BAB 6

Romance Completed 3360

“Lama jugaklah, 6 bulan macam tu. Ayah Aeril katanya nak bukak cawangan syarikat dekat situ, jadi perlu proses yang panjang. Nak tak nak kena jugalah kami berhijrah ke situ,” jelas Datin Saadiah.

“Ibu, tak payahlah pergi dulu. Minggu depan ke, tak payah terburu-buru,” Aeril tiba-tiba mencelah. Seraya Arfa memandang Aeril. Tajam pandangannya kali ini. Melihat Arfa yang menandangnya sedemikian rupa, Aeril hanya menjongketkan bahunya. Geram Arfa melihat Aeril yang seakan acuh tak acuh tu.

“Kamu jangan nak macam-macam Aeril. Semuanya dah diuruskan, takkan ibu nak tangguh pulak. Sekarang kan kamu dah ada Arfa. Taklah sunyi sangat kan nanti.”

Selajur Aeril dan Arfa saling berpandangan. Masing-masing dengan teguh menyimpan janji dan rahsia yang diukir beberapa hari yang lalu. Mendengarkan itu, membuatkan Aeril terasa sesak. Sepertinya dia tidak sudi untuk menunaikan janji tujuh harinya. Mengapa?

Baru semalam berada di rumah mewah itu membuatkan Arfa tidak lena tidur. Sepicing pun matanya tidak sudi dipejamkan. Lantas dia menuju ke dapur untuk mengambil minuman.

Suasana rumah mewah itu agak sepi ketika itu. Kemungkinan semuanya sudah tidur termasuk lelaki yang sering menyakitkan hatinya sejak akhir-akhir ini. Siapa lagi kalau bukan Aeril Zhafran.

“Amboi, peti sejuk macam ni pasti mahal,” gumamnya sendiri. Dalam dia membelek-belek keadaan ruang dapur itu, Aeril asyik memerhatikannya dari celah pintu. Sengaja dia membiarkan Arfa dengan kelakuan anehnya.

“Ehem! Ehem!” Aeril berdehem nyaring.

“Astagfirullah.. Awak ni kan!” tempik Arfa.

Aeril hanya ketawa lalu berlalu dari situ. Geram Arfa melihatnya. Sejak awal berjumpa Aeril tidak sudah-sudah menyakatnya. Dia pun berura-ura untuk kembali ke biliknya. Sewaktu melintasi ruang tamu, kelihatan Aeril sedang duduk di sofa sambil menahan perutnya. Ketawalah tu!

“Eh, janganlah naik dulu. Jomlah borak-borak. Saya tahu awak tak ngantuk lagi kan? Saya pun sama,” ajak Aeril.

“Yalah tu borak, awak saja nak kacau saya kan. Dahlah, selamat malam!” Arfa melangkahkan segera kakinya, dia malas hendak menatap muka Aeril. Takutnya nanti makin sulit hendak melelapkan mata.

“Arfa! Ini arahan!”

Demi mendengar Aeril berkata begitu Arfa terus mematikan langkahnya. Dipandangnya Aeril sekilas sebelum mengambil keputusan untuk menuruti arahan lelaki itu.

“Macam ni kan bagus, dengar arahan,” ujar Aeril.

Arfa hanya mendiamkan diri, biarlah Aeril dengan mulut becoknya. Melihat Arfa yang mendiamkan diri, Aeril turut tidak bersuara. Suasana kekok kini mencengkam diri masing-masing. Arfa pula sibuk meliarkan matanya ke setiap penjuru rumah mewah itu. Dia masih belum puas menatap keindahannya. Akhirnya, Arfa memulakan bicaranya.

“Aeril, kenapa awak panggil mak awak ibu? Bukan mama? Macam orang kaya yang lain?” Tanya Arfa. Soalan itu agak pelik bagi Aeril.

“Panggil ibu ke, mama ke, mak ke rasanya semua sama je kan? Apa bezanya?”

Arfa hanya mengangguk. Kata-kata Aeril ada kebenarannya.

“Dan soal kaya tu, tak kiralah kaya atau tidak saya rasa tak ada yang membezakan kedudukan kita kat dunia ni..”

Belum sempat Aeril menghabiskan bicaranya, Arfa tiba-tiba mencelah, “kecuali iman dan takwa kan?”

“Pastu kan, kenapa awak tak ada girlfriend? Dengar kata awak antara yang paling hot kat universiti kita,” Tanya Arfa lagi.

“Hot? Daripada saya sibuk-sibuk melayan perasaan cinta and sort of better saya fokus pada study saya. Lagipun saya kenal sangat student perempuan kat situ. Suka sebab apa? Handsome, kaya? Kalau kerana semua tu, sooner or later hubungan yang dibina for sure tidak berkekalan. Sekarang saya nak tanya, kenapa awak sanggup terima untuk jadi kekasih saya semata-mata nak tebus kesalahan awak tu? Saya rasa awak boleh je kan bayar.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience