9 bulan ini, dia sudah lali mendengar segala ayat sindiran padu daripada Tan Sri Hanif.

"Hanif, dahlah tu. Kita kan dah janji takkan bahas pasal hal ni lagi" Hajah Zehra mencelah.

Hm.. Nasib baik ada Nenek.

Hajah Zehra duduk di kerusi yang ada di tepi katil Adella.

Kepala Adella diusap lembut olehnya.

Adell mengukir senyum segaris kepada Hajah Zehra.

_________________________

"London?"

Rina terus berhenti dari menggaul jus oren.

Faiz mengangguk.

"Ya. Kita dah habis belajar. Dah kahwin dah pun. So, kita nak tunggu apa lagi?" kata Faiz.

"Wait. Are you saying that, kita akan pergi honeymoon?" wajah Rina sudah berseri-seri.

Faiz tersenyum penuh makna.

"Are you serious, sayang?!" Rina bagaikan tidak percaya.

"Ya, baby. And,.. For your information, kita akan tinggal kat sana dan mulakan hidup baru di sana" beritahu Faiz lagi.

"Whaattt?! For real?!"

Faiz mengangguk.

"Oh My God, sayang!" Rina bangun dari kerusi dan terus meluru ke arah Faiz.

"Sayanggg! I'm so happyyyyy!" Rina memeluk Faiz.

"Oh My God! Macam tak percaya!" Rina masih lagi dilanda kejutan.

Tergelak Faiz melihat reaksi isterinya itu.

Rina mula merancang banyak benda.

I mean, London kot! London weh London!

Tidak lama kemudian, telefon milik Rina berdering. Satu chat Whatsapp masuk.

"Siapa, baby?" tanya Faiz ingin tahu.

Berubah air muka Rina bila ternampak nama Adella keluar di notificationnya.

"Hm. Perempuan tu lah" jawab Rina dengan muka rimas.

"Dia nak apa lagi?"

"Entahlah"

"Tu lahh you, baby. Banyak kali dah I cakap. Just tell her the truth"

"No! Faiz, you dah gila ke? Memang taklah I akan bagitahu dia pasal kita. Silap silap, dibunuhnya kita ni, tahu tak" jauh betul fikiran Rina.

"Baby, dah nak dekat setahun dah, baby. Sampai bila nak tipu dia? Lagi pun, I dengan Adella dah tak contact pun lagi" kata Faiz.

"Itu you. I dengan dia masih contact lagi. Dia still anggap yang I ni bff dia. Euw! Bodoh siak ex girlfriend you ni" Rina siap membuat muka jeliknya.

Faiz hanya ketawa saja. Dia pun menjamu sarapan di atas meja.

Rina pula membaca chat dari Adella itu.

"What?!"

Hampir tercekik Faiz bila Rina tiba-tiba menjerit.

"Asal?" soal Faiz sambil mengelap bibirnya dengan tisu.

"Adella.."

"Kenapa dengan Adella?" tanya Faiz lagi.

"Adella.. Dia dah selamat bersalin" ujar Rina.

"Seriously? Yeke? Eh, Adella dapat baby apa? Perempuan ke lelaki?"

Rina terus meletakkan telefonnya di atas meja. Dipandang Faiz dengan muka bengis.

"You dah kenapa tanya macam tu? Asal you nak tahu sangat pula pasal baby Adella tu? Kenapa? Sebab baby tu anak you?"

"Sabrina,.." Faiz menekan suaranya.

Faiz melihat sekeliling rumah dengan mukanya yang cuak.

"Apa you ni? Kawallah suara tu sikit. Kalau Mama dengan Papa I dengar macam mana?"

Rina menjeling Faiz dengan tajam. Tahu pun takut.

"You jangan macam macam eh, Faiz. I ni dah jadi isteri you tau. Bukan perempuan simpanan you lagi" kata Rina. Bukan main lagi dia siap menjegilkan matanya ke arah Faiz.

"Ya, baby. I know. I tanya je"

"Tak boleh" Rina menayang muka singanya.

"Okey, fine. I'm sorry" Faiz mengalah. Dia tidak mahu berbalah dengan Rina awal pagi sebegini.

________________________

"Lepas ni, apa plan Adel?" tanya Puan Sri Akma yang mengupas buah epal untuk Adella itu.

Hajah Zehra turut melihat ke arah Adella untuk mengetahui perkara yang sama.

"Plan apa, Ma? Adel tak plan apa-apa pun" jawab Adella selamba.

"Tak plan apa-apa? Adel, anak Adel tu.."

"Ma, please. She's not my baby" Adella memutuskan ayat Puan Sri Akma.

Ih! Bencilah aku! Meluat, tahu tak! Anak, anak, anak! Ihh! Tolonglahh!

"Hanis, Hanis tak boleh cakap macam tu" Hajah Zehra pula bersuara.

"Nek, Hanis tak nak budak tu. Hanis tak nak!"

"Hanis tak nak ke, Hanis nak ke. Bayi tu tetap anak Hanis. Bayi tu darah daging Hanis. Hanis yang mengandungkan dia selama 9 bulan ni"

"No! Budak tu bukan anak Hanis, Nek! Eh, Hanis ni masih mudalah. Takkan nak ada anak pula? Nek, umur Hanis ni, patutnya tengah syok enjoy kat luar sana. Lagi lagi dah habis degree macam ni. Tapi, look at me! Hanis terlantar kat hospital pulak! And.. That's kid,.. Ergh!" Adella tidak sanggup menghabiskan ayatnya.

"Adella, cuba bertenang sekejap. Istighfar. Kamu jangan bercakap seolah-olah tak ada agama. Kamu cakaplah apa pun, kamu nafikanlah sekeras mana pun tapi tetap kenyataan tak akan berubah. Bayi tu tetap anak kamu!" Puan Sri Akma menambah.

"Ma,.. Kalau Mama sayangkan sangat budak tu, ambil je lah dia. Adel tak naklah susahkan diri Adel nak jaga budak" kata Adella.

"Mama boleh je jaga. Baby tu bukan orang lain. Cucu Mama juga. Apa salahnya?"

"Ma! Stop! Cucu? Huh!"

Adella bagai tidak percaya bila Puan Sri Akma boleh pula dengan tenangnya menerima bayi itu sebagai cucunya.

"Tapi Hanis, Hanis kena ingat. Walaupun Mama dengan Nenek yang jaga baby tu, Hanis tetap ibu dia. Hanis ibu kandung dia" Hajah Zehra kembali bersuara.

Adella menutup kedua-dua telinganya. Sungguh dia benci mendengar semua itu! Sangat benci!

Hajah Zehra dan Puan Sri Akma melihat sesama sendiri lalu mengeluh halus. Mereka tidak tahu hendak kata apa lagi untuk memujuk Adella.

"Siapa kata kita akan jaga baby tu?" tiba-tiba Tan Sri Hanif masuk ke dalam ruangan wad itu.

Adella bertambah serabut. Dia tahu, kehadiran Tan Sri Hanif akan menambahkan lagi kekusutan di kepalanya.

"Hanif,.."

"Mak, saya minta maaf. Saya bukan nak kurang ajar dengan Mak tapi Adella ni anak saya. Saya akan ajar dia dengan cara dia" buat pertama kalinya, Tan Sri Hanif tidak akur dengan Hajah Zehra.

Adella dapat mengagak situasi ini akan menjadi lebih hangat.

Tan Sri Hanif melihat ke arah Adella.

"Adella. Kami tak akan jaga anak kamu. Kamu yang cari pasal, kamu pandai-pandailah selesaikan" kata Tan Sri Hanif.

Adella mendengus perlahan. Dia menarik muka bila Tan Sri Hanif berkata demikian.

_______________________

Rina menilik penampilannya buat kali terakhir di cermin.

Dia mencapai sling bag di atas meja lalu menghadap ke Faiz yang sedang bermain telefon di atas katil itu.

"Sayang, I dah siap ni. Hantar I kat pintu, please?"

"Alahhh,.. You pergi je lah sendiri" jawab Faiz yang bukan main rancak lagi bermain telefon secara mengiring itu.

Rina berdecit.

"You ni kan. Kalau dah dapat main game, I pun you abaikan" geram Rina jadinya.

"Sayang, cepatlah. Hantarlah I. Kalau I bertembung dengan Mama nanti, I malaslah dengar dia bising bising. You bukan tak tahu. Mama you tu asyik nak cari salah I je" kata Rina lalu dia mendengus.

"Langgar je lah macam biasa. You ni, macam tak biasa pula" selamba saja Faiz menjawab begitu.

"Jangan nak merepek, boleh tak? Mama you tu dahlah tak suka I. You nak I tambah pula ke tahap tak suka dia tu kat I?"

"Baby, pergi je. Mama ada kat bilik kot"

Rina memeluk tubuh melihat Faiz yang khusyuk bermain game di telefon itu.

Oh, kau nak abaikan aku ya.

"Sabrina!" tak tentu arah Faiz jadinya bila Rina merampas telefonnya.

Rina hanya tersenyum tanpa rasa bersalah.

"Hantar I. Now" arah Rina dengan matanya dibulatkan.

Faiz pun tiada pilihan. Syukur Rina hanya merampas telefonnya. Naknya dia hempas tadi? Ha, sia-sia je.

Faiz dan Rina pun turun ke tingkat bawah bersama-sama.

"Faiz, nak ke mana tu?" tiba-tiba kedengaran suara Puan Fira di situ.

Puan Fira yang ada di ruang tamu itu menapak ke arah mereka. Seperti biasa, dia mengambil tempat di sebelah anak lelakinya.

"Tak ada nak pergi mana, Ma. Faiz nak hantar Rina ke kereta je" beritahu Faiz.

"Ai. Nak ke kereta pun perlu kena hantar ke?"

Rina hanya menayang senyuman palsunya. Dia tahu, Puan Fira sengaja menyindirnya.

"Alah, Ma.. Biasalah. Isteri kan. Siapa tak sayang" balas Faiz.

Puan Fira mencebik.

"Ha Rina. Kamu dah kenapa? Tak ada mulut nak bercakap?"

"Ha? Oh. Em.. Rina nak pergi hospital jap"

"Hospital? Buat apa nak pergi hospital?" tanya Puan Fira.

"Nak jenguk kawan. Dia baru lepas bersalin"

"Kawan? Baru lepas bersalin?"

"Ya, Ma.."

"Hmm.. Budak-budak zaman sekarang. Baru habis belajar, dah kahwinlah, dah bersalinlah. Zaman Mama dulu, semua fikir pasal belajar je tau. Lepas tu, fikir pasal kerja, kumpul duit, kumpul harta. Bila diri tu dah stabil, baru fikir pasal kahwin, pasal anak semua ni"

Rina membuat muka di belakang Puan Fira.

Hm. Orang tua ni. Dah mula dah ayat dia. 'Zaman Mama dulu'. Itu je lah yang aku dengar start dari hari pertama aku kahwin dengan Faiz sampailah dah nak dekat setahun dah ni.

Puan Fira melirik ke arah Rina. Dia sedar, raut wajah Rina jelas tidak puas hati dengannya tapi dia tidak kisah. Memang dia sengaja pun nak sakitkan hati Rina.

"Nak kahwin awal tu boleh, nak dapat anak di usia muda tu tak salah. Tapi, tengoklah juga diri tu. Dah ready ke? Nak jadi isteri, nak jadi ibu ni bukannya mudah" Puan Fira bersuara lagi.

"Ini, kalau masak pun tak reti, kemas rumah pun malas, bangun pun dah tengahari, macam mana nak jadi isteri? Macam mana nak jadi ibu?" sambung Puan Fira.

"Ma,.. Dahlah tu.." Faiz menyudahkan omelan Puan Fira.

"Hm. Okeylah. I dah lambat. I pergi dulu. Bye" Rina meminta diri.

Tanpa bersalaman dengan Puan Fira, tanpa mengendahkan Faiz, Rina terus beredar keluar dari situ.

"Rin,..!"

Faiz mengeluh kecil. Dia berpaling semula melihat Puan Fira.

"Ma, apa ni? Kenapa asyik nak.."

"What? Asyik apa? Asyik cari kesalahan dia? Eh Faiz. Mama tak cari kesalahan dialah. Mama cuma cakap benda yang betul" ujar Puan Fira.

Setelah itu, Puan Fira pun turut berlalu pergi.

Stress Faiz dibuatnya. Yang sorang kerja asyik nak menyerang, yang sorang lagi tak nak mengalah. Haih!

_________________________

"Eklampsia?" tanya Mawar sekali lagi.

Doktor Raqib mengangguk sekali.

"Eklampsia merupakan serangan sawan akibat tekanan darah tinggi ketika hamil" jelas Doktor Raqib.

"Boleh meragut nyawa ke?" tanya Mawar.

"Saya pernah berbincang hal ni dengan Pakar Perunding Obstetriks dan Ginekologi dari Hospital Columbia Seremban. Memang serangan eklampsia ni boleh meragut nyawa" Nadzhan yang turut ada di situ menjawab.

Doktor Raqib dan Mawar memberi perhatian kepada Nadzhan.

"Serangan sawan ni juga boleh mengakibatkan masalah kerosakan organ seperti otak, hati dan ginjal" Nadzhan menyambung penjelasannya.

"Dan, yang lebih teruk, eklampsia juga boleh menyebabkan pendarahan, koma, strok dan maut" tambah Nadzhan.

"Macam mana dengan baby?" soal Mawar.

"Anak di dalam kandungan akan mengalami masalah pramatang dan tak mustahil ia tak akan dapat diselamatkan" kali ini Doktor Raqib pula menjawab.

Doktor Raqib sempat melihat sekilas ke arah Nadzhan. Dia berpuas hati dengan jawapan teliti yang diberikan oleh Nadzhan tadi.

Usai perbincangan, Nadzhan dan Mawar pun keluar dari bilik yang tertera nama Doktor Raqib di pintu itu.

Nadzhan memegang bahunya sambil membuat regangan leher. Nampak sangat dia keletihan.

Mawar tergelak melihat perbuatan Nadzhan itu.

"Depan Papa, bukan main menyerlah lagi sisi kedoktoran awak tu. Kat belakang Papa, barulah awak jadi normal person" ujar Mawar.

Nadzhan ketawa sekilas. Pelik pula ayat Mawar.

"Normal person eh"

Nadzhan menggeleng kecil. Ada-ada je Mawar ni.

"Awak kerja kuat sangatlah, Nadz. Awak kena ingat. Kesihatan awak tu pun penting juga" seperti biasa, Mawar menitip pesan yang sama hampir setiap hari.

Nadzhan hanya tersenyum saja.

Senyuman Mawar pudar sedikit.

Nadz,.. Alangkah bagusnya kalau awak pun pesan benda yang sama dekat saya.

Seketika, Mawar teringat akan sesuatu.

"Oh iya. Nadz, awak tahu tak?" Mawar kembali bersuara.

"Tahu apa?"

"Pasal patient kat wad VIP tu, dia dah selamat bersalin tau pagi tadi" beritahu Mawar.

Langkah Nadzhan terus terhenti. Badan dipusingkan tepat menghadap Mawar.

"Dah selamat bersalin?"

"Ha'ah. Dia dapat baby girl" jawab Mawar.

"Oh.. Okey.. Baguslah kalau macam tu"

Nadzhan kembali menyambung langkahnya.

Jadi.. Adella dah selamat bersalin.

"Awak tahu tak? Diorang kata, baby tu comel sangat tau. Pipi dia merah,.. Bibir dia nipis.. Rambut pun tebal.."

"Er.. Mawar. Saya pergi dulu eh. Ada kerja sikit"

"Oh.. Okey" terkial-kial Mawar bila ditinggalkan begitu saja oleh Nadzhan.

________________________

Sebelum masuk ke dalam bilik wad terpampang nama Hanis Adella itu, Rina terlebih dahulu mencabut cincin dari jari manisnya.

Cincin itu dia simpan dalam beg lalu barulah dia melangkah masuk ke dalam wad.

"Babe,...." Rina meletakkan buah-buahan yang dia bawa di atas meja sebelum memeluk Adella.

Rina melabuh punggung di kerusi yang ada di sebelah katil Adella.

"Mana baby? Baby kau ok tak?" tanya Rina sambil dia melihat sekeliling wad itu.

Adella memutarkan bebola matanya ke atas. Dia merengus perlahan.

"Kau ni. Datang datang tanya pasal budak tu pulak. Aku yang sakit bersalin tau. Budak tu buat apa je? Menyusahkan aku adalah" jawab Adella kasar.

"Eh kau ni. Bercakap macam je budak tu orang lain. Ingat sikit. Budak yang kau cakap menyusahkan tu, bukan orang lain. Anak kau tau. Darah daging kau" kata Rina.

"Ihhh! Dahlah weh. Aku geli, tahu tak? Anak, darah daging semua ni. Ugh! Dahlah. Aku tak nak dengar semua tu"

"Aku bagitahu je.. Janganlah marah"

Adella menggeleng kepala. Rimas dia bercakap pasal hal ni.

"Aku tak nak jaga budak tu" Adella kembali bersuara.

"Maksud kau?"

"Maksud apa lagi? Aku tak nak jaga budak tu lah" kata Adella.

"Habis tu, kau nak suruh family kau jaga?"

"Family aku? Hm. Aku pun diorang susah nak jaga, inikan pula anak aku tu"

Rina diam sejenak.

Kalau Adella tak nak jaga budak tu jadi maknanya apa? Takkan Adella nak bagi budak tu kat Faiz pula?

No! Itu tak boleh jadi. Eee! Faiz dengan aku akan tinggal kat London! Takkan nak bawa budak tu! No! Aku tak nak jaga budak!

"Rin. Kau tahu tak Faiz ada kat mana sekarang?" soal Adella.

"Ha? Faiz?"

Rina menggumpal penumbuk di bawah kerusi.

Aduh! Dah kenapa pula minah ni tiba-tiba tanya pasal Faiz?

"Lelaki tak guna tu, senang-senang je larikan diri. Aku bersumpah. Sampai aku mati pun, aku takkan maafkan dia" ujar Adella sinis.

"Aku nak cari dia" kata Adella lagi.

"What?! Kau nak cari Faiz?" Rina terkejut besar.

Adella melihat Rina dengan dahi berkerut.

"Kau dah kenapa terkejut sampai macam ni sekali?" tanyanya.

"Err.. Tak.. Aku.. Eh, tapi. Adel, kau nak cari dia? Buat apa?" Rina mengubah topik.

"Of course aku kena cari dia, Rina. Mana boleh dia blah macam tu je. Kau tahu tak? Sepanjang aku pregnant, sekali pun dia tak pernah tanya khabar aku. Sejak habis kolej sampailah aku dah bersalin ni, dia langsung tak ada call aku, tak mesej aku" ujar Adella dengan rasa sakit hati.

"Aku nekad. Lepas aku keluar dari wad ni, aku nak pergi rumah dia. Aku nak cari dia" kata Adella lagi.

Rina sudah tidak senang duduk.

"Adel, kau jangan buat kerja gila, Adel"

"Kerja gila apanya?"

"Adel, look. Korang dah hampir setahun tak contact. Tiba-tiba, tup tup kau nak datang rumah dia. Bawa baby pulak tu. Kau tak rasa ke yang,.."

"Rin, kau ni kenapa? Yang kau backup sangat mamat tu asal? Aku ni kawan kau tau. Kau sepatutnya ada kat side aku. Kau kena support aku"

"That's why aku cakap macam ni sebab aku ada kat side kaulah, Adel. Kau tak fikir ke kalau Faiz tu dah ada new life ke sekarang?"

"New life? What new life?"

"Taklah.. Maksud aku,.."

"Aku tak kisahlah, Rin. Aku tak kisah. Dia dah ada new life ke apa ke. Yang penting, aku takkan lepaskan dia. Dia kena bertanggungjawab juga!" Adella tetap dengan pendiriannya.

Rina semakin tidak keruan.

Habislah! Aku kena bagitahu hal ni dekat Faiz.

__________________________

Tiap kali Nadzhan memeriksa keadaan semasanya di dalam wad, Nadzhan dan Adella seperti orang asing.

Adella memerhatikan Nadzhan yang sedang mencatat sesuatu di fail itu.

Tengoklah muka dia tu, bukan main ketat lagi. Vibe dia sekarang ni, sama macam kali pertama aku jumpa dia.

Tapi dulu, at least dia masih nak bercakap juga dengan aku even semua ayat dia tu buat aku rasa nak cekik cekik je dia. Tapi sekarang? Jangan kata nak bercakap, nak tengok aku pakai ekor mata dia pun tak.

"Sampai bila I perlu duduk wad ni? Bila I boleh discharge?" Adella bertanya.

"Lama lagi" ringkas saja jawapan Nadzhan.

"Lama lagi tu sampai bila? Seminggu lagi ke? Dua minggu lagi ke? Atau bulan depan?" tanya Adella lagi. Dia tidak berpuas hati bila Nadzhan menjawabnya sambil lewa.

Nadzhan tidak menjawab. Dia meneruskan saja kerjanya tanpa mempedulikan Adella.

Adella berdecit.

Mamat ni nampaknya dah cop aku perempuan tak baik. Bukan main kerek lagi kau eh.

Yelah, selain dari family aku, dia seorang je lah yang tahu aku tak kahwin lagi.

Papa ada cakap kat aku. Dia beritahu doktor yang 'suami' aku kononnya dah meninggal dunia sebab terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Puik! Meninggal dunia apanya. Faiz hidup hidup je ada kat rumah tu. Entah apa dia buat sekarang. Tengah berfoya dengan perempuan lainlah tu. Dasar buaya!

Adella tiba-tiba berasa lapar. Dia melihat ke meja sebelahnya.

Nasiblah Rina ada bawakan aku buah. Dahlah makanan kat hospital ni tak sedap!

Baru saja Adella hendak mencapai buah epal hijau, Nadzhan terus merampasnya. Ke semua bakul buah itu diambil oleh Nadzhan.

"Apa you ni?! I nak makanlah!" jerit Adella.

"Ahh!" Adella memegang perutnya.

Ya Allah! Sakitnya perut ni!

"Jeritlah lagi. Jerit kuat lagi. Biar jahitan kat perut kau tu, terbuka lepas tu sampai bila-bila pun kau takkan keluar dari sini" Nadzhan bersuara.

Adella memandang Nadzhan dengan tajam sekali.

"Jangan nak merepek, boleh tak? I nak makan buah. Kenapa you ambil buah I?"

"Kau ni dah gila ke apa? Buah-buahan yang ada kat dalam bakul ni, kau tak boleh makan"

Adella kemudian melihat buah-buahan yang ada di bakul itu. Nampak semua macam buah-buahan yang sihat je.

Nadzhan melihat sekilas bakul berisi buah pisang, epal hijau, nenas, betik, manggis dan langsat itu lalu dia menggeleng perlahan.

"Semua buah tu eloklah. Kenapa pula I tak boleh makan?" Adella memang tidak lari dari sikap degilnya.

"Kau sepatutnya makan buah-buahan macam anggur, kurma, walnut, kismis. Kau tu baru habis bersalin bukannya on diet" balas Nadzhan tegas. Dah macam guru besar pulak.

Adella terus diam. Dia akur. Kang kalau aku melawan, aku juga yang terima padahnya.

Nadzhan bersiap-siap hendak pergi dari situ. Dia membawa bakul buah itu sekali.

"Nadz.." Adella memanggil Nadzhan.

Nadzhan berhenti dari melangkah. Dia membelakangi Adella.

"I tahu, di mata you, mesti I perempuan yang teruk kan? Dah ada anak tapi belum kahwin lagi" ujar Adella.

"Kau nak cakap apa ni?" tanya Nadzhan yang masih tidak menoleh melihat Adella itu.

"Umi you tahu pasal I?"

"Kenapa Umi aku perlu tahu pasal kau? Kau bukannya siapa-siapa pun"

"Tapi.. Umi you pernah jaga I dulu"

"Kau jangan nak perasan lebihlah. Umi aku baik kat semua orang. Kalau orang lain ada kat tempat kau masa malam tu, Umi aku akan tolong juga" begitu sinis Nadzhan menjawab Adella.

"Kalau I nak jumpa Umi you, boleh? I nak ucap terima kasih"

"Tak perlu. Benda tu dah lama jadi. Umi aku pun dah tak ingat dah. Sekarang ni, kau jagalah diri kau sendiri. Jaga anak kau elok-elok. Ada suami ke, tak ada suami ke, dia tetap anak kau" ujar Nadzhan sebelum dia berlalu pergi dari situ.

Entah kenapa hati Adella terasa seperti dipukul-pukul ketika mendengar Nadzhan berkata demikian.

Adella menghela nafas berat. Perasaan tak suka Nadzhan dah berubah menjadi benci.

Ahh! Apa-apalah! Aku kisah apa?

________________________

Nadzhan duduk sekejap di kerusi koridor hospital. Fail berisi keadaan semasa Adella dia letak di tepinya.

Nadzhan menghela nafas panjang lalu dia menyandar lemah di kerusi. Dia memicit-micit batang hidungnya sambil menutup mata.

"Nurse, tolong bagi report ni dengan Doktor Intan ya"

Nadzhan membuka matanya bila tiba-tiba mendengar suara Mawar di situ.

Fail tadi telah Mawar ambil dan serahkan kepada seorang jururawat yang kebetulan lalu di situ.

Mawar mengambil tempat di kerusi bersebelahan Nadzhan.

"Are you okey, Nadz?" soal Mawar lembut.

Nadzhan hanya tersenyum segaris.

"Saya okey. Cuma, penat sikit" jawab Nadzhan.

"Macam ni lah kerja kita, Nadz. Ni baru jadi MO. Belum jadi doktor lagi. Kalau kita dah jadi doktor, penat dia double tau" kata Mawar.

Nadzhan tergelak pendek. Dia tahu perkara itu.

"Kalau awak ada isteri, mesti penat awak tu kurang sikit. Yelahh,.. Awak boleh share banyak benda dengan dia. Awak boleh story dengan dia. Awak boleh,.."

"Mawar" Nadzhan mencelah.

"Saya ada Umi. Saya tak perlukan isteri atau sesiapa"

"Nadz,.."

"Mawar, saya rasa, dah tiba masanya untuk awak bagi peluang untuk lelaki lain. Awak perlu buka hati awak untuk lelaki lain" tutur Nadzhan tanpa berselindung.

Nadzhan sudah buntu dengan Mawar yang asyik 'mengusiknya' pasal isteri dan seangkatan dengannya.

Nadzhan kemudiannya bangun dari kerusi. Dia hendak pergi dari situ.

"Nadz, saya akan tetap tunggu awak" Mawar kembali bersuara.

Nadzhan mengeluh kecil. Dia tidak tahu mahu cakap apa lagi.

Mawar turut bangun dari kerusi lalu berhadapan dengan Nadzhan.

"Tapi saya akui, saya dah mula penat tunggu awak. But, saya tak akan mengalah. Saya tahu, satu hari nanti, awak akan terima saya juga" ujar Mawar. Sungguh dia berharap agar perkara itu terjadi.

"Look, Mawar. Saya cuma anggap awak sebagai kawan. Saya,.."

"Itu sebab awak tak bagi saya peluang, Nadz. Awak tak pernah bagi saya peluang"

"Peluang apa? Mawar, dahlah. Awak carilah lelaki lain. Ada ramai lagi lelaki kat luar sana yang jauh lebih baik dari saya"

"Tapi saya cuma nak awak. Kenapa susah sangat awak nak faham?"

"Saya tak faham? Saya ke atau awak yang tak faham sekarang ni?"

Situasi semakin genting di antara Nadzhan dan Mawar. Masing-masing berada di tahap kesabaran yang terakhir.

"Okey fine. Kalau ada sesuatu yang awak tak suka pasal saya, just tell me. Saya akan ubah" Mawar masih berusaha untuk mengambil hati Nadzhan.

"Mawar, please. Hormat keputusan saya. Ini pasal perasaan. Semua ni tak boleh dipaksa"

"Nadz,.."

"Dan keputusan saya tak akan berubah. Sama juga macam perasaan saya pada awak" kata Nadzhan lagi.

Setelah itu, Nadzhan pun beredar meninggalkan Mawar.

Mawar terduduk lemah di kerusi.

Mawar memegang dadanya yang dilapisi shawl berwarna biru itu. Nafas terasa sesak. Tanpa disedari, air matanya mengalir membasahi pipi. Hati Mawar terlalu sakit bila Nadzhan langsung tidak mahu memberinya peluang walau cuma sekali.

Kenapa.. Kenapa susah sangat Nadzhan nak terima aku?

_________________________

Rina memakai losyen di kedua-dua belah tangannya sambil melihat Faiz yang khusyuk bermain telefon di atas katil itu melalui cermin.

Rina bangun dari kerusi dressing lalu merangkak naik ke katil.

Telefon Faiz dia ambil lalu dimatikan.

"Baby, apa ni?" Faiz menayang muka cemberutnya.

"Faiz Zikri. We need to talk. Ada benda penting I nak bagitahu you" ujar Rina.

Faiz melirik ke arah jam dinding. Jarum sudah menunjukkan pukul 10 malam.

"Dah lewatlah. Esok je lah" Faiz mula mengatur posisi untuk baring.

"Nooooo. Sayang! Benda ni penting, tahu tak"

"Esok je lahh. Esok esok. I mengantuk ni"

"Oh! Kalau main game, you tak mengantuk pulak!"

"Sebab main gamelah, I mengantuk" jawab Faiz yang sudah bergulung dengan selimut itu.

Rina berdecit. Dia terus menarik selimut Faiz. Rina membawa muka Faiz melihatnya.

"Sayang. Adella nak datang sini"

"What?!"

Faiz terus terduduk tegak.

Rina memeluk tubuh melihat Faiz. Tahu pun kecut.

"You cakap apa tadi? Adella nak datang sini?" soal Faiz dengan mukanya yang sudah berubah cuak itu.

"Yes. And I yakin, dia takkan lepaskan you macam tu je" kata Rina lagi.

"Eh. Apa lagi dia nak dari I?"

"Faiz, of course dia nak you bertanggungjawab. Anak yang dia lahirkan hari ni adalah anak you. You ingat Adella tu bodoh sangat ke nak biarkan you senang senang lepas tangan?"

Faiz merengus. Dia bangkit dari katil lalu berjalan ke hulur ke hilir dengan rasa gelisah.

"Adella tu degil tau. Dulu, I suruh dia gugurkan budak tu, dia tak nak. Now what? Dia nak libatkan I sekali pulak?"

Faiz mengusap mukanya hingga ke belakang tengkuk.

"Tak boleh jadi ni. Kalau Adella datang ke sini dan bagitahu family I tentang budak tu, masak I. Mesti Papa akan cancel nak bagi company dia kat London tu kat I" ujar Faiz. Dia mula tidak senang hati memikirkan hal ini.

"Faiz, I tak nak Adella tahu pasal hubungan kita ni. Lagi lagi kita dah kahwin. Mati I nanti kena tibai oleh Adella" kata Rina pula. Dia juga mula tidak keruan jadinya.

Faiz cuba untuk memerah otaknya mencari solusi.

Tak guna betullah! Aku ingatkan, bila dah kahwin ni, dapatlah aku lari dari malapetaka ni. Rupa-rupanya, makin teruk adalah!

________________________

Seorang lelaki memakai jaket kulit berwarna hitam memasuki bilik wad yang tertera nama Hanis Adella.

Kelihatan Adella sudah nyenyak tidur. Seorang wanita juga ada di sofa sedang lena.

Bakul berisi buah-buahan yang dia bawa diletakkan di atas meja kecil di sebelah katil Adella.

Lelaki itu kemudiannya melihat ke arah Adella. Satu keluhan berat meluncur keluar dari mulutnya.

Apa sebenarnya aku rasa ni? Perasaan apa yang kerap menganggu aku tiap kali melihat dia ni?

Selimut putih yang menyelimuti tubuh Adella dia tarik lembut hingga ke paras dada Adella.

Usai itu, dia pun mula melangkah pergi dari situ.

"Itu ke buah-buahan yang boleh I makan?"

Langkah Nadzhan terhenti bila tiba-tiba suara Adella kedengaran. Rupa-rupanya Adella belum tidur.

"Kenapa you belikan I buah-buahan ni? I boleh je minta beli dengan Papa I esok" kata Adella.

"Kau kenapa tak tidur lagi?" lain pula persoalan Nadzhan.

"You bagi buah ni atas sebab apa? Sebab you doktor ke..."

"Aku bukan doktor. Aku medical officer kat sini" Nadzhan mencelah.

"Ohh.."

Adella memerhatikan Nadzhan yang masih tidak menoleh ke arahnya itu.

Sejak dari hari pertama dia di sini, Adella tidak pernah bertentang mata dengan Nadzhan. Kalau tak pipi kanan, pipi kiri saja yang dapat dilihat oleh Adella.

"You know what? I tak kisah pun kalau you nak benci I ke.. Nak palau I ke.. Nak fikir yang bukan-bukan pasal I ke. I don't care at all" Adella kembali bersuara.

"Tapi, boleh tak you stop concern pasal I? I tak sukalah orang berpura-pura ambil berat pasal I" kata Adella lagi.

Nadzhan akhirnya berpaling ke belakang melihat Adella.

"Lelaki ni semua sama je lah. Suka sangat permainkan perasaan perempuan" sambung Adella.

Buat pertama kalinya, Nadzhan menatap mata Adella selama 9 bulan ini. Dan saat ini dia sedar. Dari mata Adella, jelas wanita ini sedang menanggung seribu satu kesakitan.

Nadzhan tidak mahu berlama di situ.

"Terserah kau nak cakap apa. Kau tak kisah apa pandangan aku terhadap kau so I will do the same thing. Aku pun tak kisah kau nak cakap apa pasal aku, kau nak fikir apa pasal aku" ujar Nadzhan.

"Lagi pun, kita bukannya kenal. Aku tak ada masalah kalau kau nak fikir apa pun pasal aku" tambah Nadzhan.

Adella terdiam seketika.

Tika ini, Adella berasa sungguh kerdil ketika ini. Sangat hina. Sangat jijik.

Adella tergelak sendiri. Dia mentertawakan dirinya sendiri.

"You're right. Lagi pula, apa je benda buruk yang I boleh fikir pasal you kan" kata Adella.

"You baik. Ada kerja yang elok. You solat and you pun datang dari keluarga yang baik dan happy family. Hidup you perfect" sambung Adella.

"Tak macam I ni. Background I gelap. Life I tunggang-langgang. Sepatutnya masa habis study ni, I cari kerja tapi I ada kat sini pula. Melahirkan anak tanpa suami" tambahnya lagi.

Nadzhan dapat mendengar suara Adella yang mula bergetar itu.

"I tak boleh nak salahkan you kalau you fikir yang bukan bukan pasal I. I sedar diri I ni macam mana. Berbeza dengan you. Bagai langit dengan bumi" ujar Adella lagi.

Adella menundukkan wajahnya. Terasa matanya sudah berair.

"Kau kata hidup aku sempurna?"

"Sekurang-kurangnya kehidupan you lebih baik dari I, kan?" balas Adella lalu dia mengangkat wajahnya kembali melihat Nadzhan.

Nadzhan ketawa pendek. Walaupun dia ketawa, mukanya menunjukkan reaksi yang berlawanan.

Tanpa berkata apa-apa lagi, Nadzhan pun beredar keluar dari situ.

Serentak itu, tangisan Adella pecah. Dia terus menutup seluruh badannya dengan selimut lalu dia menangis semahu-mahunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience