BAB 8

Romance Completed 11473

“ Qilah. Saya tak tahu apa akan jadi selepas ini. Tapi saya nak awak tahu ada seseorang yang sangat sayangkan awak di luar sana. Dia sedang tunggu awak. Saya harap awak dapat terima dia.”

Tiba-tiba kata-kata Zam suatu ketika dahulu kembali bermain dalam fikiran aku. Aku tersentak. Kata-kata itu hadir saat Han berdiri betul-betul depan aku. Zam. Adakah Han yang awak maksudkan?

“ Maaflah. Adik saya ni suka sepahkan barang sikit.”

Aku terdiam. Aku hanya melihat dia mengangkat baju-baju kotor serta kemaskan sikit ruang tamu itu. Aku melihat sekeliling. Simple saja. Rumah orang bujang seperti dia dan adik dia tu. Rasanya tak perlulah nak bermewah sangat. Kan?

“ Kak Qilah!”

Serentak kami berdua menoleh ke arah tangga. Ya! Itu dia Muhammad Firas. Adik kepada Muhammad Farhan. Senyuman tipis aku hadiahkan kepada dia. Dah besar panjang pun dia.

“ Along. Kenapa tak cakap yang kak Qilah nak datang?”

“ Along pun tak tahu dia nak datang. Firas duduklah berbual kejap dengan kak Qilah. Along nak ke dapur kejap.”

Selepas dia berlalu, aku terus melabuhkan punggung di sofa dan diikuti oleh Firas. Tersenyum saja aku tengok Firas sekarang ni. Dah jauh beza sangat dari 5 tahun lalu. Agaknya apa khabar mak dan ayah dia ya.

“ Firas. Mak ayah mana?” Soalku ingin tahu.

Tapi, apa yang aku lihat sekarang. Riak wajah dia bertukar terkejut dan muram. Mulutnya terkunci. Tak kata apa-apa. Diam. Aku pelik. Kenapa pula ni?

“ Firas?”

“ Akak tak tahu ke?” Dia tersenyum hambar ke arah aku.

Aku menggelengkan kepalaku perlahan.

“ Tahu apa ni Firas? Ada sesuatu yang akak tak tahu ke?”

“ Akak datang sini sebab dah maafkan along ke?”

Aku tersenyum hambar. Maaf? Maybe. Kalau tidak aku tak jejakkan kaki ke rumah dia. Maybe aku nak cari jawapan kenapa dia tak hadir dulu.

“ Akak nak tahu kebenaran Firas. Akak nak tahu kenapa dia tak hadir masa pertunangan kami dulu. Akak rasa akak yang terburu-buru dulu sebab terus buang dan lupakan along kamu tu. Akak rasa akak perlu dengar penjelasan dia juga. Akak tak nak jadi selfish.” Terangku dengan senyuman kecil.

Firas tersenyum kecil. Tiba-tiba dia bangun dan melangkah ke arah satu almari di ruang tamu tersebut. Aku perasan dia keluarkan sepucuk surat. Tak tahu surat apa. selepas itu dia kembali duduk di tempatnya.

“ Nah. Untuk akak.”

Aku menyambut hulurannya itu dengan kerutan di dahi. Surat apa ni?

“ Dari abang Zam untuk akak. Dia minta Firas berikan pada akak bila akak benar-benar dah maafkan along. Akak bacalah. Firas ke dapur dulu nak tolong along.”

Dengan tangan yang terketar-ketar, aku buka kertas itu dan baca.

Ke hadapan tunang saya yang disayangi.

Maaf sebab time awak baca surat ni saya dah tiada. Saya juga harap awak betul-betul dah maafkan Han atas kesilapan dia dulu. Tapi dia tak sengaja sayang. Saya tak tipu yang dia betul-betul sayangkan awak. 4 tahun dia menjauh dari awak. Dan saya tahu sebab dia tak hadir time pertunangan korang tu.

Sebenarnya, dalam perjalanan, kereta orang tua Han terlibat dalam kemalangan. Dan kemalangan tersebut boleh dikatakan kemalangan yang sangat teruk pada tahun tu. Kereta mereka dilanggar sebuah treler. Tak cukup dengan tu, kereta-kereta yang turut ikut untuk ke rumah awak terus rempuh kereta orang tua Han tanpa sempat tekan brek. Semuanya berlaku mengejut.

Han dan saya selamat sebab kami keluar lambat time tu. Bila kami baru keluar, kami dapat panggilan. Terus kami menuju ke hospital. Memang time tu saya suruh Han telefon awak cakap kenapa tak dapat hadir. Tapi emosi Han time tu sangat tak stabil. Dia sangat sedih. Dia Cuma kata biarlah. Dia tak nak awak risau keadaan dia. dia tak nak awak tahu perasaan dia time tu. saya cuba bantah. Tak patut biarkan bakal tunang macam tu. Tapi dia hanya senyum. Lepas tu dia turut pengsan.

Aqilah. Semua orang dah tahu mengenai berita ni sehari selepas dia tak hadir. Kecuali awak. kerana awak terlalu sedih, marah dan kecewa. Semua bertindak untuk mendiamkan diri. Han pun tak nak kacau awak dan nak biarkan awak hidup bahagia. Tapi dia tak pernah lupakan awak sayang. Saya rasa itu saja yang saya mampu cakap. Saya pun dah letih sangat ni. Haha.

But just one thing I want you to know. I love you. Han also love you. Tapi hanya seorang saja dapat miliki hati awak. Orangnya adalah dia. Tolong Qilah. Bukakan pintu hati awak semula untuk dia. saya Cuma nak tengok awak bahagia dengan sepupu saya. Saya pergi nanti tak lah rasa sedih sangat. Okay Qilah. Masa saya dah tak banyak. Saya harap awak bahagia dengan Han.

Sincerely Zamarul.

Kertas itu terlepas daripada genggaman aku. Air mata turut mengalir laju ke pipi. Bila terasa ada yang mendekati, aku terus mendongakkan kepala. Firas. Dia dengan senyuman hambar melihat ke arah aku. Dia mengangguk perlahan.

“ Itulah cerita sebenarnya akak. Rahsia terbesar yang along simpan sampai sekarang.”

Aku menekup wajahku perlahan. Ya Allah! Kejamnya aku! Kenapa aku tak tahu? Kenapa?

“ Firas! Qilah! Jemput minum!”

Han hadir bersama dulang minuman di tangan. Dia mendekati kami dan meletakkan dulang dengan perlahan-lahan di atas meja. And then dia terus melihat aku. dahinya jelas berkerut selepas tengok aku. Aku tahu dia hairan kenapa wajah aku penuh dengan air mata.

“ Firas. Kau buat apa dekat akak?” Serius Han menyoal.

“ Bukan Firas.” Halangku sebelum dia menyalahkan Firas sepenuhnya. Firas yang mendengar kata-kata aku itu tersenyum kecil. terus dia berlalu naik ke atas. maybe nak beri ruang untuk kami.

“ habis? Awak okay ke tak ni?”

Aku tunduk dan mengambil semula surat tadi. Aku serahkan pada dia. bila tengok dia baca, aku tahu dia tahu isi surat tu. perlahan-lahan dia meletakkan surat itu di atas meja. Tajam dia merenung aku. tapi bibirnya mula mengukirkan senyuman.

“ Jadi awak dah tahu? Aduhai. Kenapalah semua orang beritahu awak?”

Han meraup wajahnya perlahan lantas melihat ke arahku.

“ Kenapa Han? Kenapa awak rahsiakan dari saya selama ini? Saya berhak tahu Han!”

“ Sebab saya tak nak awak terlalu risaukan saya. Saya tak nak awak bersimpati dengan keadaan saya. Saya tak nak itu semua. Dan kalau saya beritahu pun, time tu awak dah bencikan saya. Mesti awak tak percaya.”

Luluh hati aku ketika mendengar dia kata begitu. Betul. Aku mengaku. Dan rasanya aku tak patut salahkan dia.

“ Maafkan saya Han. Saya memang seorang yang kejam sebab tak tahu semua ni. yang saya tahu, saya asyik nak salahkan takdir je. kenapa itu kenapa ini. jahatkan saya?”

Air mataku kembali mengalir ke pipi. Kini, barulah aku rasa lebih tenang saat tatap wajahnya. Aku rasa segala beban terlepas begitu saja. Rasa lebih ringan. Rasa lapang dada ni. Ya Allah. Terima kasih.

“ Awak baik. Awak tak jahat. Saya yang jahat sebab pergi macam tu je tanpa khabar berita.”

Han still mampu tersenyum. Aku pula asyik nak menangis je. Malu la weh Qilah.

“ Qilah.”

Aku diam.

“ Awak dah boleh terima saya?”

Aku terpegun.

“ Awak dah tak marahkan saya kan?”

Aku tunduk.

“ Boleh awak terima cinta saya kembali?”

Aku tersenyum.

“ Saya nak balik.”

Adakah aku dah jatuh cinta balik dekat dia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience