BAB 7

Romance Completed 3360

“Aeril, saya ni bukan kaya sangat macam awak. Keluarga saya biasa-biasa je. Saya dapat study kat situ pun sebab dapat tawaran biasiswa. Duit saya cukup-cukup makan je, tu nak bayar ganti rugi I-pad awak lagi?” jelas Arfa.

“Sebab tu awak suka bandingkan orang kaya dengan orang miskin? Arfa, awak dengar ni. Apa yang awak lihat pada orang ni, tak semestinya awak harus lihat pada orang lain. Macam tu juga kalau awak lihat orang kaya yang seorang ni sombong tak semestinya yang lain macam tu juga kan? Sebab tu kita dianjurkan untuk husnuzon dengan orang lain, berbaik sangka. Tak rugi kan? Lagipun beban akhirat orang kaya ni berat lagi berbanding orang yang hidupnya sederhana. Awak faham kan?”

Kata-kata Aeril membuatkan Arfa tertegun. Baru kali ini terbit rasa kagum buat lelaki itu. Sekarang dia mengerti tidak semua yang dilahirkan dalam keluarga yang mewah itu sombong atau berlagak.

Semuanya bermula dari akarnya. Lihat saja Datin Saadiah sendiri, walaupun kaya namun dapat menerima Arfa sesungguhnya. Mungkin nilai itu yang diterapkannya dalan diri Aeril.

Malam itu mereka berbual dan saling meluahkan perihal hidup masing-masing. Saling gelak-ketawa apabila ada cerita yang mencuitkan hati. Tanpa ada yang menyakat atau disakat. Arfa senang begitu dan sama juga dengan Aeril.

“SELAMAT pagi ibu! Arfa mana bu?” Arfa masih tidak kelihatan, mungkin masih berada dalam biliknya. Hari itu merupakan hari keempat mereka sebagai pasangan kekasih. Masih ada tiga hari untuk mereka menamatkan sandiwara ini. Setiap hari yang berlalu terlalu pantas buat Aeril namun tidak bagi Arfa.

“Dekat dapur tu, tengah sediakan nasi lemak sambal sotong kegemaran Aeril.” Aeril terus meluru ke dapur untuk mendapatkan Arfa. Ibunya hanya tersenyum melihat gelagat anaknya. Dia bahagia melihat Aeril bersemangat seperti itu.

“Pandai ke masak!” Sergah Aeril membuatkan Arfa terkejut. Hampir saja senduk ditangannya melayang. Kalau tak, sudah pasti tumbuh tanduklah Aeril detik itu juga.

“Awak ni kan, tak boleh tengok orang senang! Kalau tak kacau saya tak boleh ke?” Tanya Arfa geram. Semenjak mengenali Aeril, mood geramnya semakin menjadi-jadi.

“Tak boleh,” jawab Aeril selamba.

“Apa kecoh-kecoh ni?” Tiba-tiba Datin Saadiah menjengah dapur membuatkan kedua-duanya berhenti bertekak.

“Tak ada apalah bu, biasa gurau-gurau sayang gitu,” ujar Aeril lalu mencubit pipi gebu Arfa.

“Hish! Kamu ni Aeril, ada-ada je. Dahlah, Arfa bawa makanan tu ke meja makan. Nanti terlambat pula kamu nak pergi kuliah.” Datin Saadiah terus meninggalkan pasangan itu.

Arfa segera membawa makanan yang telah disediakan ke ruang makan. Sewaktu melintasi Aeril yang sedang bertenggek di muka pintu dapur sempat dia membisikkan, “tiga hari lagi!”

Demi mendengar kata-kata Arfa, riak wajah Aeril berubah. Mengapa harus Arfa mengingatkan perkara itu. Tidak mahukah dia melupakan segala perjanjian yang telah mereka buat sebelum ini?

Sepanjang hari, Aeril hanya membatukan diri. Langsung dia tidak berbicara sepanjang dalam perjalanan menuju ke universiti. Keadaan yang sama turut berulang ketika kedua-duanya balik ke rumah Aeril.

Semenjak Arfa mengingatkan yang mereka ada tiga hari lagi sebagai pasangan kekasih, hakikat itu meruntun jiwa Aeril. Terasa kesakitan di hatinya. Kadang dia juga tidak mengerti mengapa harus muncul rasa seperti itu. Padahal dia baru saja mengenali Arfa.

Kalau boleh, ingin sekali dia menolak apa yang dia rasakan saat itu adalah cinta. Semakin dia menolak, semakin hatinya pasti!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience