BAB 3

Romance Completed 3360

“Kalau saya ada girlfriend, taklah saya bersusah-payah minta awak berlakon bagai ni. Lebih baik saya minta awak ganti I-pad saya tu, jimat juga duit. Kalau tak kerana terdesak..” belum sempat Aeril menghabiskan ayatnya, Arfa ketawa mengundang kemarahan Aeril. Bengang pulak Aeril!

“Terdesak? Alah, muka handsome takkan tak ada yang sudi kut. Entah-entah..” Arfa meliarkan pandangannya pada Aeril dari atas hingga ke bawah. Kadang lelaki yang segak macam Aeril ni kemungkinan besar tak minat perempuan! Jahat sungguh apa yang bermain di fikiran Arfa ketika itu.

“Dahlah rosakkan barang aku, sekarang nak ejek aku pulak! Sama je dengan ibu aku tu, terus nak cop orang golongan tu!” Gumam Aeril dalam hati. Geram hatinya melihat Arfa yang tidak henti-henti ketawa.

“Cakap tu berlapik sikit boleh tak! Saya ni tahu batas, nafsu saya ni masih kat perempuan tau. Kalau nak try boleh je..” ugut Aeril. Mendengar kata-kata Aeril membuatkan Arfa serta-merta berhenti ketawa. Takut juga Arfa dek bicara Aeril. Khuatir juga kalau syarat Aeril berubah pula!

“Ok, maafkan saya. Masalahnya sekarang ni, kenapa perlu nak letakkan syarat macam tu? Banyak lagi kan yang boleh awak mintak?”

“Listen, ibu saya nak saya ada pasangan. Jika tidak dia akan melamar mana-mana gadis untuk saya. Sekarang ni saya belum jumpa orang yang betul-betul sesuai untuk saya. Kebetulan awak dah terlanggar saya macam ni dan berhutang pula tu jadi saya nak awak bayar ganti rugi dengan menjadi girlfriend tujuh hari saya. Awak tak payah risau, saya takkan apa-apakan awak. Lagipun ibu saya akan berangkat ke London dalam masa dua minggu lagi. So lepas je dia pergi, awak dan saya tak perlu berlakon as a couple lagi,” jelas Aeril panjang lebar.

Mendengar penjelasan Aeril, Arfa berfikir sejenak. Aeril setia menanti jawapan Arfa. Baginya Arfa tidak akan menolak, jika tidak Arfa terpaksa membayar ganti rugi I-padnya itu.

“Baiklah! Untuk seminggu je kan, so tak ada masalah untuk saya. Tapi awak janji lepas tu hutang saya dikira langsai!” Arfa sekadar mengingatkan. Aeril hanya tersenyum memandangkan sekarang automatis dia sudah mempunyai ‘pasangan’.

“KAU biar betul?” Tanya Farah sekali lagi hanya ingin kepastian.

“Betullah Cik Farah. Seminggu je kut, lepas tu hutang aku tu kira langsai. Bukan susah pun, just acting sebagai girlfriend dia.”

Kejadian yang berlaku di shopping mall itu diceritakan Arfa pada sahabatnya Farah. Farah sendiri pada mulanya agak sulit untuk menerima apa yang diceritakan Arfa.

Namun hanya satu yang menjadi kemusykilan sekarang. Aeril Zhafran? Nama itu seolah-olah pernah didengarnya namun dia kurang pasti.

“Tapi kan, aku macam pernah dengar lah nama dia tu. Entah-entah sama study sini tak,” Farah seakan-akan cuba mengingati gerangan pemilik nama itu.

Dia yakin nama itu pernah didengarnya sebelum ini. Arfa hanya memerhati gelagat sahabatnya itu. Dia malas hendak melayan karenah Farah, hampir setiap pelajar lelaki yang agak handsome di universiti tersebut menjadi bahan kajiannya. Tidak mustahil lah kalau Farah mengenali mereka walau sekadar nama.

“Haa! Sekarang baru aku ingat. Aeril Zhafran, pelajar tahun 3 dari Fakulti Kejuruteraan. Handsome, kaya, segak. Untunglah kau Arfa. Eh, kau nak tahu dia tu kegilaan student perempuan kat sini. Tapi kan aku ada juga dengar cerita tak elok pasal dia ni. Orang kata dia ni..” Farah sengaja tidak menghabiskan bicaranya. Sengaja dia membiarkan Arfa berteka-teki.

“Gay? Macam tu maksud kau?” Tanya Arfa pantas. Tersentak Farah mendengar kata-kata Arfa selajur dia mengiakan.

“Aku pun mula-mula tu anggap dia macam tu. Yalah, muka handsome tapi takkan tak ada yang minat kut. Tapi dia kata, dia tak macam tu. Orang je salah anggap,” jujur Arfa menjelaskan.

“Tapi kan.. Kenapa aku tak tahu langsung pun kewujudan dia kat sini. Yalah, memandangkan dia kan hotstuff tapi aku tak pernah dengar langsung pasal dia,” kata Arfa lagi penuh kehairanan.

“Eh, kau tu baru sem satu. Mana kau nak tahu. Lepas tu tempat kau kalau tak ke hostel, kat fakulti. Tak pun kau lekat je kat library tu.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience