BAB 9

Romance Completed 3360

Saya rasakan masa tidak berlaku adil pada saya. Terlalu pantas ia bergerak, sedangkan saya mula merasa bahagia bersama awak.”

“Hmm.. Aeril, awak tak boleh macam ni. Jujur, saya senang dengan awak tapi tak bermakna saya mencintai awak. Kalau boleh buat masa ni, saya nak jauhkan diri daripada memikirkan hal berkaitan cinta. Saya nak fokus dengan study saya, saya harap awak faham,” pinta Arfa agar Aeril mahu mengerti.

“Tapi Arfa, tak boleh ke awak bagi sedikit ruang untuk saya? Seminggu tu tak boleh ke kita lupakan? Kita jadikan hubungan yang hanya sandiwara itu sebagai kenyataan. Lagipun ibu saya suka kat awak kan?” Aeril mencuba untuk memujuk.

Dia benar-benar yakin dengan rasanya sekarang ini dan dia ingin Arfa menjadi teman istimewanya. The real one!

“Maaf. Aeril, I’m really sorry. Saya tak boleh. Awak pernah bagitahu kan yang selama awak study kat sini awak tak ada kekasih sebab nak tumpukan perhatian pada pelajaran? Saya pun begitu . saya harap awak hormati keputusan saya. Dan untuk seminggu kita bersama, saya nak ucapkan terima kasih sebab layan saya dengan baik. Jujur, seminggu yang terjadi antara kita tidak akan saya lupakan. Nanti tolong sampaikan salam maaf saya buat ibu awak. Maaf, sekali lagi.”

Tanpa menunggu ucapan Aeril yang seterusnya, Arfa terus berlalu. Dia khuatir semakin lama dia di situ dan mendengar pujuk-rayu Aeril, hatinya akan luluh. Dia harus berpegang teguh pada perkataannya, prinsipnya.

Aeril tidak mampu berbuat apa-apa. Di kejauhan, dia hanya memerhati sosok Arfa yang semakin menjauh dan akhirnya menghilang di sebalik dedaunan pintu hostel.

Sungguh, apa yang dirasakannya ketika itu sangat menyakitkan. Dia tidak pernah merasakan hal seperti itu. Cinta pertamanya, Arfa Rasheeda tidak dapat dia miliki seutuhnya.

“Arfa Rasheeda, saya percaya akan wujudnya kekuatan hubungan antara takdir dan jodoh. Saya yakin kita ditakdirkan untuk bertemu sebegini dan tidak mustahil jodoh untuk kita itu ada. Saya akan setia menanti awak. Selamanya..”

Aeril Zhafran terus meninggalkan perkarangan Hostel Puteri dengan beban hati yang menggunung. Cintanya tidak berakhir disitu kerana cintanya belum lagi bertemu titik mulanya.

Dia yakin akan memiliki cinta gadis manis itu, Arfa Rasheeda. Kelak Kisah Cinta 7 Hari mereka tidak hanya berlangsung selama tujuh hari tapi selama cinta itu wujud dalam hati masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience