BAB 8

Romance Completed 3360

Keadaan itu berlarutan sehingga hari ibunya berangkat ke London. Petang itu, Arfa menemani Aeril menghantar ibunya ke lapangan terbang.

Arfa menjangka perubahan yang berlaku kepada kaki sakat seperti Aeril itu hanyalah kerana akan berpisah dengan ibunya untuk kadar waktu yang lama. Namun Arfa tidak menyedari punca Aeril berubah begitu adalah kerana dia, bukan kerana Datin Saadiah.

Datin Saadiah turut menyedari perubahan yang berlaku pada Aeril itu. Dia turut menjangkakan hal serupa seperti Arfa.

“Aeril, kenapa monyok je ni. Aeril kan bila-bila masa boleh melawat ibu kat sana nanti? Arfa kan ada kat sini. Arfa boleh jaga Aeril kan?” Tanya Datin Saadiah lantas memandang dengan penuh kasih wajah Arfa.

“Insya-ALLAH makcik,” jujur Arfa langsung tidak memaksudkan itu. Rasa bersalah bermukim dihatinya. Dia telah menipu insan sebaik Datin Saadiah. Dia memandang Aeril dengan penuh penyesalan.

“Ibu tak payah risau. Aeril tahu jaga diri. Nanti ibu kat sana jangan lupa call Aeril tau.”

“Kenapa nak call pulak. Kita skype lah!” kata-kata Datin Zarina mengundang tawa Aeril dan Arfa. Walaupun begitu, jelas di tubir matanya bergenang manik-manik putih. Pasti berat untuknya meninggalkan anak tunggalnya itu.

“Ok, ibu dah patut check-in sekarang. Kamu berdua baliklah. Aeril, ingat hantar Arfa terus ke hostelnya. Jangan melelat pulak,” pesan Datin Zarina. Rambut ikal anak terunanya dibelai lembut. Mesra sekali dipandangan Arfa.

Dengan berat hati, mereka menghantar Datin Zarina dengan pandangan yang sayu. Walaupun Arfa baru beberapa hari mengenali Datin Zarina, namun kedekatan antara mereka tidak dapat dinafikan.

Sulit untuk menemukan orang yang merendah diri seperti Datin Zarina yang langsung tidak memandang taraf. Terdetik dihatinya rasa kagum untuk ibu kesayangan Aeril itu.

Sepanjang perjalanan menghantar Arfa, kedua-duanya hanya berdiam diri. Langsung tiada niat dihati masing-masing untuk memulakan perbicaraan. Hari itu merupakan hari terakhir mereka sebagai pasangan kekasih. Dan selepas hari itu maka terlerailah hutang Arfa pada Aeril.

Aeril tetap tidak mahu bercakap dengan Arfa. Sesungguhnya dia berharap dengan berbuat begitu, rasa yang terbit dalam hatinya akan menghilang.

Namun dia salah, rasa itu semakin hari semakin dalam. Dia tertanya-tanya adakah Arfa merasakan hal yang sama. Ingin sekali dia bertanya.

Sampai saja di hadapan hostel Arfa, Aeril hanya membiarkan Arfa pergi begitu saja. Lama dia di situ. Entah apa yang difikirkannya. Setelah 30 minit kemudian, dia akhirnya membuat keputusan untuk meluahkan kepada Arfa mengenai rasa hatinya. Dia tekad!

Perlahan dia mendail nombor handphone Arfa. Terasa getar dihatinya ketika itu. Dulu dia hanya bercakap dengan Arfa Rasheeda, orang asing yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya.

Sekarang dia akan bercakap dengan Arfa Rasheeda yang sama, namun dia bukanlah orang asing lagi tetapi seorang gadis yang berjaya mencuri hatinya dalam waktu yang singkat.

“Aeril, saya ada lupa sesuatu ke? Or awak ada benda nak bagitahu?” Tanya Arfa seolah mengerti bahawa Aeril sedang memendam segunung beban yang tinggal untuk diluahkan.

“Tak, tapi saya minta awak tinggalkan sesuatu untuk saya. Tolong tinggalkan hati awak dekat saya. Saya janji, saya akan jaga sepertimana saya jaga hati saya,” kata-kata Aeril membuatkan Arfa kehairanan. Di raut wajahnya jelas ingin penjelasan dari Aeril.

“Arfa.. Arfa, saya tahu saya tak patut cakap macam ni but I don’t know why suddenly I fall in love, with you!”

Bait-bait kata Aeril bagaikan halilintar yang merentap hati Arfa. Cinta? Buntu Arfa menghadamnya. Melihat Arfa yang masih mendiamkan diri, Aeril bersungguh-sungguh menjelaskan dan menyakinkan Arfa.

“Arfa, saya serius. Mungkin awak anggap saya main-main tapi apa yang saya cakapkan ni ikhlas dari hati, saya tak tahu sejak bila rasa ni mula muncul dan saya juga tak tau sebabnya. But people said, love doesn’t need any reasons. Bila awak mengingatkan saki-baki hari untuk kita berlakon as a couple entah saya rasa sakit sangat waktu tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience