BAB 1

Romance Completed 3360

“AERIL, ibu ni bukan apa, ibu cuma nak tengok Aeril macam orang lain. Bahagia, ada pasangan sendiri,” ujar Datin Saadiah saat minum petang bersama Aeril Zhafran.

“Bu, bukannya Aeril tak nak. Tapi belum bertemu jodoh. Belum ada yang sesuai dengan jiwa Aeril ni,” rungut Aeril sambil menguis-nguis potongan kuih yang terhidang.

“Kamu tu cerewet sangat. Ibu tahu ramai yang berkenan dengan kamu tapi kamu tolak kan? Aeril nak yang macam mana ni? Cuba bagitahu ibu, nanti ibu boleh tolong carikan.” Kata Datin Saadiah lagi seakan menggesa.

“Alah bu, tak payahlah. Selama ni Aeril single pun sebab nak fokus dengan study. Sekarang dah nak grad. Ibu tak payah risaulah, lepas ni confirm adalah bakal menantu ibu tu!” Aeril cuba menyakinkan ibunya.

Datin Saadiah hanya mampu menggelengkan kepala melihat anak tunggalnya itu. Nak kata tak kacak, mustahil pula. Aeril Zhafran yang berdarah kacukan itu sangat diperakui ketampanannya.

Kadang itulah yang membuatkan Datin Saadiah hairan, tidak sekalipun dia mendengar Aeril memiliki teman wanita. Bahkan, dia pernah meminta Aeril untuk berkenalan dengan anak gadis teman-temannya namun ditolak mentah oleh Aeril.

“Entah-entah kamu tu tak..” kata Datin Saadiah dambil meluruskan jari telunjuknya.

“Eh! Ibu ni, Aeril tak macam tu lah. Aeril masih waras lagilah. Kalau orang macam Aeril ni, bila-bila masa je boleh dapat bu.”

“Kalau macam tu, buktikan! Ibu nak sebelum ibu berangkat ke London bulan depan, Aeril dah ada yang namanya kekasih,” tegas Datin Saadiah.

“Kalau tak?” Aeril sengaja menduga ibunya.

“Kalau tak, ibu akan melamar anak Tante Rissa kamu yang study dekat Paris tu. Noktah!”

“Maksud ibu, Jasmin?”

“Ya, Jasmin. Dia cantik, baik. Padan sangat dengan kamu. Ingat, kamu ada sampai bulan depan je kalau tak..” ugut Datin Saadiah sambil tersenyum.

Aeril Zhafran hanya membatukan diri mendengar “tugasan” yang diberikan ibunya. Nak cari memang senang bak kata orang petik jari sepuluh yang datang.

Namun Aeril mempunyai kriteria yang tersendiri dalam memilih wanita yang bakal menjadi kesayangannya. Padanya biarlah wanita tersebut satu-satunya yang pernah hadir dalam hidupnya. Kerana itulah Aeril tidak mahu berpacaran dahulu selagi dia belum menemukan wanita yang sesungguhnya untuk dijadikan kekasih sekaligus isterinya.

AERIL ZHAFRAN buntu memikirkan kata-kata yang berupa ugutan daripada ibunya semalam. Benar, dia tidak pernah bercinta dan sekarang pun dia sudah hampir menamatkan pengajian di universiti swasta tersebut.

Sepanjang dia belajar di situ, bukan tidak ada pelajar perempuan yang minat padanya bahkan ada yang sanggup bertikam lidah semata-mata untuk mengaku Aeril Zhafran adalah “milik” mereka.

Kali ini ibunya benar-benar serius, Aeril Zhafran wajib memperkenalkan teman istimewanya kepada Datin Saadiah, ibu Aeril Zhafran. Tapi siapa?

“Hmm.. Jasmin,” nama gadis Indonesia kacukan Belanda itu meniti di bibirnya. Jasmin merupakan keluarga jauh Aeril Zhafran. Ibu Jasmin adalah sepupu kepada ayah Aeril.

Walaupun masing-masing jauh dari keluarga namun hubungan antara mereka tetap utuh. Aeril akui Jasmin memang gadis yang cantik. Dia sudah beberapa kali berjumpa dengan Jasmin ketika mereka bercuti di Indonesia.

Namun begitu, Aeril tidak dapat merasakan kedekatan dengan Jasmin. Entahlah, mungkin cinta tidak wujud antara dia dan Jasmin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience