Wahai Diary,
ya aku tahu dah lama aku tak menulis jadi aku akan cakap apa yang aku ingat dan terbuku di hatiku saat ini.
Sekarang dah masuk dua byulan sejak malam Mel merogol aku dan sebulan sejak aku mulai tahu yang aku telah hamil. Ya aku telah hamil. Aku tak berapa gembira mendengar khabar kehamilan ku bersama kekasih hatiku. Mel tahu tentangnya dan dia juga berasa sangat teruja mendengarnya.
Tapi apa yang aku tak faham, bukankah dia memakai kondom ketika dia merogol ku? Sebab aku ingat lagi dia sendiri yang memaksaku untuk memakaikannya untuk dia.
Mungkin kondom tu bocor ketika dia menghenjutku dengan kasar.
Yak! Aku memang tak ingin mengenang semula hari hitam tersebut. Aku ingin mulakan kehidupan baru bersama Mel dan ingin hidup bahagia disampingnya.
Memang dia da memukulku sekali dua di tangan hanya disebabkan aku bersembang dengan lelaki lain ketika dia tidak ada di depan mata dan aku tidak mendengar apa yang dikatakannya ketika dia cuba memberitahu ku sesuatu.
Tetapi dia tetap mengambil berat tentang aku dan bayi ini. Dia menyanyangi kami dan tidak berniat untuk menyakitiku. Ya itu bukan niatnya.
Okay tukar ke topik lain pula. AKu macam tak percaya dua daripada teman baikku dah bercinta. AKu tahu mereka saling menyukai antara satu sama lain tetapi malu untuk mengakuinya. Kini mereka sudah bersama dan aku sangat gembira untuk mereka.
Oh dan sejak hamil ini, kedua ibu bapaku mahu ayah kepada bayi ini pindah bersama kami jadi itu bermakna Mel kena duduk sebumbung dengan aku. Kerana ini adalah apa yang diperlukan oleh bayi ini dan aku gembia dengan setiap yang berlaku sekarang. Minggu depan, aku akan tahu jantina bayi aku ini. Tak sabar rasanya. mel akan berada di sana menemaniku dan aku sangat bangga dengannya. Semakin hari aku dapat melihat aura seorang bapa dalam dirinya.
Baiklah aku masuk tidur. Bayi ni perlukan tidur yang cukup.
**
Ya, dua orang sahabat yang Jade maksudkan adalah aku dan teman lelaki aku Mikael. Jade begitu bangga dengan hubungan kami berdua.
Dan ketika aku dapat tahu tentang berita Mel duduk serumah dengan Jade, aku tahu yang Jade sedang membuat keputusan yang salah dalam hidupnya. Jade akan datang ke sekolah dengan kesan lebam di tangannya dan sering membuat kami risau. Jade enggan kami membantunya tapi aku tahu dia berendam airmata dalam tidur hampir setiap hari.
Share this novel