BAB 10

Romance Completed 11473

“ Abang! Penat! Stop lah kejap!”

Weh! Mengah weh mengah! Gilalah suami aku ni. Joging ke lari? Tahulah stamina dia lebih kuat dari aku. Tapi takkanlah jalan pun dah macam joging. Laju kemain. Penat tau tak?!

“ Laaa. Baru satu round sayang.”

Dia kembali berpatah balik dan duduk di sisi aku. Letih! Aku kerling dia geram. Dan sebab geram aku terus cubit lengan dia.

“ Ouch!”

“ Padan muka! Pergilah sana. Pergi. Biar je saya sorang-sorang dekat sini. Pergilah!” Protesku lantas duduk jauh daripada dia.

Tiba-tiba aku terdengar tawa halus. Of course dari dia. Dan tiba-tiba juga bahuku dirangkul kuat oleh dia. But, do I care? Merajuk ni merajuk.

“ Ala isteri abang ni. comel sangat bila merajuk ye?”

Aku hanya mendiamkan diri. Tak mahu layan. Huh!

“ Nak abang bagi hadiah? Barulah tak merajuk dah.”

Belum sempat aku nak tanya, pipiku terlebih dahulu menjadi kucupannya. Hampeh betul.

“ Eiii! Apa ni?! Pergi lah sana.”

Terus aku bangun dan berjalan meninggalkan dia. Aduhai. Sabar je la dengan dia ni. Tapi bibir ni tetap nak tersenyum selepas apa yang dia buat tadi. Terharu la juga.

“ I will never let you go right? So, just stay with me dear.”

Terlalu dekat kata-kata itu ditelinga aku. aku tahu dia sangat rapat ketika ini. sebab tangan dia pun dah menggenggam erat tangan aku. so, aku biarkan je la.

“ Nak main game tak?” Soalku dengan sengihan jahat.

“ Apa?”

“ Kita lari sampai hujung sana. Siapa lambat kena belanja. Deal?”

“ Okay. Deal. Jom.”

“ Okay. One… two…”

Belum sempat aku habiskan sampai nombor tiga. Aku terus lari meninggalkan dia.

“ Sayang! Tak aci!”

“ Hahaha.”

Ya Allah. Aku bahagia sangat. Ternyata saat dia kembali hadir dalam diri aku. Dia penyeri semula hidupku yang kelam selepas perginya Zam dulu. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih.

“ I got you!”

Pinggangku sudah dirangkul. Tapi aku tetap tersenyum.

“ Abang.”

“ Hmmm.”

“ Kenapa abang still tunggu saya?”

“ Sebab abang sayang isteri abang ni la. Even 4 tahun, abang tak dapat lupakan sayang. Abang sentiasa doa yang sayang adalah jodoh abang. Tapi bila abang dapat tahu sayang dah tunang dengan sepupu abang. Abang redha. Abang undur diri. Tapi dalam diam Zam tu asyik pujuk abang balik sini dan pujuk sayang balik.”

Aku terdiam. Tapi dia tersenyum ke arahku.

“ Rupanya dia dah tak lama. That’s why dia bersungguh sangat ajak abang balik sini dan kahwin dengan sayang. And now I really thank to him. Kalau tidak sampai sekarang kita dua takkan bersama. Kan?”

Aku tersengih. Aku terus merangkul lengannya.

“ Syukur, walau macam mana kuat pun ombak menghempas kita tetap bersama, kerana itu dah namanya jodoh yang tersurat antara kita berdua.’’

Aku hanya tersenyum dan mengangguk kecil tanda setuju. Dikucupnya dahiku. Allah, momen yang berlalu itu janganlah kembali, dan biarkan momen seperti ini sentiasa bersama kami hingga ke akhir hayat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience