BAB 5

Romance Completed 11473

Tanah kubur yang sudah ditumbuhi rumput itu aku lihat dengan perasaan sayu. Zam. Dah setahun awak pergi. Awak pernah pesan jangan pernah mengalah dan teruskan berusaha walau susah macam mana sekalipun sesuatu benda tu. Ya. Saya faham.

Tapi Han. Awak tahu kan kisah saya dulu. Han tengah usaha dapatkan hati saya kembali. Saya takut Zam. Takut dikecewakan sekali lagi.

Terhambur keluhan kecil daripada mulutku. Agak lama juga aku berjeda depan kubur Zam. Bila agak puas barulah aku beransur daripada situ. Hati rasa sedikit tenang selepas meluahkan segala-galanya even dalam hati.

Bila keluar je daripada pintu pagar masjid, aku ternampak kelibat seseorang yang sangat aku kenal sedang menuju ke arahku. Yang pasti wajahnya itu sentiasa dengan senyuman even aku tak balas langsung senyumannya selama ini. siapa lagi kalau bukan Han.

“ Apa yang kau buat dekat sini?” Soalku dingin.

Ya. Dah seminggu si Han ni asyik mendekati aku. tapi aku masih bersikap dingin dengan dia. entahlah. Kejap suka. Kejap benci. Aku pun tak faham la.

“ Lawat kubur sepupu saya. Awak?”

Aku terdiam.

“ Lawat kubur arwah tunang saya.” Tenang aku ketika berkata.

Sangkaan aku dia sangat terkejut. Tapi aku tengok dia masih tenang seperti tadi. Siap dengan senyuman kecil. Weh! Aku tak faham dengan manusia depan aku ni.

“ Zam. Zamarul. Tunang awak semenjak 2 tahun lalu.”

Kali ni giliran aku pula tersentak. Macam mana dia tahu? Dia ni siapa? psiko ke apa?

“ A…apa yang?”

“ Dia lah sepupu saya Qilah.”

Terus aku memandangnya dengan renungan berkaca-kaca. Ya Allah! Kebetulan apakah ini?

“ Dan dia jugalah paksa saya balik demi mencari semula cinta sejati saya ni. Dia tahu siapa yang awak ceritakan tu. Cuma dia nak berahsia sebab tak nak awak jauh daripada dia sebab saya. Dia tak nak sebab saya awak dan dia berpisah. That’s why dia rahsiakan sampai ke saat ini.”

Aku tergamam. betul-betul tergamam. apakah? Ya Allah.

“ Qilah?”

“ Are you kidding me? Ya Allah. Apakah sedang berlaku ni?”

Aku memicit perlahan dahiku. Melihatkan dia makin mendekat. Pantas aku mengangkat tangan.

“ Aku nak balik.”

Aku melangkah sehingga melepasi dia. Tapi aku sempat lagi dengar kata-kata dia sebelum aku berlalu ke arah kereta.

“ Trust me. We love you so much Nurul Aqilah.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience