BAB 9

Crime Completed 5278

Wahai Diary,

AKu sudah tak dapat merasakan tanganku lagi dan jika ia sukar dibaca ia mungkin disebabkan oleh perbuata Mel.

Mel menghalang aku dari bertemu ddengan kawanku dan sebagai hukuman kerana meninggalkannya dia tak berhenti memukulku. Aku sudah tidak dapat menahannya lagi. Setiap pukulannya menambahkan lagi penderitaanku dan ia sangat pedih.

AKu perlu lari tapi aku tak boleh.

Aku perukan bantuan! Tetapi sudah terlambat. Badanku seakan sudah mahu menyerah dan aku tidak dapat menghapukaskan dia dari diriku.

Dia terlalu kuat untuk aku kalahkan. AKu menyesal, aku sepatutnya melakukan sesuatu ketika aku masih sempat.

Apapun, jika ianya kali terakhir aku menulis di dalam diari ini, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada kau diari kerana sudi menemaniku di sepanjang momen aku mengenali Mel hinggalah kini. Jika ianya hari terakhir ku di dunia maka aku ingin mengucapkan selamat tinggal yang sebenar-benarnya.
Aku rindukan anak perempuanku, aku sayang ibu bapaku dan aku sayang semua. Selamm-

**
Teman lelakinya menariknya sebelum sempat dia menghabiskan tulisan di diarinya. Mel kemudiannya melakukan sesuatu yang mungkin menyebabkan dia terbunuh. Mel melemaskan Jade di dalam tab mandi dan meninggalkannya. Dia mengelar pergelangan tanga Jade dan membiarkan ia mati dengan penuh kejam. Ibu bapa Jade menemui mayatnya dua hari kemudia dan berjaya memberkas Mel kerana membunuh. Dan selepas menemui diari ini, mereka turut menangkap dan mendakwa Mel untuk kes bunuh bayi dalam kandungan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience