BAB 3

Romance Completed 11473

Aku merangkul tangan Rina sekuat hati. Tanda yang Rina tak boleh pergi mana-mana tanpa aku. Aku tengok sekeliling. Tiada seorang pun yang aku kenal. Semuanya muka asing bagi aku. Aduh! Rasa menyesal pula aku ikut Rina malam ni. Aduh!

“ Yang kau genggam tangan aku macam tak nak lepas apa hal?” tegur Rina dengan jelingan geram.

Aku tersengih. Tapi tetap tak melepaskan pegangan.

“ Aku takut kau tinggalkan aku. dahlah aku tak kenal sesiapa dekat sini. Kau tu bukan boleh percaya. Kalau dah jumpa kawan, semua benda kau lupa.” Sempat lagi aku perli dia sambil tengok sekeliling.

Rina kata malam ni majlis jamuan untuk ketua tertinggi syarikat dia yang akan bersara esok. So, majlis ni khas untuk ketua tu. Dan aku dengar lagi, malam ini juga akan berlakunya pelantikan ketua tertinggi baharu. Kira CEO la senang.

“ Ish! Kau ni. Macam lah kau tu budak kecil kan?”

Dengan hati yang tidak rela, aku terpaksa lepaskan pegangan bila RIna asyik menolak tangan aku. Ish! Benci!

“ aku nak baliklah kalau macam ni!” Bentakku geram.

Belum sempat aku nak memusingkan badan. Aku macam terdengar nama aku diseru. Terus aku kerling ke kiri dan kanan. Rina di sebelah sudah tersenyum melihat ke satu arah. Tanpa berlengah aku turut memandang ke hadapan. And aku terkaku di situ. Terdiam seribu bahasa.

“ Han! Datang juga kau. Aku ingat kau tak datang.”

Aku pandang Rina dan Han silih berganti. Tapi tak pula aku membuka mulut untuk bersuara. Aku hanya diam seribu bahasa. Aku sedar, dia asyik kerling ke arah aku.

“ And thanks for this.” Ucapnya sambil melirik ke arah aku dengan senyuman kecil.

Rina sudah tersengih dan menarik lenganku agar rapat sedikit dengan dia. bahuku pula dirangkulnya mesra sambil melihat ke arah Han.

“ Aku tolong setakat mana yang termampu. Selepas ni aku serahkan saja pada kau.”

Terus Rina lepaskan rangkulannya dan menolak sedikit badanku ke hadapan. Nasib baik Han tu jauh sikit dari aku. Kalau tak rapat sangat kedudukan kami.

“ Beb. Aku pergi cari makanan dulu erk. Dan aku tolong jagakan tempat untuk korang berdua. Korang berdua berbuallah dulu.”

Belum sempat aku nak menghalang, dia terus berlalu macam tu je. Ish! Bencinya minah ni! Sengaja! Or yes, memang ini rancangan mereka berdua pada awalnya. Patutlah beria-ria ajak aku malam ni. Hampeh punya kawan! Nasib sayang.

“ You changes a lot.”

Aku terdiam. Aku hanya tengok dengan perasaan kosong.

“ And I really happy to see you tonight.” Dia sambung lagi dengan senyuman.

Aku terus toleh ke arah lain saat menyedari renungan lembutnya itu.

“ Aku tak tahu apa rancangan korang. Tapi aku rasa aku nak balik lah. Tak sedap hati pula bila duduk lama-lama dekat sini.”

Terus aku memusingkan badan ke belakang.

“ But, Aqilah. Please hold on! Please! I really really miss you.”

Aku tersenyum sinis. Tapi tak pula aku membalas kata-katanya itu. Aku membuat anggukan kecil walaupun aku tak tahu sama ada dia nampak atau tidak.

“ Jangan ucap benda yang kau sendiri tidak yakin. Hanya ungkap tanpa bukti. Tak bawa makna apa-apa dekat aku lah Han. Lagipun dah 5 tahun berlalu. Aku pun dah lupakan segala-galanya. So please. Jangan cari aku lagi. Antara kita nothing change! Nothing!”

Terus aku mengangkat kaki daripada situ. Rina pun aku tidak pedulikan. Yang penting aku nak balik! muktamad!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience