BAB 3

Crime Completed 5278

Wahai Diari ku,

Aku tahu yang mel terlalu melarang aku bergaul waima becakap dengan lelaki lain, tapi itu semua bermakna dia cemburu kan? Cemburu maknanya sayangla kan?

Apapun, aku yakin yang dia cuma mengambil berat tentang aku dan dia tidak mahu kehilangan aku. Meskipun dia tidak sengaja memukul aku semalam. Aku tahu dia benar-benar tak maksudkannya. Aku rasa dia mesti tersilap ingatkan aku penceroboh ka atau orang minyak datang dari mana, yelah maklum saja keadaan kat luar gelap pada masa itu. Tiap manusia tidak berdosa selagi ia tidak dibuktikan bersalah. Oh yeah aku belajar tentang tu di kelas tadi.

Dan sebut tentang kelas, aku rasa teramatlah bosan di sekolah tadi. Kat sekolah ada kempen derma darah dan kempen kesedaran pandu cermat tanpa selfie dan text sepanjang minggu ini, aku adalah sebahagian AJK untuk kempen tersebut namun aku gagal hadir disebabkan Mel ingin meluangkan masa bersama dengan aku. Oh, maaflah kalau ia melibatkan Mel maka aku kena dahulukan Mel, aku sendiri tak mampu menolah ciuman hangat bibirnya yang seksi itu.

Namun kami kantoi pula sebab tak datang sudahnya cikgu disiplin mengaahkan aku masuk kelas tahanan. Ini adalah kesalahan pertama yang aku lakukan.

Berita baik pula, ibu bapaku akan outstaion hujung minggu ni untuk trip bisnes mereka dan aku akan tinggal berseorangan hujung minggu ini. Itu bermakna aku boleh mengajak Mel bermalam di rumahku. Yey! aku dan dia bersendirian tanpa siapa menghalang.

Okay itu saja untuk hari ini, sedikit sebanyak yang berlaku semalam. Dah ngantuk dah. Bye.

**

Dan selepas kejadian dia ditangkap guru disiplin kerana ponteng bersama Mel, ia benar-benar membuat kami risau. Aku tahu Mel memberi pengaruh negatif pada Jade tetapi Jade tidak kisah dengan pandangan kami. Dia masih pedulikan Mel. Dengan mata lebam sebelah dan ditahan dalam kelas tahanan buat pertama kali, ia benar-benar merisaukan kami dan kami tahu ia adalah antara permulaan kepada bermacam lagi masalah yang menanti di hadapan. Dan kami betul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience