BAB 5

Romance Series 6642

Puan Zulaikha menyelimutkan Adella dengan lembut. Lampu bilik ditutup agar Adella dapat tidur dengan lebih lena lalu Puan Zulaikha pun keluar dari bilik.

Puan Zulaikha turun ke ruang tamu. Kelihatan Nadzhan sedang menonton televisyen.

Puan Zulaikha memerhati Nadzhan seketika.

Hmm.. Mata je tengah tengok TV. Tengok muka je, tahu dia tengah fikir pasal hal lain.

Melihat uminya turun, Nadzhan membetulkan posisi duduknya.

"Umi, macam mana dengan Adella?" tanya Nadzhan.

Puan Zulaikha yang belum lagi melabuhkan punggung di sofa itu, memandang Nadzhan dengan rasa hairan.

"Amboi. Umi belum duduk lagi, kamu dah tanya pasal Adella" kata Puan Zulaikha dengan nada usikan.

"Ingatkan, kamu tak kisah pasal dia" sambung Puan Zulaikha.

Nadzhan berdecit. Dia kemudiannya kembali ke posisi asalnya yang tadi.

"Umi ni,.. Orang tanya je. Dah dia pengsan macam tu, takkan Nadz tak tanya apa apa" balas Nadzhan hendak memback-up dirinya.

Puan Zulaikha hanya tergelak kecil melihat reaksi anak lelakinya itu.

_________________________

Adella terjaga dari tidur.

Aduhhh,.. Kepala aku,..

Adella memegang sisi kepalanya. Masih terasa sakit.

Eh.. Jap.

Adella menyedari ada sesuatu yang pelik di sekelilingnya.

Adella bangun dari pembaringannya. Dia melihat seluruh pelusuk bilik itu.

Asal tiba-tiba cat dinding bilik aku warna kelabu ni?

Adella kemudian melihat ke tepi. Jam loceng digital berwarna putih menunjukkan pukul 5:50 pagi.

Jam 5:50 lagi?! Biar betik?!

Itu tak apa lagi.

Apa yang lebih mengejutkan Adella adalah bila ternampak akan bingkai gambar yang turut berada di atas meja itu.

Adella tercengang. Dia mengambil bingkai gambar yang ada muka Nadzhan itu.

JADI MAKNANYA, AKU KAT BILIK DIA KE NI?!

Adella terus menyelak selimut yang membaluti tubuhnya.

Hufftt! Baju aku masih ada. Seluar pun masih ada.

Ish. Tak boleh jadi ni. Aku kena blah dari sini. Kalau aku kena tangkap berdua dengan mamat tu kat dalam rumah ni, sia sia je TERkahwin dengan dia. Eeeee tak nak aku!

Adella kemudian meletak semula bingkai gambar tadi namun niatnya itu terbantut.

Adella melihat gambar itu.

Keluarga yang kecil. Ada tiga orang saja. Dah tentu tentu kat tengah ni mamat tu.

Oh, dia anak tunggal juga rupanya.

Entah kenapa Adella berasa agak sebak melihat gambar keluarga Nadzhan itu.

Yelah. Tengok dari senyuman mereka bertiga ni, jelas keluarga ini sangat harmoni dan penuh dengan kasih sayang.

Eh. Apa aku buat ni? Aku tak boleh lama lama kat sini.

Adella berhenti dari melayan perasaannya. Bingkai gambar itu dia letak semula di meja.

Adella turun dari katil lalu perlahan-lahan dia berjalan menapak ke pintu.

Adella melihat ke kiri dan kanan. Line clear.

Setelah itu, dia pun berjengket menuruni anak tangga.

Seketika, langkah Adella terhenti. Dia bersembunyi di sebalik dinding. Rambutnya yang terhurai itu dia bawah ke belakang cuping telinga.

Seorang lelaki sedang duduk di lantai sedang membelakangkannya. Lelaki itu memakai kopiah putih dengan berkain pelikat.

Dan baju yang dia pakai tu.

Of course aku kenal. Baju tu aku yang beli tadi!

Adella mencebik.

Solat tapi mulut macam... Eee! Aku rasa nak cili cili je! Adella mengomel pasal Nadzhan dalam hati.

Nadzhan memberi salam yang terakhir.

Adella mula gelabah apabila Nadzhan sudah selesai menunaikan solat subuh.

Adella terus berlari turun ke bawah dan keluar dari rumah itu dengan segera.

__________________________

"Nadz?"

"Umi,.."

Puan Zulaikha yang memakai telekung itu mendekati Nadzhan.

"Nadz,.. Kenapa tak kejut Umi bangun subuh?" tanya Puan Zulaikha dengan muka berkerutnya.

"Lahh.. Nadz dah kejut Umi tadi tapi Umi tak bangun" beritahu Nadzhan.

"Oh yeke.."

"Ha'ah. Mungkin sebab Umi tak sihat kot. Kepala Umi masih sakit lagi? Umi ada makan tak ubat yang Nadz beli semalam?"

"Ada.. Tapi.. Tu lah.. Masih sakitlah kepala Umi ni" kata Puan Zulaikha sambil dia memegang kepalanya.

"Tu lah, Umi. Nadz nak bawa pergi hospital, Umi tak nak. Nak juga beli ubat kat farmasi"

"Ishh.. Tak adapalah. Hospital ke farmasi ke.. Sama je" seperti biasa, itulah jawapan Puan Zulaikha.

"Kat hospital boleh buat check-up, Umi. Kalau.."

"Haaa. Mulalah tu nak ceramah Umi. Dahlah dahlah. Kamu bukannya tak tahu Umi ni. Kalau dah banyak sangat kerja, mulalah sakit"

Nadzhan hanya menggeleng. Dia akhirnya mengalah saja dengan Puan Zulaikha.

"Erm.. Adella dah bangun ke?" Puan Zulaikha beralih pula ke topik Adella.

Nadzhan yang sedang bermain telefon itu hanya mengangkat kedua-dua bahunya.

"Sekarang baru pukul 6:30 pagi. Dia tak bangun lagi kot agaknya, kan?" tanya Puan Zulaikha lagi.

"Tak tahulah pulak. Tapi Nadz kat sini dari tadi, tak nampak pun dia keluar. Masih tidurlah tu" kata Nadzhan.

"Umi nak tengok dialah kejap"

Puan Zulaikha pun beredar dari ruangan solat mereka itu.

Nadzhan pula kekal di situ dengan telefonnya.

Di tingkat atas, Puan Zulaikha menapak ke bilik tengah.

Puan Zulaikha pelik bila melihat pintu tidak tertutup rapat. Dia pun masuk ke dalam bilik.

Puan Zulaikha terkejut bila melihat Adella sudah tiada di katil.

"Nadzhan!"

Terhenti niat Nadzhan hendak meneguk air apabila tiba-tiba Puan Zulaikha menjerit namanya di tingkat atas.

"Nadzhannn!"

Nadzhan bergegas mendapatkan Puan Zulaikha.

"Kenapa ni, Umi?"

"Nadz! Adella, Nadz! Adella!"

"Kenapa dengan Adella?"

"Adella dah tak ada kat bilik!"

Mendengar Puan Zulaikha berkata begitu, Nadzhan membesarkan langkahnya naik ke tingkat atas. Dia berlari dengan melangkah 2 anak tangga.

Nadzhan masuk ke dalam biliknya.

Hanya ada topi milik Adella yang tinggal di atas tilam.

"Nadz, macam mana ni? Adella dah tak ada" Puan Zulaikha sudah resah gelisah.

"Dia dah balik rumah kot" Nadzhan menunjukkan reaksi yang berlawanan.

"Balik rumah? Naik apa? Jalan kaki?"

"Umi, kat depan sana kan ada tempat menunggu. Mungkin dia naik teksi ke, grab ke.. Kita.."

"Kamu pergi cari dia"

"What? Kenapa Nadz pula nak kena cari dia?"

"Nadzhan Aryan. Sekarang ni awal pagi. Ambulans dengan kereta polis je lah yang stand by waktu waktu macam ni"

Nadzhan menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil mencekak pinggang.

"Umi,.. Dia tu dah besarlah. Pandailah dia jaga diri" Nadzhan masih tidak mahu mengikut kata Puan Zulaikha untuk pergi mencari Adella.

"Tapi dia tu perempuan, Nadzhan. Kalau apa-apa jadi kat dia, macam mana?"

"Umi, janganlah cakap macam tu" Nadzhan terus rasa tidak sedap hati bila Puan Zulaikha berfikiran begitu.

"Ha. Tahu pun takut. Dah. Sekarang ni, kamu keluar. Pergi cari Adella sampai dapat. Kamu yang bawa dia balik ke sini lepas tu nak senang senang je lepas tangan"

"Umi, semalam tu, dia pengsan betul-betul kat Nadz, takkan Nadz nak biarkan pula. Mestilah Nadz bawa balik ke sini. Sekarang ni, dia dah balik. Dia dah keluar dari rumah kita, jadi, itu bukan tanggungjawab Nadz lagi"

Puan Zulaikha memeluk tubuh memandang Nadzhan.

Tidak perlu lagi Puan Zulaikha berkata apa, cukup dengan pandangan tajamnya itu membuatkan Nadzhan tidak mampu lagi untuk mengelat.

Nadzhan mengeluh pendek. Nampaknya, dia tiada jalan lain. Kena juga keluar dan cari Adella.

"Okey, okey, fine. Nadz cari dia sekarang" Nadzhan akhirnya mengalah.

Nadzhan terlebih dahulu menapak ke tilam untuk mengambil topi Adella sebelum dia pergi dari situ.

_________________________

Huuaarghhhhh!

Mulutnya terbuka luas menguap.

Adella menyandar di tiang tempat menunggu itu.

Like seriously? Takkan satu teksi pun tak ada?

Dah sejam aku tunggu. Pukul 7 dah ni. Haihh.. Pakcik pakcik teksi ni tak keluar kerja ke lagi? Diorang tak tahu ke, ada seorang penumpang yang cantik molek sedang terdampar kat sini?

Huaarghhhh!

Adella menguap lagi untuk ke sekian kalinya.

Ini dah kali ke sepuluh rasanya aku menguap.

Adella menepuk-nepuk pipinya untuk menyegarkan dirinya. Tak lama, ada juga aku tertidur kat sini ni karang.

*pooootttttttt!

Tiba-tiba, bunyi hon kuat bergema.

"Hoi mak kau terbang ke langit!"

What the..

Kereta BMW x5 berwarna hitam berhenti di tempat menunggu itu.

Cermin kereta diturunkan.

Adella menjulingkan matanya ke atas apabila melihat di kerusi pemandu itu ialah Nadzhan.

"You nak apa?!" Adella masih lagi tidak berganjak.

"Farmasi semalam tu 1 jam dari sini. Kalau kau nak jalan kaki,.."

"No!"

Gila nak jalan kaki?! Patahlah kaki aku!

Adella pun terus masuk ke dalam kereta.

Adella menjeling Nadzhan yang sedang memandu itu.

Cis! Tengok muka ketat dia tu. Nampak sangat dia tak ikhlas nak tumpangkan aku kereta dia ni.

"Kalau tak ikhlas buat sesuatu tu, tak payah buat. You ingat, I tak reti ke jalan ke farmasi tu?" Adella bersuara.

Nadzhan hanya diam.

Nadzhan kemudiannya memanjangkan tangannya ke tempat duduk belakang untuk mengambil topi Adella.

Tanpa berkata apa-apa, dia menghulurkan topi itu ke arah Adella.

Adella mengambilnya dengan kasar lalu dia pakai topi itu.

"Kalau iya pun kau nak keluar dari rumah aku tu, kemaslah dulu tilam aku"

Adella tergelak tidak percaya.

"Pasal tilam pun you nak bising? Seriously?"

"Ikutkan hati aku. Aku nak suruh kau tukar cadar katil aku tu" kata Nadzhan lagi.

"Hey. Setakat cadar you yang entah berapa ringgit tu, I bukan setakat tukarlah. I boleh belikan 10. Tahu tak?!" bentak Adella geram.

"Kalau macam tu, belikan aku sekarang"

Adella mengecilkan matanya melihat Nadzhan.

Eee mamat ni kan! Kecik besar kecik besar je aku tengok!

"You ni kan! Kalau tak ikhlas nak tolong I, tak payahlah tolong! I ada minta tolong you ke?! I ada suruh you bawa I balik pergi rumah you?! Tak adakan?!"

Nadzhan menggeleng kepala.

Kalaulah aku tahu perempuan ni balas perbuatan aku macam ni, baik aku tinggalkan je dia kat pasar malam semalam tu. Biar dia pengsan tengah jalan. 

"Aku boleh terima tau kalau kau susah nak minta maaf. Tapi, dah dalam hal macam ni, kau still juga tak nak ucap terima kasih?" Nadzhan sangat sangat sangat pelik dengan sikap angkuh Adella yang melampau itu.

"Elehh! Nak mengungkit. Dalam hal ni, you salah, tahu tak?! Yang you bawa I pergi rumah you tu dah kenapa?!"

"Kau ingat aku nak sangat ke bawa kau pergi rumah aku? Kalau aku tahu rumah kau kat mana, aku tak payah nak susahkan diri aku nak bawa kau balik pergi rumah aku"

"You ni kan. Muka kacak. Solat pun jaga. Tapi otak letak kat lutut! You tak terfikir ke kalau kita kena tangkap basah kat dalam rumah you tu?! Eh, kalau you terdesak sangat nak kahwin, sorry eh. Bukan dengan I dan bukan dengan cara yang jijik tu!"

Usai Adella menghabiskan ayatnya, Nadzhan tidak mampu menahan ketawanya. Nadzhan ketawa terbahak-bahak.

Adella melihat Nadzhan dengan muka jeliknya.

Dah kenapa mamat ni duk gelak gelak macam orang gila?

"Kau cakap apa tadi? Aku nak kahwin dengan kau?" Nadzhan menyambung ketawanya.

"Aku nak kahwin dengan perempuan tak ada adab macam kau ni? HAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHA!"

Adella mengetap bibirnya. Senang senang je dia cakap aku perempuan tak ada adab?

"Macam ni lah ya, Cik Adella. Apa kata, kau balik rumah nanti, kau cermin diri kau. Kau tengok diri kau. Kau layak ke nak jadi isteri aku?"

Adella semakin mendidih.

"Tak payah sembang pasal nak jadi isteri akulah. Kau fikir. Dengan perangai kau yang macam ni, kau rasa, kau layak ke nak jadi seorang isteri? Dah rasa layak untuk jadi seorang ibu?" Nadzhan 'menghentam' Adella habis-habisan.

Adella terlalu marah sampaikan dia tidak tercakap apa-apa.

Mamat bajet bagus ni betul-betul mencabar tahap kesabaran aku.

Tak guna betullah! Kenapalah aku boleh terjumpa dengan lelaki hati busuk macam dia ni?!

_________________________

Rina keluar dari bilik air hanya dengan memakai bathrobe sampai paras pahanya. Dia melihat Faiz yang sedang bersiap-siap hendak ke kolej itu.

"Kenapa pandang I macam tu? Tak puas lagi semalam?" sengaja Faiz memulakan suasana hangat di antara mereka.

Rina tersenyum gedik.

"I ni kalau boleh, setiap saat nak ada dengan you tau" kata Rina yang mendekati Faiz itu.

"Tapi I tahu,.. You bukan I punya" sambung Rina dengan muka sedihnya. Dia memeluk Faiz dari belakang.

Faiz tergelak sekilas. Dia melihat Rina dari pantulan cermin.

"Baby, siapa kata I bukan you punya? Kalau I ni bukan you punya, I takkan ada kat sini tau" kata Faiz pula.

Rina menempel dagunya di bahu Faiz.

"You I punya ke?" tanyanya. Dia sekadar hendak meraih perhatian Faiz.

Faiz memutarkan badannya. Pinggang ramping Rina dirangkul lalu didekatkan kepadanya.

"Baby, please. Jangan tanya soalan kurang cerdik. You tahu I sayangkan you kan?"

Rina menggumam bibirnya menahan senyum.

"Dah. Sekarang, you pergi siap. Hari ni I hantar you pergi kolej. Okey?"

"You nak hantar I pergi kolej?" Rina seperti tidak percaya.

"Ya. Why?"

"Are you sure you nak hantar I pergi kolej? Kang buah hati you sorang tu nampak kita, macam mana?"

"Alahhh,.. Apa nak takut? Cakap je lah, kereta you rosak ke.. Apa ke.."

"Ha'ah. Lepas tu, Adella akan tanya I, kenapa I tak tumpang kereta dia. Kenapa I mesti nak tumpang kereta boyfriend dia ni" Rina siap mencucuk-cucuk dada Faiz dengan jari telunjuknya.

"Baby, setahun tau kita sorok hubungan ni. Takkan hal macam ni pun kita tak boleh nak handle?"

Rina diam seketika.

Kalau diikutkan, betul juga cakap Faiz ni. Lagipun, apa salahnya? Faiz ni bukan milik Adella sepenuhnya. Faiz ni milik aku juga.

"Okey. I siap jap eh"

"Okey" Faiz duduk di kerusi.

"Hey!" Rina mencekak pinggang melihat Faiz.

"What?"

"Keluarlah. I nak bersiap"

"So? Bersiap je lahh"

"Faiz Zikri. I nak pakai baju. You nampak tak I pakai apa ni?" Rina menunjukkan jubah mandinya itu.

Faiz mengukir senyum seksinya. Senyuman yang telah meluluhkan iman Rina selama ini.

"Kalau I cakap I nak tengok you salin baju?" lidah Faiz bermain di bibirnya.

Rina mulai menguntum senyum.

Faiz mendekati Rina. Tali bathrobe yang terikat di pinggang Rina ditarik perlahan oleh Faiz.

___________________________

"Kereta I kat depan tu je lah. Tak payahlah nak hantar I sampai macam ni sekali" kata Adella kepada Nadzhan yang ada di sebelahnya itu.

Nadzhan hanya diam dengan muka tanpa sebarang reaksi. Dia terus memandang ke depan saja.

Adella menjulingkan matanya ke atas. Eee mamat ni kan!

Semasa dalam perjalanan hendak ke kereta Adella, sesekali Adella melihat ke arah Nadzhan.

Boleh tahan gentleman juga dia ni. Ingatkan, dia nak tinggal aku tepi jalan je tadi memandangkan area sini agak jem. Kereta aku pula boleh tahan jauh dari satu-satunya parking yang ada.

"You ni, jangan mengada-ngada, boleh tak? You turun je lah sini. I malaslah nak u-turn bagai"

"Turun je. Tak ada apa yang nak ditakutkanlah, Adel. I tengok you dari sini"

Adella tiba-tiba pula membandingkan cara Faiz melayannya dengan cara Nadzhan melayannya.

Faiz tu boyfriend aku tapi hm hampeh. Banyak cakap je lebih.

Tapi dia ni,...

Adella sekali lagi melihat ke arah Nadzhan.

Ahh! Mungkin sebab dia risau kalau aku pengsan lagi kot.

Eh jap. Risau?

HAHAHAAH! Bengonglah kau ni, Adella. Tak ada kerja mamat bajet bagus ni nak risau pasal kau.

Adella dan Nadzhan tiba di kereta Porsche Cayenne berwarna putih.

Serentak dengan itu, telefon bimbit milik Nadzhan berdering.

Nadzhan menjawab panggilan itu.

"Hello Umi,.."

Umi?

Adella menyisip rambutnya ke helaian telinga hendak mendengar perbualan Nadzhan dengan Puan Zulaikha.

"Ha'ah. Ada ni ha. Dah sampai dah pun kat kereta dia" kata Nadzhan lalu mengerling ke arah Adella.

Eh? Adella terkebil-kebil.

Umi dia tanya pasal aku ke?

"Okey, Umi. Nadz memang nak balik pun. Malas nak kat sini lama lama. Dahlah katil Nadz kat rumah tu tak berkemas lagi"

Adella tergelak seraya menggeleng kepalanya.

Mamat ni nampaknya tak settle settle lagi dengan aku pasal katil dia tu!

"Okey, Umi.. Assalamualaikum"

Adella memeluk tubuh melihat Nadzhan. Tapak kakinya siap dihentak-hentak ke tanah.

"Now, I nak tanya you. Macam mana Umi you boleh tahu pasal I?" tanya Adella.

"You ni kan. Tak cukup you tak sukakan I. You pergi hasut pula eh Umi you untuk tak sukakan I" kata Adella lagi dengan nada geram.

Nadzhan merengus lalu menggeleng kepalanya. Malas dia hendak layan Adella.

"Dahlah. Aku tunggu kat sini sampai malam pun, kau bukannya nak ucap terima kasih" balas Nadzhan berserta sindiran.

"Aku balik dulu. Umi aku dah tunggu aku kat rumah tu" sambungnya lalu Nadzhan pun beredar dari situ meninggalkan Adella.

Apa?!

Umi.. Umi dia tunggu kat rumah? Jadi, maksudnya.. Aku tak berdua dengan dia masa kat rumah tadi?

Adella menepuk dahinya.

Adella.. Adella.. Kenapalah otak kau ni suka sangat fikir yang bukan bukan? Kan dah malu sendiri! Ish! Padan muka kau!

_______________________

Nasi lemak sudah pun terhidang di atas meja.

Tan Sri Hanif yang memakai kemeja berwarna kuning cair dengan kot yang tergantung di pergelangan tangannya menuruni anak tangga lalu menapak ke ruang makan.

"Awak,.." Puan Sri Akma mendekati suaminya itu bila melihatnya.

"Ha, Akma. Mana semua orang? Mana Mak dengan Adella?" tanya Tan Sri Hanif.

Puan Sri Akma mengeluh halus. Dia duduk di kerusi.

"Adella tak ada kat bilik dia semalam. Entah dia pergi mana" beritahu Puan Sri Akma.

"Apa?! Hish budak bertuah ni! Apa masalah dia ha?! Selalu je buat hal!" Tan Sri Hanif mulai naik angin.

"Awak janganlah nak marah sangat. Adella tu tahu juga jalan balik rumah. Yang kita patut risau sekarang ni, Mak" kata Puan Sri Akma.

"Kenapa dengan Mak?" tanya Tan Sri Hanif.

Puan Sri Akma memuncungkan mulutnya ke pintu utama.

Tan Sri Hanif menoleh ke arah pintu.

Kelihatan Hajah Zehra berjalan ke sana ke sini di luar sana sambil memerhatikan pagar rumah. Dia sedang menantikan kepulangan cucunya. Wajah Hajah Zehra berkerut seribu.

"Mak tu. Dari semalam tak tidur. Dahlah dia buat nasi lemak. Mesti Mak penat tu" ujar Puan Sri Akma.

"Saya dah cakap kat Mak tapi Mak tak nak dengar. Dia nak juga tunggu Adella balik. Saya risaulah kalau Mak jatuh sakit nanti. Awak cakaplah kat Mak" suruh Puan Sri Akma.

"Budak Adella ni kan. Tak sah kalau tak buat hal. Tunggulah dia balik nanti. Tahulah saya nak kerjakan dia!" berubah merah wajah Tan Sri Hanif.

Puan Sri Akma hanya diam saja. Kalau dah suaminya itu mengamuk, tidak ada apa lagi boleh dia buat.

Tan Sri Hanif cuba untuk mengawal emosi marahnya sebelum melangkah ke Hajah Zehra.

"Mak,.."

"Hanis!"

Dalam masa yang sama, Adella tiba di rumah.

Hajah Zehra mengejar Adella sampai ke garaj.

"Nenek,.."

"Hanis! Ya Allah, Hanis! Cucu nenek,..! Kamu pergi mana ha? Semalaman tak balik rumah?" bagai hendak menangis Hajah Zehra dibuatnya.

"Hanis.. Hanis.." Adella tergagap-gagap. Sling bagnya yang ada pregnancy test di dalamnya itu dia bawa ke bahagian punggung.

"Ha. Mak tengoklah perangai cucu Mak ni! Inilah perangai dia yang hari-hari kami hadap!" datang datang saja Tan Sri Hanif di situ, dia terus menengking Adella.

"Kamu pergi mana semalam?! Kenapa tak balik rumah?! Kamu tahu tak, semalaman Nenek tak tidur gara-gara tunggu kamu balik?! Kamu nak tengok Nenek sakit ke?!" jerkah Tan Sri Hanif lagi.

Mendengar Tan Sri Hanif berkata begitu Adella terus berpaling ke Hajah Zehra. Dia lantas dihambat rasa bersalah yang amat.

"Nenek.. Hanis.."

"Dah, dah.." Hajah Zehra terus memeluk Adella.

"Yang penting sekarang ni, Hanis dah balik. Itu yang penting. Itu yang Nenek nak" tutur Hajah Zehra.

Tan Sri Hanif mendengus perlahan. Dia bengang dengan tindakan Hajah Zehra yang memanjakan sangat Adella.

Kemudian, mereka pun masuk ke dalam rumah.

"Hari ni, Nenek buat nasi lemak tau" beritahu Hajah Zehra kepada Adella.

"Yeke Nek?! Eeeee! Bestnyaaaa! Nenek macam tahu tahu je kan yang Hanis rindukan nasi lemak Nenek" kata Adella dengan senyuman lebarnya.

Hajah Zehra mencuit hidung Adella dengan manja.

Setibanya mereka di ruang makan, hidung Adella tidak dapat menerima aroma nasi lemak buatan Hajah Zehra itu seperti sebelum ini.

"Uwerrkkk!"

"Hanis?"

Adella terus berlari ke dapur sambil dia menekup mulutnya.

"Adella!"

Puan Sri Akma, Tan Sri Hanif dan Hajah Zehra mengejar Adella di dapur.

____________________________

Begnya digantung di bahu sebelah kanan manakala beberapa buah buku lagi dia bawa saja dengan tangan.

Kunci kereta di atas dressing tablenya dia capai.

Adella terhenti seketika di hadapan cermin.

Haih.. Rasa rugi betul tak dapat makan nasi lemak Nenek.

Tapi kan. Asal aku tak boleh tahan bau nasi lemak Nenek tadi eh? Masa kat kampung dulu, aku siap tercegat kat dapur lagi tolong Nenek siapkan sambal nasi lemak tu.

Hish. Tak boleh jadi ni. Aku dah makin teruk ni. Aku dah macam bukan aku!

Haih. Apa-apalah!

Adella keluar dari biliknya dan terus turun ke tingkat bawah.

"Adel?" Puan Sri Akma muncul di situ.

"Ya Ma?"

"Nak pergi mana ni, sayang?"

Adella yang selesai memakai heelsnya di pintu itu ketawa sekilas.

"Mama ni,.. Adel nak pergi mana lagi? Nak pergi kolejlah. Hari ni Adel ada kelas" ujar Adella.

"Nak pergi kolej? Adel kan tak sihat. Tak payahlah pergi kolej dulu" kata Puan Sri Akma risau.

"Mama,.." Adella mencapai tangan Puan Sri Akma.

"I'm okey. Mama jangan risau, okey?"

"Yelah tu. Habis tu tadi? Mama perasan kan. Lately ni, Adel asyik muntah-muntah je. Adel ni kenapa sebenarnya?"

Terdiam Adella tatkala soalan itu diajukan kepadanya.

"Adel sakit ke? Adel, kalau Adel sakit, please sayang. Jangan sorok daripada Mama" kata Puan Sri Akma lagi.

Adella hanya tersenyum nipis.

"Nenek mana, Ma?" Adella mengubah topik.

"Ada kat bilik, tengah tidur. Nenek kan tak ada tidur dari semalam" jawab Puan Sri Akma.

"Ohh,.. Emm.. Mama pula? Tak pergi butik ke hari ni?" tanya Adella lagi.

"Kejap lagi Mama pergi. Mama tunggu Nenek bangun dari tidur dulu"

"Oh.. Okeylah kalau macam tu. Adel pergi dulu. Nanti lambat pula nak ke kelas" Adella meminta diri.

"Yelah. Hati-hati, sayang. Apa-apa call Mama tau. Drive elok-elok"

"Okey, Ma. Bye!"

"Bye, sayang"

Adella pun melangkah ke keretanya di garaj. Dia mengeluh panjang.

Apalah nak jadi dengan aku ni? Makin lama, semuanya makin teruk!

__________________________

Langkahnya dilajukan sambil mendail seseorang.

Ish!

Mana pula perginya Rina ni? Penat dah jari-jemari aku ni dari tadi asyik call dia je.

"Adel!"

Tiba-tiba, seseorang memanggil Adella dari belakang.

Adella pun berhenti lalu menoleh ke arah si pemanggil.

Wawa rupanya.

"Adel, ni, aku nak pulangan balik pendrive kau yang aku pinjam hari tu" kata Wawa sambil menghulurkan pendrive berwarna merah jambu itu kepada Adella.

"Oh,.. Ok ok"

"Thanks tau" ucap Wawa.

"Hal kecik je lahh. Eh, aku nak tanya. Kau ada nampak Rina tak? Aku call dia dari tadi tak dapatlah"

"Rina? Oh. Dia ada kat library dengan Faiz"

"Oh ok"

Wait. Faiz?

Adella yang tadi hendak berganjak kembali menoleh ke arah Wawa.

"Wa, kau cakap apa tadi? Rina kat library dengan siapa?"

"Faiz" Wawa menjawab.

"Faiz? Faiz mana eh?"

Tercetus ketawa Wawa mendengar soalan Adella itu.

"Apa kau ni, Adel? Mabuk ke? Faiz mana lagi? Faiz boyfriend kaulah. Faiz Zikri" jelas Wawa.

Adella membeku seketika.

Rina ada dengan Faiz? Kenapa pula Rina boleh ada dengan Faiz?

"Eh, okeylah Adel. Aku nak jumpa Dr Syahira ni. Aku pergi dulu eh. Bye!" Wawa bergegas pergi dari situ.

"Ok Wa.. Bye"

Adella masih terkial-kial di posisinya.

Dalam dia terkial-kial pun, dia masih juga melangkah ke library.

Dah kenapa pula Rina ada dengan Faiz? Diaorang study sama sama ke?

Eh mustahil. Study apanya? Kos pun lain lain.

Sepanjang perjalanan ke perpustakaan, pelbagai soalan menyerang Adella.

Lagi pelik bila Rina tak angkat call aku. Takkan ada dengan Faiz, dia terus lupa aku? Aih. Lain macam.

Adella akhirnya tiba di perpustakaan. Kad namanya yang tergantung di leher diswap ke alat pengimbas sebelum masuk ke dalam. Apabila mesin pengimbas itu berubah warna hijau, Adella pun masuk ke dalam perpustakaan 2 tingkat itu.

Di bahagian bawah, Rina dan Faiz tidak kelihatan. Di tingkat 1 pun tiada.

Adella meneruskan langkahnya ke tingkat 2.

Rina dan Faiz ada di meja hujung.

Adella menghela nafas lega tatkala melihat Rina dan Faiz tidak berdua. Ada beberapa pelajar lain lagi yang menyertai mereka.

Pasangan sejoli, Rizal dengan Lia pun ada sekali di situ.

Hanis Adella! Sampai hati kau fikir yang bukan-bukan pasal kawan baik dengan boyfriend kau sendiri. Apalah kau ni!

________________________

"Hoi!" datang datang dia, Adella memukul lengan Rina dengan bukunya.

"Oik! Ha, datang pun! Asal kau lambat ha?" tanya Rina. Dia menarik Adella duduk di sebelahnya.

"Alahhh.. Kelas tak mula pun kan lagi? Chill lahhh" jawab Adella selamba.

Adella kemudian berpaling ke arah Faiz yang kebetulan duduk di sebelahnya.

"Hai B!"

"Hello sayang. Lambatnya you datang. I rindu, tahu tak?" Faiz membuat muka monyoknya.

"Alolooo.." Adella mencuit pipi Faiz.

Rina menayang muka jeliknya tanpa disedari oleh mereka semua di meja itu. Hatinya terasa panas melihat kemesraan Adella dan Faiz.

Bodohlah kau ni, Rina! Kau pun satu! Yang kau suruh perempuan gedik ni duduk sebelah kau, dah kenapa?!

Kini, kerusi yang kosong di antara Faiz dan Rina tadi diduduk oleh Adella.

Sebenarnya, kerusi tu untuk tangan Rina dan Faiz 'beraksi'.

Rina tidak dapat menahan rasa cemburunya. Dia bangun dari kerusi.

"Babe, kau nak pergi mana?" tanya Adella.

Rina melihat Faiz sekilas.

Tengok tu! Dia langsung tak tengok aku pun! Mentang-mentang dah ada Adella kat sini!

"Sabrina!" Adella menggoyang sekali lengan Rina apabila Rina tidak mengendahkannya.

"Err.. A.. Aku nak cari buku jap" jawab Rina dengan senyumannya.

"Ohh.. Okey"

Wajah Rina kembali bengis bila Adella membelakangkannya.

Rina pergi dari situ.

Faiz sedar Rina sudah pergi. Dia juga tahu, mesti sekarang ni, Rina sedang marah akannya.

"Sayang, I nak cari bukulah. Kejap eh" Faiz pun bangun dari kerusi.

"I nak ikutttt" Adella merengek seperti budak kecil.

"Eh janganlah. You tunggu sini je. Nanti I datang balik, okey?"

"Ishh! Yelahhh"

"Good girl" Faiz mengusap rambut Adella.

Setelah itu, Faiz pun beredar dari situ untuk mendapatkan Rina.

Faiz mencari Rina di satu persatu lorong rak buku.

Rupa-rupanya, Rina ada di paling hujung rak terakhir.

Faiz melihat sekeliling. Hanya ada dua tiga orang pelajar saja yang ada di situ. Masing-masing juga sedang khusyuk belajar.

"Merajuk dengan I eh" Faiz mendakap Rina dari belakang.

"Tak payah pura-pura nak pujuk I lah!" Rina cuba untuk meleraikan pelukan Faiz itu.

"Emmmmm.." hidung Faiz meleret ke leher Rina.

"Sedapnya bau you, baby.. Geramnyaaa I.." Faiz semakin mengeratkan pelukannya.

Rina pula sudah hanyut di dalam pelukan Faiz itu.

"Emmmm.. Baby.. I.. I.. Tak tahanlahh..." sayup-sayup suara Faiz di cuping telinga Rina.

Rina tersenyum sinis.

Tengok Adella. Faiz tetap pilih aku jugak.

Tidak lama kemudian, Faiz dan Rina tiba di meja semula dan mereka mengambil tempat masing-masing.

"B, malam ni you free tak? Jom keluar" ajak Adella. Tangan Faiz dirangkul manja olehnya.

"Oh.. Malam ni?"

"Ha'ah. Jom, keluar. Kita pergi tempat biasa"

Faiz melirik ke arah Rina.

"Rina. Jomlah join sekali" Faiz mengajak Rina.

Adella agak sentap bila Faiz tidak melayannya.

Adella bersandar di kerusi untuk memudahkan Faiz dan Rina untuk bercakap sesama sendiri memandangkan dia duduk di tengah tengah.

"Malam ni? Boleh" Rina pula tidak melepaskan peluang.

"Aku join ya, babe?" Rina kononnya meminta izin Adella.

Walaupun Adella terasa sikit namun dia tidak kisah.

Adella meletakkan tangannya di bahu Rina.

"Boleh. Macam kau tak biasa jadi nyamuk" jawab Adella selamba lalu dia tergelak-gelak.

Rizal dan Lia juga turut ketawa sama. Hanya Rina dan Faiz saja yang tidak memberi respon.

"Rin, aku rasakan, baik kau pergi cari boyfriend. Baru best. Taklah kau jadi nyamuk je" Lia bersuara.

"Perlu ke aku cari boyfriend?" soal Rina dengan muka tidak puas hatinya.

"Perlulah, babe. Takkan kau nak follow je aku dengan Faiz sampai bila-bila?" Adella pula menambah.

"Apa salahnya?"

"Hey, salahlah! Kalau kau asyik berkepit je dengan aku and Faiz, susahlah kitaorang nak bersweet sweet. Kan B?" Adella mendaratkan kepalanya di bahu Faiz.

Faiz menyedari raut wajah Rina sudah berubah.

"Takpalah, sayang. Rina kan bestfriend kita" jawab Faiz.

Adella terus duduk menegak melihat Faiz.

Rina pula sudah tersenyum-senyum di belakang Adella apabila Faiz menyebelahinya.

"B, memanglah Rina bestfriend kita. Sebab tu, I suruh dia cari boyfriend. Jadi, nanti, dia tak adalah sunyi sangat" kata Adella.

"Aku tak rasa pun life aku sunyi, babe" Rina mencelah.

Adella berpaling menghadap Rina.

"Yelah.. Sekarang, kau bolehlah cakap macam tu. Tapi, takkan sampai ke tua kot kau tak nak ada boyfriend?"

"Well.. Mungkin aku tak payah cari kot.."

"Maksud kau?"

"Mungkin.. Boyfriend aku dah ada depan mata"

"Kan! Ya tak iya juga, babe. Mungkin, kau je yang tak perasan lagi" Adella melanggar bahu Rina.

Rina tergelak sekilas.

"Ha'ah.. Atau pun mungkin, kau je yang tak perasan lagi" balas Rina dengan mengukir senyuman palsunya.

Adella yang tidak memahami maksud tersirat Rina itu hanya ketawa saja.

Rina kemudian melihat ke arah Faiz.

Faiz mengenyitkan matanya ke Rina dengan senyuman penuh makna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience