BAB 2

Romance Completed 3360

SEMINGGU berlalu namun Aeril masih Aeril yang sama, tanpa kekasih. Jujur, dia tidak berniat pun untuk mencari teman wanita. Yang dia harapkan pada ketika itu adalah keajaiban.

Dalam masa dua minggu lagi ibunya akan berangkat ke London dan menetap di sana untuk setengah tahun. Terdetik di hati Aeril untuk mengikat mana-mana gadis untuk dijadikan “kekasih kontrak” selama ibunya masih berada di Malaysia.

“Kalau aku ikat nanti takut tak lepas pulak,” gumam Aeril dalam hati.

Petang itu, Aeril menghabiskan masa mencari idea untuk menghindarkan diri daripada kata-kata ibunya yang berbaur ugutan itu. Sedang dia berjalan-jalan sambil mencuci mata di shopping mall tersebut, tiba-tiba dia dilanggar oleh seorang perempuan ketika melintasi sebuah butik pakaian.

I-pad yang tadinya kemas dalam genggamannya terjatuh dan mengalami keretakan. Perempuan yang melanggarnya tanpa sengaja tadi hanya tercengang. Bukan kerana Aeril yang jatuh tetapi kerana I-pad yang kelihatan agak mahal itu.

“Aduh! Awak ni jalan tak pakai mata ke?” Walaupun hanya perlanggaran yang kecil. Aeril sengaja mengerang kesakitan. Saja, biar nampak epik sikit!

“Maaf encik, saya tak perasan. Tadi saya terburu-buru nak ke..” kata-kata Arfa Rasheeda tergantung saat matanya bertentangan dengan mata Aeril Zhafran.

“Handsome, kalah Harry Potter aku!” getus hati kecil Arfa.

“Apa dia? Nak ke? Tandas?” seraya itu Aeril ketawa. Lucu pula dia melihat Arfa yang terkulat-kulat dihadapannya.

Arfa menantang mata Aeril yang tajam memandangnya. “Amboi, sukahati dia je. Nasib baik handsome, kalau tak..” rungut Arfa kecil.

Perlahan-lahan Aeril mengutip I-pad nya yang tersadai di atas lantai. Retak!

“Ni macam mana kita nak buat ni? Atas perlanggaran yang berlaku sebentar tadi, I-pad kesayangan saya ni dah retak dan tak dapat berfungsi lagi,” kata Aeril.

Arfa sedar akan kesalahannya dan dia tahu sulit untuk dia membayar ganti rugi untuk gadget secanggih itu. Sekarang dia buntu. Diamnya kerana sedang memikirkan cara untuk membetulkan kesalahannya.

“Ok, jujur saya katakan saya tak mampu nak bayar untuk baiki I-pad awak tu,” kata Arfa seolah meraih simpati.

“Camtu je? Eh, awak ingat benda ni harga beringgit ke? Dah tu macam mana?” Tanya Aeril. Tanpa dia sendiri sedari, matanya asyik menatap insan yang berada di hadapannya. Cantik pula, boleh ni!

“Haa! Macam ni, saya boleh lepaskan awak dan awak tak perlu bayar satu sen pun,” Aeril bersuara semula memandangkan Arfa yang masih buntu mencari solusi untuk kesalahannya. Tiba-tiba muncul idea bernas Aeril untuk mengenakan gadis yang telah merosakkan gadget kesayangannya.

Sejenak Arfa kehairanan namun dalam hatinya dia bersyukur kerana dapat mengelak daripada mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk menggantikan I-pad tersebut. “Baik juga dia ni, Nampak je sombong,” detik Arfa dalam hati.

“Hmm.. Macam tu je? Kalau saya penuhi syarat yang awak bagi so saya tak perlu ganti, begitu? If that, syarat dia apa?”

Kelihatan Aeril tersenyum nakal membuatkan Arfa sekali lagi kehairanan. Entah syarat apa yang akan dikenakan oleh Aeril untuknya. Sesekali dia memandang sekeliling. Berada berdua-duaan di tengah keriuhan orang ramai membuatkan dia kekok. Ingin sekali dia mengakhiri pertemuan yang tidak dirancang itu.

“Ok, macam ni. Saya nak awak acting jadi kekasih saya untuk seminggu. Cuma satu minggu, lepas tu anggap je hutang awak selesai!” Dengan yakin Aeril menyatakan syarat yang agak aneh bagi Arfa.

“Eh, awak ni betul ke tak? Tak ada syarat lain lagi ke? Jadi kekasih awak untuk seminggu? Kalau kekasih awak sendiri tahu bagaimana? Saya tak nak dianggap sebagai perampas kekasih orang,” rungut Arfa. Pelik lelaki ni, muka handsome takkan single kut!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience