BAB 4

Romance Completed 3360

“Haha, yalah Cik Farah aka Cik Google. Hebat juga kau ni kan. Semua kau tahu.” Gelak Arfa. Tidak semena-mena Farah melemparkan bantal ke arah Arfa tanda tidak puas hati dengan Arfa.

TIBA hari yang ditetapkan untuk Arfa memulakan lakonannya. Hari ini bermulalah peranan dia sebagai kekasih Aeril Zhafran. Pagi itu mereka berjumpa untuk briefing mengenai diri masing-masing. Alahai, dah macam apa entah!

“Ok, memandangkan kita dah kenal diri masing-masing, petang ni saya nak bawa awak pergi ke rumah saya. Jumpa ibu saya.”

“Takkan cepat sangat kut. Baru je sehari,” Arfa tidak berpuas hati.

“Cik adik, ibu saya tu dah nak berangkat ke London hujung minggu ni. Awak nak jumpa dia bila lagi? Awak kena ikut kata saya, hutang jangan lupa,” ugut Aeril.

Jelas kelihatan kerutan di wajah manis Arfa. Baru je sehari, Arfa sudah merungut. Apatah lagi seminggu. Mengenangkan hutangnya pada Aeril membuatkan dia akur. Kalau tak, ingin saja dia mengetuk kepala Aeril. Biar dia waras sikit.

“Baiklah, sayang..” Arfa cuba memaniskan roman mukanya. Mendengar Arfa memanggilnya begitu, Aeril tersenyum sendirian. Enak pula didengarnya, menggoda!

Sepanjang perjalanan menuju ke rumah Aeril, Arfa dirundung seribu kegusaran. Ini pertama kali dia akan berjumpa dengan orang tua “kekasih” nya. Macam-macam kemungkinan bermain di fikirannya.

Fikirnya ibu Aeril akan menghalaunya lantaran dia hanyalah gadis biasa yang berasal dari keluarga yang biasa. Seperti yang sering berlaku di dalam drama bila berlakunya cinta antara dua insan yang berlainan darjat.

Gentar seketika Arfa saat melihat villa milik keluarga Aeril. Villa tiga tingkat yang tersergam indah itu menjadi tatapan Arfa. Berkali-kali lipat besarnya berbanding rumah keluarga mereka di kampung.

Lantas dia memandang Aeril dengan seribu pertanyaan. Gusar hatinya untuk melangkah masuk ke dalam villa tersebut. Apabila Aeril berura-ura hendak keluar dari kereta, Arfa segera menahan tangan Aeril.

“Awak, pasti ke ni? Ibu awak terima ke saya? Walaupun sekadar kekasih tujuh hari awak, tapi saya takutlah,” ujar Arfa sambil merenung dirinya sendiri. Baju kurung merah jambu yang dikenakannya hari itu membuatkan dia semakin berasa rendah diri. Sedangkan Aeril dengan pakaian berjenamanya. Layakkah aku?

“Arfa.. Awak tak payah risau lah. Awak ingat ni zaman P.Ramlee ke? Zaman ni tak mainlah macam dalam cerita Antara Dua Darjat tu. Ibu saya baik, jomlah!” ajak Aeril setelah menyakinkan Arfa. Dia kenal ibunya. Ibunya tidak pernah memilih darjat.

Dengan berat hati, Arfa melangkah keluar dari kereta Aeril. Di halaman villa tersebut tersadai 3 buah kereta mewah. Sungguh Arfa tidak pernah menyangka akan menjejakkan kaki di rumah mewah seperti itu. Dia berjalan di belakang Aeril, perlahan.

Semakin dia menghampiri pintu masuk, semakin dia berdebar. Sedang dia melayan rasa gusarnya, tiba-tiba seorang wanita muncul membuka pintu. Macam tahu-tahu ada tetamu yang datang!

Arfa dapat mengagak kemungkinan wanita tersebut berusia dalam lingkungan lewat 40-an. Cantik! Bergaya pula. Arfa yang pada detik itu bercampur-aduk perasaannya berusaha mengukirkan senyuman kepada wanita tersebut dan wanita tersebut turut tersenyum ke arahnya. Demi melihat senyuman itu, rasa gusar Arfa sedikit berkurangan.

“Assalamualaikum,” salam suci itu diucapkan terlebih dahulu oleh wanita bergaya itu. Dengan senyuman yang masih tersisa dibibirnya, wanita tersebut terus mendekati Arfa tanpa menoleh ke arah Aeril.

“Siapa nama?” tanyanya sekadar berbasa-basi.

“Arfa Rasheeda, puan.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience