BAB 7

Romance Completed 11473

Buat pertama kalinya semenjak 5 tahun lepas, aku kembali menjejakkan kaki ke rumah Han. Aku setia berdiri di luar rumahnya. Tanpa berbuat apa-apa. aku hanya melihat rumah yang kelihatan sunyi sepi itu dengan hati yang berdebar. Dan hairan pun ada.

Rumah ni macam tak berpenghuni. Takkan Han duduk dekat lain? Aku toleh sekeliling. Ya Allah. Rasa cuak tiba-tiba. Meremang bulu roma habis. Macam ada orang sedang perhatikan aku. Tapi belum cuba belum tahu siapa ada dekat dalam. Jadi aku gagahkan diri menekan loceng.

Ting tong!

Sepi! Sangat sepi! Aku terus memusingkan badan ke belakang. Takut. Tapi lain pula aku lihat sekarang.

“ Argh!”

Aku terjerit kecil gara-gara terkejut. Selepas dengar tawa dia barulah aku mengurut dadaku perlahan. Terkejut tak habis lagi.

“ Awak buat apa dekat depan rumah saya ni?” Soal Han dengan senyuman kecil.

Aku terdiam. Takkan aku nak mengaku yang aku nak jumpa dengan dia?

“ Erk.”

“ Rumah ni dah tak ada sesiapa duduk Qilah. Mujur saya ikut awak selepas awak keluar dari rumah tadi. Tu pun mak awak yang cakap. Kalau tidak saya tak tahu yang awak nak datang sini.”

Aku tersentak. Alahai! Malunya.

“ Jom la ikut saya.”

“ Nak ke mana?” Soalku dengan blur.

“ Rumah saya la.”

“ Tapi ni..” Aku toleh semula ke belakang. Memang nampak macam tak berpenghuni langsung.

“ Itu bukan rumah saya lagi. It’s okay. Nanti saya cerita. Jom ikut saya. Awak ikut belakang saya tau.”

Akhirnya aku hanya mengangguk dengan perasaan ingin tahu yang kuat. Kenapa pula rumah ni tak ada orang? Besar kot.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience