BAB 2

Romance Completed 11473

Sekejap aku toleh ke kiri. Sekejap aku toleh ke kanan. Tapi aku masih belum membuat sebarang pilihan. Haish! Cepatlah Qilah! Nak pilih baju je pun. Tapi tu pun lambat. Bukannya kau nak ke mana pun. Sekadar nak pergi jamuan makan aja pun. Aduh! Kenapalah dengan aku ni?

“ Qilah! Kau dah siap ke belum?”

Aku menepuk dahi perlahan. Sedar tak sedar dah setengah jam berlalu. Tapi satu apa pun aku tak siap lagi. Habislah kena dengan makcik tu nanti.

“ Bagi aku setengah jam!”

Semua ni makcik tu punya fasal. Tak fasal-fasal aku kena teman dia ke jamuan makan di syarikat dia tu. Kalau tak ikut nanti merajuk pula. Siapa yang susah nanti? Aku juga.

“ Lambat aku tinggal!” Laungnya lagi dari bawah.

Aku tersengih jahat. Kena tinggal? Lagi bagus!

“ okay! Tinggallah! Aku tak kisah!”

“ No way! Cepat!”

Terus aku tertawa kecil. ceh! Cara tu nak tinggalkan aku? Jangan percaya. Okay Qilah. Sekarang kau perlu pilih baju kurung yang sesuai. Jangan melengahkan masa. Times up!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience