BAB 5

Romance Completed 3360

Kedua anak-beranak itu ketawa apabila mendengar Arfa memanggil Datin Saadiah sebegitu. Arfa terkesima seketika lantas dia memandang Aeril yang berdiri tegak dibelakang ibunya. Sempat dia mengenyit mata pada Arfa.

“Makcik panggil Arfa ya. Tak payah nak puan-puan sangat lah. Panggil je makcik. Nanti kalau dah nikah boleh panggil ibu pula,” seraya Datin Saadiah menoleh ke arah Aeril sambil tersenyum. Nikah? Jauh dah ni.

“Ibu ni kan, jemputlah tetamu tu masuk dulu,” saran Aeril.

Petang itu Arfa menghabiskan masa dengan Datin Saadiah, ibu Aeril. Walaupun kaya, namun Datin Saadiah tidak sombong. Malah Datin Saadiah senantiasa merendah diri sepanjang berbual dengan Arfa.

Itulah yang membuatkan Arfa senang berada bersamanya. Aeril hanya menjadi penonton dari kejauhan. Sengaja dia membiarkan ibunya bersama teman wanitanya. Teman wanita tujuh harinya.

Dalam dia menjadi pemerhati, entah muncul satu perasaan halus tatkala melihat Arfa. Nampak tulus saat berbicara dengan ibunya. Namun dia juga berasa bersalah kerana telah menipu ibunya. Sulit untuk dia menggambarkan rasa hatinya ketika ini.

KEESOKANNYA, Arfa menerima panggilan seawal Subuh daripada Aeril. Entah apa yang dimahukan Aeril pada pagi itu.

“Arfa, hari ni kita tak payah jumpa. Lagipun saya ada hal nak diuruskan hari ini,” Aeril memulakan mukadimahnya. Sebenarnya dia sendiri tidak mengerti mengapa dia beria-ia hendak menghubungi Arfa seawal itu. Usai saja menunaikan solat Subuh, dia terus mencapai handphone dan menghubungi Arfa.

“Ya ke? Alhamdulillah..” kata-kata Arfa itu seolah-olah menghiris hati Aeril. Jahat sangat kah dia sehinggakan Arfa sebegitu apabila tidak perlu berjumpa dengannya hari ini. Lantaran itu, dia merancang untuk mengenakan gadis itu.

“Jangan nak bersyukur sangat Cik Arfa Rasheeda. Ok, hari ni memang kita tak perlu berjumpa tapi mulai esok sehinggalah ibu saya berangkat ke London, awak kena bermalam di rumah saya. Noktah! Titik!” tegas Aeril.

“Eh, awak ni waras ke tak? Saya ni perempuan, awak tu lelaki takkan kita nak tinggal sebumbung.”

“Awak jangan lupa, ibu saya masih ada kat rumah. Semua ni permintaan ibu saya. Awak jangan nak tolak sesuka hati pulak. Hutang tu nanti,,” sengaja Aeril mengingatkan Arfa akan hutangnya.

Senang sekali dia berbuat begitu! Hakikatnya, dia tidak tahu dari mana datangnya idea untuk mengajak Arfa bermalam di rumahnya. Secara tidak langsung ibunya termasuk dalam agenda nakal Aeril.

“Hmm.. Nantilah saya fikir dulu. Assalamualaikum!” Tanpa menunggu balasan dari Aeril, Arfa terus memutuskan talian. Semakin menjadi pula Aeril. Kalau tidak kerana hutangnya, sudah pasti Arfa tidak mengendahkan arahan Aeril itu.

“HAI sayang..” Ucap Aeril manja sewaktu menjemput Arfa di hostelnya petang itu.

“Tak payah nak sayang sangatlah! Sini bukannya ada ibu awak pun sampai awak nak berlakon macam tu,” tegur Arfa geram.

“Eleh, memanglah ibu tak ada. Tapi hutang awak tu bernilai tujuh hari sebagai kekasih saya tau. Kalau ditolak-tambah rasanya banyak yang kurang. Tapi memandangkan saya ni baik, hari awak bersama saya berbaki empat hari lagi.”

“Ishh! Dia ni kan asyik dengan hutang dia je. Egois!” bentak Arfa dalam hati. Jelas sekali kerutan di wajahnya saat itu. Aeril hanya tersenyum, puas hatinya dapat mengerjakan Arfa.

Malam itu, Arfa dilayan dengan baik sekali oleh ibu Aeril. Ayah Aeril ketika ini sedang berada di luar negara. Terharu Arfa tatkala menerima layanan yang sebegitu. Serta-merta persepsinya terhadap golongan berada berubah. Tak semua sombong, macam keluarga Aeril.

Entah mengapa Aeril merasa senang dengan kehadiran Arfa dirumahnya. Terasa kesunyian yang mencengkam selama ini pupus sama sekali dengan kehadiran Arfa.

“Aeril kata makcik akan berangkat ke London hujung minggu ni, lama ke?” Tanya Arfa ketika mereka sedang bersantai di ruangtamu rumah mewah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience