BAB 1

Romance Completed 11473

‘’Awak, andai saya dapat undurkan masa ke saat kali pertama kita bertemu, demi Allah saya takkan mensia-siakan awak kerana saya terlalu sayangkan awak.’’

Sekuat mana aku cuba menahan ia, akhirnya airmataku mengalir juga. Kata-kata terakhir yang dilafazkannya cukup membuat kubu yang ku cipta runtuh akhirnya. Namun begitu senyuman masih meniti di bibir, walau pahit ku telan.

“ Tolong Qilah. Saya Cuma minta satu permintaan je. Tolong senyum untuk saya. Saya tak nak tengok awak nangis saat ketiadaan saya nanti. Tolong kuatkan hati awak untuk saya. Please sayang.”

Aku menyeka air mata yang mengalir dengan perlahan. Tanah yang merah itu disentuhku perlahan lantas toleh memandang ke arah batu nisan. Zam. Maafkan saya.

“ Zam. Saya minta maaf. Tapi saya tak boleh. Saya tak kuat. Saya dah menangis.”

Sekali lagi air mata yang cuba ditahan kembali mengalir. Senyuman pun telah lama hilang daripada bibirku.

“ Saya pun sayangkan awak. Dan saya tak salahkan awak Zam. Saya faham yang awak terlalu sibuk. Kan awak kata nak kahwin dengan saya.”

Aku menggigit bibir dengan kuat. Tu saja caranya agar air mata tidak terus mengalir keluar. Tapi degil. Air mata tetap nak keluar. Argh!

“ Qilah.”

Aku mendongak ke arah kanan. Wajah yang sedang tersenyum hambar itu membuatkan aku bangun perlahan-lahan daripada duduk.

“ Umi. Maafkan Qilah sebab tak mampu jaga anak umi dengan baik. Kenapa dia tak cakap dari awal yang dia sakit?”

Tubuhku terus ditarik ke dalam pelukan Umi. Sungguh! Aku terasa sangat lemah saat ini.

“ Kamu tak salah sayang. Maafkan umi. Umi yang salah sebab tak cakap dekat kamu tentang penyakit Zam. Dia yang minta rahsiakan sampailah dia dah betul-betul nazak. Barulah dia nak cakap. Anak umi tak patut buat macam tu kan?”

Aku terus menggelengkan kepala lantas meleraikan pelukan.

“ Umi tak salah. Dan Zam pun tak salah. Qilah faham.”

Aku menoleh semula ke arah kubur Zam yang masih merah itu. Baru sejam yang lepas dia dah selamat dikebumikan. Sebelah kubur arwah ayah dia. Zam. Terima kasih dan saya harap awak benarkan saya untuk terus sayangkan awak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience