BAB 4

Romance Completed 11473

Aku pandang diri aku depan cermin. Serentak itu juga wajah yang aku cuba maniskan daripada perjalanan balik sampailah ke rumah bertukar muram. Dan akhirnya setitik demi setitik air mata aku jatuh ke pipi. Tanpa aku pinta pun.

Farhan atau lebih dikenali dengan panggilan Han. Dia bekas senior aku di UITM. Dia juga lelaki pertama yang membuatkan aku jatuh cinta. 5 tahun lalu, kami berkawan. Rapat sangat. Sampai aku rasa aku dah betul-betul cintakan dia. Dan satu hari tu dia ajak ke arah lebih serius.

Katanya nak bertunang. Aku masa tu memang gembira dan dengan rasa syukur menyambut kata-kata dia tu dengan senang hati. Sebulan lepas itu, ikutkan tarikh dan hari kami akan ditunangkan selepas seminggu habis final exam.

Tapi semuanya bagaikan sia-sia. Keluarga dia tak datang pun. Bahkan call apa pun tak. Sedangkan semua family aku dah berkumpul. Aku lah orang yang paling sedih dan malu time tu. Orang tua aku sangat kecewa dengan Han. Mujur mereka tidak salahkan aku.

Selepas peristiwa itu aku terus buang semua barang-barang dia. Nombor dia aku delete. Aku dah tak ambil peduli tentang dia. hampir setahun juga barulah aku berjaya lupakan dia. sampailah aku jumpa dengan arwah Zam. Masa tu aku baru menceburi bidang pekerjaan. Zam la banyak tolong aku.

Zam jugalah orang yang membuat aku jatuh cinta kembali. Tapi sayang, kami tiada jodoh. Zam pergi dahulu meninggalkan aku kerana sakit kansernya. Dan aku dah lama redha tentang itu.

Tok! Tok!

Air mata yang mengalir laju ke pipi aku terus seka. Wajah cuba dimaniskan walaupun nampak sangat sedih. Tapi, arh! Pedulikan.

“ Qilah!”

Perlahan-lahan aku membuka pintu bilik. Terpampang lah wajah Rina yang sangat mencemaskan itu. Aku pandang dia dengan renungan kosong.

“ Maaflah balik tak cakap.” Ujarku perlahan.

Rina tiba-tiba memeluk aku. Lepas tu aku dapat dengar tangisan kecil dia. Aku tak pula bertanya kenapa. Sebab hati aku pun tak tentu arah sekarang ni. Aku biarkan je dia sampailah dia meleraikan kembali pelukan.

“ Dia ada dekat bawah.”

Terus aku menolak Rina jauh dari aku. Aku pandang Rina dengan pandangan tajam.

“ Kau tak faham bahasa ke? Kau suka ke tengok aku derita macam ni?”

“ Tapi kau perlu tahu hal yang sebenar! Kau tak boleh salahkan dia sepenuhnya tanpa tahu hal sebenar! Kau tak tahu!” Bentakkan Rina mengejutkan aku.

Tapi tak pula aku membalas kata-katanya.

“ Ada sebab kenapa dulu dia tak hadir Qilah. Kau perlu dengar penjelasan dia. Aku tak nak kau tuduh tanpa bukti.”

Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Rina memandangku dengan senyuman.

“ Dia call. Dia ada dekat luar. Lepas kau tenangkan diri kau. Kau turunlah jumpa dia. Aku masuk bilik dulu. Nak bersihkan diri.”

Rina berlalu dengan senyuman. Aku saja yang masih termangu-mangu depan pintu bilik. Tak tahu nak buat apa. Telefon bimbit still berbunyi. Aku pandang skrin telefon dengan hati yang berat. Aku takut. Ya Allah. Apa patut aku buat ni?

Akhirnya, dengan rasa yang bercampur aduk aku menyambut panggilannya.

“ Helo. Qilah.”

Aku mendiamkan diri. Tak ada niat nak menjawab.

“ I know you hear me. Please. I want to see you. Kejap je. Please.”

Terus aku meletakkan panggilan. Aku meraup wajahku perlahan. Bila rasa dah okay sikit, aku terus turun daripada tangga. Tudung yang senget benget aku perbetulkan. Sampai bila aku nak lari daripada dia? Cepat atau lambat aku tetap akan berjumpa dengan dia juga. Dan maybe ini saatnya.

Aku membuka pintu utama dengan perlahan lahan. Saat aku membuka pintu, aku dapat tangkap kelibat dia yang sedang elok menyandar di pintu kereta Hondanya itu. Dengan langkah perlahan aku keluar daripada rumah dan mendekati dia. Tapi dekat sangat tak lah. Adala dalam 5 langkah lagi.

“ Thanks Qilah.”

Aku hanya mendiamkan diri.

“ Kau boleh cakap sekarang. Tolong cepat sikit. Aku ada hal lain pula lepas ni.” Dingin aku berkata. Tanpa sikit pun aku tengok ke arah dia.

“ Qilah. Why you?”

“ Huh?” Terus aku menoleh ke arahnya. Tak faham.

Han tersenyum.

“ Why you? Kenapa awak yang saya masih cintai sampai sekarang? Kenapa awak yang saya masih rindui sampai sekarang? Why you Qilah?”

Aku tersentak. Tapi tak ada hati nak menjawab.

“ Sebab awak sudah ditakdirkan untuk saya. Kan?”

Aku terus tersenyum sinis. Aku tengok dia dengan riak wajah yang tak percaya.

“ Are you kidding me?” Sindirku pedas. Tapi dia tetap tersenyum.

“ Awak boleh cakap apa saja dekat saya. Sindir ke perli ke marah ke, saya tak kisah. Sebab itu pun dah cukup buatkan hati saya lega. Dapat tahu keadaan awak hari ni pun dah cukup buatkan saya happy. Thanks Qilah.”

Aku tergamam.

“ One more thing Qilah. Saya tak pernah lupakan awak sekalipun even dah 5 tahun berlalu. Hanya Allah saja tahu apa perasaan saya ketika itu. I won’t forget Qilah. Never. And of course I won’t give up on you. This is my promise.”

Aku terbungkam. Sekali lagi. Air mataku mengalir ke pipi. Han. Kenapa kau yang Allah pertemukan kembali? Astagfirullah. Tak baik pertikaikan kerja Allah.

“ Up to you.”

Kakiku terus melangkah untuk masuk ke dalam rumah. Tapi sekali lagi aku terhenti saat dengar kata-kata dia sebelum akhirnya aku terus masuk ke dalam tanpa pedulikan dia.

“ I love you and because of that I won’t give up.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience