BAB 9

Romance Completed 11473

Kejap aku bangun. Kejap aku duduk. Kejap aku jalan. Kejap aku diam. Macam-macam aku buat. Semuanya jadi serba tak kena. Risau pun ada. Takut pun ada. Cuak pun sama. Lebih kuranglah semua tu.

“ Ya Allah! Boleh tak kau duduk diam-diam? Pening aku tengok kau tau tak?”

Aku merengus geram. Dengan rasa tak rela hati. Aku duduk diam-diam tepi katil tu.

“ Ha. Dah kenapa muka masam macam tu? kau ingat cantik?”

“ Rina!”

Terus dia ketawa selepas berjaya membuatkan aku geram. Huh! Sengaja!

“ Rilekslah. Kali ni dia tentu akan datang. Jangan risau. Benda yang sama takkan berulang sayang.”

Aku tersenyum hambar.

“ Aku ni terlalu kejam ke dekat dia Rina?”

Rina tersenyum dan duduk di sisi aku.

“ Tak sayang. Dia sayang kau. Kau pun sayang dia. So apa masalahnya?”

“ Aku selalu buat dia macam-macam. Tapi dia tetap tenang beb. Dia tak pernah merungut. Dia terima saja apa adanya. Kadang-kadang aku rasa macam aku ni tak layak untuk dia.”

Tiba-tiba lenganku ditamparnya kuat.

“ Rina! Sakit!”

“ Tahu pun sakit. Kalau sakit jangan cakap macam tu lagi. kang penampar pula aku bagi. Kau nak?”

Aku tersengih. Tahu salah sendiri.

“ Jangan lah kau nak cakap benda mengarut lagi ye. Jangan fikir apa-apa dah melainkan doa agar majlis hari ini berjalan dengan lancar. Ya? Kalau kau tak mahu pass kat aku.”

Rina pula yang ketawa bila tengok muka cemberut aku. sengajalah tu.

“ Han sayang kau. Dia takkan sayang orang lain la weh. Dah. duduk diam-diam. Buruk lah bila orang tengok. Nanti tak fasal-fasal suami kau keluar balik.”

Giliran lengan dia menjadi mangsa aku. Puas! Tapi dia tak sampai lagi ke? Ya Allah!

“ Dia dah sampai la. Dah habis akad pun. Sekarang aku nak cakap yang dia sedang menuju ke sini. Sengaja aku lengah-lengahkan masa kau. Jahat tak aku? Hahahaha.”

“ What?!”

Belum sempat aku nak tampar lengan Rina. Terjengul pula kepala Han. Terdiam terus aku. Rina pula dah tersengih panjang. Tak guna punya kawan!

“ Okay beb. Suami kau dah datang.”

Aku terdiam. Serta-merta jantung aku memainkan lagu.

“ Saya ingat saya akan kehilangan awak sekali lagi.”

Aku tunduk.

“ Alhamdulillah. Kita dah jadi suami isteri.”

Jari kananku dicapainya lantas menyarungkan cincin pada jari manisku itu. bila tiba giliran aku, aku turut berbuat benda yang sama. Sampailah aku tunduk salam tangan dia.

“ I will never let you again. I’m promise. Thanks Qilah and thanks Zam.”

Dan serentak itu aku rasa sebak. Zam. Terima kasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience